Monday, April 20, 2009

SAHABAT AKU...

assalamualaikum semua....

untuk entry kali ni...
aku suka nak kenalkan SAHABAT-SAHABAT aku...

mereka-mereka ini lah yang banyak membantu aku...
mereka-mereka ini lah yang banyak mengajar aku erti kehidupan...
mereka-mereka ini lah yang banyak mengajar aku erti SAHABAT....




SAHABAT aku yang pertama aku nak kenalkan...
sebab nama dia bermula dengan hurup A dan dia kawan sekolah aku...
jadi aku kenalkan dia dulu...
dan satu lagi sebab kenapa aku nak kenalkan dia dulu...
sebab dia adalah SAHABAT aku yang paling muda...

nama dia...AMIRA FARZANA...
asal KEDAH...
dia ni lahir tahun 1988...
sebab tu aku kata dia muda...
dia ni lemah lembut...
cakap pon lembut je suara dia...
tapi bila gelak...agak kuat dari dia bercakap la...
sangat feminin....
aku kenal dia masa aku pindah dari JB....
masa tu baru tingkatan satu...
dia pon sama baru pindah masuk sekolah yang sama dengan aku dekat jitra...
aku budak baru...dia pon budak baru jugak....
kebetulan kitorang belajar dalam kelas yang sama...
sekarang ni dia sedang menyambung pelajaran di UIA, Kuantan, Pahang....




SAHABAT aku yang kedua ni pulak...
nama dia NUR FARHANA....
asal dari SELANGOR....
dia dilahirkan pada 19 April 1987...
baru semalam birthday dia...
dia pon aku kenal masa aku baru pindah dari JB...
masa tu dia baru pindah dari sekolah agama...
kitorang masuk sekolah (Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra) pada hari yang sama...
sama-sama tak ada kawan lagi..
sebab tu kitorang boleh berkawan...
sekarang ni dia sambung belajar dekat IPDA (Institut Perguruan Darul Aman)...
dia sangat suka gelak kuat-kuat....
sangat suka bercerita...
selalu buat aku dengan mira tergelak...




ini SAHABAT yang ketiga...
nama dia FAR....
dia ni asal SELANGOR jugak...
aku kenal dia masa aku sambung belajar dekat uniMAP....
kitorang sama-sama lepasan diploma...
dia ni sebenar lagi tua dari aku...
sebab tu dia nampak lebih matang dari aku...
aku senang berkawan dengan dia...
dia banyak memberi nasihat...




SAHABAT aku yang keempat...
namanya AZILA....
berasal dari PERAK...
dia juga aku kenal masa masuk uniMAP...
dengan dia ni lagi la...
aku kenal dia dari hari pendaftaran lagi...
masa minggu suaikenal...
dia duduk satu bilik dengan aku....
kemana-mana nak pergi aku dengan dia je la...
tak sangka pulak boleh jadi SAHABAT aku....
sampai sekarang melekat...
rumah kitorang dekat wang ulu pon sebelah menyebelah je...
memang serasi kan....
dia ni sempoi...
handal bermain futsal...
dia ni jugak punya taste JEJAKA IDAMAN sama dengan aku...
kikikikikii...CITARASA....
dia jugak sangat cool...
ada masalah besar mana pon...
dia tetap buat selamba je...






SAHABAT aku yang kelima...
dia nih MEK KELATE....
nama dia SITI ASMANI...
dia ni dah bertunang...
tunggu masa nak langsungkan majlis nikah je nih...
ni lagi sorang sempoi...
suka cakap merapu....
tapi merapu antara kita-kita je la kan...
dia nih bijak berniaga....
otak bisness habis...
kena dah la dengan dia yang sangat la banyak bercakap...
dia pon aku kenal masa aku masuk uniMAP...





SAHABAT aku yang keenam...
ini budak JITRA je...
tapi langsung aku tak pernah nampak dia kat jitra....
nama dia ANIS NABILA....
tapi suka orang panggil dia BELLA...
dia ni pon lagi sorang yang punyai suara sangat halus...
bukan dia sengaja buat-buat suara halus macam tu...
tapi dah memang suara sedia ada...
ehehhe...
sangat manja...
dia juga aku kenal masa masuk uniMAP....
dia ni jugak selalu jadi bahan usikan aku...
ada je dia nak kena dengan aku...
sehari tak mengusik dia memang tak seronok...
mesti nak kena usik dia jugak...

mereka-meraka ini lah tempat aku mengadu...
mereka-mereka ini lah tempat aku menangis....
mereka-mereka ini lah tempat aku bergembira...
mereka-mereka ini lah tempat aku meluahkan perasaan...
mereka-mereka ini lah tempat aku bocorkan segala rahsia aku....

terima kasih kerana menjadi SAHABAT aku secara langsung atau tidak langsung...
aku selesa dan gembira bersama kalian...
setiap hari kalian la yang menghiburkan aku....
gaduh-gaduh tu perkara biasa la kan...
tapi kita boleh selesaikan semua masalah yang melanda...
dan kita mampu untuk menjernihkan keadaan dan menjadikan keadaan kembali normal...


TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABAT KU SEKALIAN....
KALIAN AKAN SENTIASA MENDAPAT TEMPAT DI HATI AKU....

Liyana Jasmay - Aku Tak Percaya Cinta


Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A

Namaku tak perlu disebutkan
dari suara pasti kau kenalku
rupaku tak payah dibayangkan
memang kau tak rugi bertemuku

Ku selalu lihat dari jauh
kutahu kaupun rasa sesuatu
bila kau perlu diriku tiada
biar menjadi misteri hidupmu

Aku tak pernah fikirkan cinta
sekadar mengusik kamu
biarlah cinta yang datang padaku
aku tak percaya

Aku tahu kau ingin bercinta
janganlah cepat jatuh cinta
berkawan dahulu baru ceritanya sempurna

Hey hey hey hey

Memang benar kau jadi rebutan
ramai gadis yang terpikat denganmu
tapi aku beza dari semua
bukan aku menjual mahal

Kerana ku cukup semua
hanya tiada hmmm teman lelaki
sekadar sekadar cuci mata
melihat lelaki seperti kamu

Aku tak pernah fikirkan cinta
sekadar mengusik kamu
biarlah cinta yang datang padaku
aku tak percaya

Aku tahu kau ingin bercinta
janganlah cepat jatuh cinta
berkawan dahulu baru ceritanya sempurna

Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A

Baru semalam aku bermimpi bertemu kamu
Peliknya rasa lantas kutersedar
aku tak percaya

Aku tak pernah fikirkan cinta
sekadar mengusik kamu
biarlah cinta yang datang padaku
aku tak percaya

Aku tahu kau ingin bercinta
janganlah cepat jatuh cinta
berkawan dahulu baru ceritanya sempurna

Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A

Sunday, April 19, 2009

HAPPY BIRTHDAY PAAN!!!!

Selamat Ulang Tahun ke 22 buat sahabat aku NUR FARHANA BINTI HASIRI....

semoga tahun ini membawa lebih rahmat buat kau...
semoga tahun ini membawa keceriaan buat kau...

syukur alhamdulillah..
sehingga ke hari ini...
kau masih lagi diberi kesempatan olehNYA untuk meneruskan hidup di bumiNYA ini...

syukur alhamdulillah...
sehingga ke hari ini...
kau masih lagi menjadi sahabat aku yang terbaik...

aku nak kau tahu...
walaupun kita tak pernah menyambut hari ulang tahun dengan majlis kejutan yang dihadiri ramai rakan2 dan kek yang besar dengan bunyi tiupan wisel...
tapi setiap tahun..
aku tak akan pernah lupa hari yang penting bagi sahabat2 aku...
setiap tahun...
aku akan mendoakan kesejahteraan buat sahabat2 aku...
bukan sahaja di hari ulang tahun kalian...
tapi untuk setiap harinya...

terima kasih sebab call aku malam birthday kau...
sepatutnya aku yang call...
tapi kau pulak yang call aku...
dah lama kita tak sembang lama2 dalam telefon kan...
sampai adik dengan abang aku pon hairan tengok aku gelak sorang2 dalam bilik...

hehehhe...
dah lama aku tak rasa happy 'bergayut' macam tu...

sekali lagi aku nak bagitau kau...

AKU SANGAT SAYANG KAU DAN MIRA...

Saturday, April 18, 2009

CUP CAKES....










percubaan pertama aku dengan adik aku...
kitorang buat kerja2 ni sampai subuh...

Thursday, April 16, 2009

JANGAN TEGUR....

tadi petang anis ajak aku tgk wayang...
JANGAN TEGUR....
memang aku dah teringin nak tengok cerita tu...
sebab ramai orang kata cerita tu menarik...

aku pegi dengan anis tengok wayang pukul 3 petang...
sampai kat aneka...
orang tak ramai pon...
alhamdulillah...
senang nak parking kereta...

cerita JANGAN TEGUR ni masa mula2 tengok tu dah banyak adegan2 mengejutkan...
tapi adegan2 yang sudah boleh dijangka...
walau pun dah dijangka masih berjaya membuat aku terkamjat...
ahahhhaa

anis dah melompat2 dah...
kikikikiiii....
dah la line yg kitorang duduk tu aku dengan anis je...
hall pon x sepenuh masa tengok 2 FAST 2 FURIOUS....
mungkin sebab aku tengok lewat...
orang semua dah tengok masa awal2 movie ni keluar panggung...

apa lagi aku nak cakap pasal cerita ni???
seram??
agak seram la...

tapi heran...
aku boleh gelak2 lagi masa dalam panggung....

Wednesday, April 15, 2009

TIPS...

hari ni...
aku bgn awal pagi seawal jam 6 pagi...
aku tgk mama dah bersiap dah nak pegi keje...
aku x mandi lagi...
terasa malas pon ada nak pegi kelas tambahan hari ni kat perlis...

tapi....
aku ingat balik semua janji2 aku dengan zila dan siti masa kat kem timah tasoh...
aku ingat balik janji2 aku dengan mama dan bapak...
aku ingat balik apa yang dah jadi pada aku semester lepas...

aku kuatkan semangat...
aku tabahkan hati...

pergi mandi dan bersiap untuk ke perlis...
jam menunjukkan tepat pukul 7.10 pagi...
aku dah lewat...
semalam aku janji dengan anis nak gerak ke perlis pukul 7.00 pagi...
tapi ni dah terlewat 10 min...

dah la minyak kereta nak habis dah..
nak kena pegi isi minyak dulu....
7.20 pagi baru aku bergerak ke perlis...
sampai kat muhibbah tepat 7.58 pagi...
2 min lagi nak pukul 8.00 pagi...
aku sangka aku dengan anis dah lewat masuk kelas...
rupa-rupanya...
xde sapa pon yang sampai lagi...
yang ada cuma aku dengan anis...

2 min lepas tu...
bebudak ni sampai dengan bas unimap...
kelas tambahan phase transformation hari ni dikatakan bermula jam 8.00 pagi...
tapi dah postponed ke pukul 10.00 pagi...

siti dok merengek kelaparan...
dia ajak aku g makan kat nasi ayam dragon...
aku kata haishh budak ni...
kata nak diet tapi dok ingat nak makan nasi...
dah la time lunch karang nak g makan kat anjung keli pulak...
nasi jugak lagi tu...

tapi..
apa2 je la kan..
kawan2 punya pasal...
aku x berkira sangat...
masa kat dragon...
siti ngan anis buat aksi romantik la pulak...
makan nasi ayam kongsi pulak la kan...
macam2 la korang berdua nih...




lepas makan kat nasi ayam dragon...
kitorang gerak ke kangar hantar far naik bas...
lepas tu kitorang ke muhibbah balik...
kelas dah nak mula...

pukul 10.00 pagi sampai 11.00 pagi adalah slot pn. hidayah...
pukul 11.00 pagi sampai 12.00 tgh hari adalah slot en.fitri...

pn. hidayah bermurah hati nak bg tips final exam kat kitorg...
lepas tu masa slot en. fitri pulak...
pon ada jugak en.fitri bg tips sikit2 dan dia bg kitorg tgk carry marks kitorg...
aku bersyukur dengan apa yang aku dapat...
sebab itulah yang telah aku usahakan dan termampu...

tamat kelas tambahan tu..
kitorang gerak ke anjung keli...
nak makan tgh hari...
ramai orang time lunch camni..
sampai kitorang kena parking kereta kat tepi jalan....

lepas kenyang melayan perut...
kitorang ke kangar kejap...
siti nak beli alat tulis baru...
semangat nak jawab final exam....

lepas tu terus balik wang ulu...
tapi hantar zila ngan siti je la...
aku dengan anis balik jitra...
aku actually mengantuk sangat2 time tu...
ingatkn nak naik bilik tidur dulu...
tapi bila fikir2 balik...
tak payah la buang masa nak tidur...
aku kuatkan jugak semangat drive balik ke jitra....
sampai jitra...
sempat lelap dalam kereta sementara nak tunggu abang balik....
sebab aku tak ada kunci rumah....

dah abang sampai rumah..
aku masuk...
terus tidur atas sofa kat depan tv...
memang aku tak boleh nak tahan dah mata nih...

tapi aku sempat set kat astro nak rekod cerita MERAHPUTIH....
ehehhehe
sebab ada ZAHIRIL ADZIM....

aku nak sambung study....
selamat berjaya dan selamat menempuhi final exam kepada semua pelajar-pelajar KEJURUTERAAN BAHAN....

Tuesday, April 14, 2009

SAJA...

aku xde nak citer apa pon hari ni...
sebab hari ni aku just pegi perlis ngan anis...
sebab anis ada test PLC...

lepas tu kitorg balik jitra....
aku xleh dok wang ulu....
nnt aku x study pon...
keje nak tido je memanjang....

suasana kat wang ulu memang menarik dan sesuai untuk rileks saja...
kalau nak kerah otak untuk study...
aku kena balik rumah...

heeee...
bukan sebab aku manja k...
tapi...
manja tu ada jugak la skit2...

esok aku ada extra class untuk phase transformation...
next week dah start final exam...
gud luck kepada semua kawan2 aku...

TerMAKAN....

pagi2 nih terasa lapar pulak perut aku...
ajak abang aku g beli makanan kat 7-11 tadi...
balik rumah makan2...

pastu sekarang aku xtau nak tdo ke tak nih...
makan dah kenyang...
nak tdo tak buleh...
nnt gemuk la pulak...

Monday, April 13, 2009

PENAT...

hari ni bengkel last aku untuk ECT 200..
hari ni kitorg kena buat pendawaian guna GI paip...
keje hari ni agak berat...

sebab...
nak kena potong paip besi ( GI pipe )...
nak kena buat ulir ( benang ) pada paip...
nak kena bending paip tu...
lepas tu ....
nak kena pasang paip tu kat wall...
nak kena pasang skru...
nak kena tarik wayar...

mmg agak berat...
keje aku hari ni abis lewat sangat2...
kul 6.30 baru abis....
lewat 30min dr waktu kelas kitorg....

sebabkan kelam kabut sangat dan aku dah hilang sabar...
aku x sempat nak amik gamba hasil keje aku hari ni...
tapi alhamdulillah...
keje aku walaupun siap lambat daripada orang lain...
tapi masih boleh berfungsi...

Sunday, April 12, 2009

KANTOI.....

hari ni pagi2 buta lg aku dah kantoi ngan sorang budak ni...
aku tersilap send msg kat skype...
aku nak send kat kawan aku sebenar nye...
kebetulan skype dorg dok dekat2...

nak dijadikan cerita...
aku tertekan nama budak nih...
pastu aku send la apa yang aku nak bgtau kawan aku tu...
sekali pg tadi dia hantar '?????' kat aku...
aku pon balas balik '????????????????'....
sekali dia send balik apa yg aku send kat kawan aku tu...

waaaahhhhh....
kantoi dah...

tapi kan budak...
kalau kau baca blog aku nih...
aku bukan mengumpat pon lagi...
dah orang suruh aku tgk...
aku tgk je la...
itu je....

aku pon bukan la suka sangat nak masuk campur hidup orang lain...
aku kisah ngan hidup aku je...
hidup orang lain masing2 punya hal la...
cuma kalau bila aku rasa aku perlu masuk campur...
baru la aku menyelit sama dalam kisah hidup orang lain...

ok lah ye budak...
harap segala nya terjawab dan selesai...
aku gurau2 je ngan ko ye pagi tadi tu....
kita kan x pernah sembang2...
so...
saja je aku nak merancakkan perbualan kita tu...
xde niat apa2 pon...

saja nak menceriakan pagi aku...

HARI SABTU....

hari sabtu aku cuti...
balik jitra...
macam biasa la...
aku mana boleh ada masa lapang skit...
mesti cabut balik rumah...

mlm tadi aku ada test taekwondo....
alhamdulillah aku boleh jawab semua soalan...
cuma ada 3 soalan sejarah taekwondo aku salah jawab...

aku mmg dah selalu fail sejarah...
mmg dari dulu aku x minat sejarah...
even aku minat pada nombor2 ni...
tapi aku x minat nak ingat tahun2 ngan peristiwa apa yang berlaku....

aku sendiri x tahu kenapa aku sangat x berminat dengan sejarah...

lepas jawab test...
aku terus balik jitra...
mlm ni aku kena balik sorang2...
sebab xde sapa yang boleh teman aku...
memula aku ingat bapak nak antar aku...
alih2 bapak suruh aku bawak kereta ikut bapak g makan kat kuala perlis...

sebelum tu aku singgah kat acik kejap...
tinggalkan barang2 yang dia pesan kat aku petang tu...

lepas makan kat kuala perlis mama dengan bapak balik jitra...
aku sorang2 la g kubang gajah...

sebabkn mlm ni aku balik sorang2...
lalu highway yang sunyi pulak...
aku selamba tekan minyak....
tapi aku xde la plak langgar speed limit...

sampai rumah dengan selamat 30min selepas perjalanan...
sampai rumah bapak ajak keluar minum...
tapi aku bukan setakat minum..
aku bedal pulak bihun tomyam...
perghhhh....
udang ngan isi ayam dia la yang menangkap selera aku....

dah kenyang...
balik rumah...
nak tido xleh lg...
aku baru je lepas makan...
study je la dulu...
sambil2 nak tunggu ayam ngan udang dalam perut ni bermesra...

ehehheee

Saturday, April 11, 2009

SELESAI SEMUA TEST...

hari ni hari kedua aku tinggal sorang2 dlm bilik...
roomate aku g n9...
ada lawatan industri...

pg tadi aku ada test ceramic...
bukan satu tapi dua tests....
test yang pertama test ceramic topik pn sri...
test yang kedua adalah lab test ceramic....
test pn sri kena jawab dalam bentuk essay...
yang mana soalan 2 dan 3 agak susah bg aku...
manakala soalan lab test pulak dalam bentuk objektif...
ada 45 soalan semuanya...
merangkumi 4 lab yang kitorg buat...
4 lab tersebut adalah....

1- slip casting
2- potter wheel
3- concrete preparation
4- powder compress

lepas habis test...
aku dengan zila, anis, ct g jumpa pn hidayah...
ct ngan zila nak tanya pasal nak pohon pinjaman apa ntah untuk yuran semester depan....
sambil2 tu tgk carry marks kitorg...
seperti biasa...
aku akan menjadi org yang paling teruk result nye dikalangan kawan2 aku...

lepas jumpa pn hidayah...
kitorg gerak g makan kat kedai makan kegeraman dan kesukaan kitorang....
kedai mana lagi...ANJUNG KELI....
kalau pegi sana...
xde menu lain yang aku akan makan...
menu utama aku adalah...
TEH 'O' AIS, NASI SEPARUH, SAMBAL BELACAN, IKAN KELI GORENG....

lepas kenyang perut...
kitorg gerak ke kangar jap...
anis nak membeli fail pulak...
dia dah nak start mengemas barang2 dia...
nak simpan semua nota2 dia pasal dah nak hujung sem dah nih...
kemas siap2 senang nak angkut...

lepas tu kitorg balik wang ulu....
lepas makan agak mengah aku rasa bila nak panjat tangga...
anis kata dia nak balik dengan sepupu dia...
aku ingat nak balik jitra awal...
tapi acik pulak mintak singgah kat dia...
so...aku decide untuk bertolak balik lepas kul 2 ptg...
sampai kat poly...
ada la sembang2 skit ngan acik...
lepas tu balik jitra...
sampai jitra...
bapak ajak makan nasi kat NASI KANDAR HJ. RAMLI...
sambil2 nak balik kulim...

lama sangat dah x balik kulim...
kat kulim yang ada masa kitorang baru sampai cuma maktam, maksu, ngan tok...

lepas tu pak ngah ngan family sampai....
lepak2 sembang sampai OJ x larat nak celik mata dah...
kitorg semua gerak balik kul 12 mlm...
sampai jitra kul 2 pg...
aku kepenatan...
tapi masih sempat nak menulis blog ni...

Thursday, April 09, 2009

WIRING LAGI....

pagi tadi sepatutnya aku ada test ceramic...
tapi test telah ditunda ke esok hari bersama2 dengan lab test...
maka dengan itu...
aku perlu berusaha lebih untuk 2 test esok...

petang tadi ada bengkel wiring lagi...
partner aku masih juga tak memunculkan diri dia...
jadi...
kenalan aku yang semalam yang banyak membantu aku tu...
dia datang jadi partner aku untuk hari ni...
dia sendiri yang datang bgtau aku...
then dia jumpa lecturer kitorang dan mintak tukar bay....
terima kasih banyak2...
aku sangat hargai kerjasama kau...

bekerja dengan dia sangat mudah...
dia banyak ajar aku pasal wiring ni...
lama2 aku jadi pandai sendiri mcam mana nak sambung wayar2 tu...
keje kitorang siap awal hari ni...
kitorg amik masa satu jam je nak siapkan semuanya...
panggil lecturer check bay kitorg...
tgk mentol nyala ke tak....NYALA....
tgk soket berfungsi ke tak...BERFUNGSI...
yesssss!!!!!



ini kerja aku untuk hari kedua wiring guna paip PVC

kitorang dah berjaya....
lepas siap kitorang bukak balik semua paip pvc yang ada,simpan balik semua wayar...
lepas tu balik...
sebab aku siap cepat hari ni...
aku pulak yang tolong zila kat bay dia....
semalam dia tolong aku...
hari ni aku pulak tolong dia....

lepas zila pon siap..
kitorang semua balik...
masuk kereta...
tunggu anis dengan ct habis test PLC....
then balik wang ulu makan...

memula nak singgah makan kat mak anjang...
pastu rasa cam xnak makan pulak...
bila dah masuk park kereta...
perut rasa lapar xleh nak tahan dah...
at last...
kitorang decide untuk makan kat shafaz....

lepas makan terus balik bilik...
lepas maghrib aku terlelap...
sekarang ni baru bangun...
nak sambung study...

Wednesday, April 08, 2009

TEST DAN BENGKEL...

hari ni aku ada lab test pagi2 lagi kat dragon...
aku bangun pon dah agak lewat...
kul 6.30 pg...

test mcm biasa...
xtau kenapa sejak masuk sini aku dah jadi semakin lembab dalam pelajaran...
ntah apa alasan lagi yang aku nak luahkan....

malas nak cerita pasal test...

petang tadi...
kul 3 ptg...
aku ada bengkel wiring kat kuala perlis...
hari ni punye task agak berat tapi mudah....
hari ni kitorg kena buat wiring guna paip PVC....
dan paip tu nak kena bending ikut design yang dah ada kat white board....

tapi malang nasib aku hari ni...
partner aku x datang...
jadi...
tinggal la aku sorang2 terkial2 nak buat semua keje...

aku la yang nak kena potong paip...
aku la yang nak kena potong wayar...
aku la yang nak kena skru paip...
aku la yang nak kena skur plug...
aku la yang nak kena ukur paip...
aku la yang nak kena bending paip....

nasib baik ada sorang kenalan aku yang sudi nak membantu...
aku lupa nama dia...
tapi terima kasih banyak2 sebab sudi membantu aku...
tanpa bantuan dia...
alamat aku x siap la pasang semua wayar tu...
xde markah la aku untuk task ari ni...




dah lepas siap buat wiring...
panggil lecturer tgk sama ada wiring yang aku dengan kenalan aku buat tu boleh berfungsi ke tidak...
alhamdulillah...
semua suis, plug dan mentol menyala dan berfungsi dengan baik...

masa tu hujan dah lebat gila...
aku selesai cabut balik semua paip ngan skru serta wayar yang aku pasang tadi tepat2 kul 6 petang....

hujan lebat kat luar...
terpaksa aku redah dengan zila...
sebab nak pegi makan pulak...
malam anis ada kelas pulak kat automart ni lagi...

kena la cepat2 skit...
makan dekat kuala perlis jugak....
'kedai air mata'.....
masa makan mama dengan bapak pon ada...
mama dengan bapak all the way dari poly tgk acik...

lepas mana mama dengan bapak balik jitra...
aku dengan anis, zila, ct balik wang ulu....

malam ni aku kena study ceramic...
pasal esok ada test lagi....

selamat study untuk diri sendiri...

Tuesday, April 07, 2009

STUDY..STUDY...STUDY....

hari ni keje aku study je..
sebab esok ada lab test phase....
lusa ada test ceramic pulak...

kalau hari jumaat xder kelas...
aku nak balik rumah petang kamis....
ari sabtu ada test taekwondo pulak....
lepas tu dah start study week...

aku kena start study untuk final exam....

jangan malas wahai azrin...
tolong lah...
untuk kali ni je...
ingat balik semua janji-janji kau...
ingat balik semua impian kau...

ingat balik..
ingat balik....
jangan asyik leka saja...

SEMALAM DAN HARI INI....

semalam...

aku x dapat nak melelapkan mata...
aku asyik berfikir...
sehingga aku terdengar suara azan subuh...
aku x sedar yang aku langsung x tidor semalaman...
hanya kerana memikirkan orang yang aku sayang....

di mana dia sekarang....
apa yang dia tengah buat....
ok ke dia sekarang setelah apa yang berlaku...

kalaulah...
aku ada di sana bersama dia....
akan aku bersama dia menemani dia disaat dia memerlukan aku...

setelah apa yang berlaku...
aku xnak menyalahkan atau menuding jari kepada sesiapa...
setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan sendiri...
EGO menguasai segala nya..

siapa kita...
untuk mengubah seseorang...
siapa kita...
untuk menilai peribadi seseorang...
siapa kita...
untuk mengarah orang...
siapa kita...
untuk menyakiti orang lain...
siapa kita...
meminta untuk dihormati...
siapa kita...
meminta orang mengikut kehendak kita...


jadilah...
diri sendiri...
jadilah...
siapa kita sebelum ini...
jadilah...
seperti yang orang lain terima kita sebelum ini...


x perlu...
nak hipokrit...
x perlu...
nak berpura-pura...
x perlu...
nak berubah hanya kerana kehendak orang lain...
x perlu...
menyakiti orang...
x perlu...
meminta untuk disakiti...
x perlu...
nak menyalahkan sesiapa...


duduk diam-diam...
duduk sorang-sorang...
renungkan balik segalanya...
kenapa ini semua terjadi..???

ini adalah dugaan dari yang MAHA ESA...
dia sedang menguji kita...
untuk mengetahui setakat mana ketabahan yang ada dalam diri kita...
untuk mengetahui setakat mana kesetiaan kita kepada-NYA...
untuk mengetahui setakat mana dan sejauh mana akal kita mampu berfikir...


dugaan dari-NYA...

untuk mengajar kita mengharungi kehidupan ini...
untuk mengajar kita erti sebenar KEHIDUPAN...
untuk mengajar kita erti SABAR....
untuk mengajar kita menyedari KESILAPAN...
untuk mengajar kita MEMAAFKAN...


***RENUNGKAN DALAM-DALAM***

MENANGIS....

malam ni aku menangis gila2...sampai xleh nak cakap...

kenapa aku menangis???
biar aku sorang je yang tahu...

tapi tolong jangan buat aku menangis lagi...
aku dah x tahan...

untuk yang sama2 menangis dengan aku malam ni...
tabahkan hati...
ingat ALLAH banyak2...
redha dengan segala ujian yang melanda...
mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian....
TUHAN mungkin masih sayangkan kita...
sebab tu DIA bagi kita ujian macam ni....


kalau boleh memang aku nak coretkan segala yang terjadi mlm ni kat sini...
tapi aku masih lagi nak menjaga hati pihak2 yang terlibat...
sebab tu aku x tuliskan cerita semuanya kat sini...

tapi entry ini cuma aku masukkan sebagai peringatan kepada diri sendiri supaya lebih berwaspada dan sentiasa beringat...
jgn terlalu leka dan kalut mengejar cinta...
cinta yang belum pasti ada penghujungnya....

memang pengalaman ini banyak mengajar...
walaupun bukan berlaku ke atas diri aku sendiri...
tapi ia membuatkan aku takut untuk terjebak dengan CINTA...

aku rela sendirian buat masa sekarang ini....




*** i need to go home....A.S.A.P.....

Monday, April 06, 2009

SETELAH 2 MINGGU....

dah 2 minggu aku x balik wang ulu...
1 minggu yang pertama...
aku berulang dari jitra ke perlis sebab teman mama kat rumah...bapak pegi out station...
1 minggu yang kedua...
aku duk rumah saja sebab xde kelas...ada program IMT-GT....

hari ni baru aku balik ke wang ulu...
huhuhuhuuu....
rasa rindu ada...lain macam ada...semua perasaan dah bercampur aduk....tak pasti sama ada aku suka atau tidak dengan perasaan yang ada ni...

tapi yang pasti...keadaan aku di sini pada hari ini tidak seteruk keadaan aku pada semester lepas...yang mana...hari-hari aku di sini adalah sangat teruk...aku x suka duduk hostel....even hostel kat wang ulu ni tidak terlalu mengongkong hidup aku...tapi aku lebih banyak rasa selesa tinggal di rumah...

tapi...
alhamdulillah...semester ini semua nya bertambah baik...aku punya kawan2 yang sering menemani aku dan tidak jemu2 menghiburkan aku...satu hari nnt aku akan kenalkan kawan2 aku ni...

minggu ni adalah minggu terakhir kuliah aku...minggu depan dah bermula minggu ulangkaji...minggu ini sahaja aku ada banyak test yang perlu aku habiskan...setakat yang aku tahu...sepanjang minggu ini aku ada 4 test...hmmm....aku mengharapkan agar aku dapat menjawab dengan tenang...dan apa yang aku study nnt boleh dijadikan ilmu yang kekal dalam kepala aku untuk aku luahkan pula masa final exam nnt...

Sunday, April 05, 2009

HAPPY BIRTHDAY MIRA!!!!!!!!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU AMIRA FARZANA BINTI SAMAD...



hari ni genap lah umur sahabat aku AMIRA FARZANA ( MIRA @ FARZ ) yang berusia 21 tahun....
ko dah masuk era 20 -an weih...

xder gila-gilaan lagi dah...ehehheh....
aku sayang ko...tapi aku agak terkilan sikit sebab aku hampir-hampir melupakan birthday ko tahun nih...kejam sungguh aku....

anyway....aku menyedari kesilapan aku tu...nnt abis final exam...cepat2 balik jitra...kita celebrater birthday ko, paan, ngan aku skali k....hmmm....aku cadang nak buat kat rumah aku je...boleh kan???kita buat BBQ cam last year....

aku suka bila korang datang makan2 kat rumah aku...


tq mira sebab ko jadi sahabat aku selama 8 tahun ni...ko memang sahabat aku yang TERBAIK...
tq sangat2...
aku sayang ko ngan paan weih....

sayang gila kat korang....

MEMBEBEL DI PAGI HARI...

selamat pagi dan salam sejahtera....
berita hari ini...

ehehehe
aku nak bercerita apa yg aku lalui pada hari2 semalam dan sebelum nya....aku x sempat nak tulis blog sebelum ni sebab xde idea nak menulis...3/4/09 lepas...aku dah bgtau kan mama,bapak dengan abang pegi kuala lumpur....tinggal aku sorang2 kat jitra...petang jam 4.30 petang aku keluar dengan anis ke aneka...sebab petang tu kitorg ada tournament boling anjuran ppk bahan...

kitorg sampai sana awal SANGAT2...sebab budak2 boling lain sampai lewat...alasannye bas jalan lambat...sampai kat aneka...aku ngan anis g ushar2 movie...teringin sangat nak tgk 2fast & 2 furious 4....aku call zila...tanya nak x kalau kita tgk movie tu midnight nnt...dia kata on saja...hahahhaha....tercapai jugak hasratku....aku pon terus g beli tiket kul 12.10 tgh mlm...ingatkan seat kosong banyak...rupanya midnight pon boleh tahan ramai orang tgk...

lepas tu aku ngan anis jalan2 pusing aneka....tunggu dorang ni lambat lagi....aku g gurdian ngan anis...then kitorang masuk aneka balik...anis nak masuk yen gallery pulak...lepas tu dah xtau nak pegi mana...kitorang lepak kat food court...minum air...sekali BAD datang....duduk lepak sekali...dia kata awat mai awal sangat...tau dak game start kul 6 petang....lorhhhh...sapa ntah semlm bgtau aku game start kul 5 petang....

tapi xpe lah...datang awal...sempat cekau tiket wayang dapat seat best....pandang kiri pandang kanan....dah nampak banyak muka2 yang aku kenal...ramai dah jugak sebenar nye bebudak ni yang dah sampai...semua nya datang dengan kereta sendiri...yang datang dengan bas je yang lewat skit....kul 5.30 petang dorang dah panggil masuk nak check lane ....


mereka-mereka yang x sabar nak main boling



game mula kul 6.30 petang...sangat lewat dah aku rasa...memula main semua cam hancussss....ahahahha...padan dah la dengan x practice...pastu dah lama x main....semua tu alasan sebab kalah....game abis kul 10.00 malam...aku x ingat berapa skor kitorang....




ZILA dengan penuh gaya tersendiri






ADOT jugak bergaya habis




mereka-mereka ini adalah classmate aku yang mmg happening habis


lepas game...kitorang g makan kat new town...aku pon x pernah makan kat situ actually....tapi anis kata sedap....pegi je la nak try kan....makan2 pon kelam kabut...pasal kedai tu pon dah nak tutup....lepas makan...g kat keta...zila nak tinggal beg dia...alang2 dah tu aku alih keta bawak g depan aneka...senang dan dekat sikit nak balik tgh malam karang....

jumpa dengan syla and the gang...dorang xtau nak makan kat mana....hmmmm...nak bawak dorang makan kat mahani johari jauh sangat pulak katanya...sebab ada sorang budak nak balik dengan bas...bas pulak dah janji nak amik kul 11.00 malam...jam dah 10.30 malam...mmg x sempat...aku ajak g makan char koey teaw marvellous...ringkas dan cepat....

lepas makan terus jalan balik ke aneka...wayang dah nak mula...malam tu aku terasa bermurah hati nak belanja semua orang makan pop corn...aku beli la 5 bekas pop corn....aku ingatkan x cukup...tapi alhamdulillah lebih daripada cukup....aku ingat jugak aku bertiga je yg tgk midnight movie nih...rupanya ramai lagi bebudak kelas aku yang tgk midnight ni...

best dan happening jugak la...x pernah aku tgk wayag ramai2 camni...apa yang aku rasa happy sangat malam tu...aku boleh bersembang dan bergelak ketawa sambil share pop corn dengan semua orang....aku dah x segan dengan bebudak laki ni macam masa dalam kelas....MAKANAN(POP CORN) ini lah yang telah membuat aku sedar bahawa kata-kata bapak memang betul sama sekali...cara paling senang nak menarik hati orang untuk kita berkawan dengan mereka adalah MAKANAN...

habis wayang kul 2.00 pagi...hall kali ni mmg penuh...FULL SEATS...habis tengok wayang terus hantar anis balik rumah dia...then aku dengan zila balik rumah aku...bebudak yang lain balik wang ulu....nasib baik tengah malam...aku terpaksa speed up pasal dah janji dengan mak anis nak antar anis sampai depan rumah...sebabkan jam dah menunjukkan waktu yang sangat2 lewat...aku kena jugak speed up...kesian mak anis tunggu anis kat rumah...dah la mak dia penat bekerja...kena pulak tunggu sampai lewat malam...

sampai rumah...aku ingat nak layan tv je dulu....tapi mata dah mengantuk sangat....aku masuk tido je la...

pagi esok(x bangun pagi pon)...aku dengan zila g lunch kat nasi ayam periuk besar....lepas settlekan bil broadband acik...lepas makan bawak zila pusing2 jitra....bawak g tasek..tempat aku buat LI dulu kat taman tunku sarina...lepas tu kena balik rumah sebab hujan sangat2 lebat sampai x nampak jalan...

kul 6.30 kitorang gerak ke secret recipe konon nak beli kek kat acik....tapi x sempat nak hantar pulak...ada 2 sebab...yang pertama jalan kat jitra sesak teruk...yang kedua hujan lebat dah hampir 3 jam kat jitra ni...selalu nya kalau hujan lebat satu jam je pon air depan kilang GANO akan naik ke atas jalan...memang xleh nak lalu dah...so aku call acik cakap xleh nak beli...
aku pon balik perlis ikut jalan kodiang....sampai wang ulu tepat kul 8.00 malam...naik bilik terus tukar seluar...lepas tu gerak ke kubang gajah....

kalau nak diikutkan...malam tadi aku kena grading taekwondo...tapi x jadi atas sebab2 yang x dapat dielakkan...lagi satu dewan berkunci pulak...dan kitorang buat kelas teori je semalam dekat dewan kuliah....minggu depan ada TEST TAEKWONDO....aku kena study...mggu depan jugak ada TEST CERAMIC...habis kelas kat kubang gajah...aku dengan zila balik wang ulu...ajak anis makan dekat mak anjang...zila dengan aku dah lapar teruk....kul 11.00 malam baru nak menjamah nasik lepas nasik yang terakhir masuk perut kitorang adalah pada jam 3.00 petang....

lepas makan aku gerak antar zila dan balik ke jitra dengan anis jam 12.00 malam...balik ikut jalan kodiang...membuatkan aku mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke jitra....sebab jalan2 dekat situ masih under construction...

sampai rumah...masuk2 je aku nampak ada 3 ekor 'kanak-kanak' depan pintu...heeee....adik angkat baru dah sampai....nama 'kanak-kanak' tu, KIKI, LALA, CHANTEQ.... mereka mmg sangat comel...tapi mintak maaf sebab aku masih takut dengan kucing...x berani lagi nak pegang...cuma boleh tgk2 je...

gambar 'kanak-kanak' ni nnt aku upload...sekarang aku nak sambung tido...
byeeee

Friday, April 03, 2009

HOME ALONE....

baru 5min yg lalu mama, bapak dan abang memulakan perjalanan ke kuala lumpur...
esok ada kenduri kawan2 bapak dekat seremban dan kuala lumpur...

aku tinggal la keseorangan kat rumah ni..sebab petang karang aku ada tournament boling under ppk bahan...sampai malam pulak tu...hari sabtu pulak aku ada latihan taekwon-do kat kubang gajah...tgk la keadaan macam mana...kalau aku rajin...lepas latihan aku patah balik jitra....kalau malas aku stay wang ulu je trus sampai hari jumaat...

sebelum mama pegi...mama pesan suruh aku vacuum sawang kat tingkat atas...lap rak tv kat tingkat atas...sapu rumah bersih2...buang sampah yg ada kat dapur...lepas tu mama suruh masak mee bandung...semua dah ada kat dapur...

dah siap semua kerja baru boleh g main boling dengan fikiran yang tenang....pasal kerja rumah semua dah beres...

urrmmm...
nothing much to write here...
just waiting for the moment....

PERUBAHAN DIRIKU....

tahun ni aku dapat merasakan perubahan yang positif telah berlaku kepada diri aku...

sebelum ini....
aku seorang yang SANGAT PEMALU...
aku seorang yang CONTROL CUN...(BAJET AH KAN...nak gelak pon kontrol2)
aku seorang yang TAK PANDAI BERGAUL....
aku seorang yang TAK SUKA BERKAWAN DENGAN KAUM ADAM....
aku seorang yang TIDAK AKTIF DALAM SUKAN @ APA JUA BIDANG MELIBATKAN
IPT
...


tapi sekarang ini....
aku sudah boleh MENGURANGKAN RASA MALU BILA BERDEPAN
DENGAN ORANG
...
aku sudah BOLEH GELAK KUAT2 DEPAN ORANG....(itu adalah aku yang
sebenarnya)
aku sudah PANDAI BERGAUL MESRA DENGAN ORANG...
aku sudah BOLEH BERCAKAP DAN BERGURAU SENDA
DENGAN KAUM ADAM
...
aku sudah MULA AKTIF DAN GIAT DENGAN AKTIVITI
MELIBATKAN UNIVERSITI
....


aku suka dan selesa dan gembira dengan perubahan aku sekarang...
aku harap perubahan positif ini akan berterusan....

Thursday, April 02, 2009


start showing today....
tapi x sempat tengok tadi sebab terlalu ramai orang...
harap esok peluang masih ada...

Wednesday, April 01, 2009

KITANG....

kali ni aku nak bercerita pasal kucing yg bapak aku bela...nama dia KITANG...ahahha...nama tu mama dengan bapak yg bagi...bapak amik KITANG ni masa bapak dengan mama pegi basuh naza kat car wash depan hospital jitra...masa tu dia ni boleh dikatakan baby kitten lagi...sangat2 kecik lg....asalnye bapak nak amik 2 ekor...tapi yg sekor lagi xtau hilang ke mana...maybe dah ada org amik....

bawak balik KITANG ke rumah...letak dia dalam sangkar...sebabkan dia ni kucing terbiar...kitorg bg dia makan ikan kembung rembus buat permulaan...pasal dia dah biasa makan2 mcm tu...bg makanan kucing dlm paket dia xnak makan...

bila bagi makanan dalam paket...dia muntah2...kesian aku tgk...bg je la dia makan ikan rebus...sambil2 campur skit ngan makanan dlm paket...sementara nak bg dia biasa...mula2 tu kitorg letak sangkar dia dlm rumah...tapi bila dah lama...dan dia pon dah membesar....bapak beli rumah baru utk dia letak kat luar rumah...


dan sekarang ni aku rasa dah hampir setahun KITANG tinggal ngan kitorang...jadi sangat sayang dengan dia...bila dah besar ni..dia ni dah jadi seekor budak yang hyperactive...sangat nakal...

tiap2 petang lepas bapak balik keje bapak akan bg dia main2 kat luar...dekat nak maghrib bapak panggil la dia masuk sangkar dia...

tapi semalam...
nak dijadikan cerita...
mcm biasa bapak lepas KITANG main kat luar lepas bapak balik kerja...
lepas tu..nak maghrib bapak panggil dia balik...tapi dia x muncul2...sampai lepas isyak...bapak keluar cari dia lagi...masih x berjumpa...bapak dah mula risau...mana la KITANG pegi ni...selalu kalau bapak panggil dia mesti menyahut...tapi semalam diam je...sampai kul 1.00 pagi...KITANG x balik2 lagi...hmmm....xtau nak cari kat mana...bapak masuk tdo je la...esok baru nak cari balik...

pagi tadi...
bapak bukak pintu dan macam biasa panggil nama dia...KITANG!!!..KITANG!!!...xnampak2 jugak dia...tapi masa bapak nak tutup pintu rumah...baru nampak dia berlari2 dari belakang rumah...haaaaaa....pukul 7.30 pagi baru balik budak kecik ni...xtau la semlman dia kat mana semlm...buat semua org risau....

pastu bapak masukkan dia dalam sangkar tinggalkan makanan basah dalam bekas...dia tido dari pagi sampai petang...x bangun2...penat sangat la tu agaknye...haishhh KITANG...macam2 hal la hang nih....









ini KITANG masa mula2 kitorg amik dia kat car wash



ni dia tido lepas baru balik umah kul 7.30 pagi tadi



tgk budak buas a.k.a nakal tido

**aku sebenar nye penakut kucing...tapi semalam susah hati jugak 'budak' ni x balik2...

Tuesday, March 31, 2009

BEBELAN KU...

hari2 keje aku ngadap tv, laptop, belek2 buku...
hari ni pon sama...
bgn pagi siram pokok, keluarkan kain jemuran ke tempat panas, tgk2 kucing aku tido....
masuk rumah basuh gelas2 yg x berbasuh...
cari lagi benda aku nak kena buat....

xde apa dah...
haishhhh....
apa aku nak buat ni....
tiba2 perut lapar...
nak makan apa ni???
apa pon x ada utk aku masak....
yg ada cuma sebungkung mee segera....

hmmm...
boleh la daripada aku kelaparan....
sambil makan tgk HBO....
cerita yg sangat menarik...

lepas tu xtau nak buat apa lagi dah...
masuk bilik...
dgr lagu2 yg baru aku download semlm....

jam dah kul 1 petang...
aku tunggu kalau2 ada sapa2 yg balik...
tapi semua org x balik...
duduk la aku sorg2 kat rumah sampai petang kul 5...
kalau aku tahu seboring ini...

dah lama aku ajak anis g tgk wayang...
xde la kebosanan kat rumah....

mlm ni pon sama...
xda apa yg boleh aku buat...
ari sabtu ni aku ada grading taekwon-do...

hmmmm....
harap2 aku lepas dan dapat double...
ahahaahhaa
perasan je lebih....
tapi kalau dapat double pon apa salah nye....

Monday, March 30, 2009

KASUT BARU...

tadi aku g alor star ngan abang...
niat asal nye abang yg nak cari sandle kat al-ikhsan..
pastu xde yg menarik kat al-ikhsan alor star...
aku ajak abang g star parade....
nak tgk kasut jugak....

sampai sana...
aku masuk kedai adidas...
kasut2 adidas xde yg menarik perhatian aku jugak...

aku masuk kedai lain pulak...
ada satu kasut nike yg menarik perhatian aku...
aku tgk harga...
boleh tahan...






mintak tgk saiz kaki aku...
try pakai...
hmmm...
ok je...
trus aku rembat...

pastu balik rumah baru teringat...
tadi aku test kasut x pakai stoking....
ngam2..kalau pakai stoking nnt mesti agak ketat...
tapi xpe la..
aku try pakai je dulu...

MULUT MASIN....

entry kali aku nak citer segala yg berlaku semlm...sebab semlm aku x sempat nak update blog ni...rasa penat dan xde idea langsung nak mengarang kat sini....

segalanya bermula jam 10pg semlm...
aku bersiap dan bergerak ke rumah anis yg terletak kat depan rumah aku je pon...aku dengan anis gerak ke perlis..sebab ada seminar IMT-GT kat perlis...seminar start kul 2 ptg...tapi aku dgn anis pegi awal sebab ct mintak tolong antar dia ke jeti kuala perlis...dia nak ke langkawi...

aku sampai kat wang ulu lebih kurang kul 10.40 pg...tunggu ct dok bersiap sampai la kul 11.00pg...pastu zila call anis...tanya kitorg ada kat mana...anis terkena dengan zila pagi2 ni...ahahha...

anis : kitorg ada kat bawah ni, turun la kite g antar ct sama2 g jeti....

zila : aku ada kat ipoh ni...
anis : hah??abis ko x pegi la seminar petang karang??
zila : aku pegi...
anis : ......
zila : ahahahha
anis : mai la turun bawah...kami ada kat bawah ni..tunggu ct...
zila : rumah aku satu tingkat je..nak turun camna??
anis : ....(blur je...pastu baru gelak) ahahhaha
zila : ahahahah
anis : nak ikut x g antar ct??
zila : nak..nak...aku turun...


lepas ct ngan zila sampai kat kereta...kitorg gerak ke kuala perlis...sampai sana...ct amik tikel kul 1ptg...sementara nak menunggu...kitorg g makan kat KFC dulu...ekekkeke kat sini pon dah start kejadian huru-hara kitorg...KFC kat jeti ni kitorg ingatkn 2 tingkat...so kitorg ingat nak naik atas la...makan kat atas sambil tgk laut...sekali zila ngan tray penuh air ngan ayam ni ikut naik atas...aku tgk pintu kat atas tu lain macam je...aku kata ntah2 toilet je apa kat atas ni...aku ngan anis g naik check line...ahahhaahaa...mmg tandas je pon....zila ingat kitorg main2...dia nak naik jugak....aku kata jgn naik...xde meja pon...ada bilik kecik je pon...haishhh....pastu aku nak cover malu...masuk jugak la tandas tu...anis pulak nak ikut masuk skali...dia xtau toilet tu ada satu je...ahahhaaha

tgh makan2...zila ngan anis dok ngushar pengurus KFC tu dok tgk anak2 buah dia buat keje...lantak hampa la...aku lapaq....tapi gelak gak skit2....pasal hampa gelak kan...

lepas makan kita gerak g kat balai menunggu...nak menghantar cik ct ke pintu gate...mcm biasa la kitorg bila bosan...bergamba je la kan...nak buat apa lagi selain buat kecoh kat dlm tu dgn keje gila kitorg....


bye2 ct...enjoy la mung di langkawi sana...

lepas antar ct kitorg rush ke wang ulu...zila ngan anis nak tukar kasut ngan amik jaket...masa dlm keta...rumate zila call kata semua org yg nak g seminar pakai baju kurung...zila kata kitorg pakai kasual je...x pakai formal pon...sebab dorg xde cakap pon nak kena pakai formal....dah nak gerak ke dewan 2020...ternampak hannah and the gang...dorg semua pakai baju kurung....

aku dha mula gelabah...pasal kitorg ber3 je yg pakai kasual...hannah nak tumpang g dewan pasal dia tertinggal bas...hannah heran kitorg pakai kasual...

hannah : kenapa korg???
kitorg : xde sapa cakap kena pakai formal pon...
hannah : ada la...dorg send kat skype tadi...
kitorg : mana ada kitorg online skype tadi...dr pg kitorg keluar ni...
hannah : jom la kita pegi je la...boleh nye masuk..aku dh biasa buat cam korg...
azrin : aku rasa cam nak balik tukar baju...tapi skarang dah 1.45...mana sempat
kan??

hannah : x payah la...kita pegi je...
azrin : kalau kita xleh masuk..aku ngan zila g tgk games je la...boleh zila??
zila : ok je..ehehhhe...


sampai kat dewan 2020...semua masuk kecuali aku ngan anis tunggu dlm keta...kot2 xleh masuk...kitorg tunggu zila datang then blah la kan...masa tunggu zila...ilylia and the gang baru sampai...aku tgk dorg pon pakai kasual je...aaahhhhh....aku ngan anis pon turun je la...pasal baru lepas call zila, dia kata boleh je masuk...

masuk dengar seminar tu yg sangat la bosan...perrghhhh....menyesal x sudah...tapi xpe la..asalkan ada sijil penyertaan...itu dah cukup nak mengubat hati aku...
seminar habis kul 6 petang...kitorg g makan kat mak anjang dulu....kul 7 mlm antar zila, hannah ngan flora masuk wang ulu...then, aku ngan anis nak balik jitra...zila nak balik ipoh esok dengan hannah...

masa dlm keta...aku sembang2 ngan anis...dr cerita arnab dia sampai ke cerita musim hujan sekarang ni...

anis : kat depan sana gelap..mesti hujan lebat...
azrin : kalau time2 petang camni...kat perlis x berapa nak lebat hujan...nnt
sampai kat pauh
mesti hujan skit2...bila sampai changlun sana baru
nak lebat...

anis : kalau kat changlun hujan lebat...selalu nye kalau sejam hujan lebat
mesti xleh lalu nak ke
jitra...pasal air naik atas jalan...
azrin : haaa jalan depan kilang GANO tu kan...
anis : jln tu mmg selalu naik air...
azrin : mintak2 la air x naik lagi...kalau nak naik pon biar la bg kita lepas
dulu...kalau x mcm
mana nak balik jitra...
anis : ahahhaah btoi2...
azrin : ehhh...ada road block ke??
anis : ke accident...cam ramai je kat depan tu...
azrin : ntah la...(sambil perlahankan kereta)
anis : ehhh azrin...banjir la(sambil tunjuk parit sebelah kiri)
azrin : perrghhhh laju gile air...cam air sungai...(tgk depan)
anis : ehh awat myvi tu dok atas divider...
azrin : ehhh ni accident ke banjir???
anis : owhh dia U-turn...pasal xleh lalu jln depan sana...


perghhh air mmg byk gila dah naik atas jalan...masa tu kitorg baru nak sampai ke pauh...skit je lg nak sampai changlun...mmg xleh lalu dah jalan tu...kitorg terpaksa patah balik je ke kangar...masa nak patah balik tu...terpaksa redah air yg byk dan laju...anis dah takut dah...ehehhe...sabar ye anis...nasib baik la aku ni agak lasak...boleh menenangkn anis dlm situasi cam ni...alhamdulillah kitorg lepas...

kitorg decide nak balik wang ulu...pastu kat sana pikir camna nak balik jitra...ada jln lama nak balik ke jitra...tapi aku x berapa suka nak lalu situ pasal jln tgh teruk kat sana...aku call abang...nak bgtau kata kitorg xleh balik lg ni...jln naik air...abang kata...dia pon ada kat perlis...balik ngan dia je la...dia bawak balik ikut jln lama jugak..aku ikut je la...lgpon dah kul 8mlm masa tu...abang kata balik wang ulu dulu....

dlm keta aku ngan anis gelak je...ni kalau zila tau mesti dia gelak gila aku cakap...anis gelak je...sebelum balik wang ulu...g singgah isi minyak dulu...pastu balik wang ulu...ingat nak ajak zila turun lepak minum2...tetiba abang call suruh jumpa dia kat stesen minyakMOBIL...aku ngan anis g naik masuk toilet dulu jap...ni kalau ada org perasan ni...mmg org heran..apa hal la keta oren ni dok keluar masuk wang ulu je hari ni...korg pikir la sendiri ye...ehehhe

aku ngan anis trus ke steten minyak MOBIL...jumpa abang kat sana...konvoi ngan abang balik jitra...sampai jitra dah pukul 9.40 mlm...nasib baik esok xdak kelas...kalau ada mesti penat esok nak patah balik perlis pulak...sampai rumah...bapak ajak keluar makan...aku dah kenyang...tapi ikut je la...minum je pon...

sampai rumah aku dah kepenatan...x mandi pon...terus terlelap atas katil sampai pg ni...

Saturday, March 28, 2009

CUTI G PADANG BESAR....

bgn pagi tadi mama kata nak g padang besar...
saja nak g jln2 pasal bapak g main golf...

acik pulak ada ceramah apa ntah kat poly...

sampai padang besar...org ramai amat...baru aku ingat...hari ni hari sabtu...sebab tu org ramai...kebetulan pulak semlm student2 dr thailand ngan indonesia dah sampai perlis...
hari unimap bawak dorg mai jln2 kat padang besar...tu pasal yg agak sesak skit...

aku xde nak membeli apa pon...pasal xde benda yg menarik perhatian aku...penat jln...makan pulut ayam...isi perut yg x terisi dr pagi...dah tengah hari baru nak mengisi...kesian perut aku...

ingatkn acik nak balik lepas ceramah...saja la tunggu dia call kot2 dia nak balik dah...last2 dia call abang kata xjadi balik...cess buang tebiat sungguh...selalu nak je balik...apa daa..rugi x balik...org nak ajak g cari kasut...

balik rumah...terlelap kejap kat ruang tamu...xtau pasai pa lengan aku dua2 belah rasa lenguh2...padahal mana ada buat keje berat pon...

esok ada seminar kat perlis...kena bertolak awal pg...sebab nak balik wang ulu dulu...nak antar 'anak2' cik anis kita pulang ke rumah dulu...kesian nak bawak 'budak2' tu pegi seminar....bukan depa paham apa pon....

pg sok jugak nak kena antar cik ct ke jeti kuala perlis...dia nak pegi jumpa cik abang dia kat sana...jgn lupa coklat aku ya....

Friday, March 27, 2009

CILAKAK!!!

hari ni aku ada kelas kul 8 pg...
kul 6.15 aku dha melompat dr katil sebab nak kena keluar rumah awal nak ke perlis...
takut sesak jln pg2 ni...
dengan org nak g keje lg...
bebudak nak g sekolah lagi la....

kul 6.55 aku keluar rumah...
sebab rasa cam awal lg...
aku bawak rileks je atas jalan...
sampai kat pauh dah kul 7.20 rupanya...
gila slow aku bawka keta....
terus aku pecut ke arau....
sampai kat muhibbah kul 7.40....

aku pegi touch card...
duduk lepak tunggu anis, zila, far, ngan ct....
xde sapa pon lg kat situ....
pastu nampak khai ngan deqya sampai naik motor...
lepas dorg touch card...
dorg kata kelas cancel...

cilakak btoi !!!!
aku beria datang jauh2....
kelas bleh pulak cancel last minute camnih....
aku call zila...
dia kata dah ada dlm bas nak sampai muhibbah dah pon..
call anis pulak...
pon sama dah atas bas nak sampai dah...
call ct pulak...
dia pon nak sampai dah...

bila aku kata kelas cancel...
semua gelak sebab sakit hati...
semlm bila org tanya...
semua kata ada kelas...
alih2 je pg ni kelas cancel...

rugi minyak keta aku...
cesss....

tapi xpe lah...
bleh balik awal pg nih...
kebetulan pulak anis nak tumpang balik jitra sama2....

sampai jitra...
antar anis balik dulu...

cesss....
apa da malang punya nasib hari ni...
dah la kelas cancel last minute...
aku terpijak taik kucing pulang...
bengong sungguh...
x pasal2 nak kena basuh kasut tu...

Thursday, March 26, 2009

HAPPY BIRTHDAY HAFIZ!!!

hari ni sepatutnya aku ada kelas kul 8pg...
tapi dah di cancel oleh lecturer aku...
so kelas aku hari ni start kul 3 petg....

masa tgh siap2 nak g perlis...
hp aku berbunyi...
ada pesanan yg masuk...
aku baca tgk x naik nama pon..
sapa ni???
rupa-rupanya hafiz...
kawan aku masa kat poly dulu....
dia msg aku nak settle hutang dia...

seyes aku x ingat dia ada hutang dengan aku...
terima kasih la hafiz sebab ang bersikap jujur dengan aku...
seyes aku x ingat berapa ringgit ang hutang ngan aku...

pastu ang kata nak bg kat aku rm50...
aku rasa cam byk sangat bro...
aku mintak rm30 je...
tapi ang kata nak bg rm50 jgk sebab hari ni hari jadi ang...

HAPPY BIRTHDAY HAFIZ...
maaf aku lupa..
bukan sengaja nak lupa...
tapi hp aku rosak then semua yg ada dlm tu hilang lepas hantar repair...

tapi sepatutnya aku yg bg hadiah kat ang sebab hari ni birthday ang...
tapi terbalik...
ang pulak yg bg hadiah kat aku hari ni...
x dak pasai la kan aku dpt duit hari ni...
ekekkekke
terima kasih banyak2 ye en hafiz...

masa ang call aku cakap duit dah masuk dlm akaun aku...
tiba2 satu perasaan sampai ke hati aku...
aku rindu kat ampa suma..
rindu gila2...
x sabar nak jumpa ampa suma bulan april ni masa hari konvo kita....

mesti semua dah berubah pastu ada byk citer2 best nak share....
aku x sabar menantikan hari itu tiba....

VIVA PHASE TRANSFORMATION AND WIRING WORKSYOP....

haduiii...
awal2 entry lg aku dah mengeluh...
ntah apa kejadah yg aku jawab masa VIVA tadi....
mmg bodoh gila la aku....
malas nak pikir dah aku....

bengkel petang tadi...
bengkel wiring...
tobat aku x suka main dengan wayar2 yg berselirat ni...
asal masuk mana2 bengkel hari pertama...
mesti muka aku jugak yg tolong tutup pintu ngan semua suis lampu suis aircond....

haishhh....
bila la nak jaid org pertama yg tinggalkan bengkel tu....
apa2 pon...
ini baru hari pertama...
insyaallah lepas ni boleh siapkan dengan pantas la...
gila la petang tadi kul 6.15 petang baru aku keluar dr bengkel....



ni hasil kerja aku utk bengkel pertama...
hasil yg kurang memuaskan walaupun mentol menyala dan suis berfungsi....

Tuesday, March 24, 2009

KONVOKESYEN

petang tadi posmen datang melawat rumah aku...
sambil dia membawa buah tangan sekeping sampul surat putih besar ditujukan buat aku...

aku agak suspen bila dapat sampul surat tu...
bila dibuka dan aku melihat isinya...

yeaahhhhh....
surat konvokesyen aku...

aku ni bukan budak pandai sangat pon...
maka aku hanya layak utk menyertai konvokesyen pada sidang kedua saja...

tapi aku peduli apa dengan semua tu...
janji aku dapat jumpa dengan semua kawan2 lama aku...
rindu ampa semua gila-gilaan ok...
hari2 kita dok msg2 dlm frenster x pon kadang2 sms je kan...

aku x sabar nak jumpa ampa suma...
rindu sangat2....
hari2 aku dok membilang hari nak tunggu tarikh keramat 26 APRIL 2009....

nak amik gamba kita ramai dengan jubah konvo kita...
dengan segulung diploma di tangan memasing....
mesti sangat indah saat itu nnt kan...

KORG BG TAJUK SENDIRI....

dah genap seminggu aku x update blog nih...
mggu lepas aku agak sibuk dgn assgmnt...

pastu ari jumaat xde kelas...
aku cabut hari kamis balik jitra...
lepas maghrib bertolak balik kelantan...
mama dengan bapak dah balik hari rabu lagi dah...
aku berempat dengan abang,acik ngan adik balik kelantan mlm tu....
kitorg sampai kelantan x la lewat sangat....

sampai kelantan terus ke pasir tumboh...
rumah ayah su...
cik su kata nak bawak makan kat kedai maggie tom yam sedap....
cantek sangat la...
aku mmg tgh kelaparan seharian x makan...

lepas makan balik bachok...
tdo kat rumah tok...
esok pagi nak kena bgn awal...
nak balik jitra dah...

nk dijadikan cerita pulak...
esok nye tu...
masa aku tgh bersarapan pagi dengan mak aku kat dapur...
sepupu aku datang kata ayah dia nak pegi hospital....
dr subuh tadi ayah dia asik muntah2...

bapak dengan abang bawak ayah long pegi klinik bachok...
tapi lepas tu ambulan bawak pegi hospital kat kota bharu...
aku bawak myvi follow abang sampai kat hospital...
pasal ingat lepas antar ayah long kat hospital....
if ayah long kena tahan kat wad...
kitorg akan mintak tolong sesiapa yg ada kat kota bharu utk tolong jaga ayah long kat hospital...
pasal kitorg nak kena balik jitra dah....

alhamdulillah...
ayah long x kena tahan kat wad...
dah check out n amik ubat...
bapak antar ayah long balik bachok....
aku, abang,acik ngan adik tunggu mama dengan bapak kat kedai ayah su...

dapat makan roti fresh...
keluar terus dari oven straight masuk mulut dah terus ke perut aku...
mmg enak sungguh...

lepas tu pegi singgah kat telipot...
tengok rumah...
lama x tengok rumah...
rumah dah siap sempurna...
dah bleh masuk dan tdo kat sana dah...
tapi masa tak mengizinkan...

kitorg terus balik ke jitra....

21 mac 2009...

kenduri kawen kakak etty kat ipoh...
kul 9.45pg keluar rumah bertolak ke ipoh...
sampai ipoh kul 12tgh hari...
tersesat pulak nak cari lokasi majlis....
nasib baik x sesat lama...
dah jumpa tu...perghhh...
aku terpegun sekejap....
majlis mmg sangat meriah dan aku xtau nak gambarkan camna....

tapi x sempat nak jumpa dengan pengantin sebab nak kena balik jitra trus...
nak antar adik masuk hostel pulak petang tu...

mlm tu aku x pegi taekwon-do...
pasal aku sakit perut...
hari ahad mcm biasa....
kemas rumah yg bersepah...

hasil kerja kitorg 4 beradik...
aahhhhaha.....

petang ahad antar acik balik poly....
hari ahad jugak bapak g outstation...
maka dengan itu...
aku kena berulang dr jitra ke perlis selama seminggu...
sebab nak teman mama kat rumah...


dan...
hari2 belajar aku macam biasa saja .....
dah 2 hari aku rushing ke perlis...
sebab aku salah timing nak keluar rumah...
lepas ni kena keluar awal BANYAK....
supaya aku tak lewat lagi...

esok ada VIVA phase transformation...
aku x study lg....

Tuesday, March 17, 2009

TERSEPIT ANTARA KELUARGA DAN KAWAN....

aku agak mesti ramai org2 kat luar sana yg pernah tersepit dlm situasi mcm ni...
terpaksa pilih antara KAWAN atau KELUARGA....

mana satu yg hati mereka perlu kita jaga...adakah menjaga perasaan dan hati kawan2 adalah lebih penting berbanding menjaga hati dan perasaan keluarga yg selama ini x jemu2 menjadi teman dan sering bersama x kira kita susah atau senang, sedih atau gembira....

salah ke kalau aku lebih mengutamakan keluarga aku????
salah ke kalau aku ketepikan sekejap saja kawan2 hanya untuk bersama keluarga aku????

pada aku...
keluarga adalah segala-galanya bg aku..tanpa keluarga aku hilang arah tuju..aku jadi buntu...hidup aku sepi..
untuk makluman semua...
aku adalah org yg sangat2 mementingkan keluarga...
setiap saat dalam hidup aku...aku nak sentiasa habiskan dengan keluarga aku...
aku dr kecik x pernah berenggang dengan mama dan bapak...adik beradik pon x pernah berenggang...tapi bila semua dah meningkat dewasa...dah blaja jauh2...jarang2 jumpa...bila ada masa dan peluang untuk bersama mmg aku nak sangat manfaatkan peluang yg ada...

aku agak sedih bila ada org yang x paham dengan gaya hidup aku yg mengutamakan keluarga...aku x katakan semua...ada jugak yg paham dan punya pendirian yg sama dgn aku...walau apa pon yang terjadi...keluarga adalah menjadi keutamaan...

kenapa aku timbul soal kawan atau keluarga ni???
sebab aku sekarang tgh buntu memikirkan masalah yg aku hadapi sekarang ni...

hujung mggu ni keluarga aku ada buat kenduri kawin...
dan hujung mggu ni jugak ada pertandingan projek i anjuran U aku...
aku terpaksa buat pilihan sama ada nak pergi kenduri atau pertandingan ni...
tapi...
bila dah melibatkan keluarga...
dah tentu la aku pilih keluarga...
dan sebab kenapa aku tetap memilih keluarga adalah sebab pertandingan tu x wajib dan aku x mesti pergi pon...sebab yg nak kena present projek tu cuma 4 org saja...jadi aku x terlibat...
sebab tu aku tekad memilih utk pergi kenduri kawen tu...

aku bukan nak lepas tangan...bukan jugak aku x pernah pegi lab tolong buat projek ni...aku ada jugak pegi tolong2...cuma kali ni aku xleh nak tolong korg jadi presenter...sebab aku perlu sesuatu yg lebih penting dr projek ni...

bila ada org x puas hati dengan aku sebab aku bg alasan ada kenduri kawen..aku ada dengar rungutan x puas hati...
aku nak tanya korg...
kalau la kenduri tu kenduri kakak atau sedara mara korg...tapi korg x pergi..apa agak nye perasaan mereka???
dan macam mana pulak perasaan korg..kalau xder org yg datang ke majlis kenduri korang???
SERONOK???SEDIH???HAMPA??GEMBIRA???TERKILAN???
pilih mana satu jawapan yg ada dalam kepala korg...

lagi satu...
pernah x korg terfikir...
pernah x permintaan korg DITOLAK oleh ibu bapa korg???
pernah x ibu bapa korang BANTAH cakap korg???
aku pasti jawapan korg TAK PERNAH...
kenapa???

sebab mereka sayangkn korg..
sentiasa mahukan yg terbaik utk korg...

jadi apa salah nye kalau aku atau korg sendiri pulak cuba utk TAK MEMBANTAH atau MENOLAK permintaan mereka pulak....
sejak kecik...mereka jaga kita...sediakan semua yg perlu..sampai kadang2 benda yang x perlu pon mereka bagi...sedangkan masa mereka seusia dengan kita dulu...x pernah pon mereka merasa semua kemewahan tu...segala pengorbanan mereka...mak kita sanggup berjaga siang malam nak menjaga kita...bapak kita sanggup bekerja siang malam semata2 nak mencari rezeki nak membesarkan kita...nak bg kita kemewahan...terlalu banyak perngorbanan mereka....

jadi sekarang...
salah ke aku nak membalas balik segala jasa dan pengorbanan mereka????
salah ke aku???
tolong la bg aku peluang nak membahagiakan ibu bapa aku sementara dorg masih ada...
tolong bg aku peluang nak membalas jasa dan pengorbanan mereka yg tak terbalas sementara aku punya peluang....

mungkin korg nampak aku cam happy sentiasa...
macam x de masalah nak pikir...
tapi tiap2 malam aku pikirkan cara nak bahagiakan mama dengan bapak aku...
aku sentiasa pikir apa yg mama dengan bapak buat kat rumah...
dah makan ke mereka???
dah tdo ke mereka???
sihat ke x mereka kat rumah tu???
selamat ke mereka berdua kat rumah tu???

pernah ke korg duduk dan pikirkan semua tu????

aku mintak maaf kalau korg rasa aku bersalah...
tapi aku tetap akan mengutamakan keluarga aku...
x kira apa pon yg berlaku...

Monday, March 16, 2009

KEM BENGKEL EKSPLORASI MINDA....

alhamdulillah aku dah selamat dan berjaya menamatkn bengkel eksplorasi minda yg diadakan di KEM TIMAH TASOH LAKE RESORT....


13 mac 2009....

tepat jam 2.30ptg...
aku dgn zila dah siap nak ke dewan terbuka wang ulu...
nak tunggu bas nak bergerak ke TIMAH TASOH LAKE RESORT....
dah turun jalan kaki sama2 ngan ct jugak...

dr wang ulu....
jam 3 petang bas bergerak ke timah tasoh....
dlm bas dr wang ulu masa tu ada la dlm 11 org je...

kami sampai kat timah tasoh lake resort lebih kurang jam 3.45 petang...
sampai sana...
x ramai org pon lg...
peserta dr kg wai dan semarak x sampai lagi....

dorg sampai lewat skit...
dlm kul 4 lebih camtu la..
aku agak 'terkamjat' tgk peserta2 yg hadir ke kem tu...
dr senarai peserta yg sepatut nya hadir ke kem tu adalah seramai 61 org...
tapi yg menghadirkan diri hanya 31 orang....

yg lain2 ntah ke mana...

aktiviti pertama kami....
pasang khemah utk kami bermalam selama 2 mlm kat situ...
mmg enjoy sangat...
sbb aku x pernah bercamping lg...
ini adalah pengalaman pertama aku...
pulak tu kan kena dirikan sendiri khemah tu...
mmg sangat2 enjoy...
aku tinggal sama khemah dengan zila n ct...

dah siap pasang khemah...
tepat jam 5.30 ptg...
ada sedikit taklimat berkaitan program2 yg akan dijalankan selama 3 hari kat sana...

lepas tu kitorg semua makan...
g jln2 menikmati keindahan waktu petang tepi tasik....
lepas tu semua g mandi dan bersiap utk solat maghrib berjemaah...

aktiviti pertama utk mlm tu...
aktiviti bersama Prof. Dato' Dr. Jamaludin bin Mohaiadin...
abis je aktiviti mlm tu..
kitorg makan2 lagi...
lepas makan masuk khemah tido...

esok nak kena bangun awal...
ada senaman ringan dengan PALAPES...

14 mac 2009....


aku dah bangun seawal jam 4.30 pg...
tapi zila ngan ct x bgn lagi...
dorg nak bangun kul 5.30 pg japg...
aku tunggu je la dorg bgn...
nak g toilet sorg2 x berani pulak aku...

lepas mandi n solat subuh...
tepat jam 6.30 pg...
kitorg dah mula senaman pagi dengan PALAPES...
memula tu senaman ringan macam biasa je...
ada lompat lalat ngan lompat apa ntah nama nye ...
lepas tu kitorg mula berjoging....
joging separuh jalan...
dorg suruh stop then angkat beban sambil lari...
beban yg dimaksudkan adalah kwn kita sendiri la...
kena pikul dia then lari...
yg ni aku x buat...
pasal masa ni je aku dah semput...
batuk2 dah...

aku lari2 je trus pastu...
dah abis part 1 lari dengan beban...
kitorg sambung lari lagi...
lepas tu dia suruh stop lagi...
kali kena dukung beban pulak...
beban nye masih lagi kwn kita sendiri...
yg ni pon xleh buat jugak...
cara yg sama jugak...
aku lari je trus...
then lari2 lagi...

lari angkat beban yg ke 3 ni je aku buat..
aku kena angkat zila yg duduk atas bahu aku...
sepatut nya aku kena lari...
tapi x larat....
aku jalan je sambil zila dok atas bahu aku....
masa tu pon aku dah rasa sesak nafas dah...

tapi aku tahan sebab aku tgk bebudak pompuan yg lain bleh je tahan...
lepas angkat zila...
kitorg kena pulak bercangkung...
then ada sorg member yg akan tarik kitorg laju2 ke depan...
kitorg kena la pulak lari sambil bercangkung....
mmg gila sakit la belakang aku...

lepas tu kena sambung lari lagi...
pastu ligan pokok kelapa dan kena pegang sorg skit...
lepas tu pulak lari naik balik ke atas kat tepi khemah...
sampai kat situ la aku dah mula rasa nak muntah sangat2...
ct paksa aku habiskan senaman...
aku ikut je la...
abis je senaman pg tu...
aku lepak bawah pokok jap nak amik nafas...

sekali aku x dapat nak tahan...
aku berlari ke tandas...
apa lagi kan....
terkeluar abis la isi perut....
sampai biru muka aku...
aku sendiri panik sekejap tgk muka aku dah biru...

then aku g rest jap dlm khemah...
kul 8.30 pg...
sepatutnya ada ceramah...
tapi asyik ceramah je bosan la kan...
inisiatif lain yg diambil oleh penceramah : En. Razali Ahmad
kitorg dipecahkan ke dalam 3 kumpulan...
setiap kumpulan ada 10 org yg bertindak sebagai pembangun pulau impian kami....

kami semua kena buat pulau impian yg terdiri daripada golongan ulama'....
aktiviti ni la yg mengeratkn lg hubungan kitorg semua peserta ni...

dah abis aktiviti bina pulau impian tu...
kitorg makan tengah hari....

lepas tu ada LDK...
sesi pertama ni cuma sesi suai kenal je...
lepas tu ada minum petang...

kul 5 petang ada aktiviti kecergasan dengan PALAPES lagi...
aku x dapat nak join...
sebab masih rasa x sihat lg...
ada rasa nak muntah lg....

lepas aktiviti kecergasan tu...
rehat dan minum petang lagi...
lepas tu siap2 utk solat maghrib...
lepas solat ada tazkirah..

lepas tazkirah...
kitorg ada BBQ ngan ais kacang...
perghhh....
mmg best sangat2...
enjoy je semua...
bakar ayam, sotong, daging, sosej....
pastu ais kacang boleh mesin sendiri...
mmg sangat2 enjoy....

lepas makan2....
ada aktiviti EKSPLORASI MINDA dengan USTAZ MOHD NAZIM MOHD NOOR...
aktiviti ni abis kul 12mlm...

lepas abis semua org masuk tido dan sedia utk esok pulak...


15 mac 2009....

pg ni pon bgn cam semlm jugak...
tapi senaman pg ni aku x join...
takut jadi cam semlm jugak....

lepas senaman ada sarapan pagi...
then ada latihan dalam kumpulan lg...
aktiviti yg dijalan adalah nak mengesan punca2 kegagalan pelajar...
apa kekuatan,kelemahan,peluang, dan ancaman yg ada pada seseorg pelajar....

kul 10.30 pg ada minum pagi...
kul 11.00 pagi sambung pembentangan hasil LDK tadi...
kul 1.00 petang makan tengah hari....
masa tgh makan tu tetiba hujan lebat turun....
sejuk je rasa...
best dan syukur alhamdulillah...

lepas hujan reda...
kitorg tunggu tanah kering skit...
baru la kitorg mula kemaskan balik khemah sebab dah nak balik dah....
tepat jam 5.30 petang kitorg naik bas dan balik ke wang ulu...
sampai kat wang ulu jam 6.30 petang....
sampai je aku terus balik jitra....

kem kali ni betul2 buat aku sedar tentang kesilapan dan kelemahan aku...

Friday, March 13, 2009

BERANGKAT KE EMPANGAN TIMAH TASOH...

kejap lagi kul 2.30 ptg aku nak kena turun pegi tunggu bas nak berangkat ke EMPANGAN TIMAH TASOH...

ada kem BENGKEL EKSPLORASI MINDA dekat sana...
kem ni akan bermula pada hari ini sampai hari ahad ni...
apa yg bakal kami semua lalui aku sendiri pon x pasti lagi....
yg pasti...
kami semua yg terpilih ni wajib menyertai kem ni...
tiada kompromi....

aku terpaksa pegi dengan RELA HATI....
walaupon hati aku berat nak pegi...
sebab aku nak balik jitra...

tapi demi kebaikan masa depan aku...
aku pegi jugak...
demi diri aku sendiri...
demi mama dengan bapak...
demi adik beradik aku...
demi pensyarah2 aku....
aku perlu berkorban masa utk aku berfoya2 di hujung mggu dengan aktiviti yg dah disediakan....

harap lepas balik dr kem ni...
keyakinan aku semakin bertambah...
dan aku dapat motivasikan diri aku sendiri utk lebih berjaya dalam pelajaran aku...

Sunday, March 08, 2009

SHOULD I ????

Friendster Horoscope for March 8, 2009

Taurus (Apr 20 - May 20)[?]

Taurus

The Bottom Line

Today, the truth is too obvious to hide. Your little secret is a secret no longer!

In Detail

Today, the truth will become too obvious to hide, and your little secret will be a secret no longer! But the joy this revelation brings to the world around you will be much greater than any risk involved in telling people what exactly the real deal is. Let your feelings be known. Stop holding back your happiness -- there is no longer any need to keep things to yourself. Be generous in everything you do today -- tip your waiter or waitress at least twenty percent!

Wednesday, March 04, 2009

uhhhhh....

Friendster Horoscope for March 4, 2009


Taurus (Apr 20 - May 20)


The Bottom Line

Being powerless in a situation doesn't have to make you feel hopeless about it.

In Detail

Whatever happens around you today will feel like a drama that you simply can't control. You are right: You can't control this. But being powerless in a situation doesn't have to make you feel hopeless about that situation. Sometimes, it's a liberating feeling to know that you can't do much to change the situation. Going with the flow is pleasing to you, anyway, right now, so just do what feels good! Trying to make the day be exactly what you want it to be will only be a mammoth waste of your time.


benda alah kat atas ni aku amik dr frenster....
huh....
mmg kena dengan apa yg aku lalui hari ni....

dgn lab pg tadi yg agak huru hara pada aku....
then petang tu masuk bengkel PLC....
aduuuhhhh....
dah la aku tgh x paham PLC tu apa....
ada plak mamat ni nak cari pasal...

nasib baik aku bleh kawal emosi aku lg....
kalo x terkawal tadi...
baru bleh jadi gaduh besar dlm lab tu tadi....

apa yg buat aku nak marah...
dia main tuduh je org...
xtau apa2 nak main tuduh plak....
dah la tu cam konfiden je kitorg yg punya salah...

padahal benda alah yg berbunyi time tu aku sendiri xtau mai dari mana...
yang dia suka2 hati kata bunyi tu datang dr meja aku...
dah la semua org pandang cam kitorg yg bersalah...

bangang gila la lu....
apa masalah hang....
nak cari pasal ngan aku....



Monday, March 02, 2009

BALIK WANG ULU DAH....

arini balik wang ulu bawak honda....
ingatkn nak balik umah plak lepas bengkel kul4 ptg karang....

tapi bapak plak x bg balik....
bapak kata x payah la nak balik kerap2 sangat...
aku xtau sebab apa...
maybe sebab nak jimatkn minyak....
tapi aku rasa sama je...

sebab bapak kata...
kalau petang ni myvi siap..
bapak dengan mama nak antar sampai perlis....

aku dah mula bosan balik dah dok kat wang ulu nih....
aku lg suka dok kat rumah dengan family aku....

biar la masa kat rumah masing2 sibuk dengan hal masing2....
tapi still bleh nampak muka dan kelibat antara satu sama lain...

dok kat wang ulu ni...
ntah....
aku rasa lonely je...
even ada kawan2 kat sini yang slalu bersama aku....
aku bukan x menghargai dorg...

tapi meluangkn masa bersama keluarga adalah yang paling bermakna bg aku...
waktu itu lah yang boleh membuat aku bahagia...
waktu itu lah yang boleh membuat aku lupa segala masalah...
waktu itu lah yang boleh membuat aku berasa tenang...
waktu bersama keluarga adalah segala-galanya bagi aku....

tak ada yang lebih membahagiakan selain bersama keluarga...