Wednesday, March 31, 2010

KAWAN-KAWAN...

hari ni disebabkan semua kelas aku dah habis...sebab seminggu lagi dah start study week...jadi sebabkan aku sangat bosan di rumah...aku on laptop dan sign in facebook aku...saja-saja je aku menjelajah page kawan2 dari kawan2 sekolah rendah sampailah yang kat universiti sekarang ni...

seronok bila tengok gambar kawan2 dan teringat zaman dulu2...tambah2 zaman sekolah dulu...tapi apa yang aku nak highlight kat sini...ramai kawan2 aku yang dah mendirikan masjid...dan ada yang dah dapat anak sampai 2 orang dah...

setakat ni yang aku tahu...
kawan2 aku masa sekolah rendah dulu dah 2 orang yang dah kawin...tahniah Alya n Hasmi...
kawan2 aku masa sekolah menengah kat jitra....aku tak pasti...rasa nya tak ada lagi yang dah kawin
kawan2 aku masa sekolah teknik....sangat ramai yang dah kawin...tahniah Ayu,Abby,Noje,Munie,Diela,Masliza....
kawan2 aku masa kat politeknik dulu baru sorang je yang dah kawin...tahniah Diyana...
kawan2 aku masa kat universiti sekarang...belum ada yang nak kawin lagi...

tahniah dan semoga berpanjang kepada semua kawan2 aku yang dah selamat mendirikan masjid..minta maaf kepada sesiapa yang aku tak tahu kalau2 korang pon dah kawin...minta maaf kepada sesiapa yang aku tak sempat nak menghadiri majlis bersejarah korang...korang dah jemput tapi aku pulak tak dapat datang....


bila tengok ramai kawan2 yang dah kawin...aku terasa diri ni dah tua gila weihhh...tapi aku je yang tak sedar2...masih lagi bersuka ria macam budak2 belasan tahun...pada hal umur aku dah takde angka 1 lagi dah...

tapi aku suka jugak...sebab aku boleh enjoy2 lagi dengan kawan2 single lain, dengan family aku,dengan sepupu sepapat aku...belum ada tanggungjawab yang besar lagi...macam mana aku nak uruskan keluarga aku sendiri nanti kalau diri aku sendiri pon masih mama dengan bapak yang uruskan...ehhehee...aku ni anak manja parents aku ke???mungkin jugak la...korang sendiri la yang nilai aku...sebab korang kan kawan2 aku....

Saturday, March 27, 2010

BOSAN...

terasa dah lama tak update blog...

terasa nak update blog hari ni...

tapi tanpa cerita yang menarik...

aku rasa banyak sangat cerita menarik sepanjang minggu lepas...

tapi aku tak tahu macam mana nak coretkan di sini...

aku tak tahu macam mana aku nak mulakan....

KESIMPULAN :...aku bosan...

Friday, March 26, 2010

HAPPY BIRTHDAY HAFIZ...


ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

hari ni genaplah 23 tahun usia kawan baik aku masa kat poli dulu....selamat hari tua kepada apit@apis@hafiz....

ang dah tua weih...rindu gila kat ang...lama tak jumpa...semoga ang terus sukses tau...

ingat lagi masa kita sambut birthday ramai2 kat pizza hut dulu...siap tukar2 hadiah lagi...rindu lah...

**apis..apa citer shahril skang ah???lama gila dia menyepi....

Wednesday, March 17, 2010

TEST MARATHON...

semalam aku rasa adalah antara hari2 yang paling membuatkan aku tak keruan...otak bercelaru...

jam 8 pagi semua dah bermula...

pagi tu aku ada presentation BM...actually debat, tajuk kitorang ' budaya asing mencetus konlik nilai masyarakat malaysia'....topik ni agak menarik...dan aku telah pon terpilih untuk menjadi pembangkang...dan sangat susah untuk mencari isi untuk membangkang tajuk nih...sebab aku agak menyokong tajuk ni sebenar nya....rasa macam nak mengulas lebih lanjut berkaitan tajuk ni...tapi mungkin lain kali saja...perdebatan pada pagi itu agak panas...memang pagi2 lagi dah buat keadaan kelas tu panas dengan masing2 ingin menegakkan pendirian masing2...

selesai debat BM...aku ada kelas pulak dekat muhibbah...kelas elctronic dengan metallurgy....ok...serius aku mengantuk gila masa dalam kelas...dan keadaan perut juga tak berapa selesa lepas sarapan pagi tadi...

petang aku dah free...tak ada kelas...tapi sebelah malam nye pulak aku ada 2 test yang perlu aku kerjakan dan yang lebih menarik...kedua-dua test tu bermula pada waktu yang sama...dan pada mula nya aku mendapat maklumat bahawa kedua-dua ujian tersebut akan diadakan dia dua tempat yang berlainan....satu akan diadakan di Dragon, dan satu lagi akan diadakan di Kubang Gajah....dua ujian yang aku maksudkan adalah ujian Bahasa Melayu U dan ujian Keusahawanan Kejuruteraan.....setelah berbincang dengan pensyarah aku...kami sepakat untuk aku dan kawan aku mengambil ujian Bahasa Melayu U terlebih dahulu yang diadakan di Dragon...ujian ini sepatutnya bermula jam 8.30 malam...tetapi disebabkan aku perlu pula berkejar ke Kubang Gajah untuk menjawab ujian Keusahawanan pula pada jam 8.30 juga...jadi aku dan kawan aku dibenarkan untuk menjawab ujian Bahasa Melayu U pada jam 8.00 malam....

aku mengambil masa hampir 45 min untuk menjawab soalan ujian Bahasa Melayu U...bila dengar ujian tatabahasa macam senang je kan...tambahan pula kita memang selalu bercakap menggunakan bahasa melayu...tapi boleh tahan pening jugak bila nak menjawab soalan ujian semalam...

lepas je habis menjawab soalan ujian Bahasa Melayu U...aku dengan kawan aku dengan bantuan abang aku bergegas ke Kubang Gajah pulak...sampai kat sana...aku mencari kelas yang sepatutnya aku masuk untuk menjawab ujian Keusahawanan pula....tapi tak jumpa...aku cuba sms kawan aku yang sudah pon pergi menjawab ujian Keusahawanan ( sebab dia tak ambik BM U sem ni)...rupa-rupanya ujian Keusahawanan ni juga diadakan di Dragon...tak pasal-pasal kena patah balik ke Dragon...sampai kat Dragon...tak jumpa cari kelas la pulak..haduiii....serabut-serabut....bila dah jumpa kelas...orang lain dah nak habis pon jawab ujian...aku dengan kawan aku baru nak mula tulis nama dengan no matrik...tapi takpa...aku dah mintak tolong kawan aku yang lain bagitau kat pensyarah tu kenapa kitorang lewat.....

aku sendiri tak pasti apa yang aku jawap sepanjang masa menjawab tu...sebab kepala aku memang dah berserabut dah....tapi ada jugak la yang betul..sebab aku sempat jugak study petang tadi...

masa nak hantar kertas jawapan tu...aku sempat toleh belakang nak tengok ada berapa orang lagi yang belum hantar kertas jawapan...nahhh....semua dah hilang...tinggal aku dengan kawan aku je dalam kelas tu dengan pensyarah dan 2 orang pembantu dia...perghhh...tak pernah lagi aku rasa aku jadi antara orang2 terakhir yang keluar dari dewan peperiksaan atau ujian...

memang semalam hari mencatat memori dalam kamus hidup aku...ahahhaha...gila lah...juara marathon ujian bulanan...ahahaha....

Monday, March 15, 2010

MAKAN FREE = KESILAPAN TEKNIKAL

hari ni aku ada kelas jam 8 pagi di muhibbah...sebabkan hari ni aku pegi perlis dengan abang sebab kereta dia rosak...jadi aku bagi abang je pegi jalan2 dengan 'boifren' aku tu....lepas habis kelas...aku jumpa abang and kitorang pegi lunch sama2 dengan qilah sekali...

sebabkan cuaca di perlis yang sangat2 panas ni...kitorang decide untuk pegi makan kat SR...sejuk skit sebab ada air-cond....abang dengan qilah dah makan dah...aku je yang kebuluran lagi tengah hari tadi...so...aku sorang je yang makan and diorang minum saja temankan aku...lepas kenyang melantak...sembang2 jap pastu nak bergerak ke bundle pulak...abang gerak g toilet dulu...aku ngan qilah ingat abang nak g settle bill...pastu kitorang blah terus g bundle...shopping kat sana sampai kering beg duit...then pegi kelas BI kat dragon...

lepas kelas pusing2 kangar sampai kuala perlis...punya la mencari tempat nak makan...tak tau nak makan kat mana...menunggu makcik 60jenis roti tu bukak gerai sebenarnye...tapi makcik tu bukak lambat...kitorang dah 4 kali pusing dah tgk2 gerai makcik tu...sampai last2 abang ajak makan kat kangar jugak...tapi rezeki nak makan roti canai tu lebih berat...kitorang lalu je depan gerai makcik tu, nampak makcik tu tgh setting up gerai dia...apa lagi...parking keta ambik meja la...abang siap ajak zarimie,armie,nik ngan ahsu lagi...sementara tunggu dorang sampai...kitorang 3 orang dah order dulu dah...macam biasalah...aku kan kuat melantak...mintak bihun sup semangkuk, roti pisang satu, roti cheese satu, air wajib aku,teh 'o' ais...abang dengan qilah dok gelak kat aku pasal makan banyak..order macam tak ingat...aku selamba jawab...

'angah lapar gila hari ni...sehari tak makan...'

aku terlupa yang tengah hari tadi aku dah lunch kat SR...abang pon cakap lah...sendiri bayar tapi tak ingat sendiri dah makan...aku pon cam blur2 je...pasal bila masa pulak aku bayar bill kat SR tadi...bukan abang ke yang bayar...abang kata mana ada...dia g toilet je tadi...mana ada dia g bayar bill pon....aku ngan qilah saling berpandangan...aceewaaaahh...ayat cam hampeh....bergaduh2, bertekak2...last2...kitorang rupanya makan FREE je tadi...tak bayar pon...

tapi yang menariknya...masa kitorang bangun dan blah dari SR tu tadi...tak ada pon sapa2 pekerja kat situ yang nak tahan kitorang ke apa...kitorang pon bukan nye bangun blah macam orang tak nak bayar...kitorang keluar rileks je dari kedai tu...

tapi bila memikirkan yang kitorang dah makan dan minum kat situ...kena la jugak pegi balik kat SR tu dan bayar bill yang 'tertunggak' tu....aahahahaha....masa nak masuk balik SR tu...kitorang dah berdebar2 dah...tapi nasib baik masa tu ada 3 orang je customer kat sana...2 orang budak laki dok makan kat luar...ada sorang kakak tu baru beli kek untuk birthday adik dia kot...qilah pura2 beli a slice of cheese cake...then pegi bayar kat kaunter...

masa kat kaunter tu la kitorang mengakui ketidakbayaran bill makan kitorang tengah hari tadi...cashier tu memula cam tak menangkap lagi maksud kitorang...lepas tu baru dia teringat ada bill customer yang tak berbayar lagi...terus laju je tangan dia ambik bill yang dah ditampal kat board belakang dia tu...perghhh malu ada...risau pon ada...tapi buat rileks sudah....janji kitorang jujur datang bayar balik apa yang dah masuk dalam perut nih...

aku harap benda ni jadi perkara yang pertama dan terakhir dalam kamus hidup aku...tak mau dah lepas makan free pastu blah macam tak bersalah...ahahahha...malu siot nak patah balik pegi settle bill...ingat SR tu aku yang punya ke???

ahahhaahhaa

moral of the story...lepas makan kat mana2 restoran sila pastikan bil sudah dibayar dah simpan resit...

Sunday, March 14, 2010

NADIKU-SABHI SADDI



lagu baru yang menjadi salah satu kegemaran aku..pertama kali dengar kat astro ria..itu pon aku dengar lagu ni dah separuh jalan...tapi chorus dia best...lirik2 dia pon best....


Composer: Omar K.

SUARA KISAH KITA
YANG SEHALUS SAHUTAN DI MATA
SEGALA NORMA YANG MELENA KU
PADA AROMA SYURGA KITA

NAN SYAHDU CINTA MENUNGGU
SAYUNYA KERNA AIR MATAMU

chorus
NADIKU BAGAIKAN BERLAGU
NANTIMU HENTIKAN APA BERLAKU PADAMU
YANG KU TEMU
HADIRMU SAMBUTLAH DAMBA DAKAPANKU

SURIA KASIH KITA
YANG BERBISIK GERIMIS SERINYA
SEINDAH FRASA YANG DAMAIKANKU
WALAU SEZARAH AIR MATA

BIARKU KUCUP WAJAHMU
LEBURKAN SAJA IA PADAKU

Thursday, March 04, 2010

KIKI DAH ADA BABIES...

pagi tadi masa aku baru bangun nak bersiap ke kelas...abang antar msg kat handphone aku cakap KIKI dah beranak...ada 3 baby...weeee macam tak percaya je...tak perasan pon masa bila KIKI ni bunting...tau2 je dah ada baby...tak sabar je aku nak balik rumah nak tengok anak2 KIKI...






comey gila kan...tapi gamba ni tak berapa clear sangat...tak dapat nak ambik gamba semua...baby ni baru sehari je umur dia...birthday babies ni semua 3 mac 2010...2 hari lepas birthday adik...hehehhee....

Monday, March 01, 2010


happy birthday adik min...
tak ada hadiah nak bagi tahun ni...boleh tolong buat cupcakes ni je...