Monday, November 23, 2009

CUPCAKES...

nom..nom..nom..( mcm yg dalam cafe world tu kan..)

semalam aku janji nak masukkan gambar2 hasil aku pergi kelas deco cupcakes kan...
haaa hari ni aku tunaikan janji aku...



ini hasil anis @ bella
ini guna buttercream



ini pulak yang aku buat sendiri...
hasil tunjuk ajar kak rani...




ini hasil kerja kedua aku yang menggunakan fondant..
agak comot disitu..nampak tak tepung2 yang berselerak...




ini hasil cik aqilah...
lebih kemas dilihat kan...
kak rani kata macam farmville dah...


okeh...itu sajalah hasil kerja2 kitorang dari pagi sampai malam...penat tapi puas hati....
terima kasih lagi sekali kak rani...


Sunday, November 22, 2009

KELAS DECORATING CUPCAKES...

semalam dengan hari ni aku berpeluang pegi belajar menghias cupcakes...dah lama aku tunggu nak belajar decorating ni..akhirnya tercapai jugak hasrat aku....

semalam aku belajar menghias cupcakes dengan menggunakan buttercream...terima kasih kak rani sebab sudi terima aku dan anis jadi anak murid kak rani semalam...kitorang mula kelas dari jam 9.30 pagi sampai lah jam 7 petang...gila lama kan...

tapi sangat best dan menarik kelas ni...

hari ni pulak..aku sekali lagi pergi menuntut ilmu dengan kak rani..tapi kali ni bukan dengan anis...tapi aku pergi dengan aqilah...kawan abang aku...hari ni kitorang belajar teknik menghias cupcakes dengan menggunakan fondant...perghhh...hari ni lagi penat dari semalam...

semalam aku dengan anis bersalut dengan krim yang berminyak...
hari ni aku dengan aqilah bersalut dengan tepung pulak...

tapi semua nya sangat menarik...aku sangat-sangat berpuas hati...

terima kasih sekali lagi kepada kak rani sebab sudi menurunkan ilmu kepada aku,anis, dan aqilah...terima kasih banyak-banyak kak rani...siap bagi makan tengah hari lagi..sambal belacan terbaeeek lah kak rani...


**gamba hasil kerja tangan aku, anis, dan aqilah akan aku upload esok.sebab sekarang ni aku guna laptop bapak

Thursday, November 19, 2009

TAHNIAH...

A BIG CONGRATULATIONS TO ALL UPSR CANDIDATES ....

hari ni result UPSR dah keluar...so kepada semua yang mengambil UPSR pada tahun ini...tahniah diucapkan kepada yang berjaya...kepada yang hampir2 nak berjaya pon tahniah diucapkan...kepada yang tak berjaya...jangan emo2 ok...PMR dengan SPM ada lagi....

aku ada 2 orang sepupu yang ambik UPSR tahun ni...sorang di Kedah dan sorang lagi di Kelantan...and dua2 dapat 5A...TAHNIAH...TAHNIAH.....

korang best la weih...aku dulu pon x dapat 5A...tercicir satu A...kesian...

a BIG CONGRATULATIONS to Uzair and Ira...

Saturday, November 14, 2009

MACAM - MACAM ADA...

Hari ni hari terakhir aku mengadap dewan peperiksaan…

Ini no meja bertuah aku untuk hari ini…

** sebenarnye bangunan tu kat DKG3...tapi gamba yg aku snap ritu hilang pulak..byk kott gamba lain2 yang hilang...tapi nombor bertuah aku tetap 15

Sepanjang tempoh 2 hari yang ada sementara nak menghadap paper akhir ni…macam2 benda yang jadi…

Aku mulakan cerita dengan hari pertama ok..hari rabu ~ 11 – 09 – 2009 ~

Hari ni aku tak ada apa2 paper tapi anis, far ngan khai ada paper Etnik…dorang dah cakap kat aku suruh aku study polymer processing lepas tu ajar dorang pulak…tapi apa yang berlaku…ahahaha ayat tak leh blah…aku tido dari jam dorang pegi jawap exam sampai la dorang balik kolej…baru aku bangun…dah bangun dorang ajak makan pulak…pegi makan petang kat kuala perlis…far dengan ciko bawak pegi makan satu tempat yang memang best…sekali pekena roti pisang dia…memang ngam la dengan perut aku…dah makan roti pisang makan pulak lagi mee goreng….tak cukup makan kat kedai…nak bungkus pulak roti pisang tu…balik kolej konon nak start study la ni kan…sekali layan movie la pulak…perangai tak pernah nak berubah ….biar lah konon kata dah serik tak boleh nak jawap 2 paper sebelum ni….layan movie sampai tengah malam…ct pulak ajak turun minum…aku layan je…haus jugak tengah-tengah malam ni lepas layan movie….lepas minum masing-masing balik bilik….aku balik bukak buku kejap…study apa yang patut….study sampai subuh…sebab esok pon aku takde paper jugak lagi nak jawab….

Hari kedua…. Hari khamis ~ 12 – 09 – 2009 ~

Bangun pagi kemas barang sikit-sikit…pasal lusa habis exam nak terus balik jitra…tengah hari anis ajak turun makan….dah jalan kaki sampai cafĂ©…tengok lauk pon takde yang menarik selera…biasa la kan…manusia jenis memilih ni…padahal lauk yang ada tu dah lebih dari cukup dah tu…anis pulak tiba-tiba buka mulut kata teringin nak makan pizza…aku pon kata jom ah…nak makan nasi pon perut cam menolak-nolak je rezeki tengah hari tu…aku pon call la ct…ajak pegi makan sekali…tapi ct tak mau…try call zila…dua-dua nombor tak dapat…anis call far…ajak pegi makan pizza…laju je far jawab nak…padahal tadi kitorang ajak turun makan sama-sama…dia kata dah makan dah…kebetulan pulak khai nak pi pos motor dia balik kelang…so aku ikut la dorang…sebelum tu…ada adegan mencuri minyak motor oleh ciko and the gang…ahahahah…..

*gamba hilang weih...hangin tul aku..

Ekekkkeee….actually dorang bukan curi minyak motor…tapi nak kosongkan tank minyak tu..supaya takde berlaku kejadian motor terbakar masa pos nanti…lepas dah siap semua kitorang gerak ke Nation Wide…proses nak pos motor punya la lama…sampai berpeluh-peluh dah orang yang menunggu dalam kereta ni…sampai macam-macam cerita yang pelik-pelik dah keluar…last-last kitorang decide lepak ambik angin kat luar…jimat minyak kereta aku lagi baik daa…khai dah settle pasal motor dia…kitorang gerak ke pizza hut…sampai sana…dah la tengah panas sampai peluh meleleh-leleh…boleh pulak pekerja-pekerja pizza hut tu buat kitorang macam peminta sedekah…cinabeng la weih…orang nak mai makan la mangkuk…bukan nak mai rasa aircond kedai makan korang yang tak sejuk tu…dah la nak bagi menu pon lambat…dah tu nak mai amik order pun susah jugak…khai ,anis ngan ciko nak hangat dah ni…dah membara habis dah dorang…at last…aku ajak semua balik…tak payah makan…pasal dah ‘kenyang’ tengok pekerja-pekerja pizza yang ‘sungguh beretika’…macam hampeh….tak dapat makan pizza…perut lapar gila tak terisi sejak pagi sampai petang…aku ajak dorang makan bihun sup kat fatin corner…lagi cepat la servis kat sini daripada pizza tu…konon makanan segera lah dorang tu…dah habis segera la tu kan…bagi customer makan menu je….

Kenyang makan…dah sejuk hati masing-masing…kitorang berkias-kias pulak nak makan roti pisang dengan makan sosej bakar tepi laut….aku on je…pasal aku yang drive..mula-mula lepas bayar semua yang dah langsai makan sampai licin mangkuk tadi….kitorang gerak ke kuala perlis….aku makan jagung bakar je …lepas tu hari nampak macam nak hujan pulak…kitorang cepat-cepat pegi bungkus roti pisang dengan roti keju…sedap-sedap…balik rumah…konfem malam ni kena start study dah…hari ni kan dah hari khamis…esok dah start exam dah….malam tu kitorang memang study betul-betul…takde main-main…~ tapi ada je main-main….gelak-gelak bagai…kutuk orang sana kutuk orang sini…~

Malam ni kitorang nekad nak study betul-betul…paper polymer processing ni memang nak jawab betul-betul…takmau tinggal kosong ke apa…semua soalan nak jawab…paper esok kul 3 petang…aku study sampai kul 3 pagi…

Hari ini…hari jumaat ~ 13 – 09 – 2009 ~….

Aku bangun kul 9.30 pagi…sambung study sikit…pastu kemas barang sikit…lepas tu pegi sambung study kat bilik far…kul 2 kitorang gerak pegi makan tengah hari kat dragon…ingatkan nak makan nasi ayam…tapi nasi ayam dah habis…lapar sangat-sangat tak boleh tahan…takut tak makan nanti otak jamm takleh jawab exam..aku makan jugak bihun sup kat dragon tu…lepas tu gerak pegi kubang gajah…last paper ni buat kat bilik kuliah kat kubang gajah….yeaahhh kejadian yang paling menarik saat-saat nak merdeka ni…ahahahhaha…..

Anis awal-awal lagi dah menjerit merdeka…ahahahha sori anis…aku nak tulis jugak cerita ni…aku taknak cerita ni hilang macam tu je…kenangan weih….okeh-okeh…macam ni cerita nye…tadi masa sampai kat kubang gajah…aku parking kereta kat tepi kandang burung unta tu…kat situ ada rumput tebal…masa nak turun tu…semua orang turun macam biasa la kan…tiba-tiba je si anis nabila ni menjerit sampai melompat ke seberang jalan sambil menjerit dengan suara nyaring dia tu…” tak mau..tak mau..tak mau…” (sambil hentak-hentak kaki dengan muka dah merah padam)…ahahhaha …aku yang tengok nih…awal-awal kita kenal dulu pon aku dah cakap kan…aku tak boleh tengok benda-benda yang boleh mendatangkan gelak pada aku…memang aku takde perasaan belas kasihan lagi dah…aku terus gelak je…dalam kes anis ni…ahahha….memang itu lah yang berlaku…aku gelak terus bila tengok aksi gempak dia tu….ahahhaha….aku tanya kenapa??dia kata ada ular kat rumput tu…ahahaha…aku pegi la intai-intai tengok…tak ada pon anis oii….hang nih…dia kata ada…habis setakat tu…tapi gelak tetap ada…sampai dalam dewan exam pon aku teringat lagi pasal anis tadi…

yang aku pulak…masa nak masuk dewan exam…boleh pulak tercari-cari purse aku…aku tak kisah sangat kalau purse tu tertinggal dalam kereta…tapi aku kena jugak patah balik kat kereta nak cari purse tu sebab kad matrik aku ada kat dalam purse tu…dah la parking kereta TAK JAUH pon dengan dewan exam…sampai-sampai kat kereta…aku intai tengok…tak ada pon…patah balik kat dewan..sekali bukak je beg aku tu…ada je purse tu dalam beg…kureng tul laa…buat penat je aku berpeluh-peluh sampai semua orang tengok….masuk dalam dewan…aku berlagak cool…anis dah cuak cari-cari aku tak masuk dewan lagi…ahahahha…rileks je cik anis…aku bukan pegi cari ular tu pon…ahahhahaa

exam hari ni???

Best sangat-sangat…apa yang aku study semua ada masuk dalam soalan…memang berbaloi la kan…tapi yang sebenar nye sebab study awal…yang sebelum-sebelum semua last minute…padan muka sendiri la kan…masa menjawab exam ni pon ada macam-macam benda jadi…mula-mula tu hujan lebat tiba-tiba…aku ingat habis dah semua beg basah…tapi nasib baik ada pakcik guard tolong alihkan…terima kasih banyak-banyak ye pakcik….peperiksaan diteruskan …..tiba-tiba siling bocor pulak…ada dua meja terpaksa beralih tempat…aishhh dugaan sungguh bila dah paper akhir ni….aku tengok semua orang jawab exam dengan senyuman…maybe jugak sebab dapat tips dari soalan-soalan past year….soalan sama je kan….aku pon dapat menjawab dengan tenang…Alhamdulillah…tapi aku tak kata la aku boleh dapat A- atau A+ untuk paper ni…dapat B pon dah ok dan cukup untuk aku….( yang sangat pemalas ni)…

Lepas keluar dewan…semua orang boleh tarik nafas lega dah….exam dah habis yeaaaa….malam ni boleh lepak kat kedai mak anjang sampai patah kerusi…ahahahhaha….mak anjang…wait for us ok…kitorang nak kasi gegar kedai mak anjang…..tunggu kami…8.30 satgi kami turun….

Wednesday, November 11, 2009

TANGISAN TANPA AIR MATA...

mmphh..

nak tulis apa ni??
pasal paper hari ni???

hampeh...aku pulun study macam...
sekali yang keluar??
soalan yang aku tak sangka langsung...
tapi ada jugak la sikit2 yang study tu keluar...

tapi.....


adussss....
aku rasa bodoh gila...
semua orang yang keluar dewan peperiksaan tadi semua rasa macam bodoh...

aduhhh...

mintak lulus sudah la paper nih..

Monday, November 09, 2009

SEJARAH KOTT...

hari ni hari yang ditunggu-tunggu...hari untuk menguji sama ada apa yang aku pulun study semlm sampai pukul 3.40 pagi benar-benar tertanam dalam kepala aku atau tidak...

semalam aku pulun study dengan anis , far, ngan khai pasal subjek polymer properties...hafal la segala benda yang boleh dihafal...

pagi tadi...
tepat jam 9.00 pagi...masa untuk menjawab pun bermula...tengok2 sambil belek2 soalan...dengan muka berlagak cool...padahal dalam hati Tuhan saja yang tahu...betapa aku cuak sebab tak tau nak jawab apa...memang aku blur habis pagi tadi...tapi aku tulis jugak setakat apa yang melekat dalam kepala aku...tak banyak pon yang melekat...sikit amat...aku redha je la dengan keputusan paper ni nanti...

lepas habis paper polymer properties tadi...

aku dengan zila, ct pegi 'soru' dulu...perut kosong kott dari semalam...lepas makan kitorang terus gerak ke dewan 2020...petang ni ada paper TITAS pulak...

aku memang datang ke dewan dengan OTAK KOSONG...serius...
aku tak main-main...aku sempat baca sikit2 je notes yang aku buat masa nak buat kuiz dulu...itu pun ada bab 1 dengan bab 2 je...bab 3 ada la sikit2 yang aku salin masa lecture...bab 4 sampai 6 aku just rewind apa yang aku dengar masa lecture...nak salin memang tak sempat dah...

dan...tepat jam 2.30 petang...masa menjawab pun bermula...aku mulakan dengan membaca doa...lepas buka buku soalan dan membaca soalan OBJEKTIF yang disediakan dengan tenang...alhamdulillah apa yang aku baca sementara menunggu masa masuk dewan tadi ada jugak sikit-sikit melekat dalam kepala aku...soalan TITAS ni ada ada 2 part...part A dengan part B...part A ada 4o soalan OBJEKTIF yang membawa markah sebanyak 40 markah...part B pulak ada 3 soalan SUBJEKTIF yang mana aku cuma perlu menjawab 2 soalan sahaja yang membawa kepada 20 markah...sebabkan boleh menjawab dalam bahasa melayu...dan soalah 3 tu meminta pendapat aku...jadi sedap lah kan aku 'menggoreng'....sampaikan aku boleh mencatat sejarah tersendiri dalam kamus hidup aku...buat pertama kalinya...aku keluar dewan peperiksaan 1 JAM AWAL dari masa tamat peperiksaan...selama ni aku tunggu jugak sampai habis masa...tapi kali ni...tak tau mai mana semangat gila YAKIN aku nak keluar awal...

mungkin jugak semangat nak study untuk paper MATERIAL CHARACTERISTIC esok ni...
insyaallah..ada masa yang agak panjang ni...boleh la aku pulun study apa yang patut...nak harap tips...memang xde dah la kan...so...kena study sendiri ikut apa yang lecturer dah ajar dalam kelas dan ingat balik part yang lecturer selalu sangat tekankan masa dalam kelas...itu saja ....

**selamat maju jaya kepada diri sendiri dan kawan2 yang ambik paper MAT. CHARAC. esok ni yer...

TAK SEDAR DIRI...

sekarang ni dah pukul 2.22 pagi....tinggal lagi beberapa jam saja lagi aku akan melangkah masuk ke dewan peperiksaan yang 'sangattttlah tak sejuk' dan 'sangattt lah tak menyeramkan' aku....

tapi aku???
masih lagi menapak di depan laptop kesayangan aku ni...
menapak sambil buat apa???

tak nampak ke...kan ke korang tengah baca blog aku nih...aku menapak sambil menulis blog la kan...

masih tak sedar diri lagi kan aku nih...
tinggal tak sampai 12 jam lagi nak periksa...tapi buku??

dah aku tolek ke tepi...
tinggal lepas aku siap menulis blog ni...
aku nak segera merangkak ke katil kesayangan aku pulak...

esok apa aku nak jawab masa exam??
dah la ada 2 paper esok nih...

yang pertama...
jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari...ada paper POLYMER PROPERTIES...( haram xde sikit pon info dalam kepala )...

yang kedua...
jam 2.30 petang hingga 5.30 petang...ada paper TAMADUN ISLAM DAN TAMADUAN ASIA (TITAS)....yang ada cuma sedikit info yang aku baca masa nak buat re-test dulu....

aku kat sini lagi...masih menulis...tangan takmau pulak berhenti menulis dan berfikir kat sini...tapi kenapa malas sangat nak menulis dan berfikir kat buku???

itulah aku...
seorang yang sangat pemalas dan tak pernah nak sedar diri...
sampai bila-bila pon aku akan berterusan begini...

tak tahu bila aku nak berubah...

takkan nak berubah nanti bila orang dah nak masuk meminang kot??
mungkin jugak la kan....

Saturday, November 07, 2009

SETELAH SEKIAN LAMA....

seingat aku...dah hampir 2 tahun lebih aku tak melawat mak dengan ayah angkat aku kat alor setar....

petang tadi...bapak ajak pegi rumah mak dengan ayah....rindu jugak...sebab dah lama x jumpa mak dengan ayah...alhamdulillah mak dengan ayah sihat...tapi ayah biasa lah dengan sakit-sakit orang tua...tapi insyaallah semua akan selamat....

hari ni kami berjalan lengkap satu keluarga...adik pon dah start cuti...tinggal aku,acik dengan abang je la yang xde esok ni...pasal aku dengan abang ada final exam lagi...acik pulak ada kuliah lagi...

seronok tadi dapat makan ramai-ramai...lama dah tak makan ramai2...

Thursday, November 05, 2009

SEPARUH

hari ni selesai sudah 2 paper final exam aku...

kelmarin...aku selesai dan agak tenang menjawab paper Thermodynamics of Materials....
boleh menjawab dengan tenang sebab aku study kuat sangat...tambah pulak aku banyak menghafal.....

hari ni pulak...paper Matematik Kejuruteraan...pon alhamdulillah aku boleh jugak menjawab daripada aku hantar kertas kosong yang rajin aku salin balik soalan dalan buku jawapan tu...

harap2 paper2 yang akan mendatang ni...boleh jugak aku menjawab dengan tenang....biarlah pointer aku naik skit sem ni..tak naik banyak pon tak apa...sikit pon jadilah....asalkan aku lulus je...susah aku kalau tak lulus.....

Sunday, November 01, 2009

HAPPAY BIRTHDAY MAMA...

HAPPY BIRTHDAY TO MAMA...SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI....

hari ni genap mama berusia 54 tahun...
diusia 54 tahun ni mama maintain cergas dan lincah membuat kerja2 rumah...
diusia 54 tahun ni mama masih lagi setia menjaga anak-anak dah suami tercinta...
terima kasih mama....

untuk hari ulangtahun mama pada tahun ini...kitorang buat kecik2 je...pasal bapak pon tak ada kat rumah...bapak ada expedisi kat Sedim....adik min pon tak ada...acik pon curi2 balik rumah sekejap sebab nak sambut hari ulangtahun mama...kitorang just beli kek Tiramisu kat Secret Recipe then bawak balik rumah...

insyaallah minggu depan akan sambut beramai2...sebab minggu depan bapak pon tak ke mana2...adik min pon dah balik start cuti sekolah...acik pon ada...aku dengan abang pon tak ada paper nak jawab lagi...boleh la sambut ramai2...

HAPPY BIRTHDAY AGAIN MAMA...THANK YOU FOR EVERYTHING....MAY GOD BLESS YOU...WE WILL ALWAYS LOVE YOU...MMMUAAHHHHHH!!!!!!!!!!

PARAH

lusa adalah hari pertama aku akan menduduki peperiksaan akhir semester ini...serius aku sangat2 tertekan sekarang....

dah berulang kali aku cuba pahamkan apa yang aku belajar selama 5 bulan ni...tapi hampa...satu apa pon tak ada dalam kepala aku...aku kecewa dengan diri aku sendiri...


kenapa???

aku dah hilang minat nak belajar ke??
aku silap buat keputusan ke??
aku pemalas yang sangat tegar ke???

aku tak tahu kenapa...sekarang ini aku berani menyatakan yang aku langsung tak berminat dengan apa yang sedang aku buat sekarang...sampaikan aku langsung mengabaikan pelajaran aku....mungkin ada yang berpendapat aku sudah hilang minat untuk belajar...

tapi aku belum bersedia untuk bekerja...aku masih ingin belajar dan menggenggam segulung ijazah...tapi....aku tak suka dengan kursus yang aku sedang buat sekarang....dah berkali2 aku cuba untuk mencintai dan menanam rasa minat aku pada kursus ini...tapi maaf...aku memang gagal....aku terus-terusan gagal untuk merubah keadaan....sudah hampir setahun keadaan ini aku tanggung....

aku tak tahu sama ada orang2 sekeliling aku perasan akan keadaan aku ni...aku merasakan....tempoh setahun ini adalah tempoh yang paling teruk sekali dalam hidup aku...aku tak tahu apa yang aku buat....aku tak tahu apa yang aku nak....otak dengan jiwa aku kosong...sangat-sangat kosong....aku rasa macam aku manusia yang paling bodoh dan tak ada matlamat hidup...macam hidup sia-sia je...

aku tak cakap bohong...memang itulah apa yang aku rasa sekarang....aku rasa hidup aku tunggang langgang...orang2 sekeliling nampak luaran aku happy je kan...tapi dalam hati...Tuhan saja yang tahu yang aku ni dah separuh gila dah...

sekarang ni dah nak final exam...dalam kepala aku???KOSONG....

aku tak tahu apa-apa pon...kawan2 sibuk tanya aku dah study banyak mana...serius aku cakap...aku tak study apa2 pon...aku tak boleh nak tengok semua notes yang ada...bila tengok semua notes tu...hati aku sakit...sakit yang amat sangat sebab aku tak dapat nak pahamkan aku yang aku baca dan apa yang aku belajar....

apa yang aku tahu...aku cuma teruskan semua untuk LULUS saja...lulus cukup2 makan pon jadi lah...asalkan aku tak GAGAL....

korang bayangkan lah...mana ada orang yang pasang matlamat belajar dia untuk lulus cukup makan...mesti semua orang nak lulus cemerlang...tapi aku???
itulah yang terjadi pada aku...

dah ramai orang yang cuba bagi nasihat pada aku...aku terima dan aku cuba praktikkan apa yang semua orang cakap...tapi maaf lah ye...semua tu tak berjaya nak membuka hati aku untuk terima keadaan sekarang....