Hari ni hari terakhir aku mengadap dewan peperiksaan…
Ini no meja bertuah aku untuk hari ini…
** sebenarnye bangunan tu kat DKG3...tapi gamba yg aku snap ritu hilang pulak..byk kott gamba lain2 yang hilang...tapi nombor bertuah aku tetap 15
Sepanjang tempoh 2 hari yang ada sementara nak menghadap paper akhir ni…macam2 benda yang jadi…
Aku mulakan cerita dengan hari pertama ok..hari rabu ~ 11 – 09 – 2009 ~
Hari ni aku tak ada apa2 paper tapi anis, far ngan khai ada paper Etnik…dorang dah cakap kat aku suruh aku study polymer processing lepas tu ajar dorang pulak…tapi apa yang berlaku…ahahaha ayat tak leh blah…aku tido dari jam dorang pegi jawap exam sampai la dorang balik kolej…baru aku bangun…dah bangun dorang ajak makan pulak…pegi makan petang kat kuala perlis…far dengan ciko bawak pegi makan satu tempat yang memang best…sekali pekena roti pisang dia…memang ngam la dengan perut aku…dah makan roti pisang makan pulak lagi mee goreng….tak cukup makan kat kedai…nak bungkus pulak roti pisang tu…balik kolej konon nak start study la ni kan…sekali layan movie la pulak…perangai tak pernah nak berubah ….biar lah konon kata dah serik tak boleh nak jawap 2 paper sebelum ni….layan movie sampai tengah malam…ct pulak ajak turun minum…aku layan je…haus jugak tengah-tengah malam ni lepas layan movie….lepas minum masing-masing balik bilik….aku balik bukak buku kejap…study apa yang patut….study sampai subuh…sebab esok pon aku takde paper jugak lagi nak jawab….
Hari kedua…. Hari khamis ~ 12 – 09 – 2009 ~
Bangun pagi kemas barang sikit-sikit…pasal lusa habis exam nak terus balik jitra…tengah hari anis ajak turun makan….dah jalan kaki sampai café…tengok lauk pon takde yang menarik selera…biasa la kan…manusia jenis memilih ni…padahal lauk yang ada tu dah lebih dari cukup dah tu…anis pulak tiba-tiba buka mulut kata teringin nak makan pizza…aku pon kata jom ah…nak makan nasi pon perut cam menolak-nolak je rezeki tengah hari tu…aku pon call la ct…ajak pegi makan sekali…tapi ct tak mau…try call zila…dua-dua nombor tak dapat…anis call far…ajak pegi makan pizza…laju je far jawab nak…padahal tadi kitorang ajak turun makan sama-sama…dia kata dah makan dah…kebetulan pulak khai nak pi pos motor dia balik kelang…so aku ikut la dorang…sebelum tu…ada adegan mencuri minyak motor oleh ciko and the gang…ahahahah…..
*gamba hilang weih...hangin tul aku..
Ekekkkeee….actually dorang bukan curi minyak motor…tapi nak kosongkan tank minyak tu..supaya takde berlaku kejadian motor terbakar masa pos nanti…lepas dah siap semua kitorang gerak ke Nation Wide…proses nak pos motor punya la lama…sampai berpeluh-peluh dah orang yang menunggu dalam kereta ni…sampai macam-macam cerita yang pelik-pelik dah keluar…last-last kitorang decide lepak ambik angin kat luar…jimat minyak kereta aku lagi baik daa…khai dah settle pasal motor dia…kitorang gerak ke pizza hut…sampai sana…dah la tengah panas sampai peluh meleleh-leleh…boleh pulak pekerja-pekerja pizza hut tu buat kitorang macam peminta sedekah…cinabeng la weih…orang nak mai makan la mangkuk…bukan nak mai rasa aircond kedai makan korang yang tak sejuk tu…dah la nak bagi menu pon lambat…dah tu nak mai amik order pun susah jugak…khai ,anis ngan ciko nak hangat dah ni…dah membara habis dah dorang…at last…aku ajak semua balik…tak payah makan…pasal dah ‘kenyang’ tengok pekerja-pekerja pizza yang ‘sungguh beretika’…macam hampeh….tak dapat makan pizza…perut lapar gila tak terisi sejak pagi sampai petang…aku ajak dorang makan bihun sup kat fatin corner…lagi cepat la servis kat sini daripada pizza tu…konon makanan segera lah dorang tu…dah habis segera la tu kan…bagi customer makan menu je….
Kenyang makan…dah sejuk hati masing-masing…kitorang berkias-kias pulak nak makan roti pisang dengan makan sosej bakar tepi laut….aku on je…pasal aku yang drive..mula-mula lepas bayar semua yang dah langsai makan sampai licin mangkuk tadi….kitorang gerak ke kuala perlis….aku makan jagung bakar je …lepas tu hari nampak macam nak hujan pulak…kitorang cepat-cepat pegi bungkus roti pisang dengan roti keju…sedap-sedap…balik rumah…konfem malam ni kena start study dah…hari ni kan dah hari khamis…esok dah start exam dah….malam tu kitorang memang study betul-betul…takde main-main…~ tapi ada je main-main….gelak-gelak bagai…kutuk orang sana kutuk orang sini…~
Malam ni kitorang nekad nak study betul-betul…paper polymer processing ni memang nak jawab betul-betul…takmau tinggal kosong ke apa…semua soalan nak jawab…paper esok kul 3 petang…aku study sampai kul 3 pagi…
Hari ini…hari jumaat ~ 13 – 09 – 2009 ~….
Aku bangun kul 9.30 pagi…sambung study sikit…pastu kemas barang sikit…lepas tu pegi sambung study kat bilik far…kul 2 kitorang gerak pegi makan tengah hari kat dragon…ingatkan nak makan nasi ayam…tapi nasi ayam dah habis…lapar sangat-sangat tak boleh tahan…takut tak makan nanti otak jamm takleh jawab exam..aku makan jugak bihun sup kat dragon tu…lepas tu gerak pegi kubang gajah…last paper ni buat kat bilik kuliah kat kubang gajah….yeaahhh kejadian yang paling menarik saat-saat nak merdeka ni…ahahahhaha…..
Anis awal-awal lagi dah menjerit merdeka…ahahahha sori anis…aku nak tulis jugak cerita ni…aku taknak cerita ni hilang macam tu je…kenangan weih….okeh-okeh…macam ni cerita nye…tadi masa sampai kat kubang gajah…aku parking kereta kat tepi kandang burung unta tu…kat situ ada rumput tebal…masa nak turun tu…semua orang turun macam biasa la kan…tiba-tiba je si anis nabila ni menjerit sampai melompat ke seberang jalan sambil menjerit dengan suara nyaring dia tu…” tak mau..tak mau..tak mau…” (sambil hentak-hentak kaki dengan muka dah merah padam)…ahahhaha …aku yang tengok nih…awal-awal kita kenal dulu pon aku dah cakap kan…aku tak boleh tengok benda-benda yang boleh mendatangkan gelak pada aku…memang aku takde perasaan belas kasihan lagi dah…aku terus gelak je…dalam kes anis ni…ahahha….memang itu lah yang berlaku…aku gelak terus bila tengok aksi gempak dia tu….ahahhaha….aku tanya kenapa??dia kata ada ular kat rumput tu…ahahaha…aku pegi la intai-intai tengok…tak ada pon anis oii….hang nih…dia kata ada…habis setakat tu…tapi gelak tetap ada…sampai dalam dewan exam pon aku teringat lagi pasal anis tadi…
yang aku pulak…masa nak masuk dewan exam…boleh pulak tercari-cari purse aku…aku tak kisah sangat kalau purse tu tertinggal dalam kereta…tapi aku kena jugak patah balik kat kereta nak cari purse tu sebab kad matrik aku ada kat dalam purse tu…dah la parking kereta TAK JAUH pon dengan dewan exam…sampai-sampai kat kereta…aku intai tengok…tak ada pon…patah balik kat dewan..sekali bukak je beg aku tu…ada je purse tu dalam beg…kureng tul laa…buat penat je aku berpeluh-peluh sampai semua orang tengok….masuk dalam dewan…aku berlagak cool…anis dah cuak cari-cari aku tak masuk dewan lagi…ahahahha…rileks je cik anis…aku bukan pegi cari ular tu pon…ahahhahaa
exam hari ni???
Best sangat-sangat…apa yang aku study semua ada masuk dalam soalan…memang berbaloi la kan…tapi yang sebenar nye sebab study awal…yang sebelum-sebelum semua last minute…padan muka sendiri la kan…masa menjawab exam ni pon ada macam-macam benda jadi…mula-mula tu hujan lebat tiba-tiba…aku ingat habis dah semua beg basah…tapi nasib baik ada pakcik guard tolong alihkan…terima kasih banyak-banyak ye pakcik….peperiksaan diteruskan …..tiba-tiba siling bocor pulak…ada dua meja terpaksa beralih tempat…aishhh dugaan sungguh bila dah paper akhir ni….aku tengok semua orang jawab exam dengan senyuman…maybe jugak sebab dapat tips dari soalan-soalan past year….soalan sama je kan….aku pon dapat menjawab dengan tenang…Alhamdulillah…tapi aku tak kata la aku boleh dapat A- atau A+ untuk paper ni…dapat B pon dah ok dan cukup untuk aku….( yang sangat pemalas ni)…
Lepas keluar dewan…semua orang boleh tarik nafas lega dah….exam dah habis yeaaaa….malam ni boleh lepak kat kedai mak anjang sampai patah kerusi…ahahahhaha….mak anjang…wait for us ok…kitorang nak kasi gegar kedai mak anjang…..tunggu kami…8.30 satgi kami turun….

4 comments:
kata orang study last minute lagi masyuuk berbanding study awal2.. hehehe
ayarkk....ahahhah
masyuk tang nak kena carry paper la tu...ehehhe
hahahaha..anis nabila tuh highlite si0t..azrin rasid ni pon..xagak2.hahahaha...tp kesahnye klakar.wt aku ktwa n aku leh byngkn kdaan anis nabila ktka itu.
adegan curik myk yg rin snap tu ilang ke?ish..ruginye...
Post a Comment