Thursday, April 30, 2009

AWAT LAA....

dah lebih 2 minggu aku usahakan nak study untuk final exam aku...
sampai la ke hari ni...

kenapa la susah sangat...
susah sangat aku nak tumpukan perhatian pada setiap nota aku...
kenapa la susah sangat...
susah sangat aku nak memahami setiap apa yang aku baca...
kenapa la susah sangat....
susah sangat aku nak ingat apa yang dah aku baca...
kenapa la susah sangat....
susah sangat nak memudahkan apa yang aku dah belajar...
kenapa la susah sangat...
susah sangat aku nak ulangkaji balik apa yang dah aku belajar...
kenapa....
kenapa...
kenapa....

Tuesday, April 28, 2009

TAHNIAH....

tahniah setinggi-tinggi tahniah buat adik aku....

dia menang pingat emas kategori sparring TAEKWONDO...
peringkat MRSM...

JASA BONDA

Sunday, April 26, 2009

KONVOKESYEN


hari yang ditunggu-tunggu akhirnya telah tiba...
seawal jam 7.20 pagi aku sudah keluar rumah menuju ke POLIMAS...
aku memandu sendirian sebab aku perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu...

jam 8.00 pagi kami diarak masuk ke dewan utama...
perasaan aku bercampur baur...
ada gembira...
ada teruja...
ada gementar...
nak menangis pon ada...

masa dalam dewan...
aku mencari-cari kelibat mama dengan bapak...
tapi..
disebabkan orang terlalu ramai dan aku duduk di barisan depan...
aku tak nampak langsung mama dengan bapak...
aku pujuk hati...
mungkin mama dengan bapak ada kat belakang...
aku je yang tak nampak...

majlis berjalan lancar...
aku sudah pon turun pentas selepas menerima diploma aku...




aku keluar mencari mama dan bapak...
mama dan bapak belikan aku sejambak bungan ros merah...
rasa macam nak menangis pon ada...
sebab aku tak pernah menerima walau sekuntum bunga pon dari sesiapa...
terima kasih mama, bapak...

dalam kegembiraan aku masih ada kesedihan yang terpendam...
alangkah bahagia dan meriah nya hari ini kalau dilengkapi dengan kehadiran abang,acik,adik,paan dan mira....
tapi masing-masing ada sebab-sebab yang tersendiri kenapa mereka tak dapat nak menghadiri hari bersejarah aku ni...
aku tak kisah...
cukup sekadar mendapat ucapan tahniah daripada kalian...
itu pon sudah cukup memadai bagi aku yang menandakan kalian masih ingat dan punya sedikit perhatian pada aku...
terima kasih semua...

kepada pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar aku semasa di POLIMAS dulu...
terima kasih banyak-banyak saya ucapkan...
tanpa didikan dan tunjuk ajar serta ilmu kalian...
tak mungkin saya akan merasa untuk menaiki pentas menerima DIPLOMA saya...
terima kasih banyak-banyak....


buat kawan-kawan DIPLOMA semua...
TAHNIAH diucapkan kepada kalian...
semalas-malas kita masa belajar dulu...
tapi akhir nya kita berjaya juga menggenggam segulung DIPLOMA...
terima kasih kerana menjadi kawan-kawan yang baik sepanjang tempoh perkenalan dan pembelajaran kita...







Saturday, April 25, 2009

Graduation Friendster Comments



Graduation Friendster Comments
Graduation Comments

JUBAH DAN RAPTAI....


tengah hari tadi aku pegi ambik jubah konvo serta aku menghadiri majlis raptai sekali...
sempat berjumpa rakan-rakan yang menerima anugerah cemerlang hari ni...
tahniah kepada semua...

esok giliran kami pula nak naik pentas....
ehehhehe....
tak sabar nih....
gamba kita ramai-ramai buat havoc depan library aku tak upload lagi...
nanti aku akan upload...

untuk entry kali ni...
aku upload gambar jubah dan cenderahati yang aku dapat pada hari ini...


jubah konvo, key chain, neck tie ( motif bg kat perempuan???)

KALI KETIGA...

tak banyak aku nak tulis...
cuma nak masukkan percubaan aku nak buat cupcakes untuk kali ketiga...

kali pertama punya percubaan aku dah masukkan dah sebelum nih...
cubaan kedua...malas nak cakap...
hehehhe...

dan ini cubaan ketiga hasil resepi mama...
dan hasil tunjuk ajar mama...
yang cubaan pertama dengan kedua tu aku buat sendiri dengan resepi sendiri...



tak berapa nak menarik..
pasal aku sangat mengantuk...
dan aku tak pandai lagi nak 'main-main' dengan cream ni...


as requested by adik min...

Friday, April 24, 2009

PERSEDIAAN...

hari ni adalah hari terakhir aku buat persediaan untuk hari konvokesyen aku pada 26 APRIL 2009 nanti...

segala urusan yang perlu aku selesaikan...
sudah pun aku selesaikan...
duit untuk menyewa jubah sudah aku selesaikan...
duit untuk majlis graduasi sudah aku selesaikan...
baju kurung untuk aku pakai pada hari graduasi sudah aku siapkan...
tudung juga sudah aku siapkan...
kasut hitam bertutup juga sudah aku sediakan petang tadi...
semuanya sudah siap...
cuma menunggu hari untuk disarungkan sahaja...

aku agak teruja kerana ini adalah majlis gradusi aku yang pertama...
aku sudah berjaya menggenggam segulung DIPLOMA didalam tangan aku...

tapi dalam masa yang sama...
aku agak teruja juga untuk menghabiskan 2 papers terakhir aku pada 4 mei dan 5 mei nanti...

aku tak pernah termimpi atau menyangka...
bahawa satu hari nanti...
aku akan menaiki pentas untuk menerima DIPLOMA aku dan dalam masa yang sama aku masih belum menghabiskan IJAZAH aku...

alhamdulillah...
aku bersyukur dengan rezeki yang ALLAH dah beri pada aku..

Thursday, April 23, 2009

SUKA-SUKA

aku dapat benda ni dari sorang kawan dalam friendster aku...
dan apa yang aku dapat...
sila baca dihujung blog ini ok...



Silly and fun and quick.

Keep this going!



Pick the month you were born:

January-------I kicked
February------I loved
March--------I karate chopped
April----------I licked
May----------I jumped on
June----------I smelled
July-----------I did the Macarena with
August--------I had lunch with
September----I danced with
October-------I sang to
November-----I yelled at
December-----I ran over



Pick the day (number) you were born on:

1-------a birdbath
2-------a monster
3-------a phone
4-------a fork
5-------a snowman
6-------a gangster
7-------my mobile phone
8-------my dog
9-------my best friends' boyfriend
10-------my neighbor
11-------my science teacher
12-------a banana
13-------a fireman
14-------a stuffed animal
15-------a goat
16-------a pickle
17-------your mom
18-------a spoon
19------ - a smurf
20-------a baseball bat
21-------a ninja
22-------Chuck Norris
23-------a noodle
24-------a squirrel
25-------a football player
26-------my sister
27-------my brother
28-------an iPod
29-------a surfer
30-------a homeless guy
31-------a llama



What is the last number of the year you were born:

1--------- In my car
2 --------- On your car
3 ----------- In a hole
4 ----------- Under your bed
5 ----------- Riding a Motorcycle
6 --------- sliding down a hill
7 --------- in an elevator
8---------- at the dinner table
9 -------- In line at the bank
0 -------- in your bathroom



Pick the color of shirt you are wearing:


White---------because I'm cool like that.
Black---------because that's how I roll.
Pink-----------because I'm NOT crazy.
Red-----------because the voices told me to.
Blue-----------because I'm sexy and I do what I want.
Green---------because I think I need some serious help.
Purple---------because I'm AWESOME!
Gray----------because Big Bird said to and he's my leader.
Yellow--------because someone offered me 1,000,000 dollars.
Orange--------because my family thinks I'm stupid anyway.
Brown---------because I can.
Other----------because I'm a Ninja!
None----------because I can't control myself


*** I jump on my mobile phone in an elevator because I'm sexy and I do what I want.


sangat merapu...
aku tak akan pernah buat apa yang kat atas ni...
aku sangat sayang mobile phone aku...
dan aku tak SEXY pon....


TAK SABAR...

lagi 2 hari aku nak pegi amik jubah konvo aku...
haiiiishhh...
x sabar sungguh aku rasa...
excited nak konvo...
excited nak jumpa kawan-kawan...
excited nak naik pentas...
excited nak menggenggam segulung diploma...

disaat ini...
tiba-tiba aku terfikir...
betul ke aku dah nak pegang diploma aku ni???
betul ke aku dah berjaya dalam pelajaran aku ni???

sebab selama ni..
aku asyik main-main...
belajar tak pernah nak serius....
hari-hari nak kena marah dengan mama sebab aku malas nak belajar...
tak kira la...
nak ada test ke...
nak ada kuiz ke...
ada assignment ke...
nak final exam dah ke...

aku tetap malas nak buka buku...
aku akan hanya buka buku bila dah sesak sangat...
bila dah betul-betul last minute nak ada test @ kuiz @ final exam....
assignment....selalu je aku buat last minute....
lagi 2 hari nak submit...
baru aku kelam kabut nak buat...
lepas tu...
mula la aku tak tido malam...
berjaga sampai pukul 3,4 pagi...
sama jugak la bila ada test @ kuiz @ final exam...

macam tu lah aku...

tapi sekarang...
alhamdulillah...
dalam malas-malas pon...
aku berjaya juga menghabiskan masa belajar aku untuk mendapat diploma....
siapa sangka budak pemalas macam aku...
boleh habiskan masa-masa belajar aku dengan jayanya...

sekarang ni...
aku sedang menghitung hari dan masa...
untuk aku bersiap sedia naik ke pentas dengan memakai jubah dan menerima segulung sijil DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM....

dan sekarang pula...
aku tak sabar-sabar nak habis pembelajaran aku untuk mendapatkan IJAZAH pula....

aku akan berusaha sehabis baik...
bukan sahaja untuk kebaikan diri aku sendiri di masa hadapan...
tapi aku akan berusaha sehabis baik...
untuk mencapai cita-cita mama dengan bapak...
mama dengan bapak teringin sangat nak tengok aku dan adik beradik yang lain berjaya....

mama selalu cakap...
belajar rajin-rajin...
belajar tinggi-tinggi...
bukan untuk sesiapa pon...
belajar untuk diri sendiri...
biar nanti lepas belajar boleh dapat kerja yang bagus-bagus...
boleh dapat gaji besar...

mama dengan bapak tak mau pon duit gaji kitorang tu nanti...
tapi mama dengan bapak nak tengok aku dan adik beradik yang lain dapat hidup senang...
macam mana kami sekarang dengan hasil usaha mama dengan bapak...

mama tak mau...
nanti bila kami masing-masing dah kahwin...
dapat anak...
tapi kami tak mampu nak menyara keluarga sendiri...
tak mampu nak penuhi keinginan anak-anak kami...
macam mana mama dengan bapak penuhi semua keinginan kami...

bukan KEMEWAHAN yang tersangat yang mama nak didik dalam diri kami...
tapi sekurag-kurangnya...
anak-anak kami nanti TAK KEMPUNAN...
sekurang-kurangnya...
mereka dapat merasa apa yang kami rasa sekarang...


sebab tu mama selalu pesan...
ingat ALLAH...
jangan lupa SOLAT...
jangan lupa BERDOA KEPADA ALLAH...

aku akan selalu ingat pesan mama dengan bapak...
sampai bila-bila...

Wednesday, April 22, 2009

TERJAGA DARI TIDURKU...

aku baru terjaga dari tidur aku yang sementara....
terus mengadap laptop penyeksa mata aku nih...

tadi dah tido dah...
tiba-tiba tersentap dek bunyi telefon aku....
abang aku call..
dia kata bukak tv3...
ada cerita pasal BANGKIT CLOTHING....
aku masih lagi mamai dari tidurku...

aku bertanya...
jam berapa sekarang???
jam satu jawab si pemanggil...
aahh???

ini yang membuatkan aku susah hati ni...
bila dah tidur awal...
terjaga pulak di tengah-tengah malam ni...
sah-sah la aku dah tak boleh nak pejam mata semula....

mula la tangan dan mata aku ni melilau rata...
nak mencari sesuatu yang boleh dijadikan aktiviti malam aku ni tak sunyi....

lepas aku letak panggilan abang aku...
aku terpandang skrin laptop aku....
ada pesanan yang masuk di ruangan skype aku...

paan rupanya...
dia nak minta lagu liyana jasmay...Aku Tak Percaya C.I.N.T.A.....
tangan aku laju saja menekan butang 'send file'....
lepas tu aku keluar sekejap nak menonton tv...

kononnya nak tengok cerita ' MERAHPUTEH' yang aku dah set record kat astro tadi...
sekali x di record la pulak...
aduuuhhhh kecewanya aku.....
nak buat apa ni......
nak tidur balik dah tak boleh nak pejam mata dah ni....

aku masuk bilik balik...
baca blog zahiril adzim...
dan sembang-sembang di skype dengan paan....


hah...
mesti ada yang agak hairan membaca ayat-ayat entry aku kali ni...
kenapa ayat minah ni pelik lain macam dari selalu kan...
ahahahaha....
aku sendiri pon baru perasan...
sebab aku baru lepas baca blog zahiril adzim...
sebab tu cam terikut-ikut lagi ayat-ayat dia...
haihhh...

dah la...
aku nak cuba tido balik...
esok nak kena bangun pagi...
mama dah mula bising pasal aku asyik la bangun lewat....

Monday, April 20, 2009

SAHABAT AKU...

assalamualaikum semua....

untuk entry kali ni...
aku suka nak kenalkan SAHABAT-SAHABAT aku...

mereka-mereka ini lah yang banyak membantu aku...
mereka-mereka ini lah yang banyak mengajar aku erti kehidupan...
mereka-mereka ini lah yang banyak mengajar aku erti SAHABAT....




SAHABAT aku yang pertama aku nak kenalkan...
sebab nama dia bermula dengan hurup A dan dia kawan sekolah aku...
jadi aku kenalkan dia dulu...
dan satu lagi sebab kenapa aku nak kenalkan dia dulu...
sebab dia adalah SAHABAT aku yang paling muda...

nama dia...AMIRA FARZANA...
asal KEDAH...
dia ni lahir tahun 1988...
sebab tu aku kata dia muda...
dia ni lemah lembut...
cakap pon lembut je suara dia...
tapi bila gelak...agak kuat dari dia bercakap la...
sangat feminin....
aku kenal dia masa aku pindah dari JB....
masa tu baru tingkatan satu...
dia pon sama baru pindah masuk sekolah yang sama dengan aku dekat jitra...
aku budak baru...dia pon budak baru jugak....
kebetulan kitorang belajar dalam kelas yang sama...
sekarang ni dia sedang menyambung pelajaran di UIA, Kuantan, Pahang....




SAHABAT aku yang kedua ni pulak...
nama dia NUR FARHANA....
asal dari SELANGOR....
dia dilahirkan pada 19 April 1987...
baru semalam birthday dia...
dia pon aku kenal masa aku baru pindah dari JB...
masa tu dia baru pindah dari sekolah agama...
kitorang masuk sekolah (Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra) pada hari yang sama...
sama-sama tak ada kawan lagi..
sebab tu kitorang boleh berkawan...
sekarang ni dia sambung belajar dekat IPDA (Institut Perguruan Darul Aman)...
dia sangat suka gelak kuat-kuat....
sangat suka bercerita...
selalu buat aku dengan mira tergelak...




ini SAHABAT yang ketiga...
nama dia FAR....
dia ni asal SELANGOR jugak...
aku kenal dia masa aku sambung belajar dekat uniMAP....
kitorang sama-sama lepasan diploma...
dia ni sebenar lagi tua dari aku...
sebab tu dia nampak lebih matang dari aku...
aku senang berkawan dengan dia...
dia banyak memberi nasihat...




SAHABAT aku yang keempat...
namanya AZILA....
berasal dari PERAK...
dia juga aku kenal masa masuk uniMAP...
dengan dia ni lagi la...
aku kenal dia dari hari pendaftaran lagi...
masa minggu suaikenal...
dia duduk satu bilik dengan aku....
kemana-mana nak pergi aku dengan dia je la...
tak sangka pulak boleh jadi SAHABAT aku....
sampai sekarang melekat...
rumah kitorang dekat wang ulu pon sebelah menyebelah je...
memang serasi kan....
dia ni sempoi...
handal bermain futsal...
dia ni jugak punya taste JEJAKA IDAMAN sama dengan aku...
kikikikikii...CITARASA....
dia jugak sangat cool...
ada masalah besar mana pon...
dia tetap buat selamba je...






SAHABAT aku yang kelima...
dia nih MEK KELATE....
nama dia SITI ASMANI...
dia ni dah bertunang...
tunggu masa nak langsungkan majlis nikah je nih...
ni lagi sorang sempoi...
suka cakap merapu....
tapi merapu antara kita-kita je la kan...
dia nih bijak berniaga....
otak bisness habis...
kena dah la dengan dia yang sangat la banyak bercakap...
dia pon aku kenal masa aku masuk uniMAP...





SAHABAT aku yang keenam...
ini budak JITRA je...
tapi langsung aku tak pernah nampak dia kat jitra....
nama dia ANIS NABILA....
tapi suka orang panggil dia BELLA...
dia ni pon lagi sorang yang punyai suara sangat halus...
bukan dia sengaja buat-buat suara halus macam tu...
tapi dah memang suara sedia ada...
ehehhe...
sangat manja...
dia juga aku kenal masa masuk uniMAP....
dia ni jugak selalu jadi bahan usikan aku...
ada je dia nak kena dengan aku...
sehari tak mengusik dia memang tak seronok...
mesti nak kena usik dia jugak...

mereka-meraka ini lah tempat aku mengadu...
mereka-mereka ini lah tempat aku menangis....
mereka-mereka ini lah tempat aku bergembira...
mereka-mereka ini lah tempat aku meluahkan perasaan...
mereka-mereka ini lah tempat aku bocorkan segala rahsia aku....

terima kasih kerana menjadi SAHABAT aku secara langsung atau tidak langsung...
aku selesa dan gembira bersama kalian...
setiap hari kalian la yang menghiburkan aku....
gaduh-gaduh tu perkara biasa la kan...
tapi kita boleh selesaikan semua masalah yang melanda...
dan kita mampu untuk menjernihkan keadaan dan menjadikan keadaan kembali normal...


TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABAT KU SEKALIAN....
KALIAN AKAN SENTIASA MENDAPAT TEMPAT DI HATI AKU....

Liyana Jasmay - Aku Tak Percaya Cinta


Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A

Namaku tak perlu disebutkan
dari suara pasti kau kenalku
rupaku tak payah dibayangkan
memang kau tak rugi bertemuku

Ku selalu lihat dari jauh
kutahu kaupun rasa sesuatu
bila kau perlu diriku tiada
biar menjadi misteri hidupmu

Aku tak pernah fikirkan cinta
sekadar mengusik kamu
biarlah cinta yang datang padaku
aku tak percaya

Aku tahu kau ingin bercinta
janganlah cepat jatuh cinta
berkawan dahulu baru ceritanya sempurna

Hey hey hey hey

Memang benar kau jadi rebutan
ramai gadis yang terpikat denganmu
tapi aku beza dari semua
bukan aku menjual mahal

Kerana ku cukup semua
hanya tiada hmmm teman lelaki
sekadar sekadar cuci mata
melihat lelaki seperti kamu

Aku tak pernah fikirkan cinta
sekadar mengusik kamu
biarlah cinta yang datang padaku
aku tak percaya

Aku tahu kau ingin bercinta
janganlah cepat jatuh cinta
berkawan dahulu baru ceritanya sempurna

Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A

Baru semalam aku bermimpi bertemu kamu
Peliknya rasa lantas kutersedar
aku tak percaya

Aku tak pernah fikirkan cinta
sekadar mengusik kamu
biarlah cinta yang datang padaku
aku tak percaya

Aku tahu kau ingin bercinta
janganlah cepat jatuh cinta
berkawan dahulu baru ceritanya sempurna

Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A

Sunday, April 19, 2009

HAPPY BIRTHDAY PAAN!!!!

Selamat Ulang Tahun ke 22 buat sahabat aku NUR FARHANA BINTI HASIRI....

semoga tahun ini membawa lebih rahmat buat kau...
semoga tahun ini membawa keceriaan buat kau...

syukur alhamdulillah..
sehingga ke hari ini...
kau masih lagi diberi kesempatan olehNYA untuk meneruskan hidup di bumiNYA ini...

syukur alhamdulillah...
sehingga ke hari ini...
kau masih lagi menjadi sahabat aku yang terbaik...

aku nak kau tahu...
walaupun kita tak pernah menyambut hari ulang tahun dengan majlis kejutan yang dihadiri ramai rakan2 dan kek yang besar dengan bunyi tiupan wisel...
tapi setiap tahun..
aku tak akan pernah lupa hari yang penting bagi sahabat2 aku...
setiap tahun...
aku akan mendoakan kesejahteraan buat sahabat2 aku...
bukan sahaja di hari ulang tahun kalian...
tapi untuk setiap harinya...

terima kasih sebab call aku malam birthday kau...
sepatutnya aku yang call...
tapi kau pulak yang call aku...
dah lama kita tak sembang lama2 dalam telefon kan...
sampai adik dengan abang aku pon hairan tengok aku gelak sorang2 dalam bilik...

hehehhe...
dah lama aku tak rasa happy 'bergayut' macam tu...

sekali lagi aku nak bagitau kau...

AKU SANGAT SAYANG KAU DAN MIRA...

Saturday, April 18, 2009

CUP CAKES....










percubaan pertama aku dengan adik aku...
kitorang buat kerja2 ni sampai subuh...

Thursday, April 16, 2009

JANGAN TEGUR....

tadi petang anis ajak aku tgk wayang...
JANGAN TEGUR....
memang aku dah teringin nak tengok cerita tu...
sebab ramai orang kata cerita tu menarik...

aku pegi dengan anis tengok wayang pukul 3 petang...
sampai kat aneka...
orang tak ramai pon...
alhamdulillah...
senang nak parking kereta...

cerita JANGAN TEGUR ni masa mula2 tengok tu dah banyak adegan2 mengejutkan...
tapi adegan2 yang sudah boleh dijangka...
walau pun dah dijangka masih berjaya membuat aku terkamjat...
ahahhhaa

anis dah melompat2 dah...
kikikikiiii....
dah la line yg kitorang duduk tu aku dengan anis je...
hall pon x sepenuh masa tengok 2 FAST 2 FURIOUS....
mungkin sebab aku tengok lewat...
orang semua dah tengok masa awal2 movie ni keluar panggung...

apa lagi aku nak cakap pasal cerita ni???
seram??
agak seram la...

tapi heran...
aku boleh gelak2 lagi masa dalam panggung....

Wednesday, April 15, 2009

TIPS...

hari ni...
aku bgn awal pagi seawal jam 6 pagi...
aku tgk mama dah bersiap dah nak pegi keje...
aku x mandi lagi...
terasa malas pon ada nak pegi kelas tambahan hari ni kat perlis...

tapi....
aku ingat balik semua janji2 aku dengan zila dan siti masa kat kem timah tasoh...
aku ingat balik janji2 aku dengan mama dan bapak...
aku ingat balik apa yang dah jadi pada aku semester lepas...

aku kuatkan semangat...
aku tabahkan hati...

pergi mandi dan bersiap untuk ke perlis...
jam menunjukkan tepat pukul 7.10 pagi...
aku dah lewat...
semalam aku janji dengan anis nak gerak ke perlis pukul 7.00 pagi...
tapi ni dah terlewat 10 min...

dah la minyak kereta nak habis dah..
nak kena pegi isi minyak dulu....
7.20 pagi baru aku bergerak ke perlis...
sampai kat muhibbah tepat 7.58 pagi...
2 min lagi nak pukul 8.00 pagi...
aku sangka aku dengan anis dah lewat masuk kelas...
rupa-rupanya...
xde sapa pon yang sampai lagi...
yang ada cuma aku dengan anis...

2 min lepas tu...
bebudak ni sampai dengan bas unimap...
kelas tambahan phase transformation hari ni dikatakan bermula jam 8.00 pagi...
tapi dah postponed ke pukul 10.00 pagi...

siti dok merengek kelaparan...
dia ajak aku g makan kat nasi ayam dragon...
aku kata haishh budak ni...
kata nak diet tapi dok ingat nak makan nasi...
dah la time lunch karang nak g makan kat anjung keli pulak...
nasi jugak lagi tu...

tapi..
apa2 je la kan..
kawan2 punya pasal...
aku x berkira sangat...
masa kat dragon...
siti ngan anis buat aksi romantik la pulak...
makan nasi ayam kongsi pulak la kan...
macam2 la korang berdua nih...




lepas makan kat nasi ayam dragon...
kitorang gerak ke kangar hantar far naik bas...
lepas tu kitorang ke muhibbah balik...
kelas dah nak mula...

pukul 10.00 pagi sampai 11.00 pagi adalah slot pn. hidayah...
pukul 11.00 pagi sampai 12.00 tgh hari adalah slot en.fitri...

pn. hidayah bermurah hati nak bg tips final exam kat kitorg...
lepas tu masa slot en. fitri pulak...
pon ada jugak en.fitri bg tips sikit2 dan dia bg kitorg tgk carry marks kitorg...
aku bersyukur dengan apa yang aku dapat...
sebab itulah yang telah aku usahakan dan termampu...

tamat kelas tambahan tu..
kitorang gerak ke anjung keli...
nak makan tgh hari...
ramai orang time lunch camni..
sampai kitorang kena parking kereta kat tepi jalan....

lepas kenyang melayan perut...
kitorang ke kangar kejap...
siti nak beli alat tulis baru...
semangat nak jawab final exam....

lepas tu terus balik wang ulu...
tapi hantar zila ngan siti je la...
aku dengan anis balik jitra...
aku actually mengantuk sangat2 time tu...
ingatkn nak naik bilik tidur dulu...
tapi bila fikir2 balik...
tak payah la buang masa nak tidur...
aku kuatkan jugak semangat drive balik ke jitra....
sampai jitra...
sempat lelap dalam kereta sementara nak tunggu abang balik....
sebab aku tak ada kunci rumah....

dah abang sampai rumah..
aku masuk...
terus tidur atas sofa kat depan tv...
memang aku tak boleh nak tahan dah mata nih...

tapi aku sempat set kat astro nak rekod cerita MERAHPUTIH....
ehehhehe
sebab ada ZAHIRIL ADZIM....

aku nak sambung study....
selamat berjaya dan selamat menempuhi final exam kepada semua pelajar-pelajar KEJURUTERAAN BAHAN....

Tuesday, April 14, 2009

SAJA...

aku xde nak citer apa pon hari ni...
sebab hari ni aku just pegi perlis ngan anis...
sebab anis ada test PLC...

lepas tu kitorg balik jitra....
aku xleh dok wang ulu....
nnt aku x study pon...
keje nak tido je memanjang....

suasana kat wang ulu memang menarik dan sesuai untuk rileks saja...
kalau nak kerah otak untuk study...
aku kena balik rumah...

heeee...
bukan sebab aku manja k...
tapi...
manja tu ada jugak la skit2...

esok aku ada extra class untuk phase transformation...
next week dah start final exam...
gud luck kepada semua kawan2 aku...

TerMAKAN....

pagi2 nih terasa lapar pulak perut aku...
ajak abang aku g beli makanan kat 7-11 tadi...
balik rumah makan2...

pastu sekarang aku xtau nak tdo ke tak nih...
makan dah kenyang...
nak tdo tak buleh...
nnt gemuk la pulak...

Monday, April 13, 2009

PENAT...

hari ni bengkel last aku untuk ECT 200..
hari ni kitorg kena buat pendawaian guna GI paip...
keje hari ni agak berat...

sebab...
nak kena potong paip besi ( GI pipe )...
nak kena buat ulir ( benang ) pada paip...
nak kena bending paip tu...
lepas tu ....
nak kena pasang paip tu kat wall...
nak kena pasang skru...
nak kena tarik wayar...

mmg agak berat...
keje aku hari ni abis lewat sangat2...
kul 6.30 baru abis....
lewat 30min dr waktu kelas kitorg....

sebabkan kelam kabut sangat dan aku dah hilang sabar...
aku x sempat nak amik gamba hasil keje aku hari ni...
tapi alhamdulillah...
keje aku walaupun siap lambat daripada orang lain...
tapi masih boleh berfungsi...

Sunday, April 12, 2009

KANTOI.....

hari ni pagi2 buta lg aku dah kantoi ngan sorang budak ni...
aku tersilap send msg kat skype...
aku nak send kat kawan aku sebenar nye...
kebetulan skype dorg dok dekat2...

nak dijadikan cerita...
aku tertekan nama budak nih...
pastu aku send la apa yang aku nak bgtau kawan aku tu...
sekali pg tadi dia hantar '?????' kat aku...
aku pon balas balik '????????????????'....
sekali dia send balik apa yg aku send kat kawan aku tu...

waaaahhhhh....
kantoi dah...

tapi kan budak...
kalau kau baca blog aku nih...
aku bukan mengumpat pon lagi...
dah orang suruh aku tgk...
aku tgk je la...
itu je....

aku pon bukan la suka sangat nak masuk campur hidup orang lain...
aku kisah ngan hidup aku je...
hidup orang lain masing2 punya hal la...
cuma kalau bila aku rasa aku perlu masuk campur...
baru la aku menyelit sama dalam kisah hidup orang lain...

ok lah ye budak...
harap segala nya terjawab dan selesai...
aku gurau2 je ngan ko ye pagi tadi tu....
kita kan x pernah sembang2...
so...
saja je aku nak merancakkan perbualan kita tu...
xde niat apa2 pon...

saja nak menceriakan pagi aku...

HARI SABTU....

hari sabtu aku cuti...
balik jitra...
macam biasa la...
aku mana boleh ada masa lapang skit...
mesti cabut balik rumah...

mlm tadi aku ada test taekwondo....
alhamdulillah aku boleh jawab semua soalan...
cuma ada 3 soalan sejarah taekwondo aku salah jawab...

aku mmg dah selalu fail sejarah...
mmg dari dulu aku x minat sejarah...
even aku minat pada nombor2 ni...
tapi aku x minat nak ingat tahun2 ngan peristiwa apa yang berlaku....

aku sendiri x tahu kenapa aku sangat x berminat dengan sejarah...

lepas jawab test...
aku terus balik jitra...
mlm ni aku kena balik sorang2...
sebab xde sapa yang boleh teman aku...
memula aku ingat bapak nak antar aku...
alih2 bapak suruh aku bawak kereta ikut bapak g makan kat kuala perlis...

sebelum tu aku singgah kat acik kejap...
tinggalkan barang2 yang dia pesan kat aku petang tu...

lepas makan kat kuala perlis mama dengan bapak balik jitra...
aku sorang2 la g kubang gajah...

sebabkn mlm ni aku balik sorang2...
lalu highway yang sunyi pulak...
aku selamba tekan minyak....
tapi aku xde la plak langgar speed limit...

sampai rumah dengan selamat 30min selepas perjalanan...
sampai rumah bapak ajak keluar minum...
tapi aku bukan setakat minum..
aku bedal pulak bihun tomyam...
perghhhh....
udang ngan isi ayam dia la yang menangkap selera aku....

dah kenyang...
balik rumah...
nak tido xleh lg...
aku baru je lepas makan...
study je la dulu...
sambil2 nak tunggu ayam ngan udang dalam perut ni bermesra...

ehehheee

Saturday, April 11, 2009

SELESAI SEMUA TEST...

hari ni hari kedua aku tinggal sorang2 dlm bilik...
roomate aku g n9...
ada lawatan industri...

pg tadi aku ada test ceramic...
bukan satu tapi dua tests....
test yang pertama test ceramic topik pn sri...
test yang kedua adalah lab test ceramic....
test pn sri kena jawab dalam bentuk essay...
yang mana soalan 2 dan 3 agak susah bg aku...
manakala soalan lab test pulak dalam bentuk objektif...
ada 45 soalan semuanya...
merangkumi 4 lab yang kitorg buat...
4 lab tersebut adalah....

1- slip casting
2- potter wheel
3- concrete preparation
4- powder compress

lepas habis test...
aku dengan zila, anis, ct g jumpa pn hidayah...
ct ngan zila nak tanya pasal nak pohon pinjaman apa ntah untuk yuran semester depan....
sambil2 tu tgk carry marks kitorg...
seperti biasa...
aku akan menjadi org yang paling teruk result nye dikalangan kawan2 aku...

lepas jumpa pn hidayah...
kitorg gerak g makan kat kedai makan kegeraman dan kesukaan kitorang....
kedai mana lagi...ANJUNG KELI....
kalau pegi sana...
xde menu lain yang aku akan makan...
menu utama aku adalah...
TEH 'O' AIS, NASI SEPARUH, SAMBAL BELACAN, IKAN KELI GORENG....

lepas kenyang perut...
kitorg gerak ke kangar jap...
anis nak membeli fail pulak...
dia dah nak start mengemas barang2 dia...
nak simpan semua nota2 dia pasal dah nak hujung sem dah nih...
kemas siap2 senang nak angkut...

lepas tu kitorg balik wang ulu....
lepas makan agak mengah aku rasa bila nak panjat tangga...
anis kata dia nak balik dengan sepupu dia...
aku ingat nak balik jitra awal...
tapi acik pulak mintak singgah kat dia...
so...aku decide untuk bertolak balik lepas kul 2 ptg...
sampai kat poly...
ada la sembang2 skit ngan acik...
lepas tu balik jitra...
sampai jitra...
bapak ajak makan nasi kat NASI KANDAR HJ. RAMLI...
sambil2 nak balik kulim...

lama sangat dah x balik kulim...
kat kulim yang ada masa kitorang baru sampai cuma maktam, maksu, ngan tok...

lepas tu pak ngah ngan family sampai....
lepak2 sembang sampai OJ x larat nak celik mata dah...
kitorg semua gerak balik kul 12 mlm...
sampai jitra kul 2 pg...
aku kepenatan...
tapi masih sempat nak menulis blog ni...

Thursday, April 09, 2009

WIRING LAGI....

pagi tadi sepatutnya aku ada test ceramic...
tapi test telah ditunda ke esok hari bersama2 dengan lab test...
maka dengan itu...
aku perlu berusaha lebih untuk 2 test esok...

petang tadi ada bengkel wiring lagi...
partner aku masih juga tak memunculkan diri dia...
jadi...
kenalan aku yang semalam yang banyak membantu aku tu...
dia datang jadi partner aku untuk hari ni...
dia sendiri yang datang bgtau aku...
then dia jumpa lecturer kitorang dan mintak tukar bay....
terima kasih banyak2...
aku sangat hargai kerjasama kau...

bekerja dengan dia sangat mudah...
dia banyak ajar aku pasal wiring ni...
lama2 aku jadi pandai sendiri mcam mana nak sambung wayar2 tu...
keje kitorang siap awal hari ni...
kitorg amik masa satu jam je nak siapkan semuanya...
panggil lecturer check bay kitorg...
tgk mentol nyala ke tak....NYALA....
tgk soket berfungsi ke tak...BERFUNGSI...
yesssss!!!!!



ini kerja aku untuk hari kedua wiring guna paip PVC

kitorang dah berjaya....
lepas siap kitorang bukak balik semua paip pvc yang ada,simpan balik semua wayar...
lepas tu balik...
sebab aku siap cepat hari ni...
aku pulak yang tolong zila kat bay dia....
semalam dia tolong aku...
hari ni aku pulak tolong dia....

lepas zila pon siap..
kitorang semua balik...
masuk kereta...
tunggu anis dengan ct habis test PLC....
then balik wang ulu makan...

memula nak singgah makan kat mak anjang...
pastu rasa cam xnak makan pulak...
bila dah masuk park kereta...
perut rasa lapar xleh nak tahan dah...
at last...
kitorang decide untuk makan kat shafaz....

lepas makan terus balik bilik...
lepas maghrib aku terlelap...
sekarang ni baru bangun...
nak sambung study...

Wednesday, April 08, 2009

TEST DAN BENGKEL...

hari ni aku ada lab test pagi2 lagi kat dragon...
aku bangun pon dah agak lewat...
kul 6.30 pg...

test mcm biasa...
xtau kenapa sejak masuk sini aku dah jadi semakin lembab dalam pelajaran...
ntah apa alasan lagi yang aku nak luahkan....

malas nak cerita pasal test...

petang tadi...
kul 3 ptg...
aku ada bengkel wiring kat kuala perlis...
hari ni punye task agak berat tapi mudah....
hari ni kitorg kena buat wiring guna paip PVC....
dan paip tu nak kena bending ikut design yang dah ada kat white board....

tapi malang nasib aku hari ni...
partner aku x datang...
jadi...
tinggal la aku sorang2 terkial2 nak buat semua keje...

aku la yang nak kena potong paip...
aku la yang nak kena potong wayar...
aku la yang nak kena skru paip...
aku la yang nak kena skur plug...
aku la yang nak kena ukur paip...
aku la yang nak kena bending paip....

nasib baik ada sorang kenalan aku yang sudi nak membantu...
aku lupa nama dia...
tapi terima kasih banyak2 sebab sudi membantu aku...
tanpa bantuan dia...
alamat aku x siap la pasang semua wayar tu...
xde markah la aku untuk task ari ni...




dah lepas siap buat wiring...
panggil lecturer tgk sama ada wiring yang aku dengan kenalan aku buat tu boleh berfungsi ke tidak...
alhamdulillah...
semua suis, plug dan mentol menyala dan berfungsi dengan baik...

masa tu hujan dah lebat gila...
aku selesai cabut balik semua paip ngan skru serta wayar yang aku pasang tadi tepat2 kul 6 petang....

hujan lebat kat luar...
terpaksa aku redah dengan zila...
sebab nak pegi makan pulak...
malam anis ada kelas pulak kat automart ni lagi...

kena la cepat2 skit...
makan dekat kuala perlis jugak....
'kedai air mata'.....
masa makan mama dengan bapak pon ada...
mama dengan bapak all the way dari poly tgk acik...

lepas mana mama dengan bapak balik jitra...
aku dengan anis, zila, ct balik wang ulu....

malam ni aku kena study ceramic...
pasal esok ada test lagi....

selamat study untuk diri sendiri...

Tuesday, April 07, 2009

STUDY..STUDY...STUDY....

hari ni keje aku study je..
sebab esok ada lab test phase....
lusa ada test ceramic pulak...

kalau hari jumaat xder kelas...
aku nak balik rumah petang kamis....
ari sabtu ada test taekwondo pulak....
lepas tu dah start study week...

aku kena start study untuk final exam....

jangan malas wahai azrin...
tolong lah...
untuk kali ni je...
ingat balik semua janji-janji kau...
ingat balik semua impian kau...

ingat balik..
ingat balik....
jangan asyik leka saja...

SEMALAM DAN HARI INI....

semalam...

aku x dapat nak melelapkan mata...
aku asyik berfikir...
sehingga aku terdengar suara azan subuh...
aku x sedar yang aku langsung x tidor semalaman...
hanya kerana memikirkan orang yang aku sayang....

di mana dia sekarang....
apa yang dia tengah buat....
ok ke dia sekarang setelah apa yang berlaku...

kalaulah...
aku ada di sana bersama dia....
akan aku bersama dia menemani dia disaat dia memerlukan aku...

setelah apa yang berlaku...
aku xnak menyalahkan atau menuding jari kepada sesiapa...
setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan sendiri...
EGO menguasai segala nya..

siapa kita...
untuk mengubah seseorang...
siapa kita...
untuk menilai peribadi seseorang...
siapa kita...
untuk mengarah orang...
siapa kita...
untuk menyakiti orang lain...
siapa kita...
meminta untuk dihormati...
siapa kita...
meminta orang mengikut kehendak kita...


jadilah...
diri sendiri...
jadilah...
siapa kita sebelum ini...
jadilah...
seperti yang orang lain terima kita sebelum ini...


x perlu...
nak hipokrit...
x perlu...
nak berpura-pura...
x perlu...
nak berubah hanya kerana kehendak orang lain...
x perlu...
menyakiti orang...
x perlu...
meminta untuk disakiti...
x perlu...
nak menyalahkan sesiapa...


duduk diam-diam...
duduk sorang-sorang...
renungkan balik segalanya...
kenapa ini semua terjadi..???

ini adalah dugaan dari yang MAHA ESA...
dia sedang menguji kita...
untuk mengetahui setakat mana ketabahan yang ada dalam diri kita...
untuk mengetahui setakat mana kesetiaan kita kepada-NYA...
untuk mengetahui setakat mana dan sejauh mana akal kita mampu berfikir...


dugaan dari-NYA...

untuk mengajar kita mengharungi kehidupan ini...
untuk mengajar kita erti sebenar KEHIDUPAN...
untuk mengajar kita erti SABAR....
untuk mengajar kita menyedari KESILAPAN...
untuk mengajar kita MEMAAFKAN...


***RENUNGKAN DALAM-DALAM***

MENANGIS....

malam ni aku menangis gila2...sampai xleh nak cakap...

kenapa aku menangis???
biar aku sorang je yang tahu...

tapi tolong jangan buat aku menangis lagi...
aku dah x tahan...

untuk yang sama2 menangis dengan aku malam ni...
tabahkan hati...
ingat ALLAH banyak2...
redha dengan segala ujian yang melanda...
mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian....
TUHAN mungkin masih sayangkan kita...
sebab tu DIA bagi kita ujian macam ni....


kalau boleh memang aku nak coretkan segala yang terjadi mlm ni kat sini...
tapi aku masih lagi nak menjaga hati pihak2 yang terlibat...
sebab tu aku x tuliskan cerita semuanya kat sini...

tapi entry ini cuma aku masukkan sebagai peringatan kepada diri sendiri supaya lebih berwaspada dan sentiasa beringat...
jgn terlalu leka dan kalut mengejar cinta...
cinta yang belum pasti ada penghujungnya....

memang pengalaman ini banyak mengajar...
walaupun bukan berlaku ke atas diri aku sendiri...
tapi ia membuatkan aku takut untuk terjebak dengan CINTA...

aku rela sendirian buat masa sekarang ini....




*** i need to go home....A.S.A.P.....

Monday, April 06, 2009

SETELAH 2 MINGGU....

dah 2 minggu aku x balik wang ulu...
1 minggu yang pertama...
aku berulang dari jitra ke perlis sebab teman mama kat rumah...bapak pegi out station...
1 minggu yang kedua...
aku duk rumah saja sebab xde kelas...ada program IMT-GT....

hari ni baru aku balik ke wang ulu...
huhuhuhuuu....
rasa rindu ada...lain macam ada...semua perasaan dah bercampur aduk....tak pasti sama ada aku suka atau tidak dengan perasaan yang ada ni...

tapi yang pasti...keadaan aku di sini pada hari ini tidak seteruk keadaan aku pada semester lepas...yang mana...hari-hari aku di sini adalah sangat teruk...aku x suka duduk hostel....even hostel kat wang ulu ni tidak terlalu mengongkong hidup aku...tapi aku lebih banyak rasa selesa tinggal di rumah...

tapi...
alhamdulillah...semester ini semua nya bertambah baik...aku punya kawan2 yang sering menemani aku dan tidak jemu2 menghiburkan aku...satu hari nnt aku akan kenalkan kawan2 aku ni...

minggu ni adalah minggu terakhir kuliah aku...minggu depan dah bermula minggu ulangkaji...minggu ini sahaja aku ada banyak test yang perlu aku habiskan...setakat yang aku tahu...sepanjang minggu ini aku ada 4 test...hmmm....aku mengharapkan agar aku dapat menjawab dengan tenang...dan apa yang aku study nnt boleh dijadikan ilmu yang kekal dalam kepala aku untuk aku luahkan pula masa final exam nnt...

Sunday, April 05, 2009

HAPPY BIRTHDAY MIRA!!!!!!!!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU AMIRA FARZANA BINTI SAMAD...



hari ni genap lah umur sahabat aku AMIRA FARZANA ( MIRA @ FARZ ) yang berusia 21 tahun....
ko dah masuk era 20 -an weih...

xder gila-gilaan lagi dah...ehehheh....
aku sayang ko...tapi aku agak terkilan sikit sebab aku hampir-hampir melupakan birthday ko tahun nih...kejam sungguh aku....

anyway....aku menyedari kesilapan aku tu...nnt abis final exam...cepat2 balik jitra...kita celebrater birthday ko, paan, ngan aku skali k....hmmm....aku cadang nak buat kat rumah aku je...boleh kan???kita buat BBQ cam last year....

aku suka bila korang datang makan2 kat rumah aku...


tq mira sebab ko jadi sahabat aku selama 8 tahun ni...ko memang sahabat aku yang TERBAIK...
tq sangat2...
aku sayang ko ngan paan weih....

sayang gila kat korang....

MEMBEBEL DI PAGI HARI...

selamat pagi dan salam sejahtera....
berita hari ini...

ehehehe
aku nak bercerita apa yg aku lalui pada hari2 semalam dan sebelum nya....aku x sempat nak tulis blog sebelum ni sebab xde idea nak menulis...3/4/09 lepas...aku dah bgtau kan mama,bapak dengan abang pegi kuala lumpur....tinggal aku sorang2 kat jitra...petang jam 4.30 petang aku keluar dengan anis ke aneka...sebab petang tu kitorg ada tournament boling anjuran ppk bahan...

kitorg sampai sana awal SANGAT2...sebab budak2 boling lain sampai lewat...alasannye bas jalan lambat...sampai kat aneka...aku ngan anis g ushar2 movie...teringin sangat nak tgk 2fast & 2 furious 4....aku call zila...tanya nak x kalau kita tgk movie tu midnight nnt...dia kata on saja...hahahhaha....tercapai jugak hasratku....aku pon terus g beli tiket kul 12.10 tgh mlm...ingatkan seat kosong banyak...rupanya midnight pon boleh tahan ramai orang tgk...

lepas tu aku ngan anis jalan2 pusing aneka....tunggu dorang ni lambat lagi....aku g gurdian ngan anis...then kitorang masuk aneka balik...anis nak masuk yen gallery pulak...lepas tu dah xtau nak pegi mana...kitorang lepak kat food court...minum air...sekali BAD datang....duduk lepak sekali...dia kata awat mai awal sangat...tau dak game start kul 6 petang....lorhhhh...sapa ntah semlm bgtau aku game start kul 5 petang....

tapi xpe lah...datang awal...sempat cekau tiket wayang dapat seat best....pandang kiri pandang kanan....dah nampak banyak muka2 yang aku kenal...ramai dah jugak sebenar nye bebudak ni yang dah sampai...semua nya datang dengan kereta sendiri...yang datang dengan bas je yang lewat skit....kul 5.30 petang dorang dah panggil masuk nak check lane ....


mereka-mereka yang x sabar nak main boling



game mula kul 6.30 petang...sangat lewat dah aku rasa...memula main semua cam hancussss....ahahahha...padan dah la dengan x practice...pastu dah lama x main....semua tu alasan sebab kalah....game abis kul 10.00 malam...aku x ingat berapa skor kitorang....




ZILA dengan penuh gaya tersendiri






ADOT jugak bergaya habis




mereka-mereka ini adalah classmate aku yang mmg happening habis


lepas game...kitorang g makan kat new town...aku pon x pernah makan kat situ actually....tapi anis kata sedap....pegi je la nak try kan....makan2 pon kelam kabut...pasal kedai tu pon dah nak tutup....lepas makan...g kat keta...zila nak tinggal beg dia...alang2 dah tu aku alih keta bawak g depan aneka...senang dan dekat sikit nak balik tgh malam karang....

jumpa dengan syla and the gang...dorang xtau nak makan kat mana....hmmmm...nak bawak dorang makan kat mahani johari jauh sangat pulak katanya...sebab ada sorang budak nak balik dengan bas...bas pulak dah janji nak amik kul 11.00 malam...jam dah 10.30 malam...mmg x sempat...aku ajak g makan char koey teaw marvellous...ringkas dan cepat....

lepas makan terus jalan balik ke aneka...wayang dah nak mula...malam tu aku terasa bermurah hati nak belanja semua orang makan pop corn...aku beli la 5 bekas pop corn....aku ingatkan x cukup...tapi alhamdulillah lebih daripada cukup....aku ingat jugak aku bertiga je yg tgk midnight movie nih...rupanya ramai lagi bebudak kelas aku yang tgk midnight ni...

best dan happening jugak la...x pernah aku tgk wayag ramai2 camni...apa yang aku rasa happy sangat malam tu...aku boleh bersembang dan bergelak ketawa sambil share pop corn dengan semua orang....aku dah x segan dengan bebudak laki ni macam masa dalam kelas....MAKANAN(POP CORN) ini lah yang telah membuat aku sedar bahawa kata-kata bapak memang betul sama sekali...cara paling senang nak menarik hati orang untuk kita berkawan dengan mereka adalah MAKANAN...

habis wayang kul 2.00 pagi...hall kali ni mmg penuh...FULL SEATS...habis tengok wayang terus hantar anis balik rumah dia...then aku dengan zila balik rumah aku...bebudak yang lain balik wang ulu....nasib baik tengah malam...aku terpaksa speed up pasal dah janji dengan mak anis nak antar anis sampai depan rumah...sebabkan jam dah menunjukkan waktu yang sangat2 lewat...aku kena jugak speed up...kesian mak anis tunggu anis kat rumah...dah la mak dia penat bekerja...kena pulak tunggu sampai lewat malam...

sampai rumah...aku ingat nak layan tv je dulu....tapi mata dah mengantuk sangat....aku masuk tido je la...

pagi esok(x bangun pagi pon)...aku dengan zila g lunch kat nasi ayam periuk besar....lepas settlekan bil broadband acik...lepas makan bawak zila pusing2 jitra....bawak g tasek..tempat aku buat LI dulu kat taman tunku sarina...lepas tu kena balik rumah sebab hujan sangat2 lebat sampai x nampak jalan...

kul 6.30 kitorang gerak ke secret recipe konon nak beli kek kat acik....tapi x sempat nak hantar pulak...ada 2 sebab...yang pertama jalan kat jitra sesak teruk...yang kedua hujan lebat dah hampir 3 jam kat jitra ni...selalu nya kalau hujan lebat satu jam je pon air depan kilang GANO akan naik ke atas jalan...memang xleh nak lalu dah...so aku call acik cakap xleh nak beli...
aku pon balik perlis ikut jalan kodiang....sampai wang ulu tepat kul 8.00 malam...naik bilik terus tukar seluar...lepas tu gerak ke kubang gajah....

kalau nak diikutkan...malam tadi aku kena grading taekwondo...tapi x jadi atas sebab2 yang x dapat dielakkan...lagi satu dewan berkunci pulak...dan kitorang buat kelas teori je semalam dekat dewan kuliah....minggu depan ada TEST TAEKWONDO....aku kena study...mggu depan jugak ada TEST CERAMIC...habis kelas kat kubang gajah...aku dengan zila balik wang ulu...ajak anis makan dekat mak anjang...zila dengan aku dah lapar teruk....kul 11.00 malam baru nak menjamah nasik lepas nasik yang terakhir masuk perut kitorang adalah pada jam 3.00 petang....

lepas makan aku gerak antar zila dan balik ke jitra dengan anis jam 12.00 malam...balik ikut jalan kodiang...membuatkan aku mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke jitra....sebab jalan2 dekat situ masih under construction...

sampai rumah...masuk2 je aku nampak ada 3 ekor 'kanak-kanak' depan pintu...heeee....adik angkat baru dah sampai....nama 'kanak-kanak' tu, KIKI, LALA, CHANTEQ.... mereka mmg sangat comel...tapi mintak maaf sebab aku masih takut dengan kucing...x berani lagi nak pegang...cuma boleh tgk2 je...

gambar 'kanak-kanak' ni nnt aku upload...sekarang aku nak sambung tido...
byeeee