Wednesday, December 30, 2009

INI LAH DIA...


semalam aku ada tulis entry pasal new family member kan....

haaa hari ni aku nak perkenalkan lah new family member tu...tapi milik siapakah dia agaknya...hehehheeh....ahli baru yang dimaksudkan adalah...jeng..jeng..jeng...

Tuesday, December 29, 2009

HAPPY BIRTHDAY BAPAK

27 Disember 2009...

Genap 54 tahun usia seorang lelaki...
Di usia ini lelaki ini masih kuat bekerja demi mencari sesuap nasi utk seorang isteri dan empat orang anak...
Di usia ini, lelaki ini tetap menjadi seorang ayah dan suami yg b'tanggungjawab...
Di usia ini,lelaki ini terus mencurahkan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak...
Di usia ini,lelaki ini terus melimpahkan kemewahan kepada isteri dan anak-anak...

Sehingga ke usia ini, lelaki ini terus menjadi idola kepada anak-anak...

Terima kasih kerana menjaga kami...
Terima kasih kerana menyayangi kami...
Terima kasih kerana sentiasa ada bersama kami...

Monday, December 28, 2009

LAGI NEW FAMILY MEMBER

hari ni hari pertama mula kuliah...tapi biasala kan...mana U pon...mggu pertama ni mana ada kelas pon...lecturer pon x masuk kelas lagi...hari ni melangut je keje...esok pon tak tau la sama jugak ke tak nasib mcm hari ni...dah lama aku tak update blog ni...banyak sangat cerita nak tulis...tapi biasa lah aku...manusia pelupa...tak semua benda melekat dalam kepala aku...yang mana aku ingat...aku tulis la kan...

ok...25 disember 2009 lepas...sepupu aku FARAH HANNA BINTI JAMIL dah pon selamat ditunangkan dengan pilihan hati dia, iaitu saudara AZIM...yang mana tunang sepupu aku ni merupakan sepupu jugak kepada junior aku kat uniMAP ni...kebetulan pulak...sem nih aku sama kelas dengan sepupu azim ni...lagi best...aku jugak tinggal dalam rumah yang sama kat kolej kediaman kat perlis..itulah yang dinamakan jodoh...moga2 semua kebetulan ni akan memberi rahmat kepada cik ah kita...selamat bertunang kak ah & azim....

nak tgk gamba2 sekitar majlis???

silakan menjamu mata...

















cerita kedua yang best dan masih berkait dengan tajuk entry aku...hari ni lepas kelas habis aku balik jitra dengan abang...sampai2 rumah tgk2 mama dengan bapak dah bersiap macam nak keluar...nasib baik balik awal...bapak nak pegi tengok new family member...siapakah atau apakah yang bernasib baik tu nak masuk dalam family kitorang...sama2 kita tengok dan berkenalan dalam entry esok ya...

;D

Sunday, December 27, 2009

HAPPY BIRTHDAY BAPAK

27 Disember 2009...

Genap 54 tahun usia seorang lelaki...
Di usia ini lelaki ini masih kuat bekerja demi mencari sesuap nasi utk seorang isteri dan empat orang anak...
Di usia ini, lelaki ini tetap menjadi seorang ayah dan suami yg b'tanggungjawab...
Di usia ini,lelaki ini terus mencurahkan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak...
Di usia ini,lelaki ini terus melimpahkan kemewahan kepada isteri dan anak-anak...

Sehingga ke usia ini, lelaki ini terus menjadi idola kepada anak-anak...

Terima kasih kerana menjaga kami...
Terima kasih kerana menyayangi kami...
Terima kasih kerana sentiasa ada bersama kami...

Sunday, December 20, 2009

BAPAKU PULANG DARI SABAH...

hari ni awal2 pagi lagi aku dah bangun mandi dan bersiap2 nak ke pulau pinang...yeahhh boleh p jalan2...bapak punya flight dari sabah sampai penang kul 10.40 pagi...lepas ambik bapak..kami semua pegi makan...makan BESAR dan PANJANG...ahahhaa kami p makan kat nasi kandaq LINE CLEAR...famous in penang...wahahaha...sampai2 je aku tengok orang beratur nak ambik nasi dah nak sampai ke tepi jalan dah...memang panjang....tapi kalau dah PENGISI PERUT ni sedap..beratur lama mana pon..beratur panjang mana pon...semua orang sanggup...nak dapatkan sepinggan nasi pon dah makan masa 30min..bayangkan la berapa ramai dah berapa panjang orang dok beratur...nasi pulak bukan sikit...paham2 je la kalau sapa2 yang dah penah makan kat nasi kandaq LINE CLEAR...

lepas makan acik ajak bapak p Queensbay..konon2 nak cari sandle baru...tapi bila dah masuk dalam kedai..tengok2 xde design baru yang menarik perhatian....aku awal2 lagi dah menghabiskan ratusan duit beli hadiah birthday mama dengan bapak...then masuk kedai beli beg pulak...selesai duit poket aku hari ni...esok nak makan apa???nasib baik cuti lagi...boleh makan free lagi...

Friday, December 18, 2009

SURPRISE!!!!

ini nukilan kejutan untuk sepupu aku yang bakal menjadi tunangan orang pada 25 Disember 2009 nanti...


ahahhaha...aku dah bagi gambaran kasar hasil kejutan yang bakal dia dapat nnt...tapi itu cuma gambaran kasar...aku ulang sekali lagi...GAMBARAN KASAR...

gambaran halus nye nanti...sama2 kita nantikan pada hari pertunangan ya...

tema kali ini adalah HITAM & PUTIH....

aku sangat suka dengan gabungan 2 warna ni...sangat menarik...


kepada cik kak yang bakal menerima kejutan...sila bersabar ya...

;D

Tuesday, December 15, 2009

ALHAMDULILLAH....

assalamualaikum semua yang membaca...

hari ni pagi2 lagi...anis dah call aku...banyak kali sangat dia call...aku dah agak mesti dia nak bgtau aku pasal result exam dah keluar...sebabkan aku sangat cuak...jadi aku tak jawab walau satu pon call anis tadi...sorry anis...aku sangat2 takut la...

kenapa aku takut sangat?????

kalau korang baca dan selalu ikut blog aku ni...mesti korang tahu kenapa aku sekarang sangat takut dengan final exam dan sangat takut bila nak menunggu result exam dikeluarkan...

mungkin ada yang tak tahu...dan mungkin ada yang belum tahu...

ok lah..aku tolong bagi tahu korang...sejak aku masuk sambung ijazah ni...hidup aku sebagai seorang pelajar aku rasa sangat teruk...aku tak tahu hala tuju aku...aku tak tahu kenapa aku ambik kos yang aku ambik sekarang...aku tak tahu apa yang pensyarah2 aku ajar aku...selama 1thn setengah ni...setiap kali mengadap buku2 bila nak buat ulangkaji ke,tugasan ke...aku tak pernah lagi mengadap buku2 tu dengan senyuman dan fikiran yang tenang...tak sama macam aku belajar sebelum2 ni...

setiap aku buka buku, fikiran aku berserabut,dan sekaligus diiringi air mata...sambil aku marah2 pada diri sendiri...aku tak tahu kenapa susah sangat aku nak belajar dengan tenang macam sebelum2 ni...

sampai sekarang ni..aku langsung tak mengharapkan yang aku boleh dapat keputusan peperiksaan yang tinggi dan cemerlang macam dulu2...

lepas je aku habis menjawab kertas peperiksaan yang terakhir semester lepas...aku dah bernazar...kalau aku LULUS semua subjek pada semester ni...aku akan puasa nazar 3 hari dan aku akan belanja keluarga aku makan....

ALHAMDULILLAH...hari ni aku dah pon berjaya menunaikan hutang nazar aku untuk belanja keluarga aku makan...walaupun result aku tak lah gempak sangat macam yang orang lain impikan...tapi bg aku....sekarang ini...aku cuma mengharapkan aku LULUS semua subjek dan tak ada SATU pon subjek yang aku gagal...itu dah cukup besar rahmat buat aku sekarang ni...memandang keadaan aku yang sangat teruk sekarang bila nak belajar...hari2 aku belajar dengan tekanan perasaan...jadi memang aku tak terlalu mengharapkan keputusan yang cemerlang macam dulu...sekadar LULUS itu sudah memadai dan buat aku bersyukur...


tahniah kepada kawan2 aku yang lain...tahniah sebab kita semua LULUS...insyaallah kita boleh teruskan lagi usaha kita sama2 lepas sampai habis...

Saturday, December 12, 2009

SEMOGA BERKEKALAN...



selamat pengantin baru kepada NORDIYANA & ZAID....

macam tak percaya...diyana dah pon selamat menjadi isteri orang selama 3 hari ni..ehehhe..aku pulak yang rajin tolong hitung hari kan...aku tumpang gembira untuk diyana...sebab apa...sebab aku juga bersama2 diyana melalui hari2 bersejarah dalam hidup dia ...daripada hari diyana nak bertunang lagi...sampai la hari akad nikah dan hari ni hari bersanding pula...

terima kasih sebab menjemput aku untuk sama2 meraikan hari2 indah kamu...

sangat2 terasa bila kawan rapat dah pon menjadi milik mutlak orang lain...tapi aku tak kisah...sebab aku tahu dia akan bahagia sehingga ke akhir hayat, insyaallah, bersama insan pilihan hati....

sampai sekarang aku macam tak percaya je diyana dah kawen...dah jadi bini orang...tak lama dah nak jadi mak orang...waaahhh aku macam taknak lepas je diyana jadi bini orang kan...tak baik..tak baik...

tahniah ye diyana...taktau nak cakap apa..bagi korang tengok je lah gambar2 sekitar majlis DIYANA & ZAID...






Thursday, December 10, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU DIYANA

hari ni salah seorang kawan baik aku masa aku belajar kat polimas dulu dah pon menamatkan zaman bujang dia...

lepas solat zohor tadi...diyana dah pon sah menjadi isteri kepada zaid...tahniah diyana..moga dengan ikatan perkahwinan ini akan berpanjangan ye...moga kamu akan menempuhi hidup dengan lebih bahagia lagi daripada sebelum2 ni ye...

tahniah sekali lagi...

Wednesday, December 09, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU MEK YANG....









dah lama rasanya aku tak update blog ni...banyak sangat benda-benda best yang jadi sepanjang cuti ni...nak cerita byk sangat...nnt panjang meleret pulak entry kali ni..so..biarlah gambar yang bercerita...

silalah menjamu mata...

ini adalah gambar2 sekitar majlis persandingan MEK YANG di Kg.Raja,Besut, Terengganu...

SELAMAT PENGANTIN BARU....

Wednesday, December 02, 2009

CHICKEN GOURDEN BLUE

yeaahhhh...

percubaan pertama yang menghasilkan sebuah kejayaan yang boleh dibanggakan...mama kata sedap...yeahhhh the best chef in the family kata sedap....nak kata apa lagi kan...memang seronok laa...dah la baru pertama kali mencuba...ikut resepi dalam buku je..bahan-bahan pon cari last minute ptg tadi dengan abang...lepas tu ada jugak bahan2 yang tak cukup....tapi mama kata sedap...

waahhhh sangat2 suka...nnt boleh cuba buat lagi...

Monday, November 23, 2009

CUPCAKES...

nom..nom..nom..( mcm yg dalam cafe world tu kan..)

semalam aku janji nak masukkan gambar2 hasil aku pergi kelas deco cupcakes kan...
haaa hari ni aku tunaikan janji aku...



ini hasil anis @ bella
ini guna buttercream



ini pulak yang aku buat sendiri...
hasil tunjuk ajar kak rani...




ini hasil kerja kedua aku yang menggunakan fondant..
agak comot disitu..nampak tak tepung2 yang berselerak...




ini hasil cik aqilah...
lebih kemas dilihat kan...
kak rani kata macam farmville dah...


okeh...itu sajalah hasil kerja2 kitorang dari pagi sampai malam...penat tapi puas hati....
terima kasih lagi sekali kak rani...


Sunday, November 22, 2009

KELAS DECORATING CUPCAKES...

semalam dengan hari ni aku berpeluang pegi belajar menghias cupcakes...dah lama aku tunggu nak belajar decorating ni..akhirnya tercapai jugak hasrat aku....

semalam aku belajar menghias cupcakes dengan menggunakan buttercream...terima kasih kak rani sebab sudi terima aku dan anis jadi anak murid kak rani semalam...kitorang mula kelas dari jam 9.30 pagi sampai lah jam 7 petang...gila lama kan...

tapi sangat best dan menarik kelas ni...

hari ni pulak..aku sekali lagi pergi menuntut ilmu dengan kak rani..tapi kali ni bukan dengan anis...tapi aku pergi dengan aqilah...kawan abang aku...hari ni kitorang belajar teknik menghias cupcakes dengan menggunakan fondant...perghhh...hari ni lagi penat dari semalam...

semalam aku dengan anis bersalut dengan krim yang berminyak...
hari ni aku dengan aqilah bersalut dengan tepung pulak...

tapi semua nya sangat menarik...aku sangat-sangat berpuas hati...

terima kasih sekali lagi kepada kak rani sebab sudi menurunkan ilmu kepada aku,anis, dan aqilah...terima kasih banyak-banyak kak rani...siap bagi makan tengah hari lagi..sambal belacan terbaeeek lah kak rani...


**gamba hasil kerja tangan aku, anis, dan aqilah akan aku upload esok.sebab sekarang ni aku guna laptop bapak

Thursday, November 19, 2009

TAHNIAH...

A BIG CONGRATULATIONS TO ALL UPSR CANDIDATES ....

hari ni result UPSR dah keluar...so kepada semua yang mengambil UPSR pada tahun ini...tahniah diucapkan kepada yang berjaya...kepada yang hampir2 nak berjaya pon tahniah diucapkan...kepada yang tak berjaya...jangan emo2 ok...PMR dengan SPM ada lagi....

aku ada 2 orang sepupu yang ambik UPSR tahun ni...sorang di Kedah dan sorang lagi di Kelantan...and dua2 dapat 5A...TAHNIAH...TAHNIAH.....

korang best la weih...aku dulu pon x dapat 5A...tercicir satu A...kesian...

a BIG CONGRATULATIONS to Uzair and Ira...

Saturday, November 14, 2009

MACAM - MACAM ADA...

Hari ni hari terakhir aku mengadap dewan peperiksaan…

Ini no meja bertuah aku untuk hari ini…

** sebenarnye bangunan tu kat DKG3...tapi gamba yg aku snap ritu hilang pulak..byk kott gamba lain2 yang hilang...tapi nombor bertuah aku tetap 15

Sepanjang tempoh 2 hari yang ada sementara nak menghadap paper akhir ni…macam2 benda yang jadi…

Aku mulakan cerita dengan hari pertama ok..hari rabu ~ 11 – 09 – 2009 ~

Hari ni aku tak ada apa2 paper tapi anis, far ngan khai ada paper Etnik…dorang dah cakap kat aku suruh aku study polymer processing lepas tu ajar dorang pulak…tapi apa yang berlaku…ahahaha ayat tak leh blah…aku tido dari jam dorang pegi jawap exam sampai la dorang balik kolej…baru aku bangun…dah bangun dorang ajak makan pulak…pegi makan petang kat kuala perlis…far dengan ciko bawak pegi makan satu tempat yang memang best…sekali pekena roti pisang dia…memang ngam la dengan perut aku…dah makan roti pisang makan pulak lagi mee goreng….tak cukup makan kat kedai…nak bungkus pulak roti pisang tu…balik kolej konon nak start study la ni kan…sekali layan movie la pulak…perangai tak pernah nak berubah ….biar lah konon kata dah serik tak boleh nak jawap 2 paper sebelum ni….layan movie sampai tengah malam…ct pulak ajak turun minum…aku layan je…haus jugak tengah-tengah malam ni lepas layan movie….lepas minum masing-masing balik bilik….aku balik bukak buku kejap…study apa yang patut….study sampai subuh…sebab esok pon aku takde paper jugak lagi nak jawab….

Hari kedua…. Hari khamis ~ 12 – 09 – 2009 ~

Bangun pagi kemas barang sikit-sikit…pasal lusa habis exam nak terus balik jitra…tengah hari anis ajak turun makan….dah jalan kaki sampai café…tengok lauk pon takde yang menarik selera…biasa la kan…manusia jenis memilih ni…padahal lauk yang ada tu dah lebih dari cukup dah tu…anis pulak tiba-tiba buka mulut kata teringin nak makan pizza…aku pon kata jom ah…nak makan nasi pon perut cam menolak-nolak je rezeki tengah hari tu…aku pon call la ct…ajak pegi makan sekali…tapi ct tak mau…try call zila…dua-dua nombor tak dapat…anis call far…ajak pegi makan pizza…laju je far jawab nak…padahal tadi kitorang ajak turun makan sama-sama…dia kata dah makan dah…kebetulan pulak khai nak pi pos motor dia balik kelang…so aku ikut la dorang…sebelum tu…ada adegan mencuri minyak motor oleh ciko and the gang…ahahahah…..

*gamba hilang weih...hangin tul aku..

Ekekkkeee….actually dorang bukan curi minyak motor…tapi nak kosongkan tank minyak tu..supaya takde berlaku kejadian motor terbakar masa pos nanti…lepas dah siap semua kitorang gerak ke Nation Wide…proses nak pos motor punya la lama…sampai berpeluh-peluh dah orang yang menunggu dalam kereta ni…sampai macam-macam cerita yang pelik-pelik dah keluar…last-last kitorang decide lepak ambik angin kat luar…jimat minyak kereta aku lagi baik daa…khai dah settle pasal motor dia…kitorang gerak ke pizza hut…sampai sana…dah la tengah panas sampai peluh meleleh-leleh…boleh pulak pekerja-pekerja pizza hut tu buat kitorang macam peminta sedekah…cinabeng la weih…orang nak mai makan la mangkuk…bukan nak mai rasa aircond kedai makan korang yang tak sejuk tu…dah la nak bagi menu pon lambat…dah tu nak mai amik order pun susah jugak…khai ,anis ngan ciko nak hangat dah ni…dah membara habis dah dorang…at last…aku ajak semua balik…tak payah makan…pasal dah ‘kenyang’ tengok pekerja-pekerja pizza yang ‘sungguh beretika’…macam hampeh….tak dapat makan pizza…perut lapar gila tak terisi sejak pagi sampai petang…aku ajak dorang makan bihun sup kat fatin corner…lagi cepat la servis kat sini daripada pizza tu…konon makanan segera lah dorang tu…dah habis segera la tu kan…bagi customer makan menu je….

Kenyang makan…dah sejuk hati masing-masing…kitorang berkias-kias pulak nak makan roti pisang dengan makan sosej bakar tepi laut….aku on je…pasal aku yang drive..mula-mula lepas bayar semua yang dah langsai makan sampai licin mangkuk tadi….kitorang gerak ke kuala perlis….aku makan jagung bakar je …lepas tu hari nampak macam nak hujan pulak…kitorang cepat-cepat pegi bungkus roti pisang dengan roti keju…sedap-sedap…balik rumah…konfem malam ni kena start study dah…hari ni kan dah hari khamis…esok dah start exam dah….malam tu kitorang memang study betul-betul…takde main-main…~ tapi ada je main-main….gelak-gelak bagai…kutuk orang sana kutuk orang sini…~

Malam ni kitorang nekad nak study betul-betul…paper polymer processing ni memang nak jawab betul-betul…takmau tinggal kosong ke apa…semua soalan nak jawab…paper esok kul 3 petang…aku study sampai kul 3 pagi…

Hari ini…hari jumaat ~ 13 – 09 – 2009 ~….

Aku bangun kul 9.30 pagi…sambung study sikit…pastu kemas barang sikit…lepas tu pegi sambung study kat bilik far…kul 2 kitorang gerak pegi makan tengah hari kat dragon…ingatkan nak makan nasi ayam…tapi nasi ayam dah habis…lapar sangat-sangat tak boleh tahan…takut tak makan nanti otak jamm takleh jawab exam..aku makan jugak bihun sup kat dragon tu…lepas tu gerak pegi kubang gajah…last paper ni buat kat bilik kuliah kat kubang gajah….yeaahhh kejadian yang paling menarik saat-saat nak merdeka ni…ahahahhaha…..

Anis awal-awal lagi dah menjerit merdeka…ahahahha sori anis…aku nak tulis jugak cerita ni…aku taknak cerita ni hilang macam tu je…kenangan weih….okeh-okeh…macam ni cerita nye…tadi masa sampai kat kubang gajah…aku parking kereta kat tepi kandang burung unta tu…kat situ ada rumput tebal…masa nak turun tu…semua orang turun macam biasa la kan…tiba-tiba je si anis nabila ni menjerit sampai melompat ke seberang jalan sambil menjerit dengan suara nyaring dia tu…” tak mau..tak mau..tak mau…” (sambil hentak-hentak kaki dengan muka dah merah padam)…ahahhaha …aku yang tengok nih…awal-awal kita kenal dulu pon aku dah cakap kan…aku tak boleh tengok benda-benda yang boleh mendatangkan gelak pada aku…memang aku takde perasaan belas kasihan lagi dah…aku terus gelak je…dalam kes anis ni…ahahha….memang itu lah yang berlaku…aku gelak terus bila tengok aksi gempak dia tu….ahahhaha….aku tanya kenapa??dia kata ada ular kat rumput tu…ahahaha…aku pegi la intai-intai tengok…tak ada pon anis oii….hang nih…dia kata ada…habis setakat tu…tapi gelak tetap ada…sampai dalam dewan exam pon aku teringat lagi pasal anis tadi…

yang aku pulak…masa nak masuk dewan exam…boleh pulak tercari-cari purse aku…aku tak kisah sangat kalau purse tu tertinggal dalam kereta…tapi aku kena jugak patah balik kat kereta nak cari purse tu sebab kad matrik aku ada kat dalam purse tu…dah la parking kereta TAK JAUH pon dengan dewan exam…sampai-sampai kat kereta…aku intai tengok…tak ada pon…patah balik kat dewan..sekali bukak je beg aku tu…ada je purse tu dalam beg…kureng tul laa…buat penat je aku berpeluh-peluh sampai semua orang tengok….masuk dalam dewan…aku berlagak cool…anis dah cuak cari-cari aku tak masuk dewan lagi…ahahahha…rileks je cik anis…aku bukan pegi cari ular tu pon…ahahhahaa

exam hari ni???

Best sangat-sangat…apa yang aku study semua ada masuk dalam soalan…memang berbaloi la kan…tapi yang sebenar nye sebab study awal…yang sebelum-sebelum semua last minute…padan muka sendiri la kan…masa menjawab exam ni pon ada macam-macam benda jadi…mula-mula tu hujan lebat tiba-tiba…aku ingat habis dah semua beg basah…tapi nasib baik ada pakcik guard tolong alihkan…terima kasih banyak-banyak ye pakcik….peperiksaan diteruskan …..tiba-tiba siling bocor pulak…ada dua meja terpaksa beralih tempat…aishhh dugaan sungguh bila dah paper akhir ni….aku tengok semua orang jawab exam dengan senyuman…maybe jugak sebab dapat tips dari soalan-soalan past year….soalan sama je kan….aku pon dapat menjawab dengan tenang…Alhamdulillah…tapi aku tak kata la aku boleh dapat A- atau A+ untuk paper ni…dapat B pon dah ok dan cukup untuk aku….( yang sangat pemalas ni)…

Lepas keluar dewan…semua orang boleh tarik nafas lega dah….exam dah habis yeaaaa….malam ni boleh lepak kat kedai mak anjang sampai patah kerusi…ahahahhaha….mak anjang…wait for us ok…kitorang nak kasi gegar kedai mak anjang…..tunggu kami…8.30 satgi kami turun….

Wednesday, November 11, 2009

TANGISAN TANPA AIR MATA...

mmphh..

nak tulis apa ni??
pasal paper hari ni???

hampeh...aku pulun study macam...
sekali yang keluar??
soalan yang aku tak sangka langsung...
tapi ada jugak la sikit2 yang study tu keluar...

tapi.....


adussss....
aku rasa bodoh gila...
semua orang yang keluar dewan peperiksaan tadi semua rasa macam bodoh...

aduhhh...

mintak lulus sudah la paper nih..

Monday, November 09, 2009

SEJARAH KOTT...

hari ni hari yang ditunggu-tunggu...hari untuk menguji sama ada apa yang aku pulun study semlm sampai pukul 3.40 pagi benar-benar tertanam dalam kepala aku atau tidak...

semalam aku pulun study dengan anis , far, ngan khai pasal subjek polymer properties...hafal la segala benda yang boleh dihafal...

pagi tadi...
tepat jam 9.00 pagi...masa untuk menjawab pun bermula...tengok2 sambil belek2 soalan...dengan muka berlagak cool...padahal dalam hati Tuhan saja yang tahu...betapa aku cuak sebab tak tau nak jawab apa...memang aku blur habis pagi tadi...tapi aku tulis jugak setakat apa yang melekat dalam kepala aku...tak banyak pon yang melekat...sikit amat...aku redha je la dengan keputusan paper ni nanti...

lepas habis paper polymer properties tadi...

aku dengan zila, ct pegi 'soru' dulu...perut kosong kott dari semalam...lepas makan kitorang terus gerak ke dewan 2020...petang ni ada paper TITAS pulak...

aku memang datang ke dewan dengan OTAK KOSONG...serius...
aku tak main-main...aku sempat baca sikit2 je notes yang aku buat masa nak buat kuiz dulu...itu pun ada bab 1 dengan bab 2 je...bab 3 ada la sikit2 yang aku salin masa lecture...bab 4 sampai 6 aku just rewind apa yang aku dengar masa lecture...nak salin memang tak sempat dah...

dan...tepat jam 2.30 petang...masa menjawab pun bermula...aku mulakan dengan membaca doa...lepas buka buku soalan dan membaca soalan OBJEKTIF yang disediakan dengan tenang...alhamdulillah apa yang aku baca sementara menunggu masa masuk dewan tadi ada jugak sikit-sikit melekat dalam kepala aku...soalan TITAS ni ada ada 2 part...part A dengan part B...part A ada 4o soalan OBJEKTIF yang membawa markah sebanyak 40 markah...part B pulak ada 3 soalan SUBJEKTIF yang mana aku cuma perlu menjawab 2 soalan sahaja yang membawa kepada 20 markah...sebabkan boleh menjawab dalam bahasa melayu...dan soalah 3 tu meminta pendapat aku...jadi sedap lah kan aku 'menggoreng'....sampaikan aku boleh mencatat sejarah tersendiri dalam kamus hidup aku...buat pertama kalinya...aku keluar dewan peperiksaan 1 JAM AWAL dari masa tamat peperiksaan...selama ni aku tunggu jugak sampai habis masa...tapi kali ni...tak tau mai mana semangat gila YAKIN aku nak keluar awal...

mungkin jugak semangat nak study untuk paper MATERIAL CHARACTERISTIC esok ni...
insyaallah..ada masa yang agak panjang ni...boleh la aku pulun study apa yang patut...nak harap tips...memang xde dah la kan...so...kena study sendiri ikut apa yang lecturer dah ajar dalam kelas dan ingat balik part yang lecturer selalu sangat tekankan masa dalam kelas...itu saja ....

**selamat maju jaya kepada diri sendiri dan kawan2 yang ambik paper MAT. CHARAC. esok ni yer...

TAK SEDAR DIRI...

sekarang ni dah pukul 2.22 pagi....tinggal lagi beberapa jam saja lagi aku akan melangkah masuk ke dewan peperiksaan yang 'sangattttlah tak sejuk' dan 'sangattt lah tak menyeramkan' aku....

tapi aku???
masih lagi menapak di depan laptop kesayangan aku ni...
menapak sambil buat apa???

tak nampak ke...kan ke korang tengah baca blog aku nih...aku menapak sambil menulis blog la kan...

masih tak sedar diri lagi kan aku nih...
tinggal tak sampai 12 jam lagi nak periksa...tapi buku??

dah aku tolek ke tepi...
tinggal lepas aku siap menulis blog ni...
aku nak segera merangkak ke katil kesayangan aku pulak...

esok apa aku nak jawab masa exam??
dah la ada 2 paper esok nih...

yang pertama...
jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari...ada paper POLYMER PROPERTIES...( haram xde sikit pon info dalam kepala )...

yang kedua...
jam 2.30 petang hingga 5.30 petang...ada paper TAMADUN ISLAM DAN TAMADUAN ASIA (TITAS)....yang ada cuma sedikit info yang aku baca masa nak buat re-test dulu....

aku kat sini lagi...masih menulis...tangan takmau pulak berhenti menulis dan berfikir kat sini...tapi kenapa malas sangat nak menulis dan berfikir kat buku???

itulah aku...
seorang yang sangat pemalas dan tak pernah nak sedar diri...
sampai bila-bila pon aku akan berterusan begini...

tak tahu bila aku nak berubah...

takkan nak berubah nanti bila orang dah nak masuk meminang kot??
mungkin jugak la kan....

Saturday, November 07, 2009

SETELAH SEKIAN LAMA....

seingat aku...dah hampir 2 tahun lebih aku tak melawat mak dengan ayah angkat aku kat alor setar....

petang tadi...bapak ajak pegi rumah mak dengan ayah....rindu jugak...sebab dah lama x jumpa mak dengan ayah...alhamdulillah mak dengan ayah sihat...tapi ayah biasa lah dengan sakit-sakit orang tua...tapi insyaallah semua akan selamat....

hari ni kami berjalan lengkap satu keluarga...adik pon dah start cuti...tinggal aku,acik dengan abang je la yang xde esok ni...pasal aku dengan abang ada final exam lagi...acik pulak ada kuliah lagi...

seronok tadi dapat makan ramai-ramai...lama dah tak makan ramai2...

Thursday, November 05, 2009

SEPARUH

hari ni selesai sudah 2 paper final exam aku...

kelmarin...aku selesai dan agak tenang menjawab paper Thermodynamics of Materials....
boleh menjawab dengan tenang sebab aku study kuat sangat...tambah pulak aku banyak menghafal.....

hari ni pulak...paper Matematik Kejuruteraan...pon alhamdulillah aku boleh jugak menjawab daripada aku hantar kertas kosong yang rajin aku salin balik soalan dalan buku jawapan tu...

harap2 paper2 yang akan mendatang ni...boleh jugak aku menjawab dengan tenang....biarlah pointer aku naik skit sem ni..tak naik banyak pon tak apa...sikit pon jadilah....asalkan aku lulus je...susah aku kalau tak lulus.....

Sunday, November 01, 2009

HAPPAY BIRTHDAY MAMA...

HAPPY BIRTHDAY TO MAMA...SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI....

hari ni genap mama berusia 54 tahun...
diusia 54 tahun ni mama maintain cergas dan lincah membuat kerja2 rumah...
diusia 54 tahun ni mama masih lagi setia menjaga anak-anak dah suami tercinta...
terima kasih mama....

untuk hari ulangtahun mama pada tahun ini...kitorang buat kecik2 je...pasal bapak pon tak ada kat rumah...bapak ada expedisi kat Sedim....adik min pon tak ada...acik pon curi2 balik rumah sekejap sebab nak sambut hari ulangtahun mama...kitorang just beli kek Tiramisu kat Secret Recipe then bawak balik rumah...

insyaallah minggu depan akan sambut beramai2...sebab minggu depan bapak pon tak ke mana2...adik min pon dah balik start cuti sekolah...acik pon ada...aku dengan abang pon tak ada paper nak jawab lagi...boleh la sambut ramai2...

HAPPY BIRTHDAY AGAIN MAMA...THANK YOU FOR EVERYTHING....MAY GOD BLESS YOU...WE WILL ALWAYS LOVE YOU...MMMUAAHHHHHH!!!!!!!!!!

PARAH

lusa adalah hari pertama aku akan menduduki peperiksaan akhir semester ini...serius aku sangat2 tertekan sekarang....

dah berulang kali aku cuba pahamkan apa yang aku belajar selama 5 bulan ni...tapi hampa...satu apa pon tak ada dalam kepala aku...aku kecewa dengan diri aku sendiri...


kenapa???

aku dah hilang minat nak belajar ke??
aku silap buat keputusan ke??
aku pemalas yang sangat tegar ke???

aku tak tahu kenapa...sekarang ini aku berani menyatakan yang aku langsung tak berminat dengan apa yang sedang aku buat sekarang...sampaikan aku langsung mengabaikan pelajaran aku....mungkin ada yang berpendapat aku sudah hilang minat untuk belajar...

tapi aku belum bersedia untuk bekerja...aku masih ingin belajar dan menggenggam segulung ijazah...tapi....aku tak suka dengan kursus yang aku sedang buat sekarang....dah berkali2 aku cuba untuk mencintai dan menanam rasa minat aku pada kursus ini...tapi maaf...aku memang gagal....aku terus-terusan gagal untuk merubah keadaan....sudah hampir setahun keadaan ini aku tanggung....

aku tak tahu sama ada orang2 sekeliling aku perasan akan keadaan aku ni...aku merasakan....tempoh setahun ini adalah tempoh yang paling teruk sekali dalam hidup aku...aku tak tahu apa yang aku buat....aku tak tahu apa yang aku nak....otak dengan jiwa aku kosong...sangat-sangat kosong....aku rasa macam aku manusia yang paling bodoh dan tak ada matlamat hidup...macam hidup sia-sia je...

aku tak cakap bohong...memang itulah apa yang aku rasa sekarang....aku rasa hidup aku tunggang langgang...orang2 sekeliling nampak luaran aku happy je kan...tapi dalam hati...Tuhan saja yang tahu yang aku ni dah separuh gila dah...

sekarang ni dah nak final exam...dalam kepala aku???KOSONG....

aku tak tahu apa-apa pon...kawan2 sibuk tanya aku dah study banyak mana...serius aku cakap...aku tak study apa2 pon...aku tak boleh nak tengok semua notes yang ada...bila tengok semua notes tu...hati aku sakit...sakit yang amat sangat sebab aku tak dapat nak pahamkan aku yang aku baca dan apa yang aku belajar....

apa yang aku tahu...aku cuma teruskan semua untuk LULUS saja...lulus cukup2 makan pon jadi lah...asalkan aku tak GAGAL....

korang bayangkan lah...mana ada orang yang pasang matlamat belajar dia untuk lulus cukup makan...mesti semua orang nak lulus cemerlang...tapi aku???
itulah yang terjadi pada aku...

dah ramai orang yang cuba bagi nasihat pada aku...aku terima dan aku cuba praktikkan apa yang semua orang cakap...tapi maaf lah ye...semua tu tak berjaya nak membuka hati aku untuk terima keadaan sekarang....

Wednesday, October 28, 2009

AKHIRNYA LAGI...

malam ni aku berjaya menyiapkan dua benda yang membuatkan hati aku sangat gembira...

yang pertama...

tadaaa!!!!

malam ni aku berjaya menyiapkan cuppies yang sangat simple..xde deco2...mata dah mengantuk...esok la sambung...tapi cuppies kali ni sangat lembut dan gebu..best2...

yang kedua pula...

jeng jeng jeng....

tedeng !!!!!!!!!

dah hampir seminggu aku cuba nak siapkan menatang ni...akhirnya malam ni..tepat jam 1.20 a.m...aku dengan selamba sambil mengadap astro telah menyiapkan cubic ni...terima kasih kepada yus...yeahhh ahahhaha dia yang bagi aku tips2 nak siapkan cubic ni....dari dalam dewan masa program Intra hari tu sampai la ke waktu kelas dr hakimah petang tadi...petang tadi aku nekad nak salin semua yang yus ajar kat aku...
balik rumah aku tak henti2 cuba nak siapkan cubic tu...dan lepas je siap susun cuppies dalam tray...aku berjaya siapkan cubic ni pulak...

yessss....sapa cakap aku tak boleh buat...aku boleh laaa...ahahahhahaa

suka..suka...suka...

Tuesday, October 27, 2009

PELIK..

sejak akhir2 ni...aku selalu keluar makan dengan anis..sebabnye simple je..sebab aku dengan dia selalu berulang balik jitra sejak awal bulan puasa aritu lagi...

tapi hari ni memang sangat2 ketara la kan..lepas habis kelas tadi.aku ingat nak balik rumah terus pasal mama dah call suruh angkat kain...pastu ingat nak start awal buat cupcakes yang abang nak bawak pegi kelas dia esok...pastu tiba2 perut terasa sangat lapar..aku ajak anis pegi makan kat faten corner...menu wajib aku biasalah kan...bihun sup special dengan teh 'o' ais...masa kitorang makan kat situ orang agak ramai jugak...

tapi apa yang menjadikan aku berasa suasana yang sangat pelik adalah...kenapa semua orang macam tengok aku dengan anis lain macam je...bukan sorang dua...tapi ramai sangat...boleh dikatakan semua mata dari meja yang berlainan semua tengok aku dengan anis dengan satu jenis pandangan yang sama...kenapa???

kuat sangat ke kitorang bersembang???
teruk sangat ke cara pemakaian kitorang hari ni???
pelahap sangat ke aku ngan anis ni makan???

ke orang ingat kitorang ni LESBO???
kejadahnye weihhh....
tolong lah...kitorang ni masih lagi boleh berfikir secara waras laaa...
kitorang masih lagi ada minat terhadap kaum ADAM ok....

tapi satu yang aku suka keadaan ini adalah...
bila makan ke melepak ke dengan anis...tak akan ada mana2 kaum ADAM yang suka2 nak menggatal...
yaaa itu yang sangat2 paling membuatkan aku selesa...
ahahhaha

contohnye la kan...
bila masa kitorang lepak2 tepi laut kat kuala perlis berdua saja...mana ada pon kaum2 ADAM ni yang cuba2 nak kacau...
tapi bila kitorang lepak ramai2 dengan kawan2 perempuan yang lain...ada je pulak kaum2 ADAM yang nak mengganggu...
pelik kan???

aku dengan anis ni lagi la pelik dan pening nak memikirkan masalah ni...tapi apa yang penting dan jelas...kami berdua STRAIGHT ok...

Sunday, October 18, 2009

MIMPI NGERI...

semalam mungkin terlalu penat berjalan jauh...aku tidor agak awal dari waktu2 tidor aku yang biasa...

semalam aku mengalami mimpi ngeri yang aku harap tak mungkin akan menjadi kenyataan...

ceritanya begini...
semalam aku bermimpi...
aku menghadiri majlis tahunan pusat pengajian aku...sebabkan aku sampai pada waktu maghrib di tempat kejadian...jadi aku pergi menunaikan solat dulu dengan kawan2 aku....selesai bersolat...aku kembali ke tempat letak kereta dan menekan butang on pada kunci kereta aku...dengan selamba aku mengambil beg kamera kesayangan aku (SIDIA)....tapi aku merasa sesuatu yang amat berbeza dan sangat janggal sekali...kenapa beg yang sepatutnya berisi SIDIA ni terasa ringan saja....

aku buka zip beg SIDIA...waaaarghhh SIDIA sudah hilang dicuri orang....aku menangis gila-gilaan...kepala aku bercelaru taktau nak pikir apa tindakan selanjutnya yang perlu aku lakukan...tapi nasib baik ada kawan2 yang perihatin dan terus membuat laporan polis tentang kehilangan SIDIA...dan alhamdulillah...pihak polis berjaya menjejaki orang yang mencuri SIDIA...dan kini SIDIA selamat bersama aku....



ahahhaha gila tak gila kan cerita mimpi aku...macam hampeh pon ada...tapi aku takmau la kehilangan SIDIA yang aku sayang....tolong lah jangan jadikan mimpi ini kenyataan....

Wednesday, October 07, 2009

SEDIH...

kelmarin masa aku ada makmal polymer processing...bapak call aku...masa tu aku tengah melepak sambil bermain teka-teki dengan kawan2 aku...sambil tangan dok mengacau polyester tu....

masa bapak call aku tu...bapak tanya aku nak balik ke tak hari tu...aku kata tak balik sebab aku ada kerja nak kena siapkan malam tu...lepas tu bapak kata mama nak buang KITANG dengan PUTIH...terus aku senyap...berhenti gelak...anis denan siti dah heran tengok aku....tiba2 je aku menangis...dah le masa tu ada ramai orang kat situ...semua budak2 kelas aku pulak tu....semua cam heran la kan dah seronok gelak2 tiba2 menangis....semua pakat tanya...kenapa ni tiba2 menangis???bila aku kata mama nak buang KITANG dengan PUTIH...semua pakat gelak kat aku...ahahhhaaaaa aku sendiri pon gelak jugak sambil2 nangis...tapi malu pon ada...menangis tiba2 kan...sampai teresak2 pulak tu...ahahhaa.....

dan hari ini....
aku balik rumah...tengok dalam sangkar...mama dengan bapak dah buang PUTIH dengan LALA kat pasar....perghhh sebak je aku rasa....kesian kat PUTIH dengan LALA...aku dok pikir dah makan ke depa dua ekoq tu...kesiannya....KITANG pon bapak nak buang dah...tapi mama kata bila pagi tadi bapak nak pegi melaka nampak KITANG dok main depan rumah...bapak tak sampai hati nak buang...bapak pon masukkan balik KITANG dalam sangkar dia....



PUTIH dengan KITANG


LALA


Thursday, October 01, 2009

KERETA MINI......

lepas saja habis makmal tadi kat muhibah...aku, far dgn ct balik wang ulu ambik anis then kitorang semua pegi makan2 kat tepi laut kat kuala perlis....

tengah lepak2 tu ada la dok sembang2 pasal kereta mini yang aku nampak hari tu dengan anis masa aku dgn anis dok lepak kat tepi laut tu....

lepas tu...masa kitorang nak gerak balik tu...ternampak lagi pulak kereta mini tu lalu...memang sangat menarik dan cantek gila kereta mini tu....taktau kenapa...kereta mini tu sangat menarik perhatian aku....sampai berpaling mata dengan kepala aku nak tengok kereta tu...

rasa macam satu hari nanti nak cuba je sembang2 dengan tuan empunya kereta mini pasal kereta dia....pasal kereta dia sangat menarik...aku sangat suka....

Tuesday, September 29, 2009

DAPAT ADIK BARU....


hari ni mama suruh aku balik cepat2...sebab mama nak tunjuk adik baru kat aku...baru petang tadi mama ambik mereka2 ini...

dua-dua baru berusia 2 bulan...comey lagi...nama pon tak bagi lagi....

Tuesday, September 22, 2009

AIDILFITRI YANG PENUH MAKNA....

salam aidilfitri semua...
aku gembira menyambut aidlfitri pada tahun ini bukan saja kerana dapat berkumpul beramai-ramai bersama sanak-saudara...malah aidilfitri pada kali ini dapat mengeratkan semula hubungan kekeluargaan yang hampir goyah...aku bersyukur kepada ALLAH S.W.T....

terima kasih kerana menyatukan kembali keluarga kami...
terima kasih kerana mendengar doa-doa2 kami...
terima kasih kerana menjadikan aidilfitri kami pada tahun ini lebih bermakna...

kenangan di aidilfitri ini akan terus kekal dalam ingatan aku buat selama-lamanya...

SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA....

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA...

salam ramadhan kepada semua....

hari ni aku sangat gembira sebab aku dan keluarga sudah selamat sampai ke kampung mak aku di kelantan...kitorang gerak dari jitra tadi pon dah agak lewat...kalau tak silap mata aku jam masa tu menunjukkan angka 5.30 petang....kitorang berbuka puasa kat tengah jalan...di kedai makan nasi kari kepala ikan...

sampai di pasir tumboh, kelantan jam 12 mlm...singgah rumah ayah su aku...alang2 dah kat kedai tu..kitorang sahur je terus...makanan wajib bila sampai kelantan tengah2 mlm buta ni...mesti la makan maggi tomyam kaw...memang menangkap anak tekak...best3.....

apa planning untuk esok...aku tak tahu lagi....

tapi dikesempatan ini...aku nak mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog aku ni....

kepada kawan2 sekolah rendah kat UDA ....
selamat hari raya...terima kasih sebab masih lagi berhubung dengan aku...

kepada kawan2 sekolah menengah JITRA...
selamat hari raya..maaf zahir batin sebab aku tak dapat join korang berbuka puasa hari jumaat ni...aku pon tak tau yang family aku nak gerak balik kampung hari khamis...sorry ye atilia...aku tau ko memang sangat teruja masa plan semua ni...tapi aku mintak maaf banyak2 tau...raya nanti la kita jumpa....

kepada kawan sekolah TEKNIK...

selamat hari raya....kepada kanak2 dorm EHSAN 305....aku tak lupa reunion kita pada 20/09/2009....dah aku sangat bersyukur sebab pada tarikh itulah kita menyambut kemenangan selepas kita berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan jayanya....dan kebetulan jugak raya pada tahun ni aku beraya di kelantan...senang la kita semua nak jumpa...tapi macam ramai la pulak yang tak boleh nak jumpa pasal hari raya pertama kan...mesti semua sibuk nak beraya rumah sedara mara...tapi takper lah kan...nak buat macam mana...bukan jodoh kita nak berjumpa...tapi rumah nenek aku dekat je dengan sekolah kita dulu...apa kata korang datang beraya rumah nenek aku ramai2 tahun ni...kita buat reunion kat rumah nenek aku je...ehehhehe.....untuk kawan2 lain...terima kasih banyak2 sebab masih ingat pada aku setelah 4 tahun kita terpisah...selamat hari raya maaf zahir batin....

kepada kawan2 diploma di POLIMAS....

selamat hari raya semua....akhirnya semua kita dah berjaya dengan misi masing2....yang mana nak sambung buat ijazah, korang dah pon mencapai impian korang...yang mana yang dah bekerja pon tahniah kepada korang...boleh dah kottt bagi duit raya kat aku..ahahahhaa....dan kepada yang sudah pon bertunang dan mungkin bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ni....tahniah aku ucapkan...aku nak minta maaf banyak2 kalau aku selalu tak buat kerja masa kita sama2 belajar dulu...selalu malas nak buat report...selalu malas nak present...ada je alasan aku nak mengelak...ehehhe.mintak maaf yer...

kepada kawan2 ijazah di UNIMAP... selamat hari raya kepada semua...maaf zahir batin...aku tau aku selalu je tidur dalam kelas..ehheh...mintak maaf kepada kawan2 dan pensyarah semua...kepada kawan2 yang selalu jadi bahan usikan aku...aku mintak maaf...lebih2 lagi anis dengan ct...korang memang selalu kena dengan aku...sorry yer...itu je cara untuk aku hiburkan hati aku sendiri sejak aku masuk sini...sebab tempat aku bukan di sini....tapi aku dah pilih jalan ni...aku kena jugak ikut jalan yang aku pilih ni...kepada zila dan far...aku pon nak mintak maaf dengan korang...harap korang boleh baik2 semula macam dulu2 ok...aku rindu masa2 kita naik kereta sama2 pergi kelas....rindu gelak2 dalam kereta...plisss aku nak balik masa2 tu...untuk kawan2 lain...mintak maaf kalau aku nampak macam sombong je dengan korang...bukan aku sengaja nak buat sombong...tapi aku cam agak segan dengan korang...pasal korang kan senior....

Tuesday, September 15, 2009

NEW FAMILY MEMBER


lagi sekali entry untuk ahli keluarga baru....yang putih cantik....dan sangat laju....

welcome home....

Monday, September 14, 2009

BERBUKA PUASA LAGI...

semalam ada majlis berbuka puasa di kubang gajah anjuran ppk bahan...
tak ramai pon yang pergi majlis ni...tapi ok la jugak daripada takde orang langsung...makanan yang ada boleh tahan la daripada tak boleh makan...bersyukur dengan apa yang ada...asalkan perut kenyang...tak banyak nak cerita...tengok-tengok gamba sudah la yer...






Sunday, September 13, 2009

TAJUK APA???

suka hati la korg nak letak tajuk apa utk entry aku kali ni..pasalnya...dah hampir seminggu aku tak update blog aku...sebab apa???sebab aku sendiri tak tau...nak kata sibuk dengan study...tak de pon aku rasa...

sepanjang seminggu ni...macam2 benda menarik yang berlaku...antara yang aku ingat...tapi mintak maaf kalau tidak mengikut susunan hari kejadian ok...

yang pertama2 sekali yang aku ingat...majlis berbuka puasa kat kuala perlis...kitorang seramai 26 orang budak2 BAHAN DAN BESI pegi berbuka puasa kat SEA VIEW HOTEL, KUALA PERLIS...ini lah pertama kali aku berbuka puasa dengan budak2 kelas aku kat uniMAP ni...puasa tahun lepas aku tak pernah join pon...sebab aku masa tu tak kenal sapa2 lagi pon...maklum la budak baru katakan....tapi apa2 pon...korg memang best sebab bila dalam kelas korang semua lain2 perangai dengan aku..tapi bila luar kelas korang semua sporting dan sangat best....


dah la tu pulak aku dah lama tak naik bas uniMAP pusing2 perlis kan...best lah weiii...

selain berbuka puasa beramai2...urrmmm haaa berbuka puasa beramai2 lagi..tapi kali ni di rumah pak ngah aku di kulim...kebetulan pulak sepupu aku baru balik dari Ireland...balik untuk berhari raya di Malaysia...tapi sayang seribu kali sayang...tahun ni kitorang raya kat Kelantan...tak boleh nak raya sama2...takde la gamba raya kita sama2 tahun ni...iman,kak ayu...tolong balik pulak yer raya tahun depan...ehehehh

dan...yang paling menarik sekali sepanjang minggu ini...jeng jeng jeng....lepas bukak puasa kat rumah pak ngah tadi...semua orang duduk sembang2....sekali sekala buat family gathering camni best jugak....tapi dalam ramai2 tu tetiba kak ayu hilang...iman kata kak ayu tak sihat...elok je lepas tu kak ayu keluar dari bilik dan tersenyum2...heee kak ayu bukan main happy lagi nak bagitau semua orang yang kak ayu dan iman is going to be a mother and father...weeeee.....

selamba je kak ayu keluar bilik cakap, ' ayu pregnant' sambil tersenyum kat semua orang....iman dah cam blur2 je muka kan..ahahhaha....congratulation kak ayu and iman...tapi tadi tu kak ayu buat pregnancy test sendiri je...maybe esok atau lusa dorang nak g klinik...mintak2 la melekat kan kak ayu...best laa lepas ni ada baby....


haaaa lagi satu lupa nak cerita...cerita ni khas untuk paan la kan...sebab aku tau dia sangat suka kalau datang beraya rumah aku...paan...kuih raya mak aku dah siap 5 jenis....esok lusa siap la 7 jenis pulak...maka dengan itu...kau boleh la datang beraya kat rumah aku lepas ni ok...semua biskut kegemaran kau mak aku buat....hehhehehe

SELAMAT HARI RAYA SEMUA DAN TAHNIAH BUAT KAK AYU DAN IMAN....

Sunday, September 06, 2009

KEPUTUSANYA....

keputusan apa yang aku nak bagitau ni???

haa keputusan grading aku semalam tu la...aku dapat naik calit hijau je...tak dapat double sebab aku kantoi masa kicking...bengong betul la aku nih...nak buat kicking pon susah...tapi nasib baik aku clear masa buat pattern....

tapi tadi ( semalam la kan )...aku teruk gila masa buat side kick back kick...haduiiii berterabur habis....malu kott...

ehehhe...tapi syok jugak pasal kawan aku pon boleh tahan bersepah jugak dia punya kicking...ekekkek ada gang..ada gang...lepas ni kita blaja pattern kuning calit hijau pulak la ye ct...boleh kita sama-sama ajar lala pattern dan-gun plak pasni...

Saturday, September 05, 2009

SATU PENINGKATAN..

malam ni aku akan menjalani ujian peningkatan tali pinggang dalam seni mempertahankan diri, TAEKWONDO...

aku sendiri pon tak menyangka yang aku boleh sampai ke tahap ini...sebab aku sangat-sangat-sangat lah pemalu bila nak beraksi di depan khalayak ramai...aku punya self-confident yang sangat rendah...

tapi pada malam ini...aku akan cuba untuk mengatasi masalah besar aku ni untuk tunjukkan kemampuan aku....aku akan cuba untuk mengingati semua pattern yang sudah aku belajar dan cuba untuk membuat tendangan yang lebih tinggi dan bertenaga...sebab dengan tendangan yang tinggi dan bertenaga itulah yang akan memberikan aku markah yang banyak dan menentukan sama ada aku boleh meningkatkan tali pinggang aku sebanyak 1 dan atau 2 dan terus...

apa maksud DAN...ok...DAN ni bermaksud peringkat tali pinggang dalam seni mempertahankan diri TAEKWONDO...aku sekarang ni berada di peringkat 9 dan....peringkat ini adalah peringkat kedua terendah selepas tali pinggang putih...

kalau korang masuk TAEKWONDO...korang akan bermula dengan tali pinggang putih...lepas tu kalau korang boleh buat tendangan yang baik...korang akan terus lompat ke tali pinggang kuning...tapi kalau tendangan korang ala2 je...korang akan dapat tali pinggang putih yang dicalit dengan warna kuning...dan selepas tu korang akan terus menjalani ujian untuk meningkatkan tali pinggang korang dari kuning kepada hijau dan kepada biru selepas itu merah dan yang paling tinggi adalah HITAM...

untuk aku...sekarang ni aku dah dapat tali pinggang kuning..dan malam ni aku akan menjalani ujian yang akan menentukan sama ada aku akan mendapat tali pinggang hijau terus atau hanya mendapat tali pinggang kuning calit hijau...


doakan aku yang terbaik ok...aku nak lompat terus...cepat sikit dapat hitam..ehehhhe

Friday, September 04, 2009

LAMBAT LAGI...

hari ni aku lambat lagi pergi kelas....semlm aku dah janji dengan anis takmau bangun lambat @ terlajak tidur lagi dah...aku dah siap kunci jam dua-dua handphone yang ada jam 6 pagi...

tapi taktau kenapa aku tak sedar langsung jam berbunyi...tiba-tiba jam 8.30 pagi mama bukak pintu bilik aku tanya kelas aku mula jam berapa...aku selamba jawab start 10 pagi...

tapi yang sebenarnya kelas aku mula jam 9 pagi...bila aku tengok jam dah 8.30 pagi melompat la aku dari katil macam semalam..tapi kali ni lagi kelam kabut...pasal lagi 30 min kelas nak mula...aku pulak baru nak mandi dah bersiap nak ke perlis dari jitra....

tepat jam 8.40 pagi aku siap dan terus keluar ke rumah anis...anis dah siap lama tunggu aku...dia gelak je tengok aku dengan muka baru bangun tido...8.45 pagi kitorang gerak nak ke perlis...sampai kat traffic light simpang 3 kat taman suria tu anis tiba-tiba baru teringat dia lupa bawak notes prof shamsul...terpaksa la aku patah balik sebab kalau sesiapa yang tak bawak notes tu tak boleh masuk kelas...

aku dah mula gelabah dah ni...berapa min je lagi kelas nak mula...8.50 pagi lepas anis ambik notes dia..kitorang gerak ke perlis...aku dah tekan gila-gila dah sebab nak ligan masa...nanti kang tak sebab tak bawak notes pulak kitorang kena halau pasal datang lambat...

nasib baik perjalanan agak lancar tapi macam-macam benda yang kitorang tengok sepanjang perjalanan nak ke perlis...mula-mula dan yang paling kerap terjadi adalah bila traffic light bertukar merah setiap kali kitorang nak sampai kat tiang traffic light tu..haduiii hangin betul aku....

lepas tu pulak...boleh pulak ternampak sorang makcik ni dok berkebun kat batas highway tu...aduihhh ada ke orang yang rajin nak tolong JKR buat kerja-kerja maintanence ni...rajin sungguh makcik ni sorang...

dalam kelam kabut tu sempat jugak aku dengan anis dok gelak-gelak dalam kereta...biasa la kan..nak psyco diri masing-masing supaya tak cuak sangat sebab dah lambat....

tepat jam 9.20 pagi kitorang sampai kat kubang gajah...sampai kat sana...parking la pulak dah penuh...tapi aku main selit je KACAK tu...turun je dari kereta aku nampak budak-budak kelas aku dok keluar masuk kelas...lega la sekejap...maybe lecturer tak sampai lagi...sekali ada orang bagitau yang kelas batal sebab ada salah paham jadual waktu...prof ingat kelas mula 10 pagi sedangkan jadual dah ditukar ke jam 9 pagi...

arghhh TAK TENSION pun kan tekan-tekan minyak nak sampai cepat...haih...macam-macam sungguh benda yang jadi minggu ni...

Thursday, September 03, 2009

BANGUN LAMBAT..

hari ni aku ada lab test kat kubang gajah...test mula jam 10 pagi...aku dah janji dengan anis nak gerak dari jitra jam 8.30 pg...

aku siap kunci jam err kalau tak silap aku 6pg dgn 7.30pg...tapi aku terlajak tidur sampai la anis call aku jam 9 pagi...melompat aku turun dari katil capai tuala pegi mandi...gila lambat dah nak gerak ke perlis ni...

tapi nasib baik la aku sempat sampai kat kubang gajah 5min sebelum test mula...budak-budak lain pon ramai yang tak sampai lagi...lega aku...

tobat lepas ni aku xnak tangguh2 bangun tidur lagi dah bila jam berbunyi...

tengkiu anis sebab kejutkan aku...
ahahhaa

Monday, August 31, 2009

SELAMAT HARI MERDEKA!!!!

YEAHHHH sudah 52 tahun kita merdeka...merdeka dari jajahan orang asing....selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua warga Malaysia....

tadi dok tunggu depan tv nak tengok elmi dalam Quickie....ehehheh elmi ko nampak nervous teruk weih...ahahhhaa....

Sunday, August 30, 2009

NAK GRADING DAH...

yeahhhh....mggu depan aku bakal menjalani ujian peningkatan tali pinggang ( grading )....insyaallah lepas ni aku dapat tali pinggang kuning stripe hiijau...tapi kalau dapat hijau terus alhamdulillah la kan...maka dengan itu...aku kena berusaha untuk memantapkan lagi teknik tendangan aku...sebab teknik tendangan tu la yang akan jadi penentu sama ada aku dapat naik satu atau dua tali pinggang.....

untuk pattern chonji dan dan-gun...alhamdulillah aku dah boleh ingat semua steps dah...cuma teknik tendangan yang masih lagi tunggang langgang..sebab apa aku kata tunggang langgang???sebab aku masih lagi tak dapat nak menstabilkan diri aku bila nak buat teknik tendangan ' back kick '....haduiiii tolong la kan...tolong la buat betul-betul....

dan...
mungkin ramai yang masih belum tahu lagi keadaan kereta abang aku yang mengalami kemalangan di gurun...mungkin ada yang sudah mendengar desas desus yang mengatakan abang aku terlibat dengan kemalangan pada 27 ogos 2009....keadaan kereta memang agak teruk jugak...tapi kami sekeluarga bersyukur sangat-sangat sebab abang aku terselamat dan langsung tak mengalami kecederaan yang teruk...cuma terseliuh tangan kanan dia je...

nak tengok kereta dia jadi camna???








aku pon rasa cam kereta ni dah tak boleh nak diselamatkan lagi dah...cuma ada certain parts saja yang boleh diambil kalau nak...tapi body....takleh dah aku rasa...pasal keadaan yang sangat teruk....