Tuesday, September 29, 2009

DAPAT ADIK BARU....


hari ni mama suruh aku balik cepat2...sebab mama nak tunjuk adik baru kat aku...baru petang tadi mama ambik mereka2 ini...

dua-dua baru berusia 2 bulan...comey lagi...nama pon tak bagi lagi....

Tuesday, September 22, 2009

AIDILFITRI YANG PENUH MAKNA....

salam aidilfitri semua...
aku gembira menyambut aidlfitri pada tahun ini bukan saja kerana dapat berkumpul beramai-ramai bersama sanak-saudara...malah aidilfitri pada kali ini dapat mengeratkan semula hubungan kekeluargaan yang hampir goyah...aku bersyukur kepada ALLAH S.W.T....

terima kasih kerana menyatukan kembali keluarga kami...
terima kasih kerana mendengar doa-doa2 kami...
terima kasih kerana menjadikan aidilfitri kami pada tahun ini lebih bermakna...

kenangan di aidilfitri ini akan terus kekal dalam ingatan aku buat selama-lamanya...

SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA....

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA...

salam ramadhan kepada semua....

hari ni aku sangat gembira sebab aku dan keluarga sudah selamat sampai ke kampung mak aku di kelantan...kitorang gerak dari jitra tadi pon dah agak lewat...kalau tak silap mata aku jam masa tu menunjukkan angka 5.30 petang....kitorang berbuka puasa kat tengah jalan...di kedai makan nasi kari kepala ikan...

sampai di pasir tumboh, kelantan jam 12 mlm...singgah rumah ayah su aku...alang2 dah kat kedai tu..kitorang sahur je terus...makanan wajib bila sampai kelantan tengah2 mlm buta ni...mesti la makan maggi tomyam kaw...memang menangkap anak tekak...best3.....

apa planning untuk esok...aku tak tahu lagi....

tapi dikesempatan ini...aku nak mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog aku ni....

kepada kawan2 sekolah rendah kat UDA ....
selamat hari raya...terima kasih sebab masih lagi berhubung dengan aku...

kepada kawan2 sekolah menengah JITRA...
selamat hari raya..maaf zahir batin sebab aku tak dapat join korang berbuka puasa hari jumaat ni...aku pon tak tau yang family aku nak gerak balik kampung hari khamis...sorry ye atilia...aku tau ko memang sangat teruja masa plan semua ni...tapi aku mintak maaf banyak2 tau...raya nanti la kita jumpa....

kepada kawan sekolah TEKNIK...

selamat hari raya....kepada kanak2 dorm EHSAN 305....aku tak lupa reunion kita pada 20/09/2009....dah aku sangat bersyukur sebab pada tarikh itulah kita menyambut kemenangan selepas kita berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan jayanya....dan kebetulan jugak raya pada tahun ni aku beraya di kelantan...senang la kita semua nak jumpa...tapi macam ramai la pulak yang tak boleh nak jumpa pasal hari raya pertama kan...mesti semua sibuk nak beraya rumah sedara mara...tapi takper lah kan...nak buat macam mana...bukan jodoh kita nak berjumpa...tapi rumah nenek aku dekat je dengan sekolah kita dulu...apa kata korang datang beraya rumah nenek aku ramai2 tahun ni...kita buat reunion kat rumah nenek aku je...ehehhehe.....untuk kawan2 lain...terima kasih banyak2 sebab masih ingat pada aku setelah 4 tahun kita terpisah...selamat hari raya maaf zahir batin....

kepada kawan2 diploma di POLIMAS....

selamat hari raya semua....akhirnya semua kita dah berjaya dengan misi masing2....yang mana nak sambung buat ijazah, korang dah pon mencapai impian korang...yang mana yang dah bekerja pon tahniah kepada korang...boleh dah kottt bagi duit raya kat aku..ahahahhaa....dan kepada yang sudah pon bertunang dan mungkin bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ni....tahniah aku ucapkan...aku nak minta maaf banyak2 kalau aku selalu tak buat kerja masa kita sama2 belajar dulu...selalu malas nak buat report...selalu malas nak present...ada je alasan aku nak mengelak...ehehhe.mintak maaf yer...

kepada kawan2 ijazah di UNIMAP... selamat hari raya kepada semua...maaf zahir batin...aku tau aku selalu je tidur dalam kelas..ehheh...mintak maaf kepada kawan2 dan pensyarah semua...kepada kawan2 yang selalu jadi bahan usikan aku...aku mintak maaf...lebih2 lagi anis dengan ct...korang memang selalu kena dengan aku...sorry yer...itu je cara untuk aku hiburkan hati aku sendiri sejak aku masuk sini...sebab tempat aku bukan di sini....tapi aku dah pilih jalan ni...aku kena jugak ikut jalan yang aku pilih ni...kepada zila dan far...aku pon nak mintak maaf dengan korang...harap korang boleh baik2 semula macam dulu2 ok...aku rindu masa2 kita naik kereta sama2 pergi kelas....rindu gelak2 dalam kereta...plisss aku nak balik masa2 tu...untuk kawan2 lain...mintak maaf kalau aku nampak macam sombong je dengan korang...bukan aku sengaja nak buat sombong...tapi aku cam agak segan dengan korang...pasal korang kan senior....

Tuesday, September 15, 2009

NEW FAMILY MEMBER


lagi sekali entry untuk ahli keluarga baru....yang putih cantik....dan sangat laju....

welcome home....

Monday, September 14, 2009

BERBUKA PUASA LAGI...

semalam ada majlis berbuka puasa di kubang gajah anjuran ppk bahan...
tak ramai pon yang pergi majlis ni...tapi ok la jugak daripada takde orang langsung...makanan yang ada boleh tahan la daripada tak boleh makan...bersyukur dengan apa yang ada...asalkan perut kenyang...tak banyak nak cerita...tengok-tengok gamba sudah la yer...






Sunday, September 13, 2009

TAJUK APA???

suka hati la korg nak letak tajuk apa utk entry aku kali ni..pasalnya...dah hampir seminggu aku tak update blog aku...sebab apa???sebab aku sendiri tak tau...nak kata sibuk dengan study...tak de pon aku rasa...

sepanjang seminggu ni...macam2 benda menarik yang berlaku...antara yang aku ingat...tapi mintak maaf kalau tidak mengikut susunan hari kejadian ok...

yang pertama2 sekali yang aku ingat...majlis berbuka puasa kat kuala perlis...kitorang seramai 26 orang budak2 BAHAN DAN BESI pegi berbuka puasa kat SEA VIEW HOTEL, KUALA PERLIS...ini lah pertama kali aku berbuka puasa dengan budak2 kelas aku kat uniMAP ni...puasa tahun lepas aku tak pernah join pon...sebab aku masa tu tak kenal sapa2 lagi pon...maklum la budak baru katakan....tapi apa2 pon...korg memang best sebab bila dalam kelas korang semua lain2 perangai dengan aku..tapi bila luar kelas korang semua sporting dan sangat best....


dah la tu pulak aku dah lama tak naik bas uniMAP pusing2 perlis kan...best lah weiii...

selain berbuka puasa beramai2...urrmmm haaa berbuka puasa beramai2 lagi..tapi kali ni di rumah pak ngah aku di kulim...kebetulan pulak sepupu aku baru balik dari Ireland...balik untuk berhari raya di Malaysia...tapi sayang seribu kali sayang...tahun ni kitorang raya kat Kelantan...tak boleh nak raya sama2...takde la gamba raya kita sama2 tahun ni...iman,kak ayu...tolong balik pulak yer raya tahun depan...ehehehh

dan...yang paling menarik sekali sepanjang minggu ini...jeng jeng jeng....lepas bukak puasa kat rumah pak ngah tadi...semua orang duduk sembang2....sekali sekala buat family gathering camni best jugak....tapi dalam ramai2 tu tetiba kak ayu hilang...iman kata kak ayu tak sihat...elok je lepas tu kak ayu keluar dari bilik dan tersenyum2...heee kak ayu bukan main happy lagi nak bagitau semua orang yang kak ayu dan iman is going to be a mother and father...weeeee.....

selamba je kak ayu keluar bilik cakap, ' ayu pregnant' sambil tersenyum kat semua orang....iman dah cam blur2 je muka kan..ahahhaha....congratulation kak ayu and iman...tapi tadi tu kak ayu buat pregnancy test sendiri je...maybe esok atau lusa dorang nak g klinik...mintak2 la melekat kan kak ayu...best laa lepas ni ada baby....


haaaa lagi satu lupa nak cerita...cerita ni khas untuk paan la kan...sebab aku tau dia sangat suka kalau datang beraya rumah aku...paan...kuih raya mak aku dah siap 5 jenis....esok lusa siap la 7 jenis pulak...maka dengan itu...kau boleh la datang beraya kat rumah aku lepas ni ok...semua biskut kegemaran kau mak aku buat....hehhehehe

SELAMAT HARI RAYA SEMUA DAN TAHNIAH BUAT KAK AYU DAN IMAN....

Sunday, September 06, 2009

KEPUTUSANYA....

keputusan apa yang aku nak bagitau ni???

haa keputusan grading aku semalam tu la...aku dapat naik calit hijau je...tak dapat double sebab aku kantoi masa kicking...bengong betul la aku nih...nak buat kicking pon susah...tapi nasib baik aku clear masa buat pattern....

tapi tadi ( semalam la kan )...aku teruk gila masa buat side kick back kick...haduiiii berterabur habis....malu kott...

ehehhe...tapi syok jugak pasal kawan aku pon boleh tahan bersepah jugak dia punya kicking...ekekkek ada gang..ada gang...lepas ni kita blaja pattern kuning calit hijau pulak la ye ct...boleh kita sama-sama ajar lala pattern dan-gun plak pasni...

Saturday, September 05, 2009

SATU PENINGKATAN..

malam ni aku akan menjalani ujian peningkatan tali pinggang dalam seni mempertahankan diri, TAEKWONDO...

aku sendiri pon tak menyangka yang aku boleh sampai ke tahap ini...sebab aku sangat-sangat-sangat lah pemalu bila nak beraksi di depan khalayak ramai...aku punya self-confident yang sangat rendah...

tapi pada malam ini...aku akan cuba untuk mengatasi masalah besar aku ni untuk tunjukkan kemampuan aku....aku akan cuba untuk mengingati semua pattern yang sudah aku belajar dan cuba untuk membuat tendangan yang lebih tinggi dan bertenaga...sebab dengan tendangan yang tinggi dan bertenaga itulah yang akan memberikan aku markah yang banyak dan menentukan sama ada aku boleh meningkatkan tali pinggang aku sebanyak 1 dan atau 2 dan terus...

apa maksud DAN...ok...DAN ni bermaksud peringkat tali pinggang dalam seni mempertahankan diri TAEKWONDO...aku sekarang ni berada di peringkat 9 dan....peringkat ini adalah peringkat kedua terendah selepas tali pinggang putih...

kalau korang masuk TAEKWONDO...korang akan bermula dengan tali pinggang putih...lepas tu kalau korang boleh buat tendangan yang baik...korang akan terus lompat ke tali pinggang kuning...tapi kalau tendangan korang ala2 je...korang akan dapat tali pinggang putih yang dicalit dengan warna kuning...dan selepas tu korang akan terus menjalani ujian untuk meningkatkan tali pinggang korang dari kuning kepada hijau dan kepada biru selepas itu merah dan yang paling tinggi adalah HITAM...

untuk aku...sekarang ni aku dah dapat tali pinggang kuning..dan malam ni aku akan menjalani ujian yang akan menentukan sama ada aku akan mendapat tali pinggang hijau terus atau hanya mendapat tali pinggang kuning calit hijau...


doakan aku yang terbaik ok...aku nak lompat terus...cepat sikit dapat hitam..ehehhhe

Friday, September 04, 2009

LAMBAT LAGI...

hari ni aku lambat lagi pergi kelas....semlm aku dah janji dengan anis takmau bangun lambat @ terlajak tidur lagi dah...aku dah siap kunci jam dua-dua handphone yang ada jam 6 pagi...

tapi taktau kenapa aku tak sedar langsung jam berbunyi...tiba-tiba jam 8.30 pagi mama bukak pintu bilik aku tanya kelas aku mula jam berapa...aku selamba jawab start 10 pagi...

tapi yang sebenarnya kelas aku mula jam 9 pagi...bila aku tengok jam dah 8.30 pagi melompat la aku dari katil macam semalam..tapi kali ni lagi kelam kabut...pasal lagi 30 min kelas nak mula...aku pulak baru nak mandi dah bersiap nak ke perlis dari jitra....

tepat jam 8.40 pagi aku siap dan terus keluar ke rumah anis...anis dah siap lama tunggu aku...dia gelak je tengok aku dengan muka baru bangun tido...8.45 pagi kitorang gerak nak ke perlis...sampai kat traffic light simpang 3 kat taman suria tu anis tiba-tiba baru teringat dia lupa bawak notes prof shamsul...terpaksa la aku patah balik sebab kalau sesiapa yang tak bawak notes tu tak boleh masuk kelas...

aku dah mula gelabah dah ni...berapa min je lagi kelas nak mula...8.50 pagi lepas anis ambik notes dia..kitorang gerak ke perlis...aku dah tekan gila-gila dah sebab nak ligan masa...nanti kang tak sebab tak bawak notes pulak kitorang kena halau pasal datang lambat...

nasib baik perjalanan agak lancar tapi macam-macam benda yang kitorang tengok sepanjang perjalanan nak ke perlis...mula-mula dan yang paling kerap terjadi adalah bila traffic light bertukar merah setiap kali kitorang nak sampai kat tiang traffic light tu..haduiii hangin betul aku....

lepas tu pulak...boleh pulak ternampak sorang makcik ni dok berkebun kat batas highway tu...aduihhh ada ke orang yang rajin nak tolong JKR buat kerja-kerja maintanence ni...rajin sungguh makcik ni sorang...

dalam kelam kabut tu sempat jugak aku dengan anis dok gelak-gelak dalam kereta...biasa la kan..nak psyco diri masing-masing supaya tak cuak sangat sebab dah lambat....

tepat jam 9.20 pagi kitorang sampai kat kubang gajah...sampai kat sana...parking la pulak dah penuh...tapi aku main selit je KACAK tu...turun je dari kereta aku nampak budak-budak kelas aku dok keluar masuk kelas...lega la sekejap...maybe lecturer tak sampai lagi...sekali ada orang bagitau yang kelas batal sebab ada salah paham jadual waktu...prof ingat kelas mula 10 pagi sedangkan jadual dah ditukar ke jam 9 pagi...

arghhh TAK TENSION pun kan tekan-tekan minyak nak sampai cepat...haih...macam-macam sungguh benda yang jadi minggu ni...

Thursday, September 03, 2009

BANGUN LAMBAT..

hari ni aku ada lab test kat kubang gajah...test mula jam 10 pagi...aku dah janji dengan anis nak gerak dari jitra jam 8.30 pg...

aku siap kunci jam err kalau tak silap aku 6pg dgn 7.30pg...tapi aku terlajak tidur sampai la anis call aku jam 9 pagi...melompat aku turun dari katil capai tuala pegi mandi...gila lambat dah nak gerak ke perlis ni...

tapi nasib baik la aku sempat sampai kat kubang gajah 5min sebelum test mula...budak-budak lain pon ramai yang tak sampai lagi...lega aku...

tobat lepas ni aku xnak tangguh2 bangun tidur lagi dah bila jam berbunyi...

tengkiu anis sebab kejutkan aku...
ahahhaa