malam ni aku akan menjalani ujian peningkatan tali pinggang dalam seni mempertahankan diri, TAEKWONDO...
aku sendiri pon tak menyangka yang aku boleh sampai ke tahap ini...sebab aku sangat-sangat-sangat lah pemalu bila nak beraksi di depan khalayak ramai...aku punya self-confident yang sangat rendah...
tapi pada malam ini...aku akan cuba untuk mengatasi masalah besar aku ni untuk tunjukkan kemampuan aku....aku akan cuba untuk mengingati semua pattern yang sudah aku belajar dan cuba untuk membuat tendangan yang lebih tinggi dan bertenaga...sebab dengan tendangan yang tinggi dan bertenaga itulah yang akan memberikan aku markah yang banyak dan menentukan sama ada aku boleh meningkatkan tali pinggang aku sebanyak 1 dan atau 2 dan terus...
apa maksud DAN...ok...DAN ni bermaksud peringkat tali pinggang dalam seni mempertahankan diri TAEKWONDO...aku sekarang ni berada di peringkat 9 dan....peringkat ini adalah peringkat kedua terendah selepas tali pinggang putih...
kalau korang masuk TAEKWONDO...korang akan bermula dengan tali pinggang putih...lepas tu kalau korang boleh buat tendangan yang baik...korang akan terus lompat ke tali pinggang kuning...tapi kalau tendangan korang ala2 je...korang akan dapat tali pinggang putih yang dicalit dengan warna kuning...dan selepas tu korang akan terus menjalani ujian untuk meningkatkan tali pinggang korang dari kuning kepada hijau dan kepada biru selepas itu merah dan yang paling tinggi adalah HITAM...
untuk aku...sekarang ni aku dah dapat tali pinggang kuning..dan malam ni aku akan menjalani ujian yang akan menentukan sama ada aku akan mendapat tali pinggang hijau terus atau hanya mendapat tali pinggang kuning calit hijau...
doakan aku yang terbaik ok...aku nak lompat terus...cepat sikit dapat hitam..ehehhhe
3 comments:
semoge berjaya kawan2 ku..
aku xada rezki nak grading sem ni...;(
aku da praktis petang tadi..dah bagi tau mak aku dah..harap sir wat grading 2 kali sem ni..hmm...
spell : tu la zila..ct kata ko tertinggal bas...kenapa??ko teragak2 ke nak g grading tadi???
Post a Comment