Tuesday, May 31, 2011

RINDU MEREKA...









tadi aku call zila masa break kul 10 pg...dgr riuh rendah gila...rupa2 nya zila,rynee,pia on the way ke padang besar...perghhh....best nye dapat kumpul balik lepas terpisah...aku jugak yang merindu kat sini...tak sabar nak tunggu surat pelepasan dari unimap sampai kat sini...tak sabar nak tunggu keputusan dari pihak Promat sama ada depa nak lepaskan aku atau tak untuk cuti seminggu...harap2 dapat lah pelepasan tu....

nak menulis apa pon takde idea sangat...cuma merindui mereka semua ni...






owhhh rindu jugak nak buat cupcake...tp kat sini takde barang2 yang diperlukan untuk buat cupcake....

Saturday, May 28, 2011

SIPUT SEDUT...



semalam aku ikut sepupu aku pegi butik dia...lepak2 kat butik dia kejap petang semalam...dah nak dekat maghrib tu...sepupu aku ajak balik rumah...menu makan malam makcik aku nak masak gulai lemak siput sedut dengan pucuk apa aku dah lupa...ehehheh sebab aku kan tak makan sayur....mana nak ingat sangat nama2 sayur ni....

aku tolong makcik aku persiang siput sedut...ingatkan senang je nak potong ekor ( cengkerang ) siput tu...makcik aku ada tunjuk cara2 nak potong ekor siput tu sekali dua...nampak senang....macam tak keras je pon cengkerang siput tu...tp bila dapat kat aku....nak putuskan satu cengkerang pon susah....

kenapa nak kena potong ekor cengkerang tu???
kita potong sebab nak bg senang kita nak sedut siput tu nanti...lagi luas lubang udara yang ada kat ekor yang kita potong tu...lagi senang kita nak sedut siput tu keluar....




sambung balik keje2 persiang siput sedut...lepas cuba 5,6 kali...baru lah aku boleh buat keje potong cengkerang tu dengan cepat...ngehehhee....aku dah terer dah nak persiang siput sedut...3 kali ketuk dengan pisau je dah settle satu ekor siput....ngehehehe....makcik aku kata esok nak masak lagi....

seronok keje ketuk mengetuk nih...walaupun boleh jadi kebas tangan aku nak pegang siput tu...tp seronok...bukan setakat belajar persiang siput sedut je...aku dah blaja nak masak siput sedut tu sekali...

anis,zila,rynee,pia,paan,mira,ct....pasni kalau korang nak makan siput sedut...boleh la aku masakkan untuk korang...aku tengah nak belajar masak banyak lauk lagi nih...

ehehhehe ni lah untung nye bila duduk serumah dengan tukang masak...

Friday, May 27, 2011

SEMINGGU DAH DI KEMAMAN….

Masuk hari ni..dah seminggu aku di kemaman dan sudah seminggu aku bekerja di PROMAT…kalau nak update hari2 cerita kerja aku kat promat….baik lah aku tulis log book aku kan…buat apa nak kena buat keja 2 kali….jadi dalam blog ni nanti…aku akan cerita kesimpulan kerja aku selama seminggu je k…lagi pun susah nak online kat sini….line broadband teruk gila…

Kesimpulan bekerja di promat yang boleh aku katakana….kepada SV dan office mates yang lain…tolong lah timbunkan kepada saya lebih banyak kerja…saya dah penat duduk kat tempat saya tu tanpa berbuat apa2…bila tak ada kerja seharian di ofis…balik rumah lepas mandi, makan, solat je…terus saya pengsan sampai subuh…tapi bila ada kerja yang banyak macam semalam tu…balik rumah je saya rasa badan saya segar dan cergas….boleh jugak saya keluar jalan2 dengan sepupu saya dan pak cik makcik saya….takde lah keje tido je kan…

Semalam aku dapat pass pekerja aku…kad warna putih yang akan digunakan untuk masuk kerja…selain tu aku kena jugak punch card bila masuk dan keluar kerja…dah macam orang bekerja pulak kan…padahal baru training je…staff kat promat ni semua nya ramah2 dan ceria bila bekerja….tak kira kalau keadaan tertekan sekali pon…diorang still boleh control emosi dan cuba kawal dengan baik…supaya keadaan tak bertambah tegang…

Tapi satu je masalah bila dok kemaman nih….aku kurang paham apa yang diorang cakap…kalau skit2 tu aku paham lah…tapi bila diorang cakap laju sangat…aku terus tak paham…kalau time diorang tengah rancak2 bersembang tu…aku cuma boleh paham dalam 30% je apa yang diorang tengah sembangkan….ahahhhaa….baru sekarang aku paham perasaan anis bila dia tak paham apa orang Kelantan dengan Terengganu cakap…..ahahhahhaa….pening kepala beb…

Selama seminggu ni jugak aku duduk rumah pakcik aku…pakcik aku ni abang mak aku…family pakcik aku ada 3 orang anak je…semua dah bekerja…jadi memang jarang la nak berjumpa…tambah2 plak bila aku balik keje dan penat sangat2…terus tido sampai subuh…memang tak jumpa langsung lah kan…orang kata senang duduk rumah sedara mara ni sebab boleh jimat duit sewa rumah dengan duit makan…memang lah betul apa yang korang cakap…tapi aku rasa segan sebab macam menyusahkan diorang plak…

Ye lah kan…selama seminggu kat sini…setiap pagi bila aku dah siap nak ke tempat kerja..makcik aku mesti dah siapkan air milo panas dengan nasi lemak/nasi dagang/nasi goreng/cucur untuk aku makan sebelum pegi keje….balik kerja petang pulak…makcik aku dah siapkan makanan petang aku…hari ni makan nasi gorang dengan telur dadar…esok makan laksa…lusa makan nasi lauk ayam goreng dengan daging masak kicap….malam nanti kalau aku tak tido awal…keluar makan lagi….tapi aku sorang je yang makan…orang lain tak makan pon….hari pertama dengan kedua ok lagi…tapi bila dah masuk hari2…aku jadi segan dah…ye lah kan…menyusahkan orang je…

Satu lagi…setiap kali aku balik keje petang kul 6…mesti aku tengok makcik aku dah siap basuhkan baju2 yang aku pakai semalam dan siap berlipat dah….haduiiii…hari2 pulak tu…lagi lah aku segan…aku dah puas cakap kat makcik aku…tak payah la buat semua2 benda ni…aku boleh buat sendiri nanti…tapi makcik aku ni memang sangat2 rajin…dia tetap akan buat jugak hari2…memang aku akan sangat2 terhutang budi dengan keluarga pakcik dan makcik aku ni lepas 3 bulan nanti….terima kasih banyak2 Ma, Ayah Lan, Ya, Yo, Rudy…….terima kasih banyak2 yang tak terhingga….

Semalam lepas balik kerja..sepupu aku ajak keluar makan dengan pakcik makcik aku sama…kitorang pegi makan kat gerai nasi lemak sedap kat kemaman…memang sedap nasi lemak dia…simple je tapi sedap…

Monday, May 23, 2011

HARI PERTAMA DI PROMAT

Hari ni merupakan hari pertama aku dan siti melangkah ke tempat baru yang akan memberikan kami pengalaman baru….seawal jam 7.15 pagi aku keluar dari rumah mak saudara aku nak ke tempat praktikal aku…malu nya nak cerita…

Semalam sepupu aku dah tunjukkan aku jalan nak ke tempat praktikal aku dari rumah dia…mula2 tu macam dah ingat dah…tapi hari ni…bila aku sendiri yang bawak kereta nak ke tempat kerja…dah sesat pulak…berpusing2 aku dalam kawasan taman perumahan tu nak mencari jalan yang sepupu aku tunjuk semalam…rupa2 nya aku tersilap ambik simpang daa…hampesss sungguh…nasib baik aku keluar awal…sampai kat tempat kerja pon awal jugak…alhamdulillah…

Hari pertama melaporkan diri di Promat…aku diperkenalkan kepada semua staff di setiap department…aku ditempatkan di production department…bersebelahan dengan material department…lepas sesi suaikenal dengan staff Promat…aku dibawa bersiar2 di sekitar kawasan bengkel dan lepas tu aku diberikan meja sendiri untuk aku duduk dan buat kerja aku nanti…perghhh….dapat meja sendiri…sebagai seorang budak praktikal…memang aku dan bajet aku akan dapat meja sendiri….duduk dikalangan kakitangan tetap Promat….membuatkan aku rasa macam aku juga salah seorang daripada kakitangan mereka…layanan yang diberikan…memang tip top….depa semua memang ramah dan meriah…setakat ni aku tengok kerja2 depa walaupun sibuk sepanjang masa…tapi tak ada lagi staff depa yang aku tengok kerja dalam keadaan tegang…semua bijak mengatasi masalah yang ada…..thumbs up…

Lepas sesi suaikenal…aku duduk di meja aku..tak tau nak buat apa….melangut saja…lepas tu aku on laptop…tengah sedap layan laptop…tiba2 skrin gelap…battery dah habis dah pulak….nak sambung charger…plug kat depan aku semua dah penuh…nak bersuara segan…aku diamkan je lah…lepas tu aku diberi buku profile company….aku ulang baca buku tu sampai 5.6 kali berselang seli dengan aku ulang baca report FYP aku….sampai naik tepu otak aku…memang hilang akal terus…

Penat melangut…waktu balik lah yang paling aku tunggu2…dapat balik rasa lega sangat2….bila sampai rumah makcik aku…aku mandi2…lepas mandi aku terus terlelap dari kul 8malam sampai 6.30 pagi…gila hebat tak…tido kaw2 punya…

Harap2 esok akan ada kerja yang banyak untuk aku…supaya aku tak bosan dan penat teruk macam hari ni….

Thursday, May 19, 2011

GAME OVER....

dah lama aku tak menulis disini....hari ni terasa untuk menulis supaya segala memori yang ada dan berlaku pada hari ini akan terus kekal dalam ingatan aku...


hari ni aku present Final Year Project aku....perasaan nervous tu dah mula terasa dari semalam lagi...aku dah mula tak lalu nak makan dah...kawan2 ajak makan pon...aku makan jugak tapi kurang berselera lah....hmmm...

cerita pada hari presentation nih....aku study thesis aku sampai kul 3 pagi untuk prepare nak present pagi lah kan....perasaan gementar yang menebal...aku bulatkan tekad untuk masuk tido...tido aku semalam memang nyenyak sangat2...sampai sekelip pon tido aku tak terganggu....sampai lah pagi tadi jam 7 pagi aku tersedar sebab cam terdengar orang ketuk pintu bilik aku...sekali ketukan je dah boleh mengejutkan aku dari tido...tersedar je dari tido...hati yang tenang masa tido tadi dah jadi gundah...memikir ada lagi 2 jam masa untuk aku bersedia sebelum aku mulakan pembentangan aku....rasa pening, mual, senak dada, senak perut semua ada....7.30 pagi aku bangun dan bersiap untuk bergerak ke Taman Muhibbah sebelum jam 9.00 pagi...sesi pembentangan aku pada jam 9.00 pagi...aku pulak 1st presenter...memang terbaik...memang buat aku gila2 punya cuak gelabah tak payah cakap....ada orang cakap untung jadi 1st presenter pada sesi pertama...sebab examiners semua baru nak panaskan enjin...so takde lah kena hentam teruk sangat nanti...tapi aku cuak sebab aku tak tau macam mana aku nak mulakan presentation aku...sebab kalau ada orang lain yang present dulu sebelum aku...boleh aku tengok apa yang patut aku buat dengan apa yang tak patut aku buat.....

tapi aku rasa aku memang bernasib baik hari ni...sebab aku jadi 1st presenter pada sesi pertama untuk hari ni...dan memang benar bagai dikata....memang aku tak kena hentam langsung dengan examiner....fuuhhh...lega...soalan yang dilontarkan pon simple2 je...teguran yang diberikan pon tak membimbangkan sangat...cuma teguran kecil je...alhamdulillah aku memang betul2 lega....presentation yang sepatut nya berlangsung selama 15 min aku singkatkan menjadi cuma 8 - 10min termasuk sesi soal jawab...menarik tak??? ahahhahhaha.....orang lain present aku tengok sampai terlebih2 masa...aku present....sampai examiner yang terkejut sebab sekejap sangat....ngeheheehe....

report aku pon alhamdulillah tak banyak yang kena repair...cuma repair abstrak dengan references je...lepas ni dah boleh hantar buat hardcover dah...suka3....


lepas settle presentation...aku,anis,zila dengan rynee berkeliaran sekitar school bahan tu mencari lecturers yang pernah mengajar kitorang untuk kitorang bagi sedikit penghargaan yang tak seberapa....mintak maaf banyak2 semua encik2, cik2, puan2, Dr.2, Prof2, sebab kami cuma bagi sekeping kertas je sebagai tanda penghargaan kami atas jasa dan tunjuk ajar kalian semua....tapi sekeping kertas tu sememangnya lahir dari hati kami yang tulus ikhlas...terima kasih banyak2....kami sangat2 menghargai kalian semua...sehingga kita bertemu lagi pada hari konvokesyen nanti...insyaAllah...


lepas selesai semua kerja2 di school bahan...aku dengan rynee,zila,anis pegi settle roadtax KACAK pulak...alhamdulillah...semuanya berjalan lancar....lepas tu terus balik wang ulu....aku kena kemas barang nak bertolak balik ke kelantan...


sampai di wang ulu...tak sempat nak kemas barang...anis dah kalut2 nak salam peluk cium...aku kaget...acewahhh ayat tak leh blah.....aku cakap rileks la anis...awal lagi....aku tak siap kemas barang lagi...tapi aku nampak mata anis dah merah....(aku, masih cuba mengawal perasaan)....anis cakap dia nak keluar dengan kawan dia...takut nanti dia balik lambat tak sempat nak jumpa dengan aku....aku cakap tunggu la sampai aku siap kemas barang...dia taknak...aku dah tau sebb dia tak nak tunggu aku siap kemas barang.....tapi aku nak tunggu dia sendiri yang cakap kenapa....lepas salam peluk cium dengan anis...anis finaly menitiskan air mata dia depan aku...aku cuba bergurau nak pujuk anis jangan nangis...tapi dia lari ke pintu rumah...aku panggil pon dia tak nak pandang aku dah...tengok muka aku hujung mata pon dia tak nak...zila cuba pegi sekat anis kat pintu...anis dah mula menangis dah....aku boleh nampak...lepas tu anis terus turun tangga tanpa ucap selamat tinggal kat aku....(aku, masih boleh mengawal perasaan).....


lepas siap kemas barang2 aku masuk dalam kereta...zila teman aku hantar kunci hostel...lepas tu kami ( aku,zila,rynee,siti) salam peluk cium untuk kali terakhir.....(aku, masih mampu menahan air mata)....terima kasih rynee,zila,siti sebab tolong angkat barang2 angah....terima kasih banyak2....


lepas bersalaman...aku masuk dalam kereta dan terus memulakan perjalanan ke jitra....sampai simpang depan blok 9...aku check handphone aku...ada 2 new messages....bila aku buka...sms tu dari anis...yess...apa yang aku fikirkan pasal anis tak nak pandang muka aku tadi terjawab jugak akhirnya...anis kata dia tak sanggup nak tengok muka aku sebab...bila dia tengok muka aku...lagi dia tak dapat tahan sedih dia...dia rasa lagi nak menangis teruk.....aku tak boleh nak share lebih2 isi kandungan sms anis untuk aku...anis...aku akan simpan sms hang tu...aku takkan delete....terima kasih anis...hang buat aku rasa sangat2 dihargai...tapi anis...lepas ni jangan nangis2 lagi eh....ada rezeki umur panjang kita boleh jumpa lagi...jangan sedih2 tau...bila hang sedih aku pon sedih....nanti kita boleh sms selalu....nak call hari2 pon boleh....jangan sedih2 ye anis...aku pon sayang hang dengan kawan2 yang lain....hang tau kan macam mana aku sayang kat ampa semua....


sekarang aku dah sampai kelantan..terus on laptop nak update new entry.....korang (anis,zila,rynee) jangan la sedih2 sangat...nanti angah pon sedih jugak...baru brapa jam kita berpisah??? angah rindu korang semua...

RINDU ANIS NABILA....manja,cantik,pandai bergaya,caring,kadang2 garang gila,digilai ramai jejaka

RINDU AZILA....cool,tenang,steady,rocks

RINDU RURYNEE....nakal,nakal,nakal,nakal,comey(ni yang penting)ahahahhaha

RINDU ANIS SOFEA....gelak kuat,penghibur & pandai menceriakan suasana,caring,tegas,

RINDU SITI ASMANI....pandai bergaya,garang jugak kadang2

Thursday, May 12, 2011

I HATE THIS FEELING....

jam 12.26 pm tadi....aku tengah layan cerita korea yang achik bagi kat aku....cerita Playfull Kiss kalau tak silap aku tajuk cerita tu...dah 2 hari aku layan cerita tu....sampai tak ingat nak makan...ehehhehe....

ok..ok...sekarang kita bukan nak cerita pasal cerita korea tu...tp...

tadi aku dinner dengan family aku...bapak dok tanya2 pasal tarikh presentation Final Year Project aku dengan tarikh aku nak start praktikal kat kemaman....kitorang rancak berbincang macam mana aku nak ke sana nanti....

dan...jam 12.26 pm tadi...bapak call...nak confirm lagi sekali tarikh aku present FYP..dan...aku terkedu bila bapak suruh aku terus balik rumah lepas aku settle present FYP aku...sebab bapak nak balik kelantan terus lepas aku settle presentation tu....aku terkedu dan tiba2 dada rasa sebak....mood yang tadi girang riang ria tiba2 aku rasa hilang...hati aku gelisah....gelisah sebab aku akan meninggalkan kawan2 aku lebih awal dari yang aku jangkakan...aku tak mengjangkakan yang aku akan tinggalkan kawan2 aku secepat ni....

( stop sekejap menulis )....


jom kita sambung balik...eheheh tadi pegi lap air mata jap....dah 2 hari rynee balik kl....i'm 100% sedih....sebab hilang sorang adik yang sangat2 nakal...takde lagi dah orang yang nak usik2 aku...main2 rambut aku....huhuhuhu....i really hate this feeling of sadness....


19 mei nanti....lepas je sesi pembentangan FYP aku...aku kan terus angkut barang dah balik jitra...lepas tu packing stuff untuk ke kemaman pulak...don't think so that i've enough time to spend with my friends...


owhhh...this feeling....buat aku hilang kata2...hilang fikiran sekejap...tinggal berapa hari je lagi nak sampai ke 19 mei nanti...hari ni dah 12 mei....hmmmm....kenapa semua berlaku cepat sangat...kenapa semua berlaku secara mengejut.....aku macam tak dapat terima hakikat yang aku akan tinggalkan kawan2 aku....mungkin ke sebab aku belum betul2 bersedia nak tinggalkan kawan2...apa perasaan aku sekarang ni akan menguatkan lagi ikatan persahabatan aku...atau perasaan ni cuma datang pada masa sekarang ni je....


tapi aku harap tak...aku harap aku dan mereka akan terus berkawan macam sekarang walaupun kami sudah ada haluan hidup masing2....perasaan ni buat aku tak boleh nak senyum...aku tak boleh nak tidur....nak lelapkan mata pon susah...otak ligat memikirkan kawan2...memikirkan kerenah kawan2 yang aku kenal...ehehhehe....langsung takde nak kontrol2 kan...kita semua buat perangai macam kita adik beradik.....kena marah teruk2 pon tak kisah....eheheheh....aku akan rindu semua tu....


tapi....rynee,zila,anis,pia,ct....angah tak sangka yang angah akan jadi orang yang paling awal balik....dah la zila belum settle presentation dia....angah tak sempat nak hantar zila pegi presentation....angah tak sempat nak belanja korang semua makan sambil sembang2, gelak2 sampai pagi sebelum kita semua berpisah.....hmmmm....


zila.....kau adalah antara orang yang paling2 aku sayang..sebab kau dari awal kita daftar kat unimap ni yang sudi berkawan dengan aku....dari hari pertama kita mendaftar kat unimap...lepas tu kita jadi roomate masa minggu orientasi....tak sangka pulak kita ni coursemate lepas tu jadi classmate pulak kan...then masa program anak angkat...kita jadi adik beradik angkat...sebab kita dapat mak angkat yang sama....ehheheheh sedih kan sebab kena lelong...ahahhah.....and..terima kasih sebab teman aku join kelab taekwondo.....terima kasih sebab tak pernah tinggal aku sorang2...tak kira apa keadaan sekali pon...kau memang selalu ada bila aku perlukan orang untuk tolong aku.....aku memang tak pandai nak berdikari.....terima kasih atas semua pertolongan kau selama ni....banyak sangat benda yang kita buat sama2...sampai FYP kita pon ...kita under supervisor yang sama...semua nya berlaku secara kebetulan kan....terima sebab selalu bagi semangat kat aku bila aku nervous, bila aku rasa down....


rynee...orang yang angah kenal masa masuk open taekwondo kat USM...ehehhee...masa tu segan2 lagi nak tegur sembang2 dengan rynee....sebab angah baru je lagi join kelab taekwondo masa tu...tali pinggang masa tu baru tali pinggang kuning kot kalau tak silap angah...masa tu angah takut sangat2...sebab angah tak pernah ada pengalaman sparring...tengok orang sparring pon tak pernah....sebab tu angah diam je sepanjang perjalanan ke sana...plus angah segan dan tak tau nak sembang dengan orang lagi....nasib baik ada apai,kak murina,zila dengan ct...diorang je la yang rajin nak sembang2 dengan angah...ehehehehe....masa tu angah dengar cerita yang rynee ni famous dan hebat dalam semua sukan....cerita2 tu yang buat angah teringin sangat nak tengok rynee sparring...ehehhehe....lepas daripada open taekwondo kat USM tu...kita mula rapat masa training 3 minggu untuk MASUM 2010.....3minggu kita tinggal sama2 dan training sama2 dari pagi sampai tengah malam....masa tu yang buat kita semua betul2 rapat dan jadi macam satu family dah...sejak dari hari tu...sampai sekarang ni...kita jadi sangat2 rapat...angah bangga bila dapat kawan dengan rynee...sebab rynee famous gila kan kat unimap...semua orang kenal rynee...ehehhhehe...terima kasih tau ajar angah teknik2 yang betul masa training taekwondo...daripada angah tak tau apa2 sampai angah boleh la jugak kan skit2 nak kick.....ehehehe....terima kasih banyak2....terima kasih rynee bagi angah tumpang rumah rynee masa kita pegi kursus kat KL hari tu...segan pulak angah sebab menyusahkan family rynee...terima kasih rynee sebab ajar angah main gitar....ehhehehe...daripada angah tak kenal kord langsung sampai lah angah dah boleh main 2,3 buah lagu....angah tak kisah pon kalau rynee suka usik2 angah...ehehhehe....sebab angah rasa ada orang yang sedar kewujudan angah....ngehehhee....


anis.....senior aku masa kat polimas...sekarang dah jadi classmate dan kawan rapat aku yang sama2 balik atau ulang alik dari jitra ke perlis...ehehehe....selama ni kita berjiran dekat je sangat2 kan...tapi tak sedar pon...eehhehhe....terima kasih anis sebab selalu teman aku balik jitra...terima kasih bagi tumpang PJU bila balik jitra dengan pegi kelas hari2...ehheheh....terima kasih jugak sebab selalu dengar cerita2 aku...terima kasih jugak sebab selalu kongsi cerita dengan aku...terima kasih selalu bawak bekal makanan masakan mak ko bila balik jitra..sorry kalau aku selalu buli hang...ahahaha aku suka buli hang sebab hang manja....dah la suara hang tu halus...nyaring pulak tu...itu yang aku lagi suka nak buli hang...ahahhaha...sorry ye anis....


siti...mek ni pon orang kampung aku jugak...budak bachok...rumah dia dekat je dengan skolah teknik tempat aku blaja dulu.....aku kenal dia pon masa kat unimap ni...pasal dia rapat dengan anis....bila aku kena anis...secara tak langsung aku kenal dia....siti ni pon member taekwondo aku jugak...tapi dia ikut kitorang pegi tournament sekali je masa kat USM dulu....lepas tu dia tak nak join lagi dah...tinggal lah aku dengan zila je....tak banyak benda nak cerita pasal mung siti...sebab mung sibuk dengan bisness mung tuh...bisness dah maju nanti jangan lupa kawan2 pulak tau....


pia....aku kenal dia sebab dia kawan zila masa kat poli dulu....aku kenal dengan pon masa minggu orientasi...minah ni senang gila nak kawan dengan dia...sebab dia banyak cakap and friendly...memang senang nak buat kawan dengan dia ni...sejak dia jadi housemate aku...dia selalu act as a mother and elder sister....ehehhehe....selalu bising dan ingatkan kitorang untuk pastikan rumah bersih...thanks mummy pia...ehehheheh....pia selalu ambik berat pasal kawan2...terima kasih pia...terima kasih untuk segala2 nya...terima kasih selalu masakkan untuk kitorang....ehehheeheh i'm not good at cooking....pia ni sangat bersungguh2 bila buat kerja...dia akan pastikan semua kerja dia siap sebelum dateline....memang sangat bagus dia ni...


dulu kita semua macam kawan2 biasa je...tapi sejak kita jadi housemate ni....hmmm....kita dah jadi macam satu keluarga...sebab tu aku sayang korang sangat2....tambah2 pulak bila korang semua panggil aku ' Angah '....panggilan ni cuma family aku je yang panggil...lepas tu kawan2 abang aku kat unimap ni plak panggil aku ' Angah '.....lepas tu korang semua pon panggil aku ' Angah' jugak....panggilan tu yang buatkan korang dekat sangat2 dengan aku...panggilan tu yang buat korang macam family aku...panggilan tu yang buat korang lain dari kawan2 yang lain....


ehehhehe...rasa nya ini entry yang paling panjang angah tulis dalam blog ni...( crying )......sekarang dah pukul 3.46 am....angah tak boleh nak tidur lagi....betul ke angah nak kena cakap Selamat Tinggal Kawan2 pada 19 mei nanti....hmmmm....kalau kita hentikan masa boleh??? so that kita boleh stick together forever.....


Angah sayang zila,rynee,anis,ct,pia....sayang sangat2...ingat janji2 kita...kita janji nak jumpa selalu...calling2 selalu...sms selalu...ingat janji kita nak pegi bercuti sama2 bila semua dah dapat kerja nanti...huhuhuhuhuuuu....angah tak mau pegi lagi....tapi angah terpaksa...terpaksa pegi awal daripada yang sepatutnya....hmmmm....will missing you guys damn much....


i have to end this entry...if not...i cant stop crying....


I LOVE YOU.....

MAHAL NA MAHAL KITA....

SARANGHE.....ngeheeeh yang ni zila yang ajar....

Saturday, May 07, 2011

HAPPY BIRTDAY TO ME...













haaaaa..ni semua ucapan birthday dari kawan2 kat facebook..semua aku simpan...aku start simpan semua ni sejak dari tahun lepas....terima kasih kepada semua yang ingat hari ulangtahun aku...terima kasih sangat2...



Ayah Li ~~~ Hepi birthday che'ngah!

Aqila ~~~ Salam,, Happy birthday angah! All the best in life and have a wonderful year ahead.Semoga pjg umur,murah rezki :))

Ash ~~~ Angah yg comei happy bufday ya... Have a blast...

Paan ~~~ happy birthday my dearie friend...

Achik ~~~ Happy bday..

Siti ~~~ Hepy birthday angah....semoga panjang umur murah rezeki...semoga persahabatan kita kekal sampai akhir hayat

Ajim ~~~ Happy Old day



ini semua pulak wishes mereka through sms...terima kasih sebab ingat birthday angah...ngehehhehe...dah semakin tua...weee....tapi sangat2 terharu bila masih ada orang yang ingat dan mendoakan yang baik2 untuk diri ini...perghhh ayat....


terima kasih kepada semua yang wish birthday dan mendoakan angah...moga kalian jugak dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur....




owhhh sebelum terlupa...ada dua entry yang ditulis oleh orang2 yang angah sayang sangat2...terima kasih sebba buat entry yang sangat2 best...serius cakap...


Paan, kau sentiasa tahu apa yang aku suka...u know me very well....sangat2..serius aku terharu....terima kasih banyak2 paan..aku memang tak akan pernah lupa kat kau dengan mira...tengkiu paan untuk entry ni...


Rynee...terima kasih untuk entry ni...Sila Klik....hahahhaah angah hampir2 nak menangis dah...Rynee pon dah kenal angah sangat2....semua yang Rynee tulis...buat angah betul2 sedih dah terharu...tp nasib baik angah demam...sambil baca boleh cover kesedihan dengan selsema...ngehehhehe...terima kasih Rynee...Rynee dengan kawan2 yang lain tak pernah menyusahkan angah...angah senang selagi angah boleh tengok kawan2 angah senang dan happy....i'll do anything to make sure semua orang yang angah sayang akan happy....

Friday, May 06, 2011

LAST PAPER...LAST FINAL EXAM...

hari ni hari last aku pegi jawab exam kat unimap ni ( harap2 nye lah kan )....ehehhehe...rasa teruja pon ada...tapi tadi aku frust sangat2 sebab aku rasa aku tak boleh jawab semua soalan paper hari ni....hmmmm.....cam ada lagi exam untuk aku lepas ni....

tapi untuk kawan2 lain...rasanya ini paper terakhir diorang....gud luck kawan2 ...sama2 kita tunggu result nanti camna....yang dah dapat kerja...selamat bekerja...yang masih mencari kerja...selamat mencari kerja....yang masih tak tahu nak buat apa...silakan ambil masa anda untuk berfikir apa yang ingin anda lakukan....

Thursday, May 05, 2011

HAPPY BIRTHDAY NUH DANIAL






hari ni birthday budak kecik nih....dah setahun dah umur dia...cepat je masa berlalu...4 tahun lagi dah masuk tadika dah dia....




ni masa umur nuh baru 2 hari....



ni masa umur nuh danial 2 atau 3 bulan...baru balik dari Dublin ni...



HAPPY BIRTHDAY NUH DANIAL....membesar dengan baik ye budak kecik...

IN ADVANCE...TERIMA KASIH SAHABAT..



mentang2 lah 6mei nnt nak jawab exam paper Advanced Electronic Packaging ( AEC )...kawan2 aku pon in advance lah jugak buat surprise birthday untuk aku...dorang kata takut nnt lepas habis exam aku cabut balik jitra awal...tak sempat nak celebrate....huhuhuhuh....


aku tadi tengah fokus study subjek AEC sambil tunggu anis pegi beli aiskrim...tengah layan notes dengan lagu kat laptop aku....pastu terdengar bunyi pintu rumah cam ada orang buka...tengok2 anis...masa tu aku tak nampak kek kat tangan dia lagi...sebab aku jeling hujung mata je masa tu...pastu dengar depa nyanyi lagu birthday...aku cam blur2...birthday sapa????





pastu anis mai dekat aku...yang lain2 dok sengih2 senyum kat aku...bila tgk kat atas kek tu...ehehhehe....Happy Birthday Angah Lempoyang ......perghhh....terkejut gila aku...ahahahhaa....dah bertakung air mata aku korang tau tak...tapi aku try to control tak nak bagi melimpah...waaaaaa....tengkiu sangat2...walaupun awal 2 hari korang buat surprise kat aku.....serius aku terharu weih....ahahhahaa....tak tau nak cakap apa...aku blur terus tadi....terima kasih banyak2....


haishhhh tak tau nak cakap camna...ini actually pertama kali dalam hidup aku orang buat surprise birthday untuk aku...serius aku tak pernah dapat surprise mcm korang buat...walaupun korang buat kejutan kecik je untuk aku..tapi bagi aku...ini satu kejutan yang sangat besar....terima kasih banyak2....

Wednesday, May 04, 2011

MAY...MEI....5...LIMA....

apa ada dengan bulan MAY @ MEI @ 5 @ LIMA....hmmm...selain aku sibuk dengan final exam aku....aku jugak sibuk dengan FYP aku...sibuk jugak mencari lubang2 nak korek wang buat belanja hidup lepas ni....

yang paling penting dengan bulan ni...ini adalah bulan terakhir aku akan lepak, makan, layan movies, sembang2, bergurau senda, bergelak ketawa, usik-mengusik, dan macam2 lagi aktiviti dengan kawan2 aku kat unimap....serius aku cakap...aku dah mula rasa sedih nak menghabiskan saat2 terakhir kita semua bersama...

walaupun bermacam2 pahit manis kita harung bersama...itu semua akan terus kekal menjadi kenangan untuk kita semua...segala kerja2 gila yang kita buat...aku takkan lupa...

kenangan bersama korang yang aku takkan lupa sampai bila2...bila korang ajak aku pegi layan karaoke.....ahahahhaha...serius aku tak tau cam mana nak describe perasaan aku....korang je yang tau mcm mana perasaan aku masa tu kan...sebab korang boleh nampak macam mana rupa aku masa tu..serius aku tak boleh nak masuk tempat2 macam tu...ehheheheh walaupun terpaksa...aku cuba berlagak cool...tapi still tak boleh nak buat aku tenang...selagi kita tak keluar dari tempat tu...selagi tu lah aku susah hati....nak senyum pon tak boleh nak senyum ikhlas...rasa berat je...cukup lah dua kali korang paksa aku masuk pusat karaoke...ahahhahaaa tak kira macam mana selesa dan exclusive pon tempat tu...memang tak kan boleh bagi keselesaan pada aku....


kenangan kerja gila kita overnite sampai ke penang....serius itu memang kerja paling gila pernah aku buat dengan kawan2....aku memang tak pernah keluar tengah2 malam sampai siang hari macam hari tu...siap tido dalam kereta depan Mc'D kat penang tu...ehehehhehe pastu pegi sewa hotel pulak kan...tido 5 jam je...ahahaa memang tak pernah aku rasa pengalaman macam tu...check in hotel tak sampai sehari...dah la dengan pegi sehelai sepinggang....nasib baik duit cukup nak hidup...terima kasih anis drive kereta malam2 bawak kitorang semua sampai ke penang....eehheeeheheh sampai kena gastrik....serius kelakar....



kenangan kita makan beramai2 kat kolej...duduk bersila macam makan kat kampung..best gila weih....kalau lah kita semua nanti ada rezeki kerja satu negeri...satu tempat...kan best boleh dalam rumah sewa sama2......boleh la kita pakat2 memasak ramai2...seronok sangat2...walaupun aku yang paling tak reti memasak antara kita semua...ehehe tp kita semua tau tugas masing2 kan...yang tak reti masak kena pandai2 hidang lauk......lepas tu kutip simpan balik semua kat satu tempat....


kenangan kita pegi kelas sama2...naik satu kereta...tiap2 hari bergilir2 bawak kereta aku dengan anis.....sama2 tuang duit minyak kereta...



kenangan aku,anis dengan ct pegi tengok wayang bertiga...dalam panggung pon ada kita je...takde sapa dah nak tengok cerita Narnia tu...memang kelakar habis...


paling best...kenangan aku naik bas dari perlis ke kuala lumpur dengan rynee...ehehhehehe....memang itu kali pertama aku naik public transport dalam jarak jauh....ehehhehe terima kasih kat rynee sebab jaga angah dan bagi angah tumpang rynee sepanjang di KL....ehehheheheh seronok dapat naik bas double decker...pastu dapat dok seat kat atas pulak kan...ngehehehhe


lepas ni mesti aku akan rindu kat korang semua...rindu nak dengar suara halus anis nabila...rindu bunyi gitar rynee dengan zila...rindu dengan bunyi2 dari pia dengan ct...memang korang semua orang2 terbaik yang aku kenal kat unimap ni...tak kira apa keadaan sekali pon...kita semua sentiasa ada untuk satu sama lain...kita semua dah kenal dah perangai masing2...apa yang dia suka makan....apa yang dia tak suka makan...apa yang dia suka pakai..apa yang dia tak suka pakai...bila masa dia sedih...bila masa dia suka...bila masa dia marah...siapa penakut...siapa yang berani....siapa paling rajin study...siapa paling malas study....cara duduk dengan tido dah kenal....semua kita dah kenal...


weih gila sedih...aku taknak tinggalkan korang semua...kita dah macam family dah kat sini...aku sayang korang weih...aku tak main2...