Hari ni merupakan hari pertama aku dan siti melangkah ke tempat baru yang akan memberikan kami pengalaman baru….seawal jam 7.15 pagi aku keluar dari rumah mak saudara aku nak ke tempat praktikal aku…malu nya nak cerita…
Semalam sepupu aku dah tunjukkan aku jalan nak ke tempat praktikal aku dari rumah dia…mula2 tu macam dah ingat dah…tapi hari ni…bila aku sendiri yang bawak kereta nak ke tempat kerja…dah sesat pulak…berpusing2 aku dalam kawasan taman perumahan tu nak mencari jalan yang sepupu aku tunjuk semalam…rupa2 nya aku tersilap ambik simpang daa…hampesss sungguh…nasib baik aku keluar awal…sampai kat tempat kerja pon awal jugak…alhamdulillah…
Hari pertama melaporkan diri di Promat…aku diperkenalkan kepada semua staff di setiap department…aku ditempatkan di production department…bersebelahan dengan material department…lepas sesi suaikenal dengan staff Promat…aku dibawa bersiar2 di sekitar kawasan bengkel dan lepas tu aku diberikan meja sendiri untuk aku duduk dan buat kerja aku nanti…perghhh….dapat meja sendiri…sebagai seorang budak praktikal…memang aku dan bajet aku akan dapat meja sendiri….duduk dikalangan kakitangan tetap Promat….membuatkan aku rasa macam aku juga salah seorang daripada kakitangan mereka…layanan yang diberikan…memang tip top….depa semua memang ramah dan meriah…setakat ni aku tengok kerja2 depa walaupun sibuk sepanjang masa…tapi tak ada lagi staff depa yang aku tengok kerja dalam keadaan tegang…semua bijak mengatasi masalah yang ada…..thumbs up…
Lepas sesi suaikenal…aku duduk di meja aku..tak tau nak buat apa….melangut saja…lepas tu aku on laptop…tengah sedap layan laptop…tiba2 skrin gelap…battery dah habis dah pulak….nak sambung charger…plug kat depan aku semua dah penuh…nak bersuara segan…aku diamkan je lah…lepas tu aku diberi buku profile company….aku ulang baca buku tu sampai 5.6 kali berselang seli dengan aku ulang baca report FYP aku….sampai naik tepu otak aku…memang hilang akal terus…
Penat melangut…waktu balik lah yang paling aku tunggu2…dapat balik rasa lega sangat2….bila sampai rumah makcik aku…aku mandi2…lepas mandi aku terus terlelap dari kul 8malam sampai 6.30 pagi…gila hebat tak…tido kaw2 punya…
Harap2 esok akan ada kerja yang banyak untuk aku…supaya aku tak bosan dan penat teruk macam hari ni….
3 comments:
hehehe ok la tuh..baru 1st day..hehe..gudluck angah :).
first mmg keje mlangut je..hehehe..lepas ni ade la keje tu..pergh..dpt meje..aku xde meje pun..tmpang duk kt meje org je..ko ade elaun x?
rynee : ngeee...tengkiu3...angah ok je kat sini...happy dan kenyang selalu....
zila : untung dapat meja sendiri...nnt ada masa aku upload gamba meja aku....elaun dapat...tp depa x bgtau berapa....
Post a Comment