Assalamualaikum W.B.T...
dah lama tak update blog ni...kali ni nak cerita dan kongsi pengalaman aku dalam bidang seni mempertahankan diri yang baru aku ceburi sejak 2 tahun yg lepas...sepanjang 2 tahun aku terlibat dalam bidang ni aku baru berani menyertai 3 pertandingan seni mempertahankan diri...
pertama kali aku menyertai Kejohanan Terbuka Taekwondo WTF anjuran Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang...kejohanan berlangsung pada 22 hingga 24 januari 2010....
kali kedua aku menyertai Kejohanan Taekwondo WTF anjuran Majlis Sukan Universiti Malaysia ( MASUM ) bermula dari 22 hingga 30 mei 2010 yang berlangsung di USIM, Nilai...
kali ketiga..kejohanan terbaru yang aku join...baru je balik semlm...aku menyertai Kejohanan Seni Mempertahankan Diri anjuran Belia Negeri Perak yang berlangsung dari 22 hingga 25 julai 2010 di Ipoh, Perak....
daripada pengalaman yang aku dapat...ada banyak sangat perbezaan peraturan sparring antara WTF dengan GTF...antaranya :
MASA : GTF - 1min lawan = 1 round
WTF -2min lawan, 1min rehat, 2 min lawan, 1min rehat, dan 2 min lawan = 1 round
TEKNIK : GTF - boleh guna kaki dan tangan
WTF - guna kaki saja
KESELAMATAN : GTF - glove,kasut,head gear,shin guard
WTF - vest, head gear shin guard, arm guard, mouth guard, female
guard/ball guard
PEMARKAHAN : GTF - tendang asal sentuh badan lawan je pon dah boleh dapat markah..takde
power pon dapat markah..tangan boleh digunakan untuk menumbuk
dan menahan daripada ditumbuk...
WTF - tendang mesti ada power...tendang sampai ada bunyi bila kaki kena
vest yang dipakai pihak lawan...tangan langsung tak boleh digunakan
untuk menumbuk pihak lawan..
SHOUTING - shouting disini maksud aku bukan sokongan daripada penyokong yang datang...tetapi peserta itu sendiri...kalau dalam WTF , peserta boleh mengeluarkan suara yang dikurniakan tu...tapi dalam GTF kita tak boleh kerap guna suara yang ada...nnt tak pasal2 kena WARNING....
walaupun terdapat perbezaan antara WTF dengan GTF...matlamat kedua2 nya sama saja..nak menumpaskan pihak lawan...
seronok bila join tournament kat merata2 tempat...bukan setakat dapat berjalan ke tempat orang...malah dapat menambah lagi ramai kenalan...
selamat berkenalan kepada navin,omar,muzakir,najmi,ang, dan sorang lagi merangkap coach muda kita...aku tak tau nama ko...xsempat nak tanya...kita pon tak sempat nak sembang banyak kan...masing2 dengan hal masing2...sibuk training...lepas tu kita pon baru nak kenal2..semua cam segan2 je lagi...yg lebih2 nak segan tu aku la...ahahha....next time kita jumpa lagi...penang ngan kedah bukan jauh sangat pon...
aku seorg penakut kucing dan sayur..jangan tanya kenapa sebab aku sendiri x tahu..aku seorg yg sangat pemalu dan pendiam hanya di depan org2 yg x aku kenal dan baru aku kenal..dah kenal lama dengan org aku akan jadi seorg yg paling banyak cakap dan gelak kuat..
Sunday, July 25, 2010
Thursday, July 08, 2010
MYVE LIMITED EDITION...
semalam aku hantar KACAK pegi workshop...akibat kecederaan dilanggar orang...sedih kott...
lepas hantar KACAK...aku dengan abang pegi show room Perodua member abang kat Alor Setar...tempat dimana aku bertemu dengan KACAK...owhh...heeeee
kitorang nak tgk myvi baru laa kat sana...2 hari sebelum tu dah ternampak satu myvi yang disembunyikan di celah2 myvi lain kat gudang di jitra...terasa macam itu kot myvi baru limited edition yang dimaksudkan...tapi dalam hati terfikir...kenapa semuanya nampak sama je macam myvi yang sebelumnya....
jadi semalam...segala kemusykilan terjawab depan mata...memang betul myvi yang kitorang tgk kat gudang di jitra tu myvi baru ni....


sedikit info pasal myvi ni...khabar nye hanya ada 5000 unit sahaja...kira agak limited jugak la kan...x semua orang akan ada kereta yg sama...kalau ada pon cuma antara korang 5000 orang tu je la...
The Myvi Exclusive Edition comes with 14-inch alloy rims,

seat pula adalah dari material fabric...nampak macam sporty jugak sikit2...tapi susah nak jaga..tambah2 kalau ada budak2 nakal yg naik...jadi kereta ni sesuai dengan orang yang betul2 pandai jaga kereta...dan orang yang bujang...ehehhehe kalau family tu sayang la kalau kusyen ni kotor...nak kena basuh pulak satu hal lain pulak....
ini pon salah satu barang exclusive la aku kira...sebab ada tulis LE kan kat situ...sama juga dengan seat dia...ada tulis LE....
selalunya cermin ni ada kat bahagian penumpang je kan...tp kali ni..untuk myvi LE ni...cermin ni turut disediakan di bahagian pemandu juga...
new finishing dihasilkan...ketara sesuai untuk gadis2 je la kan...kalau ada lelaki diluar sana yang berkenan...tak salah kot...tp mungkin pikir 4,5 kali jugak laa...
chrome inner door handles...memang lain dari model2 myvi yang sebelum2 ni...tp nampak macam plastik skit laa...sorry ye...saya kurang berminat di situ...

The built-in 2-Din Audio System with CD Player, MP3/WMA, Universal Serial Bus (USB) is also available to keep the driver entertained. There is also a Bluetooth feature for those looking for a hands-free alternative while driving.

model ni dihasilkan dengan transisi auto sahaja...tiada manual...korang boleh pilih sama ada nak ambil warna Ebony Black,Ivory White atau Dazzling Red...tapi...kalau korang ambik warna hitam atau putih...orang tak akan perasan yang kereta tu adalah Myvi LE...sebab daripada sudut pandangan luaran model ni sama je dengan model2 myvi yang lain...bezanya hanya dapat dilihat pada bahagian belakang kereta yang ada Exclusive Grademark ini...

selebihnya...orang akan tahu kereta anda tu model LE bila mereka ni jenis yang busy body...ehhehehe...kiranya yang suka nak tilik2 kereta la kan...bahagian dalaman je yang nampak ketara perbezaan nye berbanding model2 myvi yang lain....
secara keseluruhannya aku rasa model kali ni x ada bezanya yang banyak sangat la berbanding model2 yang sebelum ni...apa yang aku perasan tentang model baru ni...
- bumper depan dan belakang sama dengan model Myvi yang lama
- rare lamp sama dengan Myvi SE yang baru tu ( Myvi Orange )
sedikit kekurangan myvi ni....sayang seribu kali sayang la....model ni datang dengan warna yang cantik....tapi xde spoiler...kalau ada spoiler cun la jugak kan...lepas tu plak model kali ni cuma didatangkan khas untuk orang2 yang tak reti tukar gear...haduiii....auto je pulak kan...kalau ada manual kan best....enjin pulak 1.3 je...aku dengar cerita...tahun depan akan keluar Myvi baru dengan enjin 1.5 dan body 100% PASSO...adakah benar berita ni yang aku dengar????kalau lah betul...perghhhh memang menggedik la aku nak mintak tukar enjin SI KACAK aku nih...
banyak pulak aku membebel...tapi serius aku nak simpan duit nak upgrade enjin KACAK...bagi laju lagi boleh???
Subscribe to:
Posts (Atom)
