Assalamualaikum W.B.T...
dah lama tak update blog ni...kali ni nak cerita dan kongsi pengalaman aku dalam bidang seni mempertahankan diri yang baru aku ceburi sejak 2 tahun yg lepas...sepanjang 2 tahun aku terlibat dalam bidang ni aku baru berani menyertai 3 pertandingan seni mempertahankan diri...
pertama kali aku menyertai Kejohanan Terbuka Taekwondo WTF anjuran Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang...kejohanan berlangsung pada 22 hingga 24 januari 2010....
kali kedua aku menyertai Kejohanan Taekwondo WTF anjuran Majlis Sukan Universiti Malaysia ( MASUM ) bermula dari 22 hingga 30 mei 2010 yang berlangsung di USIM, Nilai...
kali ketiga..kejohanan terbaru yang aku join...baru je balik semlm...aku menyertai Kejohanan Seni Mempertahankan Diri anjuran Belia Negeri Perak yang berlangsung dari 22 hingga 25 julai 2010 di Ipoh, Perak....
daripada pengalaman yang aku dapat...ada banyak sangat perbezaan peraturan sparring antara WTF dengan GTF...antaranya :
MASA : GTF - 1min lawan = 1 round
WTF -2min lawan, 1min rehat, 2 min lawan, 1min rehat, dan 2 min lawan = 1 round
TEKNIK : GTF - boleh guna kaki dan tangan
WTF - guna kaki saja
KESELAMATAN : GTF - glove,kasut,head gear,shin guard
WTF - vest, head gear shin guard, arm guard, mouth guard, female
guard/ball guard
PEMARKAHAN : GTF - tendang asal sentuh badan lawan je pon dah boleh dapat markah..takde
power pon dapat markah..tangan boleh digunakan untuk menumbuk
dan menahan daripada ditumbuk...
WTF - tendang mesti ada power...tendang sampai ada bunyi bila kaki kena
vest yang dipakai pihak lawan...tangan langsung tak boleh digunakan
untuk menumbuk pihak lawan..
SHOUTING - shouting disini maksud aku bukan sokongan daripada penyokong yang datang...tetapi peserta itu sendiri...kalau dalam WTF , peserta boleh mengeluarkan suara yang dikurniakan tu...tapi dalam GTF kita tak boleh kerap guna suara yang ada...nnt tak pasal2 kena WARNING....
walaupun terdapat perbezaan antara WTF dengan GTF...matlamat kedua2 nya sama saja..nak menumpaskan pihak lawan...
seronok bila join tournament kat merata2 tempat...bukan setakat dapat berjalan ke tempat orang...malah dapat menambah lagi ramai kenalan...
selamat berkenalan kepada navin,omar,muzakir,najmi,ang, dan sorang lagi merangkap coach muda kita...aku tak tau nama ko...xsempat nak tanya...kita pon tak sempat nak sembang banyak kan...masing2 dengan hal masing2...sibuk training...lepas tu kita pon baru nak kenal2..semua cam segan2 je lagi...yg lebih2 nak segan tu aku la...ahahha....next time kita jumpa lagi...penang ngan kedah bukan jauh sangat pon...
No comments:
Post a Comment