nak mula dari mana pon aku taktau dah ni...sebab dah lama sangat aku tak update blog ni...tp dalam kepala ni ada banyak sangat memori indah yang nak aku coretkan dan kongsi dengan korang yang menjadi pembaca setia blog ni...walaupon bilangan korg tu boleh dikira dengan jari tangan je....tapi aku berterima kasih pada korang semua...
hmmmm....nak mula dari mana ya...kita mula dengan cerita cupcakes lah ye...minggu lepas adalah minggu konvokesyen uniMAP...sehari sebelum mula pesta konvo ni...ada lah sorang minah ni datang dengan idea gila dia...asalnya dia jumpa aku sebab nak buat confirmation berkaitan cupcakes yang dia order untuk birthday boyfriend dia...tiba2 dia keluarkan idea gila kentang kat aku dengan anis...boleh pulak kan tiba2 terkeluar idea gila nak jual cupcakes kat pesta konvo last2 minute ni...esok gerai nak mula dah...kitorang baru nak datang idea,baru nak cari gerai kosong...sah2 la semua gerai dah penuh orang ambik...nak tak nak..terpaksa tebalkan muka minta tumpang gerai sorang classmate aku yang buka gerai kat tapak pesta konvo tu...nasib baik dia bagi tumpang...
bermula la kerja yang menyeksakan aku...aku yang paling teruk terseksa sebab dalam satu malam aku nak kena siapkan 154 biji cupcakes...aku terpaksa berjaga sampai ke subuh nak siapkan cupcakes tu semua...berjaga sampai ke subuh tu baru siap cupcakes kosong tau dak...belum deco2 lagi...tapi aku terpaksa kemas semua alatan dan bahan2 untuk deco cupcakes dan bawa ke perlis...aku ada kelas pukul 8 pagi tau tak...gila tak tido langsung satu malam...tp kelas tetap pergi...tiada istilah ponteng kuliah tanpa sebab...lepas kuliah...aku angkut semua barang2 dengan cupcakes balik hostel dan memaksa buruh2 kasar yang ada untuk tolong aku deco semua cupcakes tu...aku nak tido dulu...penat gila semalaman tak tido...bangun bersiap angkut cupcakes dengan bahan2 deco...pecut 120km/jam ke Arau melalui jalan dengan had laju 90km/jam...ok...bersiap sedia tunggu surat saman sampai kat rumah....
hari pertama kitorang letak cupcakes kat gerai di tapak pesta konvo pada hari pertama mulanya pesta...hasil jualan agak tidak memberangsangkan...daripada 154 biji cupcakes yang dibungkus dalam satu kotak yang mengandungi 3biji cupcakes setiap satu...hanya 5 atau 8 kotak saja yang terjual kata tak salah aku...sangat mengecewakan...ye la kan..mana tak kecewa...aku bersengkang mata sorang2 kat dapur nak siapkan cupcakes tu...pastu pegi kelas dengan mata panda nya...tgk2 hasil jualan langsung tak menampakkan pulangan modal...sampai habis pesta..cupcakes tak terjual banyak mana pon....tapi aku pujuk hati...kita nak berniaga ni untuk suka2...bukan nak cari keuntungan sangat pon...itu niat yang awal2 lagi aku dah pasang dalam hati aku...
masuk hari kedua...aku dengan share partners aku mencari jalan altenatif untuk menjual cupcakes kitorang...nampak nye...usaha kami berjaya...dan nampaknya jugak...hasil penjualan di hostel lebih memberangsangkan berbanding di tapak pesta...ada orang kata masa hari pertama kitorang letak cupcakes kat tapak pesta tu...kebanyakan customer yang datang mencari aku, orang yang bertanggungjawab membakar cupcakes...tp aku dah lepaskan kerja2 menjual cupcakes pd share partner aku...sebab aku nak pegi layan Clash of The Band...jadi nya aku dan kawan2 yang lain dah dapat mengenalpasti faktor yang mempengaruhi hasil jualan cupcakes kami...
lagi satu faktor yang dapat aku kenal pasti...kitorang silap hari letak cupcakes tu...sepatutnya kitorang letak pada hari ke-3 atau ke-4 pesta..sebab pada hari2 tersebut la ramai graduan yang dah sampai ke perlis...aku cuma mampu untuk bertahan tak tidur selama 2 hari...lepas tu aku dah tak larat dah...sebab hari2 aku ada kelas jam 8 pagi...gila la kan...dah la aku nak kena berjaga sampai subuh...lepas tu aku nak kena angkut semua cupcakes masuk dalam kereta...lepas tu aku jugak yang kena drive kereta dari jitra ke perlis...sungguh aku cakap penat...tak tahan...aku target untuk habiskan cupcakes tu pada hari ke-3...Alhamdulillah, Allah S.W.T mempermudahkan segala nya...habis jualan cupcakes bermakna aku dapat enjoy puas2 kat pesta tu...dapat layan Tilu, final Clas of The Band, Grey Sky Morning...sempat aku habiskan duit beli album Tilu dengan Ahdan Salleh...Tilu tu mmg aku dah kenal dan biasa dengar lagu dia...tp Ahdan Salleh ni aku tak pernah kenal pon...tp mcm mana aku boleh terbeli album dia...sebab masa aku singgah kat booth yang jual album dia tu...aku tgk tajuk2 lagu dalam album dia tu cam menarik...dah la harga pon murah...rembat je la terus kan...bila dengar lagu2 dalam album tu...memang berbaloi2 lah...kalah iklan celcom tu....tak rugi aku beli album Ahdan Salleh ni...lagu2 dalam album Tilu pon semua best2....semua nye kena dengan jiwa aku...memang terbaik lah....
kesimpulan yang aku boleh buat sepanjang seminggu berlangsungnya pesta konvo ni...sepanjang semiggu ni jugak lah aku tidur jam 4 pagi tak pon 5.30 pagi....badan penat jangan cakap lah...tapi enjoy punya pasal...semua penat hilang...nasib baik jugak minggu ni takde assgmnt, lab report ke mini projek ke yang nak kena submit...sebab tu boleh enjoy sakan...
segala kenangan manis sepanjang seminggu pesta konvo ni insyaAllah akan terus kekal dalam ingatan aku...kenangan berniaga dengan kawan2...memang best walaupun penat dan kelam kabut....tapi itu semua pengalaman kan...yang penting impian korang nak cuba berniaga dan dapat keuntungan hasil berniaga tu tercapai...TAHNIAH Sofea, Anis, Azila, Siti, Bro....
No comments:
Post a Comment