Saturday, December 31, 2011

31-12-2011

Assalamualaikum...

hari ni merupakan hari terakhir dalam tahun 2011...

banyak perkara yang berlaku dan merubah hidup aku dalam tahun 2011 ni...

jom aku cerita satu persatu....

1. Umur

hehehhe part umur...semesti nya setiap tahun umur aku akan semakin meningkat...hari ni dalam tahun 2011, hari terakhir aku berumur 24 tahun....esok dah masuk 25 tahun..tapi bukan secara rasmi lagi....


2. Belajar

tahun ni aku berjaya menamatkan pengajian aku di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan (Kepujian)...pada 18 September 2011...merupakan hari yang bersejarah dalam hidup aku...aku bangga kerana berjaya menghabiskan hari2 kuliah aku di Universiti Malaysia Perlis....aku gembira sebab setelah hampir 3 tahun aku bertungkus lumus belajar kat perlis...cuma mama,bapak dan adik beradik aku je yang paham macam mana keadaan aku sepanjang 3 tahun di Universiti ni...macam mana situasi aku nak menghabiskan sisa2 3 tahun aku untuk menggenggam segulung ijazah....

hanya keluarga aku yang tahu macam mana setiap kali mama dengan bapak tanya pasal pelajaran aku...setiap kali itu lah jawapan yang aku bagi sangat2 menghampakan mereka...aku tahu...aku tak patut buat mama dengan bapak risau...tapi itu lah yang sebenar nye terpaksa aku tanggung...setiap hari aku ke kelas,mengadap kuliah,kuiz,assignment,test,lab,final exam....semua nya sangat berat untuk aku terima dan hadapi dengan tenang...sebab apa??

sebab aku SANGAT tak berminat dengan kursus yang aku ambik waktu tu...aku memang FAIL dengan Chemistry dan Physics...tak ketahuan aku dibuat nya bila setiap semester aku kena belajar subjek2 yang byk kaitan dengan 2 subjek utama ni...memang dari zaman sekolah lagi aku tak minat dengan 2 subjek ni....

tapi demi masa depan aku, dan demi memenuhi impian mama dengan bapak nak tengok aku berjaya dan hidup senang masa depan nanti...aku tekad kuatkan semangat aku untuk berusaha belajar habiskan jugak ijazah aku ni....

walaupun result setiap semester tak sebaik waktu aku sekolah atau waktu diploma aku dulu...tapi sekurang2 nya aku tak GAGAL dan membolehkan aku DIBUANG dari Universiti...Alhamdulillah aku bersyukur....

sepanjang belajar kat Universiti...satu benda yang sampai sekarang buat aku rasa bangga dengan diri sendiri....

aku ni memang sorang yang SANGAT PEMALU....dari zaman sekolah lagi...aku tak berminat nak berpersatuan aku join mana2 kelab kat sekolah...sampai masuk poli pon sama...aku paling tak suka KO-K....tapi bila masuk Universiti ni...aku berubah...terima kasih pada Apai dan Kak Murina....terima kasih kepada Sahabat2 dr Kelab Taekwondo Unimap...korang semua dah ubah angah dari seorang yang PEMALU jdi kurang skit malu nye...hehehe bukan tak malu langsung....
sampai bila2 angah akan ingat setiap semangat yang korang semua bagi untuk aku....

kini...aku sudah boleh menarik nafas lega dan memulakan hidup baru aku....


3. Kerja

18 September 2011....secara rasmi nya aku bekerja di Tyansu Energy Sdn Bhd sebagai Project Executive....mungkin jawatan aku ni tak sehebat mana jika nak dibandingkan dengan kawan2 aku yang lain....tapi aku bersyukur....aku bersyukur sebab aku tak perlu menunggu lama untuk mendapatkan pekerjaan dalam zaman yang penuh persaingan sekarang ni...alhamdulillah...sekurang2 nya aku dapat meringankan beban keluarga aku...

walaupun gaji yang ditawarkan tak sebesar mana...tapi aku masih bersyukur dengan rezeki yang DIA beri untuk aku...

dan kini...aku terus memulakan hidup aku sebagai seorang pekerja dan bukan lagi pelajar....


4. Keluarga

aku bersyukur kerana sehingga ke hari ni...keluarga aku sentiasa ada di belakang aku...

tahun ni..achik dah pon habiskan pengajian dia di peringkat Diploma dan menunggu peluang untuk sambung Ijazah pulak...insyaAllah akan ada rezeki dalam tahun 2012 nanti...

tahun ni...adik min dah habiskan zaman persekolahan dia...insyaAllah result SPM tahun akan keluar...dan insyaAllah adik akan dapat result yang terbaik...

tahun ni...tahun terakhir bapak bekerja...27 Disember 2011...secara rasminya bapak menamatkan khidmat sebagai seorang Pegawai Perhutanan di Kedah...

tinggal mama je yang masih bekerja....dan untuk abang...insyaAllah akan ada rezeki untuk abang tahun 2012 nanti...


5. Sahabat

tahun 2011 banyak pahit manis yang aku lalui bersama Sahabat aku...terima kasih kepada korang semua kerana banyak melalui saat2 pahit manis bersama aku...

tahniah buat Sahabat yang telah melangsungkan perkahwinan pada tahun ini...semoga hubungan yang dibina akan berkekalan ke akhir hayat....aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk korang...

tahun ni banyak mengajar aku erti Persahabatan...banyak sangat yang aku belajar...aku belajar untuk lebih menghargai Sahabat aku....supaya aku boleh tahu siapa yang benar2 Sahabat dan siapa Kawan....

dan kini aku tahu siapa Sahabat dan siapa Kawan aku....bukan aku tak menghargai Kawan2 aku...aku bersyukur kerana masih ada insan yang sudi berkawan dengan aku....tapi Sahabat melebihi kerana mereka terlalu bermakna dan penting dalam hidup aku...Sahabat aku dah jadi macam keluarga aku yang kedua....

susah aku nak luahkan...tapi hanya aku yang dapat merasakan keikhlasan Sahabat aku menerima aku...terima kasih sangat2...tak perlu rasa nya aku senaraikan kat sini siapa Sahabat aku...sebab aku tahu...korang sendiri tahu di mana nama korang yang dah aku letak....aku bersyukur akhir nya aku bertemu dengan Sahabat sejati yang akan sentiasa ada bila saat aku sangat memerlukan Sahabat untuk aku luahkan masalah dan perasaan aku...

setiap perasaan suka atau duka...kita tak pernah rahsiakan antara satu sama lain..setiap masalah yang ada akan cuba kita sama2 selesaikan....kita takkan pernah tinggalkan Sahabat kita yang ditimpa masalah tak kira besar atau kecil masalah tu...kita akan tetap bersama...


6. Cinta

haaaaa....di kala umur sekarang ni...memang ramai lah pulak yang bertanya soalan ni kat aku kan....sampai ke hari ni aku masih belum jumpa lagi Cinta tu...mungkin belum sampai masa nya lagi....mungkin banyak lagi perkara yang lebih penting untuk aku fikirkan selain daripada perkara yang satu ni...

mungkin jugak sebab aku ni terlalu cerewet memilih...dan mungkin jugak sebab gaya hidup aku yang tak macam perempuan sejati...ahahah sampai perangai,cara berjalan,cara bercakap...semua nye tak de lemah lembut cam perempuan...lelaki tengok pon tak lalu...ahahhaha

aku tak kisah...aku selesa dengan hidup aku sekarang ni...tak terikat dengan sesiapa...cuma terikat dengan keluarga dan Sahabat aku....

tapi siapa tahu kan...kalau2 tahun 2012 nanti Cinta tu datang...ahahha dengan harapan...dalam angan2 je la dulu...

buat masa sekarang ni...Kerja dan Keluarga lebih penting......


SELAMAT TINGGAL 2011...

SELAMAT DATANG 2012....

** ESOK 01-01-2012 aku kerja...tak cuti pon....
** tahun ni bertahun baru di negeri orang tanpa keluarga tercinta....


Thursday, December 29, 2011

MY HEART...

YOU MAKE MY HEART BEAT FASTER...

YES YOU!!!!


Tuesday, December 27, 2011

SELAMAT HARI JADI BAPAK...



ASSALAMUALAIKUM...

hari ini merupakan hari besar dan hari penting yang perlu ada dalam ingatan aku setiap tahun...
alhamdulillah...sehingga ke hari ini aku masih bersama insan yang paling penting dalam hidup aku..
alhamdulillah...sehingga ke hari ini aku masih berpeluang melihat wajah insan yang aku sayang...

hari ni merupakan hari ulangtahun bapak aku...MOHAMAD RASID BIN ISMAIL...





hari ni genap usia bapak 56 tahun...
hari ni secara rasmi nya bapak sudah pon menamatkan khidmat sebagai PEGAWAI PERHUTANAN di JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH...

bapak,

terima kasih sebab membesarkan angah dan adik beradik yang lain dengan sempurna...
terima kasih sebab tak pernah abaikan kami semua...
terima kasih sebab besarkan angah dalam keadaan serba mewah...
terima kasih sebab banyak bagi nasihat kat angah macam mana nak hidup...
terima kasih untuk segala-gala nya...


** tak boleh nak menulis lagi dah...biar aku simpan segala2 yang lain tu dalam hati aku....

Friday, December 23, 2011

SELAMAT HARI ULANGTAHUN RURYNEE...



ASSALAMUALAIKUM..

saat aku menulis sekarang...aku sedang berada di Jitra...

berada di Jitra membuatkan aku rasa rindu pada seseorang yang menyambut ulangtahun yang ke 23 pada hari ini...

aku mula kenali dia pada masa aku masih lagi menuntut di Universiti Malaysia Perlis..
aku mula kenali dia pada masa aku masih lagi setahun jagung dalam Taekwondo...
aku mula kenali dia pada masa aku masih lagi mencari2 kenalan untuk dijadikan sahabat..

dan aku bersyukur....
akhir nya Allah temukan aku dengan dia pada hari perjalanan kami ke Universiti Sains Malaysia untuk pertandingan terbuka Taekwondo...

mendengar cerita tentang kehebatan dia dalam semua bidang sukan membuatkan aku sangat teruja untuk lebih mengenali dia...

selepas berkenalan secara singkat di USM...
hubungan persahabatan dieratkan lagi apabila aku,dia dan rakan2 Taekwondo lain berkampung selama sebulan untuk menjalani latihan persediaan menyertai pertandingan Taekwondo anjuran Majlis Sukan-sukan Universiti Malaysia...

kemesraan ini ditebalkan lagi apabila di semester akhir aku dan dia, di Universiti Malaysia Perlis...kami diizinkan untuk tinggal sebumbung...

hubungan kami semua sudah seperti sebuah keluarga baru...

aku sangat bersyukur kerana memiliki dia sebagai salah seorang ahli TEMAN aku yang sejati...

aku sangat bersyukur kerana memiliki dia sebagai salah seorang pembakar semangat aku untuk terus berjuang...kerana aku adalah insan yang sangat lemah

aku sangat bersyukur kerana memiliki dia sebagai salah seorang TEMAN yang setia menemani aku disaat aku amat memerlukan...


aku sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan dia untuk aku...


SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN YANG KE-23 RURYNEE ROSLAN...





*** kau antara yang teristimewa dalam hidup aku

Wednesday, December 21, 2011

HUJUNG MINGGU YANG JAUH..

Dalam bulan Disember 2011 kali ni...setiap hujung minggu aku..aku habiskan dengan berjalan-jalan je ke tempat2 yang jauh dari Kemaman...

Minggu Pertama

aku dengan Rudy pergi KL...main ice skating kat Sunway Pyramid dengan Azila, Rynee, Anis....

perjalanan dari Kemaman ke KL cuma mengambil masa 3 jam perjalanan pergi sahaja...

pergi hari khamis...balik hari sabtu...



Minggu Kedua

aku dengan adik naik bas balik Jitra untuk menghadiri hari bahagia sekali seumur hidup Anis...

perjalanan dari Kemaman ke Jitra dengan bas mengambil masa 11 jam berbanding dengan naik kereta yang cuma mengambil masa 8 jam perjalanan pergi sahaja...(tobat aku tak naik bas dah lepas ni)

pergi hari khamis...balik hari sabtu....



Minggu Ketiga

aku dengan keluarga aku pegi kenduri jiran lama kat UDA (Johor)...kenduri Kausar...terima kasih banyak2 sebab masih ingat dan sudi menjemput kami sekeluarga...maaf sebab tak sempat nak tunggu pengantin siap mekap...maaf sebab kelam kabut nak balik cepat....maaf sebab cuma datang makan,bawak hadiah kecik,sembang sekejap saja....

perjalanan dari Kemaman ke Johor Bahru mengambil masa 7 jam perjalanan pergi sahaja...

pergi hari jumaat...balik hari sabtu....



Minggu Keempat ( bakal berlaku esok )

aku dengan Rudy akan bertolak balik ke Kelantan...sebab nak tolong keluarga aku dari Kedah punggah barang2 pindah ke Kota Bharu...sedih dan terkilan sebab tak dapat sama2 tolong punggah barang dari Kedah...tak sempat nak tengok buat kali terakhir kuarters yang bakal ditinggalkan hujung tahun ini...

perjalanan dari Kemaman ke Kelantan mengambil masa 5 jam perjalanan pergi sahaja...


pergi hari khamis...balik hari sabtu....

Sunday, December 18, 2011

JOHOR BAHRU..

Assalamualaikum...

kenapa entry pasal Johor Bahru...ehehhe

dah hampir 10 tahun aku tinggalkan Johor Bahru lepas aku ikut bapak aku yang berpindah ke Kedah....masa pindah tu aku baru saja habis UPSR...masuk form 1 baru x sampai 2 bulan kat Sultan Ibrahim Girls School...lepas tu aku ikut keluarga aku pindah ke Kedah...sambung sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra...

sekarang ni...aku dah pon bekerja...baru lah aku berpeluang sekali lagi untuk ke Johor Bahru...itu pon sebab aku mendapat jemputan kenduri kawen jiran lama masa kat Bandar Baru Uda dulu....dah lama jugak tak jumpa diorang semua...sembang2 sekejap je kadang2 kat Facebook...

jemputan kawen pon dapat melalui Facebook je...

hari kamis....fam aku dari Kedah sampai di Kemaman....diorang sampai agak lewat jugak...dan aku dh pon tertido masa menunggu diorang sampai...

esok nya...hari jumaat...lepas lunch baru kitorang gerak ke Johor Bahru...sepanjang perjalanan hujan lebat..biasa lah cuaca hujung tahun kat Pantai Timur ni....dipendekkan cerita...kitorang sampai kat JoHor betul2 masuk waktu Maghrib....kitorang check in kat Hotel Seri Malaysia Larkin...perghh...setiap laluan nak ke Seri Malaysia tu buat aku teruja...kepala melilau ke sana sini tengok banyak sungguh perubahan kat sana sejak aku pindah ke Kedah...

lepas solat Isyak...kitorang keluar makan kat Restoran Singgah Selalu dengan kawan bapak...Uncle Chin...kawan bapak yang berbangsa Cina yang wajib kitorang jumpa kalau turun ke JoHor Bahru...lepas lepak makan2...bapak ajak ronda2 bandar Johor Bahru...aku teringin nak tengok taman perumahan kitorang dulu, sekolah rendah aku dulu, sekolah agama aku dulu....

perasaan yang tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata...memang seronok...sebab bila lalu kat satu2 tempat tu...mesti ada je kenangan yang menerpa ke dalam kepala...masing2 pon akan cakap...
  • haaa kat sini la dulu kita selalu lepak makan...
  • haa kat sini la adik min dok ajak main buaian tiap2 malam...
  • haa jalan ni la slalu angah lalu bila habis kelas tambahan...
  • haa ni lah umah orang kaya yang tiap2 tahun mesti buat jamuan kat umah dia, then jemput budak2 sekolah SKBU (2) pegi makan kat umah dia...
  • haaa ni sekolah agama kita dulu...
  • haaa besar nye sekolah rendah kita...
  • haaa ni rumah lama kita dulu...
  • haaa ni rumah yang dulu jadi tadika achik...
  • haaa ni rumah abang Jerry
  • haa ni rumah aunty Norly
  • haaa ni rumah aunty Ros
  • haaa ni rumah Kak Roza
  • haa ni rumah aunty Kiah

banyak lagi benda2 yang nak dicakap...siap ambik2 gamba sekolah lah..ambik gamba sign board taman lah...seronok...



hari sabtu...lepas breakfast...jumpa dengan kawan mama sekejap...pakcik Razak...banyak perkara yang pakcik Razak cerita dan bagi nasihat kat kitorang semua..terima kasih banyak2 pakcik...

lepas check out hotel...kitorang terus ke rumah pengantin...rumah pengantin kat Pulai...pengantin dan keluarga merupakan jiran lama masa kat Padi Ria 18 dulu....aku memang excited nak jumpa diorang semua...ye lah...masa kecik2 dulu selalu main sama2 depan rumah tu...pastu tusyen sama2...pegi sekolah sama2...ahhaaha memang best bila ingat balik kenangan zaman budak2 dulu...

sekarang ni masing2 dah besar dah kerja...kak Kausar pon dh nak kawen...tahniah kak Kausar...terima kasih sebab jemput family kitorang....dah lama kita tak jumpa...tapi kak Kausar ngan fam ingat lagi kat kitorang...itu yang rasa happy sangat2....

tapi sorry kitorang tak boleh stay lama...kalau ikut kan hati...memang nak stay lama2...sebab banyak benda yang nak borak dengan semua...tapi masa tak mengizinkan...sempat curi2 borak sekejap je...ehehhee

adik beradik kak Kausar dah jumpa semua...tinggal kak Min je tak sempat jumpa....xpe2...aunty Kiah kata nnt Kak Min punya turn kenduri kawen boleh jumpa lagi...insyaAllah....terima kasih banyak2 ye sekali lagi sebab jemput kitorang yang jauh ni...

Selamat Pengantin Baru kak Kausar...


Sunday, December 11, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU ANIS & FAIZ....

ASSALAMUALAIKUM...

aku bersyukur kerana dapat juga aku sama-sama meraikan hari besar salah seorang TEMAN aku...

mula-mula tu aku dah frust sangat sebab tak dapat balik jitra untuk kenduri anis...tapi alhamdulillah...Allah bagi rezeki kat aku...ada jugak tiket bas hari kamis malam ke jitra...kamis lepas kerja kul 5.30 petang...aku pegi makan dulu dengan sepupu dan adik aku...lepas makan kitorang balik dan bersiap nak ke kuantan...dari kuantan...bas bergerak jam 9 mlm dan aku sampai di jitra jam 8.30 pagi (jumaat)...

sampai di jitra bapak dah tunggu aku dengan adik kat stesen bas tanah merah...balik rumah..mama dah siap masak nasi goreng...sembang2 dengan mama dulu...then mandi...sebab anis call ajak teman dia pegi mekap untuk nikah petang nnt...

lepas mandi...siap2...aku , acik dengan adik pegi butik Romzy...anis dengan pia dah ada kat sana...anis tengah tunggu nak mekap...rynee dengan zila on the way ke jitra...tunggu anis mekap kali ni memang lama gila...sampai mengantuk aku menunggu...tp nasib baik ada pia...boleh borak-borak...

lepas siap mekap...aku bawak kereta anis hantar dia balik ke rumah..sampai rumah anis...masa tu dah kul 3 lebih2 nak dekat kul 4 petang...dorang bajet nak ke masjid kul 4.20 petang...aku jadi bidan terjun...menyiapkan anis...tak pernah aku siapkan pengantin...tapi anis dah bagi aku peluang merasa pengalaman menyiapkan pengantin...aku siapkan anis dalam kul 4 petang camtu...pastu aku kelam kabut balik rumah nak tukar baju kurung plak...aku x sempat lg nak cari baju kurung...tak tau pulak anis ajak ikut dia sampai ke masjid...aku sampai masjid lebih kurang kul 5 petang...sama2 sampai dengan rynee n zila...

nasib baik masa sampai tu majlis tak mula lagi...ini kali kedua aku ikut majlis akad nikah kawan sendiri...yang pertama dulu diyana...kali ni anis...tapi untuk anis ni...aku rasa paling meninggalkan memori untuk aku...sebab aku terlibat secara langsung dari awal sebelum majlis sampai habis majlis...

Alhamdulillah...dengan sekali lafaz saja, anis sah menjadi isteri kepada faiz...tahniah ye anda berdua...pia jadi orang penting anis masa akad nikah...ehhehe aku lupa nak bawak kamera...kalau tidak aku dah simpan gamba ko dengan anis dok depan tok kadi tu....

lepas majlis akad nikah...kitorang semua bergerak ke rumah anis...ada kenduri kecik2...lepas makan kitorang balik rumah aku kat taman gemilang untuk berehat...malam nnt anis ajak teman dia pegi ambik doorgift yang dia pesan kat alor star...

kitorang lepak sekejap kat tesco stargate sambil minum sembang2...ye lah kan...mlm terakhir kitorang berlima lepak sama2...anis pon dah bertukar status dah...risau jugak aku bawak pengantin baru jalan malam2...darah tengah manis lagi kan...alhamdulillah kitorang selamat pegi dan balik ke rumah pengantin...

sampai di rumah pengantin...ahhaha terlaksana hajat pia,rynee ngan bro nak kerjakan anis....kesian anis menjerit2 dia dlm keta tu...ahhahaaa

aku biar achik balik rumah dulu...sebab aku,pia,rynee ngan zila nak tolong anis siapkan doorgift dia untuk kenduri esok...lepas siap doorgift semua...anis mintak tolong siapkan bilik pengantin dengan dulang2 hantaran dia...seronok nye kitorang semua sebab dapat sama2 bagi idea dan keringat untuk majlis besar anis...penat pon tak terasa...lepas dah siap semua...kitorang bergerak balik ke rumah aku kat taman gemilang...esok nak kena bangun awal....

hari sabtu...(101211)
majlis kenduri anis....
anis pegi mekap dekat butik Romzy...aku,pia,rynee ngan zila bersiap kat rumah aku je...lepas tu kitorang berjumpa kat rumah anis...azila jadi Cik Pengapit anis....comey dan ayu je dia bermekap...ehehhee caya la bro...

masa pengantin lelaki sampai...zila dengan rynee keluar temankan anis...aku dengan pia dok dalam rumah standby untuk keluarkan hantaran anis dari bilik pengantin.....tapi sayang...tengah kalut2 susun hantaran...aku tak tertengok pon hantaran dari faiz untuk anis...huhuhuu....

sesi bergambar...wajib lah....nasib baik photographer wedding anis sporting...dia rajin pulak dok snap2 gamba kitorang berlima...tengkiu....

angah terpaksa gerak balik awal sebelum majlis habis..sebab angah nak kena balik kemaman dah...esok(111211) angah kerja... terima kasih ye anis sebab jemput angah pegi kenduri....

terima kasih rynee,zila,pia....akhirnya kita dapat juga berkumpul semula...

** Paan...segan aku dapat hadiah jugak semalam..ahhaha mcm kenduri aku plak...anyway...aku suka sangat hadiah yang ko bg...aku dah letak kat meja ofis aku...ada sebelah PC aku ni...


TAHNIAH ANIS NABILA & YUNUS FAIZ.....

***anis...aku dah tak buat entry sedih2 untuk kau dah kan... ;)


Sunday, December 04, 2011

UNTUK ANIS NABILA...

Sejak semalam...

lepas kita semua balik ke destinasi masing2...hadir satu perasaan dalam dada aku...

sedih, sebak, berdebar2....
buat pertama kali nya semalam...kita berpegangan tangan...aku boleh hilangkan segala rasa x selesa aku untuk berpegangan tangan yang sangat2 erat dan berpelukan dengan kau...
kau sedar tak???

sepanjang perjalanan balik ke kemaman...aku diam

berfikir....

aktiviti semalam...
aktiviti terakhir kita bersama sebelum kau menamatkan zaman bujang kau...
aktiviti semalam...
aktiviti terakhir untuk aku luangkan masa seharian bersama kau...
aktiviti semalam...
aktiviti yang paling meninggalkan memori untuk aku...
aktiviti semalam...
aktiviti yang telah membuktikan kesetiaan kau dan aku...


aku terkedu bila kau beriya2 ajak aku masuk ke gelanggang ais...
sedikit pon aku tak nampak yang kau akan tinggalkan aku keseorangan di luar gelanggang...


untuk hari semalam...
akan aku simpan dalam ingatan aku sampai bila-bila...

selepas hari semalam...

hari-hari kita akan berbeza...

selepas ni kau akan menjadi seorang isteri...
selepas ni kau akan memikul satu lagi tanggujawab yang besar...
selepas ni kau akan lebih menumpukan perhatian dan masa kau untuk keluarga kau...

entah kenapa...

aku merasakan berat untuk melepaskan kau...
aku rasa takut untuk kehilangan kau...


mungkin aku takut sebab...

lepas ni takde lagi cerita-cerita untuk aku..
mungkin lepas ni aku akan jarang sms kau...
mungkin lepas ni aku akan susah nak bercakap di telefon dengan kau lama-lama...
mungkin lepas ni kita dah kurang masa untuk lepak sama-sama...
mungkin lepas ni aku akan kurang dapat mendengar celoteh kau...
mungkin lepas ni aku akan kurang dapat mendengar gelak tawa kau...


tapi tak apa...
aku merelakan semua tu pergi...
asalkan aku tahu...
kau akan terus bahagia dan gembira selepas ini...


aku mintak maaf banyak-banyak sebab aku tak dapat sama-sama meraikan hari besar kau...
sedangkan memang itu lah saat yang aku tunggu-tunggu...
saat untuk aku melihat kau diserahkan kepada seorang lelaki bernama SUAMI...

terima kasih untuk segala-gala yang dah kau buat untuk aku...
terima kasih untuk menjadi sahabat aku...
terima kasih untuk masa yang kau luangkan untuk aku...
terima kasih untuk sama-sama susah dengan aku...
terima kasih untuk kau menggembirakan aku...
terima kasih untuk duit-duit yang kau habiskan untuk belanja aku...minta dihalalkan

terima kasih Anis Nabila Abd Rahim....


ICE SKATING...




Assalamualaikum...

mcm mana nak mulakan entry pagi ni...semalm aku habiskan masa seharian dngn Anis, Azila, Rynee, Rudy, Amoi kat Sunway Pyramid...tapi Rudy dengan Amoi tak join kitorng yang lain2 ni bermain ice skate...

sebenar nye Rynee dh bawak aku pegi ushar orang2 main ice skating ni last week...last week tu pon dia dh ajak aku main..tapi aku xnak..segan...ehehhee then aku janji ngan dia nak main semalam....sebab kebetulan semalam adalah minggu terakhir Anis bergelar Cik Anis....start mggu depan dia dh jadi Puan Anis dah...so, kitorang nak have fun buat kali terakhir untuk Cik Anis sebagai orang bujang...dan kebetulan jugak...Azila datang KL temankan Rynee yang keseorangan kat rumah...


nak cerita perasaan pertama kali masuk ke ice court tu...erghh...perasaan gementar tu kurang skit je dari perasaan pertama kali aku join tournament taekwondo kat USM...ya Allah...memang cuak, sejuk panas2 je rasa....Rynee dok pujuk2 aku...dia kata rugi kalau x main..sebab aku datang all the way from Terengganu sebab nak main ice skating ni je sebenar nye...ehehhe....jadi...aku ikut jugak dorang ke kaunter tiket dengan hati yang berat jugak la kan...masa pakai kasut tu aku dok tgk je orang2 keliling...semua nampak cam muka2 dah biasa main menda alah ni...aku je yang cam jakun skit kan...

tiba masa menjejakkan kaki ke gelanggang ais...aku dah berdebar2 ni...jejak je kaki dalam gelanggang tu je dah nak menggelongsor aku rasa...licin siot....masa tu dah start gelak2 gila dah kitorang 4 beradik ni...xde nak cover2 malu even aku sebenar nye malu dengan jumlah orang2 yang memandang ke arah gelanggang ais tu...

nak berjalan memang x lah kan...dok bergayut je tepi dinding kat pintu masuk tu...Rynee dgn Azila dok ajak masuk ke tengah...Anis pon semangat jugak...tapi dlm semangat2 dia tu...ada jugak takut nya...ahahha...aku memang telah2 la penakut...badan je besar...hati kecik...gaya2 buah nak jatuh tu memang ada...siap nak slide ke belakang ke depan semua ada....then ada la ICE POLICE(orang yang jaga kat dlm gelanggang tu)...dia datang tolong konon nak pegang tangan bagi aku stable la kan...tp aku xleh blah...nak terjatuh jgk...last2 skali...part yang paling best...kitorang 4 beradik ni jatuh macam nangka busuk serentak...serentak beb aku cakap...SERENTAK...GEDEBAB!!! AHAHAHHAH

dah jatuh...apa lagi...gelak gila2 la...orang semua pandang...diorang pon nak tergelak tgk kitorang punya gelagat...minah2 gila semua ni...ahhahaha dh jatuh camtu aku pon keluar gelanggang...basah dh seluar ni...dlm hati dok pikir nak buka kasut tu pastu blah...ahaha tp rasa rugi plak bayar mahal2 kan...then aku tunggu je..kumpul balik semangat...

bila gelanggang dibuka lepas kerja2 re-surface...aku masuk dengan Anis...sebab Azila dengan Rynee dah masuk awal dah...masuk dengan Anis...kitorang dok terkapai2 kat tepi dinding tu...last2 Rynee datang dengan Azila menghulurkan tangan...perrgghhh...dah macam boifren datang hulur tangan kat awek...aku jalan2 ngan Rynee...Anis jalan2 ngan Azila...


ok...kali kedua masuk ni baru best skit...sebab dh tak jatuh lagi dah...cuma buah2 nak jatuh tu masih ada...tapi berjaya control dan bertahan berkat semangat dari Rynee...ehehhe thanks banyak2 Rynee sebab teman angah sepanjang masa...sampai kena hantar angah ke pintu keluar...ahahah lawak2...

kita semua memang having so much fun semalam...sangat2 best...terima kasih semua yang dah banyak disusahkan oleh angah...sorry sangat2...Anis sorry sangat2 sebab dah dua kali menyusahkan ko...Rynee pon sorry sangat2 sebab angah menyusahkan Rynee...siap tumpang rumah Rynee pulak lagi..Bro, thanks bro sebab finally kita dpt jumpa jgk...mummy Pia...if you were here last night...the fun that we're having will much more fun....

**thinking of Anis...dont know why....there's something inside that..........................(cant describe the feeling)