Saturday, December 31, 2011

31-12-2011

Assalamualaikum...

hari ni merupakan hari terakhir dalam tahun 2011...

banyak perkara yang berlaku dan merubah hidup aku dalam tahun 2011 ni...

jom aku cerita satu persatu....

1. Umur

hehehhe part umur...semesti nya setiap tahun umur aku akan semakin meningkat...hari ni dalam tahun 2011, hari terakhir aku berumur 24 tahun....esok dah masuk 25 tahun..tapi bukan secara rasmi lagi....


2. Belajar

tahun ni aku berjaya menamatkan pengajian aku di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan (Kepujian)...pada 18 September 2011...merupakan hari yang bersejarah dalam hidup aku...aku bangga kerana berjaya menghabiskan hari2 kuliah aku di Universiti Malaysia Perlis....aku gembira sebab setelah hampir 3 tahun aku bertungkus lumus belajar kat perlis...cuma mama,bapak dan adik beradik aku je yang paham macam mana keadaan aku sepanjang 3 tahun di Universiti ni...macam mana situasi aku nak menghabiskan sisa2 3 tahun aku untuk menggenggam segulung ijazah....

hanya keluarga aku yang tahu macam mana setiap kali mama dengan bapak tanya pasal pelajaran aku...setiap kali itu lah jawapan yang aku bagi sangat2 menghampakan mereka...aku tahu...aku tak patut buat mama dengan bapak risau...tapi itu lah yang sebenar nye terpaksa aku tanggung...setiap hari aku ke kelas,mengadap kuliah,kuiz,assignment,test,lab,final exam....semua nya sangat berat untuk aku terima dan hadapi dengan tenang...sebab apa??

sebab aku SANGAT tak berminat dengan kursus yang aku ambik waktu tu...aku memang FAIL dengan Chemistry dan Physics...tak ketahuan aku dibuat nya bila setiap semester aku kena belajar subjek2 yang byk kaitan dengan 2 subjek utama ni...memang dari zaman sekolah lagi aku tak minat dengan 2 subjek ni....

tapi demi masa depan aku, dan demi memenuhi impian mama dengan bapak nak tengok aku berjaya dan hidup senang masa depan nanti...aku tekad kuatkan semangat aku untuk berusaha belajar habiskan jugak ijazah aku ni....

walaupun result setiap semester tak sebaik waktu aku sekolah atau waktu diploma aku dulu...tapi sekurang2 nya aku tak GAGAL dan membolehkan aku DIBUANG dari Universiti...Alhamdulillah aku bersyukur....

sepanjang belajar kat Universiti...satu benda yang sampai sekarang buat aku rasa bangga dengan diri sendiri....

aku ni memang sorang yang SANGAT PEMALU....dari zaman sekolah lagi...aku tak berminat nak berpersatuan aku join mana2 kelab kat sekolah...sampai masuk poli pon sama...aku paling tak suka KO-K....tapi bila masuk Universiti ni...aku berubah...terima kasih pada Apai dan Kak Murina....terima kasih kepada Sahabat2 dr Kelab Taekwondo Unimap...korang semua dah ubah angah dari seorang yang PEMALU jdi kurang skit malu nye...hehehe bukan tak malu langsung....
sampai bila2 angah akan ingat setiap semangat yang korang semua bagi untuk aku....

kini...aku sudah boleh menarik nafas lega dan memulakan hidup baru aku....


3. Kerja

18 September 2011....secara rasmi nya aku bekerja di Tyansu Energy Sdn Bhd sebagai Project Executive....mungkin jawatan aku ni tak sehebat mana jika nak dibandingkan dengan kawan2 aku yang lain....tapi aku bersyukur....aku bersyukur sebab aku tak perlu menunggu lama untuk mendapatkan pekerjaan dalam zaman yang penuh persaingan sekarang ni...alhamdulillah...sekurang2 nya aku dapat meringankan beban keluarga aku...

walaupun gaji yang ditawarkan tak sebesar mana...tapi aku masih bersyukur dengan rezeki yang DIA beri untuk aku...

dan kini...aku terus memulakan hidup aku sebagai seorang pekerja dan bukan lagi pelajar....


4. Keluarga

aku bersyukur kerana sehingga ke hari ni...keluarga aku sentiasa ada di belakang aku...

tahun ni..achik dah pon habiskan pengajian dia di peringkat Diploma dan menunggu peluang untuk sambung Ijazah pulak...insyaAllah akan ada rezeki dalam tahun 2012 nanti...

tahun ni...adik min dah habiskan zaman persekolahan dia...insyaAllah result SPM tahun akan keluar...dan insyaAllah adik akan dapat result yang terbaik...

tahun ni...tahun terakhir bapak bekerja...27 Disember 2011...secara rasminya bapak menamatkan khidmat sebagai seorang Pegawai Perhutanan di Kedah...

tinggal mama je yang masih bekerja....dan untuk abang...insyaAllah akan ada rezeki untuk abang tahun 2012 nanti...


5. Sahabat

tahun 2011 banyak pahit manis yang aku lalui bersama Sahabat aku...terima kasih kepada korang semua kerana banyak melalui saat2 pahit manis bersama aku...

tahniah buat Sahabat yang telah melangsungkan perkahwinan pada tahun ini...semoga hubungan yang dibina akan berkekalan ke akhir hayat....aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk korang...

tahun ni banyak mengajar aku erti Persahabatan...banyak sangat yang aku belajar...aku belajar untuk lebih menghargai Sahabat aku....supaya aku boleh tahu siapa yang benar2 Sahabat dan siapa Kawan....

dan kini aku tahu siapa Sahabat dan siapa Kawan aku....bukan aku tak menghargai Kawan2 aku...aku bersyukur kerana masih ada insan yang sudi berkawan dengan aku....tapi Sahabat melebihi kerana mereka terlalu bermakna dan penting dalam hidup aku...Sahabat aku dah jadi macam keluarga aku yang kedua....

susah aku nak luahkan...tapi hanya aku yang dapat merasakan keikhlasan Sahabat aku menerima aku...terima kasih sangat2...tak perlu rasa nya aku senaraikan kat sini siapa Sahabat aku...sebab aku tahu...korang sendiri tahu di mana nama korang yang dah aku letak....aku bersyukur akhir nya aku bertemu dengan Sahabat sejati yang akan sentiasa ada bila saat aku sangat memerlukan Sahabat untuk aku luahkan masalah dan perasaan aku...

setiap perasaan suka atau duka...kita tak pernah rahsiakan antara satu sama lain..setiap masalah yang ada akan cuba kita sama2 selesaikan....kita takkan pernah tinggalkan Sahabat kita yang ditimpa masalah tak kira besar atau kecil masalah tu...kita akan tetap bersama...


6. Cinta

haaaaa....di kala umur sekarang ni...memang ramai lah pulak yang bertanya soalan ni kat aku kan....sampai ke hari ni aku masih belum jumpa lagi Cinta tu...mungkin belum sampai masa nya lagi....mungkin banyak lagi perkara yang lebih penting untuk aku fikirkan selain daripada perkara yang satu ni...

mungkin jugak sebab aku ni terlalu cerewet memilih...dan mungkin jugak sebab gaya hidup aku yang tak macam perempuan sejati...ahahah sampai perangai,cara berjalan,cara bercakap...semua nye tak de lemah lembut cam perempuan...lelaki tengok pon tak lalu...ahahhaha

aku tak kisah...aku selesa dengan hidup aku sekarang ni...tak terikat dengan sesiapa...cuma terikat dengan keluarga dan Sahabat aku....

tapi siapa tahu kan...kalau2 tahun 2012 nanti Cinta tu datang...ahahha dengan harapan...dalam angan2 je la dulu...

buat masa sekarang ni...Kerja dan Keluarga lebih penting......


SELAMAT TINGGAL 2011...

SELAMAT DATANG 2012....

** ESOK 01-01-2012 aku kerja...tak cuti pon....
** tahun ni bertahun baru di negeri orang tanpa keluarga tercinta....


2 comments:

ismiasmani@blogspot.com said...

selamat tahun baru 2012.semoga success selalu...angah@rin@ririn@azrin rasid aku doa semoga jumpa cinta sejati mu.hihi;)

Azrin said...

terima kasih .... ;)