lepas kita semua balik ke destinasi masing2...hadir satu perasaan dalam dada aku...
sedih, sebak, berdebar2....
buat pertama kali nya semalam...kita berpegangan tangan...aku boleh hilangkan segala rasa x selesa aku untuk berpegangan tangan yang sangat2 erat dan berpelukan dengan kau...
kau sedar tak???
sepanjang perjalanan balik ke kemaman...aku diam
berfikir....
aktiviti semalam...
aktiviti terakhir kita bersama sebelum kau menamatkan zaman bujang kau...
aktiviti semalam...
aktiviti terakhir untuk aku luangkan masa seharian bersama kau...
aktiviti semalam...
aktiviti yang paling meninggalkan memori untuk aku...
aktiviti semalam...
aktiviti yang telah membuktikan kesetiaan kau dan aku...
aku terkedu bila kau beriya2 ajak aku masuk ke gelanggang ais...
sedikit pon aku tak nampak yang kau akan tinggalkan aku keseorangan di luar gelanggang...
untuk hari semalam...
akan aku simpan dalam ingatan aku sampai bila-bila...
selepas hari semalam...
hari-hari kita akan berbeza...
selepas ni kau akan menjadi seorang isteri...
selepas ni kau akan memikul satu lagi tanggujawab yang besar...
selepas ni kau akan lebih menumpukan perhatian dan masa kau untuk keluarga kau...
entah kenapa...
aku merasakan berat untuk melepaskan kau...
aku rasa takut untuk kehilangan kau...
mungkin aku takut sebab...
lepas ni takde lagi cerita-cerita untuk aku..
mungkin lepas ni aku akan jarang sms kau...
mungkin lepas ni aku akan susah nak bercakap di telefon dengan kau lama-lama...
mungkin lepas ni kita dah kurang masa untuk lepak sama-sama...
mungkin lepas ni aku akan kurang dapat mendengar celoteh kau...
mungkin lepas ni aku akan kurang dapat mendengar gelak tawa kau...
tapi tak apa...
aku merelakan semua tu pergi...
asalkan aku tahu...
kau akan terus bahagia dan gembira selepas ini...
aku mintak maaf banyak-banyak sebab aku tak dapat sama-sama meraikan hari besar kau...
sedangkan memang itu lah saat yang aku tunggu-tunggu...
saat untuk aku melihat kau diserahkan kepada seorang lelaki bernama SUAMI...
terima kasih untuk segala-gala yang dah kau buat untuk aku...
terima kasih untuk menjadi sahabat aku...
terima kasih untuk masa yang kau luangkan untuk aku...
terima kasih untuk sama-sama susah dengan aku...
terima kasih untuk kau menggembirakan aku...
terima kasih untuk duit-duit yang kau habiskan untuk belanja aku...minta dihalalkan
terima kasih Anis Nabila Abd Rahim....
4 comments:
erkkk pembetulan yg kat name anis jerk... hehehe...
Saya akan jg anis nabila bt abd rahim sebaik mungkin.. dont worry =)
erkkk...ahahha terima kasih ye sbb bgtau kesilapan saya...
emosi terganggu skit sampai lupa dah nama kawan sendiri...huhuhu
terima kasih ye sebab bagi peluang kitorang lepak 2mggu berturut2...sampai urusan korang berdua tergendala...sorry sangat2...
rin..ko suka bt aku sedih2....aku perasan msa last tu..ko salam peluk aku,tp aku bt x endah hope ko x sdr...hehehe..rupanya2 ko sedar jgk...dua kali aku baca entry dua kali jgk mata aku bertakung...korg dah mcm adik beradik kandung aku dah..thanksss a lot....
anis....ahhaha...sorry entry2 aku selalu buat ko sedih...tp itu yg aku rasa..aku tulis je lah...ehehhehe
ko perasan jgk ehh...errkk malu nye
Post a Comment