Wednesday, April 22, 2009

TERJAGA DARI TIDURKU...

aku baru terjaga dari tidur aku yang sementara....
terus mengadap laptop penyeksa mata aku nih...

tadi dah tido dah...
tiba-tiba tersentap dek bunyi telefon aku....
abang aku call..
dia kata bukak tv3...
ada cerita pasal BANGKIT CLOTHING....
aku masih lagi mamai dari tidurku...

aku bertanya...
jam berapa sekarang???
jam satu jawab si pemanggil...
aahh???

ini yang membuatkan aku susah hati ni...
bila dah tidur awal...
terjaga pulak di tengah-tengah malam ni...
sah-sah la aku dah tak boleh nak pejam mata semula....

mula la tangan dan mata aku ni melilau rata...
nak mencari sesuatu yang boleh dijadikan aktiviti malam aku ni tak sunyi....

lepas aku letak panggilan abang aku...
aku terpandang skrin laptop aku....
ada pesanan yang masuk di ruangan skype aku...

paan rupanya...
dia nak minta lagu liyana jasmay...Aku Tak Percaya C.I.N.T.A.....
tangan aku laju saja menekan butang 'send file'....
lepas tu aku keluar sekejap nak menonton tv...

kononnya nak tengok cerita ' MERAHPUTEH' yang aku dah set record kat astro tadi...
sekali x di record la pulak...
aduuuhhhh kecewanya aku.....
nak buat apa ni......
nak tidur balik dah tak boleh nak pejam mata dah ni....

aku masuk bilik balik...
baca blog zahiril adzim...
dan sembang-sembang di skype dengan paan....


hah...
mesti ada yang agak hairan membaca ayat-ayat entry aku kali ni...
kenapa ayat minah ni pelik lain macam dari selalu kan...
ahahahaha....
aku sendiri pon baru perasan...
sebab aku baru lepas baca blog zahiril adzim...
sebab tu cam terikut-ikut lagi ayat-ayat dia...
haihhh...

dah la...
aku nak cuba tido balik...
esok nak kena bangun pagi...
mama dah mula bising pasal aku asyik la bangun lewat....

No comments: