Wednesday, March 17, 2010

TEST MARATHON...

semalam aku rasa adalah antara hari2 yang paling membuatkan aku tak keruan...otak bercelaru...

jam 8 pagi semua dah bermula...

pagi tu aku ada presentation BM...actually debat, tajuk kitorang ' budaya asing mencetus konlik nilai masyarakat malaysia'....topik ni agak menarik...dan aku telah pon terpilih untuk menjadi pembangkang...dan sangat susah untuk mencari isi untuk membangkang tajuk nih...sebab aku agak menyokong tajuk ni sebenar nya....rasa macam nak mengulas lebih lanjut berkaitan tajuk ni...tapi mungkin lain kali saja...perdebatan pada pagi itu agak panas...memang pagi2 lagi dah buat keadaan kelas tu panas dengan masing2 ingin menegakkan pendirian masing2...

selesai debat BM...aku ada kelas pulak dekat muhibbah...kelas elctronic dengan metallurgy....ok...serius aku mengantuk gila masa dalam kelas...dan keadaan perut juga tak berapa selesa lepas sarapan pagi tadi...

petang aku dah free...tak ada kelas...tapi sebelah malam nye pulak aku ada 2 test yang perlu aku kerjakan dan yang lebih menarik...kedua-dua test tu bermula pada waktu yang sama...dan pada mula nya aku mendapat maklumat bahawa kedua-dua ujian tersebut akan diadakan dia dua tempat yang berlainan....satu akan diadakan di Dragon, dan satu lagi akan diadakan di Kubang Gajah....dua ujian yang aku maksudkan adalah ujian Bahasa Melayu U dan ujian Keusahawanan Kejuruteraan.....setelah berbincang dengan pensyarah aku...kami sepakat untuk aku dan kawan aku mengambil ujian Bahasa Melayu U terlebih dahulu yang diadakan di Dragon...ujian ini sepatutnya bermula jam 8.30 malam...tetapi disebabkan aku perlu pula berkejar ke Kubang Gajah untuk menjawab ujian Keusahawanan pula pada jam 8.30 juga...jadi aku dan kawan aku dibenarkan untuk menjawab ujian Bahasa Melayu U pada jam 8.00 malam....

aku mengambil masa hampir 45 min untuk menjawab soalan ujian Bahasa Melayu U...bila dengar ujian tatabahasa macam senang je kan...tambahan pula kita memang selalu bercakap menggunakan bahasa melayu...tapi boleh tahan pening jugak bila nak menjawab soalan ujian semalam...

lepas je habis menjawab soalan ujian Bahasa Melayu U...aku dengan kawan aku dengan bantuan abang aku bergegas ke Kubang Gajah pulak...sampai kat sana...aku mencari kelas yang sepatutnya aku masuk untuk menjawab ujian Keusahawanan pula....tapi tak jumpa...aku cuba sms kawan aku yang sudah pon pergi menjawab ujian Keusahawanan ( sebab dia tak ambik BM U sem ni)...rupa-rupanya ujian Keusahawanan ni juga diadakan di Dragon...tak pasal-pasal kena patah balik ke Dragon...sampai kat Dragon...tak jumpa cari kelas la pulak..haduiii....serabut-serabut....bila dah jumpa kelas...orang lain dah nak habis pon jawab ujian...aku dengan kawan aku baru nak mula tulis nama dengan no matrik...tapi takpa...aku dah mintak tolong kawan aku yang lain bagitau kat pensyarah tu kenapa kitorang lewat.....

aku sendiri tak pasti apa yang aku jawap sepanjang masa menjawab tu...sebab kepala aku memang dah berserabut dah....tapi ada jugak la yang betul..sebab aku sempat jugak study petang tadi...

masa nak hantar kertas jawapan tu...aku sempat toleh belakang nak tengok ada berapa orang lagi yang belum hantar kertas jawapan...nahhh....semua dah hilang...tinggal aku dengan kawan aku je dalam kelas tu dengan pensyarah dan 2 orang pembantu dia...perghhh...tak pernah lagi aku rasa aku jadi antara orang2 terakhir yang keluar dari dewan peperiksaan atau ujian...

memang semalam hari mencatat memori dalam kamus hidup aku...ahahhaha...gila lah...juara marathon ujian bulanan...ahahaha....

1 comment:

[PaaN1904] said...

merata-rata tempat ujian..gler ah~~