Saturday, July 12, 2008

an essay berkaitan Click A Child....

assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian...

pertama sekali di sini. saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada uncle saiful yang sudi menjemput saya untuk menulis serba sedikit berkaitan dengan Click A Child ( CaC )...apa yang nak ditulis disini sebenarnya adalah bagaimana saya mengenali atau mengetahui mengenai CaC..dari mana sumber yang saya peroleh untuk mengenali CaC...

pada mulanya...saya hanya suka2 melayari laman myspace..sebabkan masa tu tgh sronok2 nak cari band2 indie malaysia yg baru kat myspace disamping nak mencari local scene clothing labels...tiba2 macam tertarik dengan laman Click A Child..kalau tak silap..terjumpa laman CaC tu dekat laman HUjan...bila dah baca pasal CaC punye aktiviti...rasa tertarik pulak..sebab nye...CaC nih aktivitinye membantu kanak2 miskin dan anak2 yatim...kebetulan saya juga berminat dengan kanak2...dari situ la bermulanye perkenalan saya dengan CaC...

mula2 tu saya ingatkn pertubuhan ni macam kelab biasa je...yang ditubuhkn oleh budak2 U/Kolej...tapi bila dah lama berbual dengan uncle saiful...baru lah saya tau yang CaC sebuah pertubuhan yang btol2 serius untuk membantu menceriakan kanak2...lepas tu keluar pulak dalam akhbar cerita pasal CaC ni lagi pulak kan...lagi la suka...sebab nye CaC banyak mendekati remaja kita untuk mengajak mereka membantu kanak2 yang miskin dan anak2 yatim ni...cara pendekatan yang digunakan juga amat menarik pada saya...yang mana mereka ada menyertai gigs yang ramai orang sangka gigs adalah satu event yang tak sesuai dan tak bermoral untuk remaja...tapi tak ada siapa pon yang sedar bahawa ada sesetengah gigs yang dianjurkan adalah bertujuan untuk mengutip derma...cuma caranya saja yang lain daripada yang lain...

kemudian CaC telah mengeluarkan pula beberapa produk mereka sendiri antaranya tee dan button badge...melalui hasil jualan itu lah yang akan disalurkan ke dalam tabung derma CaC untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti untuk kanak2...melihatkan kesungguhan CaC untuk membantu kanak2 tersebut...saya dan adik2 tertarik untuk membantu...dengan cara yang paling mudah...kami membeli tee CaC...bila dah pakai ke sana ke mari...ramai pulak yang menegur...ada yang tanya...Click A Child tu apa??? nama band indie ke...hehehhehh...bukan sebenarnye...Click A Child tu sebenarnye satu pertubuhan yang ditubuhkan untuk membantu kanak2 miskin dan anak2 yatim...dan selepas tu..ada ramai jugak yang bertanya macam mana mereka boleh mendapatkn tees CaC...selain mereka tertarik dengan design tee itu sendiri....mereka juga tertarik untuk menderma...ada yang cakap..seronok bila dapat membeli sambil menderma...sebab nye...sambil mereka membeli secara tak langsung mereka dah dapat ganjaran pahala sebab membantu orang miskin...

mulanya kami hanya beli tee CaC untuk kami betiga sahaja...lepas tu ada pulak kawan2 yang nak kirim tolong belikan...rasa seronok nak membantu makin meluap2...sampaikan setiap kali berjumpa kawan2 mesti akan cerita pasal CaC...setakat sekarang nih...kami dah berjaya membantu menjual 6 helai tee CaC kepada kawan2...setiap mereka yang membeli tees ini telah kami maklumkn kemana wang pelaburan mereka tu akan pergi...dan mereka amat gembira dan ikhlas untuk membantu CaC mengumpulkan dana bagi aktiviti anak2 yatim dan kanak2 miskin...

No comments: