Thursday, June 25, 2009

CHEESE CAKE....



gambar apa ni?? haaa ni lah cheese cake yang aku cuba buat sendiri petang tadi...resepi cheese cake ni aku dapat daripada kak ayu...tengkiu kak ayu...memandangkan ini adalah cubaan aku yang pertama membuat cheese cake..jadi aku akui masih banyak yang perlu aku pelajari...aku sendiri nampak terlalu banyak kekurangan dengan cheese cake aku ni...

  1. kurang biskut untuk buat base
  2. kurang cheese cream
  3. terlalu nipis
  4. terlebih masak
  5. kurang manis
  6. kurang rasa macam cheese ( sama la kot dengan no 2 tadi )
jadi aku akan cuba lagi lepas ni...mama merupakan tester aku yang pertama...mama kata untuk firts try...dah ok dah rasa cheese cake aku ni...cuma lepas ni aku kena usaha lebih dan cuba dengan menggunakan kreativiti aku untuk menjadikan cheese cake ni lagi sedap...

mula-mula aku macam agak kecewa jugak...sebab bila aku rasa cheese cake ni...rasanya tak seperti yang aku jangkakan...tapi dengan adanya sokongan dari mama...aku mula bersemangat balik dan rasa nak terus mencuba lagi buat cheese cake ni...

mama kata nama pun cubaan pertama kan...dah la tu pulak aku tak pernah belajar dengan siapa-siapa pon cara nak buat cheese cake ni...jadi mama kata...boleh dikatakan hampir berjaya la aku membuat cheese cake ni...alhamdulillah....






ini lah base yang sikit sangat aku cakap tadi...kitorang beli sikit sangat...ingatkan dah cukup dah...lagi tebal base lagi sedap...
** dah macam bitumen dah aku tengok base ni



ini cheese cream yang dah dituang dalam acuan




selepas dikeluarkan dari dalam oven..permukaan yang agak menarik...tak merekah sangat..




ok..aku tau cheese cake ni tak cukup tebal....

1 comment:

[PaaN1904] said...

wahh..tahniah2...b'jaya bt cheese cake wlaupun first time cuba.. :)
ada ke ko smekan biskut tu ngn bitumen..ish..ish..~~