semalam aku baru balik dari kelantan...dan aku tak bercadang untuk terus balik ke perlis...sebab kelas aku untuk esok hari adalah pada jam 10 pagi...
tapi...malam tadi...abang telefon bagitau aku yang UUM dah ditutup selama seminggu akibat H1N1...dan abang kata dekat KG WAI pada masa tu sudah pon ada 1 kes melibatkan H1N1...pada awal jam 12 tengah malam...sorang kawan aku dari WANG ULU telefon memberitahu semua kelas pada hari isnin termasuk makmal dibatalkan kerana semua pelajar akan dikuarantin....mujur aku tak balik ke perlis lagi...daripada tak ada penyakit tak payah la nak cari penyakit kan...tapi kesian pada kawan-kawan aku jugak la...
dan pagi ini...
ada kawan aku yang terbaca status skype aku pasal H1N1...dia bagitau aku...kes H1N1 kat UNIMAP dah meningkat kepada 13 kes...2 di WANG ULU dan 11 orang di KG WAI...dan dah ramai pelajar-pelajar lain yang mula demam-demam...
wabak ni semakin cepat merebak...dan kita semua perlu lebih berhati-hati untuk mengelakkan daripada dijangkiti wabak ini...jadi...banyakkan minum air 100plus...makan banyak buah-buahan...
untuk semua kawan-kawan aku...semoga kalian semua selamat dari wabak ini...
No comments:
Post a Comment