aku semakin ketandusan idea untuk menulis di sini...kenapa???
adakah kerana ada perkembangan baik berkaitan pelajaran aku??
adakah kerana otak aku kini sibuk mengingati ilmu2 yang telah aku pelajari selama 2 mggu ini....??
jika benar ini semua kerana peningkatan yang bagi aku sangat baik ini...aku sangatlah bersyukur...tapi ini tak bermakna aku berada di dalam situasi yang selesa...aku masih lagi perlu berusaha untuk meningkatkan prestasi pelajaran aku....
aku ingat lagi pada soalan seorang pensyarah aku pada semester ini...soalannya...
apakah kamu tahu hala tuju kamu???
aku terpinga sekejap...
baru aku sedar...bahawa aku sendiri tak tahu kenapa aku mengambil jurusan yang aku ambil sekarang...aku tak tahu apa yang akan aku lakukan selepas saja aku tamat pengajian aku nanti...aku terdiam dan berfikir sendirian...
selepas memikirkan soalan pensyarah aku tadi...baru sekarang aku sedar...yang minat aku adalah lebih cenderung kepada bidang seni...tak kira seni apa pon...sekarang baru aku nampak minat aku yang mendalam untuk belajar muzik, belajar menghias kek, belajar mengambil gambar, belajar teknik pemanduan kereta ( drifting )....kenapa aku tak boleh nampak semua ini dari dulu lagi...kenapa baru sekarang...
aku pernah menyuarakan masalah aku ni pada abang aku...abang kata tak kisah la kalau apa yang aku belajar sekarang ni tak sama dengan minat aku....aku boleh je nak buat semua benda yang aku minat tu...dan bidang yang sedang aku belajar sekarang ni boleh dijadikan sebagai backup untuk aku bekerja nanti...
sekurang-kurangnya aku mempunyai banyak pengetahuan...tak tertumpu pada satu-satu bidang sahaja...kata-kata abang menaikkan balik semangat aku yang pada masa tu agak lemah...sebab aku terfikir yang aku telah silap membuat percaturan dalam hidup aku...
aku telah melakukan sesuatu yang bukan minat aku...sebab tu la baru aku sedar kenapa keputusan peperiksaan aku selalu teruk...sebab aku langsung tak ada minat untuk belajar apa yang sedang aku belajar....
siapa yang harus dipersalahkan????
jawapan yang baik adalah...TIADA SESIAPA...
sebab...aku sendiri jugak yang memilih jalan ini disamping mendengar nasihat daripada orang lain...
jadi sekarang ini...aku kena bijak mengatur hidup aku...walaupun hidup aku telah diaturkan...
No comments:
Post a Comment