hari ni kebanyakan kelas aku batal...melangut je la kat muhibbah tu dengan anis...sangat menarik hari ni sebab...
aku dapat jemputan ke majlis kenduri kahwin seorang kawan aku masa aku bersekolah kat sekolah teknik bachok dulu...dia sms jemput ke kenduri kahwin dia pada 9 OGOS 2009...cuma tinggal beberapa hari saja lagi..tapi memandangkan hari tersebut adalah hari ahad...aku tak pasti aku boleh menghadirkan diri atau tidak...sebab aku masih ada kelas pada hari isnin..takut penat berjalan jauh dan kenyang makan nasi minyak...nanti tak larat nak ke kelas...tambahan pula hari sabtu aku ada latihan taekwondo...mesti la lagi penat....tapi insyaallah aku akan cuba usahakan untuk turut hadir memeriahkan majlis kawan aku...ini adalah jemputan kenduri kahwin kedua yang aku terima daripada kawan-kawan sekolah aku...sebenarnya ramai kawan-kawan kat sekolah teknik dulu yang dah kahwin...tapi yang menjemput cuma dua orang saja...terima kasih la sebab sudi menjemput aku ye ayu dan abby...
kepada abby @ siti a'bidah...selamat pengantin baru...semoga panjang jodoh ye ...
dan hari ni jugak...aku berjumpa kembali dengan kawan lama aku jugak...kawan dari sekolah teknik bachok jugak...aku dah tau dah dia masuk unimap..aku tahu pon bila asma bagitau aku...seronok bila dapat jumpa kawan-kawan lama yang masih lagi ingat pada aku...terima kasih sangat-sangat sebab masih lagi ingat pada aku yang dulu ni tak berapa nak mesra dengan orang kan...to kak yah and khairi...selamat datang ke universiti malaysia perlis...
No comments:
Post a Comment