aku rasa macam nak menulis...semalam aku terpikir banyak sangat benda yang aku nak tulis dalam blog aku ni...tapi asyik tertangguh je sebab aku sibuk dengan tugasan dan lab report aku...dan hari ni aku takde idea jugak nak menulis...
cuma aku nak cakap yang hari ni lepas habis je kelas kat perlis..terus aku,abang dengan anis balik jitra...sampai jitra aku dengan abang pegi ambik acik dengan adik kat rumah pergi tengok wayang dekat aneka...tadi kitorang tengok cerita SKRIP 7707...nak kata cerita tu seram...boleh la dikatakan seram...tapi sepanjang cerita tu...aku dengan acik asyik gelak je dalam panggung tu...itu yang buat aku keliru sekarang ni....adakah cerita itu lebih kelakar daripada seram????
korang nilai sendiri dan sila beri pendapat pada aku...agaknya mungkin aku kurang menghayati cerita tu atau dah memang aku ni payah paham...tau tengok saja...tapi tak paham jalan cerita....
apa yang boleh aku cakap pasal cerita SKRIP 7707 ni...cerita-cerita hantu dia boleh tahan la seram jugak...tapi ada satu masalah je...masalah bunyi...suara pelakon macam suara dalam cd cetak rompak...mintak maaf sebab aku terlalu jujur kot kan...tapi memang suara pelakon tak best...ada yang lambat...suara tak sama dengan gerak mulut pelakon...
aku tak pandai nak cakap lebih-lebih...sebab aku bukan lah pandai sangat pasal benda-benda ni semua...tapi bercakap berdasarkan tahap kepuasan aku sebagai penonton...
No comments:
Post a Comment