Saturday, April 24, 2010

GEMENTAR,TERUJA....

salam satu malaysia semua...

hari ni aku bangun dan mulakan hidup aku macam biasa...tengah aku ralit tengok rancangan kegemaran dengan adik aku...ada satu panggilan yang tak dikenali masuk ke telefon bimbit aku...
rasa macam tak nak jawab...sebab memang dah kebiasaan aku untuk tidak menjawab panggilan yang tak aku kenali...tapi mungkin ada sesuatu yang menarik aku untuk menjawab panggilan tak dikenali tersebut....

sebaik aku menjawab panggilan tersebut..baru aku tahu..panggilan tersebut dibuat oleh seorang rakan aku...apa dia nak???

haaaa ni yang aku nak cerita...dia tanya aku nak join ke tak MASUM...korang tau tak apa itu MASUM???sedikit pengenalan mengenai MASUM...MASUM adalah singkatan kepada Majlis Sukan Universiti Malaysia...banyak acara yang dipertandingankan dan MASUM ni merupakan acara tahunan Universiti....

jadi aku berpeluang untuk menyertai salah satu acara yang dipertandingkan...mula2 aku bercakap dengan Is...aku macam taknak join je MASUM tu...sebab aku dah ada plan lain untuk cuti ni dengan family aku...lepas tu Is passing phone pada en hafiz...aduhh kena cakap dgn en hafiz pulak kan...huhuhuhuuuu....alasan yang sama juga aku bagi...aku dah ada plan untuk isi masa cuti aku dengan family aku...en hafiz cakap memang aku tak boleh langsung ke nak join MASUM ni...tarikh untuk MASUM ni adalah dari 23mei hingga 30 mei 2010 nanti...selama seminggu aku akan berkampung di USIM , nilai, n9....haiimmm...aku mintak masa untuk bincang dengan family aku...en hafiz bagi aku masa 15 min untuk bagi keputusan...mama dengan bapak memang support aku join MASUM ni...lepas tu aku call zila...tanya dia nak pegi ke tak...pasal aku dah tanya siti...dan siti cakap dia taknak pegi...zila cakap dia tak dapat apa2 panggilan pon pasal MASUM tu...lepas aku buat deal dengan zila...kalau zila join MASUM...aku pon akan join MASUM...

tak lama lepas tu...en hafiz sms aku...mintak aku join untuk acara medal...ada satu je lagi kosong...haduiii...aku dah pening dah...kalau pegi sorang2 mmang tak la kan...lepas tu aku sms Is tanya zila join ke tak...Is kata zila dah konfem dia nak join...so aku terus bagi keputusan..aku pon akan join MASUM...sebab aku dah janji dengan zila...

dan secara rasminya...aku telah memberikan nama dan no kad pengenalan aku kepada Is...jadi bermula 8mei nanti...aku dah kena mulakan latihan untuk MASUM nanti...

jadi perasaaan aku pada saat ini...dan aku rasa akan berpanjangan sampai hari kejadian...adalah...

aku sangat GEMENTAR dan TERUJA...

No comments: