Tuesday, June 01, 2010

KAKI SAYA....

dah hampir 2 minggu kaki aku bengkak...tapi dalam 2,3 hari lepas sakit dah berkurang, bengkak pon dah surut...apai ada pesan suruh aku ajak bapak pegi hospital..tapi bapak kata tak payah lah...kita pegi urut je bapak kata....

petang tadi pegi jumpa bomoh patah...dia tak urut pon...tapi dia cuma pusing2 kaki aku skit...ada lagi rasa sakit kat tumit kanan...pastu dia balut kaki aku dengan sirih dan pinang yang dah ditumbuk....bomoh tu pesan seminggu baru boleh bukak balutan tu....dalam hati aku...nasib baik la aku jumpa bomoh lepas balik dari Nilai...kalau aku jumpa sebelum pegi Nilai hari tu mesti aku tak dapat ikut diorang semua pegi USIM...

selain sireh,pinang dan air jampi...bomoh tu pesan aku kena pantang banyak jugak makanan kegemaran aku...antaranya...aku tak boleh makan ayam, pisang, anggur, nasi lemak, telur, kacang panjang, tepung bungkus, ada lagi la yang aku dah lupa...alamak...tapi takpa...benda2 yang aku lupa tu jarang aku makan..tapi nak tinggalkan ayam dan telur...owhhh tidak...saya akan sentiasa kelaparan tanpa ayam dan telur.....

lepas seminggu atau lepas kaki ni dah betul2 baik...aku kena pegi jumpa bomoh tu lagi sekali...bomoh tu cakap nanti ada lagi ubat yang dia nak bagi kat aku...bersabar je lah..nasib baik skang ni aku tengah cuti...

harap2 kaki ni cepat sembuh ya...saya nak berjalan, makan dan buat aktiviti macam dulu2....

No comments: