
ASSALAMUALAIKUM…
Dah agak lama tak update blog ni…dan sudah agak lama aku mencari2 masa yang sesuai untuk aku abadikan kenangan yang paling indah dalam hidup aku selama 24 tahun 4 bulan 11 hari…
Terlalu banyak cerita nak dikongsikan dari beberapa hari sebelum tarikh keramat 18 September 2011…aku suka untuk menceritakan setiap detik2 yang pada aku sangat berharga untuk disimpan…
4 hari sebelum 18 Sept, aku bergerak ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Anis Nabila…ehehhe…teringat kisah aku dan dia…beriya2 dia pujuk aku balik perlis untuk konvokesyen..aku memang suka nak menyakat kawan2…aku bagitahu semua orang…aku tak dapat nak turut sama dengan mereka untuk hari graduation nanti….anis, katanya dia lah orang yang paling gembira bila dapat tahu aku dan Azila dapat turut serta bergraduasi dengan dia,rynee dan pia….ehhehe paling tak boleh lupa…
malam 13 Sept…anis call aku terus lepas aku cakap aku tak balik untuk graduation…dia memang nak marah aku sungguh2…siap cakap nak suruh mama dia bayarkan yuran untuk aku grad…ehehhe…anis, owhh anis…ko suka buat aku gelabah balik…bila dah dia cakap camtu..terus aku cakap yang aku dah selesai pon bayar yuran dengan isi borang kehadiran…baru lah dia lega skit…ehehehee….14 Sept…aku sampai kat KL…jumpa anis dan tumpang tidur kat rumah sewa dia…esok pagi2 aku dengan anis akan gerak sama2 naik kereta pink anis untuk balik ke Kedah…..malam tu kami tidur lewat…sembang tak ingat dunia…
15 Sept…bergerak balik ke Kedah…dalam perjalanan balik aku sempat sms Azila…sebab dia bagitau aku dia pon akan gerak ke Perlis pagi yang sama…cerita pasal Azila pulak…sehari sebelum aku bergerak ke KL…dia ada sms aku pasal graduation..aku cakap aku tak balik sebab tak dapat cuti…mula2 tu dia cam frust skit2 je…lepas tu lama2 aku tengok sms dia macam nak mengamuk marah sebab aku tak balik untuk grad…
akhirnya…aku terpaksa mengaku yang aku cuma nak kenakan dia…dia cakap ‘nasib baik kau mengaku..aku dan nak mengamuk dah tadi..kalau aku tahu kau tak nak pegi konvo..tak payah aku susah2 kalut dengan kes khas kita ni…aku sibuk nak konvo sebab aku pikir korang semua ada je..kalau tidak…takde nye aku nak balik konvo…’….bila dia dah tau…dan aku tau dia dah tak jadi nak marah…baru aku rasa lega skit…kalau tidak…aku takut jugak kalau dia mengamuk dengan aku…sepanjang perjalan balik ke Kedah..macam2 cerita yang aku dengan Anis borakkan..ye lah kan…dah lama tak jumpa…memang lah rindu nak bercerita…malam nanti kitorang akan ada raptai di Perlis…aku dengan Anis sampai Kedah dalam jam 3.30 petang…Anis ajak makan kat rumah dia dulu…lepas tu baru bergerak ke Perlis nak ambil jubah…dah sampai separuh jalan…tiba2 ada kawan sms cakap kaunter nak ambik jubah dah tutup…terpaksa la patah balik jitra…ehheheee…aku dengan Anis tak puas lagi nak ‘dating’…kitorang terus pegi Alor Setar…window shopping kat Alor Setar Mall…lepas tu terus gerak ke Perlis untuk majlis raptai….
Sofea dengan Rynee..mereka dua orang ni je yang tak tahu aku akan balik untuk graduation…eheheheh…saja suka2 nak buat surprise…rindu nak tengok reaksi spontan mereka…aku jumpa dengan Rynee dan Azila kat tapak pesta konvo…ehehhee…
Rynee rupanya dah tau aku datang konvo…tapi dia buat2 tak tau..marah2 comel je dia bila aku berdiri kat belakang dia masa kat tapak pesta tu…ehehhehe…tak sempat nak pusing tapak pesta lama2..sebab nak kena pegi majlis raptai pulak…
jumpa dengan Sofea kat dewan 2020…dia punya reaksi bila nampak muka aku…macam dia nak terkam anak kucing…ahahhaha…marah2 manja sebab aku tipu dia…dalam dewan bukan tumpu pada majlis raptai pon..sibuk bercerita…biasalah…bila 5 orang budak Lempoyang duduk sama2…macam tu lah jadi nya…dah tak nampak dah orang sekeliling tu….
16 Sept…awal2 pagi lagi aku keluar dengan Anis nak pegi ambik jubah kat Perlis…nak dijadikan cerita…aku ni gatal pulak pegi tukar handbag….akhirnya…tertinggal lah slip bayaran yuran graduation dalam handbag semalam….kelam kabut aku telefon Achik…konon nak suruh dia scan pastu email…pastu pikir balik ada ke cyber café buka pukul 8 pagi ni…pastu suruh dia snap gamba then mms je…isskkk…pikir punya pikir…aku mintak tolong Achik hantar sendiri ke Perlis…nasib baik sempat…tapi nak marah jugak…sebab tak guna pon slip bank tu…cerita Anis pulak…dah beratur panjang ni…tiba2 baru dia perasan yang dia lupa nak print borang maklumat peribadi dia…nasib baik ada cyber café berdekatan…cepat2 aku teman dia pegi sana….hampir 2 jam beratur panjang…akhirnya selesai jugak…lepas ambil jubah…jumpa dengan Sofea…ajak dia pegi makan tengah hari dulu sambil sembang…Sofea tak boleh nak join kitorang lepak sebab nak kena pegi check homestay untuk family dia..lepas makan2 dengan Sofea…aku dengan Anis sama2 pegi beraya ke rumah atok Rynee kat Pantai Johor…
lepak kat rumah atok Rynee pon lama jugak…siap posing dengan jubah baru ambik pagi tadi…ehehhe….banyak jugak la ambik gamba…siap ambik gamba dengan atok dan makcik Rynee…rasa sedih pon ada…sebab aku dapat juga merasa pakai jubah konvo dan bergambar dengan seorang lelaki yang bergelar Atok…ehhehe…sebab aku tak pernah berpeluang berjumpa dengan Atok2 aku..malam pulak…ada small gathering kelab taekwondo unimap kat rumah coach kami…Apai dan Kak Murina…terima kasih banyak2 pada Is dan Wana yang menganjurkan majlis…eehehheh akhirnya dapat juga kita semua berkumpul semula…
17 Sept…hari ni hari graduation Rynee…aku dengan Anis sampai lewat sebab kitorang pegi beli hadiah graduation untuk budak2 Lempoyang….walaupun lambat..kitorang sempat jugak sampai masa Rynee dah keluar dewan…
sempat jugak bergambar kenangan dengan Rynee yang terlindung dek bunga2 yang dia dapat…ehehheh…lepas tu tu kitorang sama2 dengan keluarga Rynee pegi lunch dekat Fatinaz Corner…lama tak pekena Cendol Pulut dengan Bihun Sup Special….lepas makan..masing2 balik rumah…bersedia untuk hari besar esok…
18 Sept…hari besar yang paling dinanti2 kan…jam 5.30 pagi aku dah bangun dan bersiap2…kejut semua adik2 suruh bangun dan bersiap cepat2…jam 6.30 pagi keluar dari rumah menuju ke Perlis…aku tak rasa berdebar2 langsung…ehehhe…kenapa ehh…mungkin sebab ini kali kedua aku bergraduasi…tapi yang kali ni besar sikit dari yang dulu…
sebelum terlupa…terima kasih banyak2 kepada sepupu aku, Safira dan Makcik Sah aku…terima kasih sebab sponsor baju konvo…ehehehe…aku sampai di meja pendaftaran agak awal…sambil tunggu Anis, Azila dan Sofea…aku mendapatkan khidmat mak2 andam Aqilah, Azlili, Azmin, dan ketua mak andam, Mama…ehheheh
selesai pakai jubah…tiba masa untuk masuk barisan untuk perarakan masuk dewan…
ok..masa ni aku mengaku ada sedikit gementar…ehehehee….sebab kaki dah mula rasa lenguh pakai high heels…pinggang pon dah rasa lenguh…masa perarakan masuk dewan…owhh…perasaan menjadi perhatian tu sangat best…sebab apa??? Sebab aku rasa bangga, akhir dalam masa beberapa jam saja lagi aku akan dikurniakan dengan segulung ijazah…mama kerap kali bercakap…’lega bila angah dah boleh grad..dulu masa belajar…hari2 balik menangis…asal tanya macam mana exam??muka mesti berkerut pastu cakap susah gila exam tadi…mesti angah fail paper tu nanti..’memang betul apa yang mama cakap…aku cukup tertekan sepanjang nak menghabiskan ijazah aku ni…sampai satu tahap aku pernah cakap kat mama dengan bapak…aku nak berhenti belajar…mama dengan bapak tak pernah berhenti bagi semangat kat aku…terima kasih sangat…sebab tu angah bangga bila dapat berjalan sama2 dengan kawan2 yang lain berarak masuk ke dewan…sebab angah bukan berarak seorang diri…tapi angah berarak sambil membawa nama mama,bapak, abang, achik,adik….
Bila tiba saat untuk diumum nama penerima ijazah…masa ni aku dah betul2 gementar…risau kalau ada tersalah langkah masa depan Tuanku Canselor nanti…tapi Alhamdulillah…aku berjaya jugak melakukannya dengan baik…hehehhee…
selesai majlis graduasi rasmi dalam dewan…masa untuk bertemu kawan2 dia luar dewan dan bergambar pula…mencari2 aku di mana Sofea,Rynee,Anis dan Azila…ehheheh..... owhh Rynee dah balik KL…tak sempat nak jumpa…tapi berpuas hati sebab sepanjang 3 hari di Kedah…aku puas dapat luangkan masa dengan budak2 Lempoyang….
Terima kasih Rynee bagi bunga dengan bear tu…
Terima kasih Is dan Wana bagi bunga…sorry Wana tak sempat ambik gamba…
Terima kasih Mama, Bapak, Abang, Achik, Adik dan Aqilah sebab sama2 datang meraikan hari besar angah..terima kasih untuk bunga dan tolong pakaikan jubah…
Terima kasih Aqila..sudi turut sama memeriahkan hari besar angah...
Terima kasih Apai dan Kak Murina bagi hadiah coklat…ehehheh
Terima kasih Anum Suraya bagi hadiah frame gamba team Taekwondo Unimap…
Terima kasih kepada kawan2 dan saudara mara yang memberi ucap tahniah dalam facebook....
12 comments:
terbaekkkk laaaa....sedey lak rynee bace...huhuhu...;(
ehhehe...kenapa sedih plak rynee..bukan ke sepatutnya entry ni happy...
setiap detik diabadikan angah dalam entry ni..mmg terbaekkkk!! :)
ade perasaan sedey, sebab lepas ni xmungkin or susah kite nak kumpul mcm ni lg..kalau kumpul sme2 pun, mungkin mase tu kite sume dah lain or bukan pada hari besar yang macam ni..satu2 nya konvo dengan angah, combi, anis n pia..alhamdulillah, dengan pia kali yg kedua..tapi kali ni sgt lain dari yg dulu..
memori yg indah bagi aku sebab kita dapat raikan sama2..:)
terima kasih kawan2..:)
bukan sedey psl entry ni...sedey sebab pas ni dah xde da cm ni, huhu.....
brocute : owhhh....angah paham...sebab tu angah cuba untuk tulis semua moment yang indah dalam..supaya angah tak lupa semua kenangan dengan korang...
spell : kita semua sekarang dah berubah masuk ke alam baru..tapi harap2 kita akan kekalkan apa yang ada sekarang sampai bila...walaupon masing2 dah beranak pinak...kita rapatkan lagi hubungan kita dengan anak2 kita...insyaAllah..kita semua boleh usahakan utk berkumpul ramai2 lagi lepas ni...
**sorry sebab angah selalu buat entry yang buat kawan2 sedih...
ank pinak..cucu cicit..yeayyyy angah kawin dlu, hahaha...besnyer pastu wat family holiday same2 kn...meriahnyer....bilekah agaknyer...
ahahhaha...angah dahulukan kawan2...bila semua dh kawen baru angah cari boifren...
boifren angah dah ada, cuma jauh, susah nak capai.. kalo la angah bleh dpt dia(angah tau sapa yg achk maksudkan), achk org yg paling bahagia sbb achk introduce dia kat angah.. hahahaha
achik : gila weih...besar rahmat Allah bg kalau boleh 'dia' tu....
doa2 la.. mulut angah kan masin.. hehehe
achk baru perasan entry 501... hahaha smart...
kakngah pon baru perasan...masa nak buat entry ke 502..
Post a Comment