KEJADIAN 1
aku bangun tido terus mandi dan bersiap nak sarapan...tengah belek2 henfon kat tepi katil...tiba2 makcik aku ketuk pintu bilik...suruh aku dengan sepupu aku bersiap nak balik ke Besut...sebab anak saudara makcik aku meninggal dunia pagi tadi (17 Feb) lepas terlibat dengan kemalangan jam 9.00 pagi...
apa yang menyedihkan ada saat2 dia menemui ajal nya...dari cerita yang disampaikan oleh saksi di tempat kejadian...mangsa yang menunggal motosikal tengah tunggu lampu hijau trafic light...aku kurang pasti dari mana nak ke mana...difahamkan...masa kejadian...lampu trafik dari arah bertentangan dengan mangsa masa tu HIJAU....dan masa kejadian...sebuah kereta dari arah kanan melanggar lampu MERAH dan merempuh kereta dari arah bertentangan mangsa yang menyebabkan kedua2 kereta terbabas dan merempuh mangsa...apa yang menyedihkan lagi adalah....leher mangsa terhentak atas pembahagi jalan dan tragis sekali...tayar kereta yang naik ke atas dada mangsa...Subhanallah...mengucap panjang aku bila tahu apa yang menimpa mangsa...mangsa maut di tempat kejadian.....
masa aku dan keluarga sampai ke Kg Raja, Besut...mangsa dah dibawa ke hospital...kitorang semua ke hospital...sampai kat hospital...ahli keluarga mangsa dah ramai yang berkumpul kat bilik mayat...mayat dah dalam proses dimandikan dan dikafankan....
lepas selesai...jenazah dibawa balik ke rumah keluarga....jenazah khabarnya akan disembahyangkan dan disimpan selepas solat Isyak....
selama 25 tahun usia aku....ini baru kali pertama aku ikut jenazah sampai ke tanah perkuburan...dan pengalaman yang aku dapat...dengan mata aku sendiri secara dekat...aku dapat tengok macam mana sekujur tubuh yang kaku berbalut kain putih diangkat dari keranda dan dimasukkan ke dalam liang lahad...perasaan masa tu hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu....melihat seorang manusia yang akan ditanam selama nya dibawah tanah....Ya Allah...satu hari nanti aku juga akan ke sana...tak dapat aku nak gambarkan....
KEJADIAN 2
masa tengah sibuk bersama2 keluarga mangsa kemalangan di Kg Raja...pakcik aku terima panggilan daripada adik dia yang ada kat Kelantan...menyampaikan khabar mak saudara merangkap nenek saudara aku dalam keadaan tenat....mula2 dapat berita tu pada jam lebih kurang 5.45 petang....15minit lepas tu...pakcik aku dapat satu lagi panggilan yang memberitahu nenek saudara aku dah meninggal dunia....Innalillahiwainnalillahirojiun...
lepas selesai bacaan Talkin untuk mangsa kemalangan mcm yg aku cerita kat atas tadi...lebih kurang jam 10.45 mlm...kitorang terus bergerak ke Gunong, Kelantan...khabar nya jenazah arwah nenek saudara aku nak disimpan malam tu jugak...sampai di rumah arwah...x nampak ramai orang pon...bila masuk rumah dan jumpa saudara mara yang ada...rupa2 nya jenazah nak dikebumikan esok (18 Feb) sebab nak tunggu anak2 arwah balik dari tempat masing2....kebanyakan anak2 arwah bekerja di Johor dan KL....
18 Feb...
kul 10pg aku dah siap dengan baju kurung semalam...(x bwk baju kurung lebih...sbb x sangka ada satu lagi kematian)....sampai kat rumah atuk saudara aku...orang dah mula ramai nak tunggu jenazah siap dimandi dan dikafankan...selesai jenazah disembahyangkan...aku ikut jenazah ke tanah perkuburan....
sampai di tanah perkuburan sekali lagi aku sebak...sebak melihatkan anak2 dan cucu arwah yang bersedih lepas diberi peluang melihat wajah ibu dan nenek buat kali terakhir...
aku membayangkan mcam mana kalau aku ditempat mereka....melihat tubuh orang yang aku sentuh,pegang,peluk cium dan duduk berborak bergurau selama ni kaku dan berbalut dengan kain putih...dan akhir nya....dimasukkan ke liang lahad dan dikambus dengan tanah...Subhanallah...aku tak rasa diri aku cukup kuat untuk menahan air mata dari mengalir dan menahan otak daripada membiarkan semua kenangan bersama mereka hilang bersama timbunan tanah itu....
selama ni aku cuma tengok bapak dengan abang tanam kucing yang mati, mama tanam pokok...
tapi semlm .....mata aku tengok orang tanam jenazah manusia...aku cuba pikirkan ayat yang sesuai untuk aku ungkapkan perasaan aku...tapi susah nak aku luahkan...apa yang penting untuk diri aku sekarang ni....pengalaman yang satu ni memang betul2 meninggalkan kesan dalam jiwa aku...betul2 menginsafkan aku....betul2 menyedarkan aku bahawa nyawa dan jasad ni hanya pinjaman sementara...bila kita akan pulangkan semua ini kepada yang Maha Pencipta pon kita tak tahu...macam mana cara kita nak pulangkan pon kita tak tahu...
aku harap agar aku berpeluang memulangkan apa yang dipinjamkan kepada aku ni dalam keadaan yang aku sudah cukup bersedia....aku perlu melengkapkan diri aku untuk menghadapi alam yang satu itu...
*** aku memerlukan orang yang boleh membimbing aku ke jalan Allah S.W.T....
**kerana aku sedar aku insan yang serba kekurangan...
**kerana aku sedar amalan aku yang tak sempurna...
**kerana aku sedar ilmu agama aku tak cukup lengkap....
5 comments:
Huhusedey bace entry ni...takziah angah..
innalillahiwaiinnailahirojiun...semoga roh di tempatkan di kalangan org2 yang soleh..amin..
setelah roh berpisah dengan jasad anak adam, hanya 3 perkara yang dibawa bersama..
-ilmu yang bermanfaat yg diajar kepada orang
-harta yang disekahkan
-anak soleh
~tak sume orang dapat pengalaman yang macam ko dapat ni..ko sangat beruntung bila ko sendri dapat rasai n lalui..thanks sebab share cite ni kat sini..
terima kasih rynee n azila...
alhamdulillah...Allah bg peluang aku tengok semua ni...sekurang2 nya dapat menginsafkan aku...dpt bg pengajaran utk aku lebih bersedia...bg peluang untuk aku perbaiki diri aku...insyaAllah...
aku penah tlg jage org sakit, aku sempat tgk die sihat dari tak lalu makan smpai die leh mkn sepinggan nasik yang selama dia sakit, die xpenah mkan sebanyak n seselera tu..then lepas lebih kurang sejam, die muntah n kuar semua yg die mkn..time tu die nazak..tu lah nasik yg terakhir yg penah masuk dalam kerongkong die..die sakit n time tu Allah jemput die..AL-fatihah utk arwah moyang aku n seluruh muslimin dan muslimat...
Al-Fatihah untuk arwah moyang ko bro...aku penah jgk dgr citer yg macam arwah moyang ko tu...ada yang sedar2 dr koma...sembang rancak bukan main...sejam 2 jam lepas tu meninggal....mcm 2 cara Allah nak panggil kita kembali pd Dia...harap2 kita dipanggil dengan cara yang terbaik...insyaAllah...
Post a Comment