Wednesday, October 31, 2012

KERJA & GAJI...

dah ramai yang bercakap2 dengan aku...
dah ramai yang bagi pendapat masing pada aku...

semua nya berkait dengan kelulusan yang aku ada, kemahiran yang aku ada, jawatan yang aku sandang, dan yang paling penting... Gaji yang aku dapat dan Kerja2 yang aku buat...

melihat pada resume aku...dengan memiliki Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Bahan...kemahiran menggunakan Microsoft Office dan AutoCAD...ditambah pula dengan pengalaman2 yang aku timba sepanjang Latihan Industri di peringkat diploma dan ijazah...ramai yang mungkin menyangka aku mampu menjawat jawatan yang tinggi dengan gaji permulaan RM 2k-3k....aku pon menjangkakan situasi yang sama...

tapi sekarang ni...

aku memegang jawatan sebagai PROJECT EXECUTIVE....
yang mana aku jangka gaji permulaan tanpa elaun sekitar RM 2k...
yang mana aku jangka aku akan bergerak aktif di luar pejabat...
yang mana aku jangka aku perlu sentiasa masuk/keluar site memastikan kerja2 berjalan mengikut jadual yang ditetapkan....
yang mana aku jangka dapat aku gunakan ilmu yang dah 7 tahun aku kumpul....

tapi itu semua hanya JANGKAAN / SANGKAAN aku sendiri dan orang2 yang ada disekeliling aku...

hakikat nya....

aku memegang jawatan sebagai PROJECT EXECUTIVE....
yang mana aku kini menjalankan kerja2 seorang KERANI...
yang mana aku kini menjalankan kerja2 seorang OFFICE BOY...
yang mana aku kini menjalankan kerja2 seorang KERANI HUMAN RESOURCE....
yang mana aku kini menjalankan kerja2 seorang KERANI PROCUREMENT...
yang mana aku kini menjalankan kerja2 seorang DRIVER...
yang mana aku kini menjalankan kerja2 seorang PELUKIS PELAN / DRAUGHTSMAN
yang mana aku kini menjalankan kerja2 seorang PENYAMBUT TETAMU...
yang mana aku kini langsung tidak menggunakan / praktik apa yang aku belajar dulu....
yang mana aku kini cuma dibayar dengan gaji RM 1k++.....

sekarang aku dah pon bekerja selama 1 tahun 2 bulan...

yang mana aku jangka aku mungkin dapat kenaikan gaji lepas dapat surat sah jawatan...
yang mana aku jangka aku mungkin akan diletakkan di department atau skop kerja yang sesuai dengan kelayakan dan kemahiran yang aku ada...
yang mana aku jangka kerja2 aku akan lebih tertumpu pada satu bidang / skop saja...

tapi...
sampai ke hari ni...
aku masih lagi sama macam mula2 aku lapor diri kat sini dulu...
cuma dulu...
kerja2 aku tak sebanyak kerja2 sekarang ni...

ramai dah kawan2 dan sedara mara aku yang nasihatkan aku untuk letak jawatan saja...
kata mereka...
gaji yang aku dapat tak setanding dengan kelulusan yang aku ada...
kata mereka...
gaji yang aku dapat tak berpadanan / berbaloi dengan beban kerja yang aku tanggung...

aku pon kadang2 ada terpikir...
ada betul nya jugak kata2 mereka...
tak akan ada siapa pon yang mampu bertahan selama aku bertahan dengan beban kerja dan gaji macam yang aku dapat sekarang...
mungkin kalau orang lain yang berada di tempat aku...kerja 4 bulan pon, dah ada yang resign...

tapi kenapa aku masih bertahan????

jawapan nya...

- aku sekarang bukan lagi seorang PELAJAR ...yang bergantung pada bantuan KEWANGAN dari IBU BAPA
- aku sekarang perlu memikirkan perancangan masa depan ( rumah, kereta, keluarga, )
- aku memikirkan yang sekarang ni adalah giliran aku untuk membantu perbelanjaan kewangan adik2 yang tengah belajar lagi
- aku memikirkan sekarang ni aku pula yang kena bantu MAMA BAPAK berbelanja untuk keluarga
- aku memikirkan persaingan yang kuat dalam sektor pekerjaan
- aku memikirkan bukan mudah untuk mendapat kerja yang kita nak dengan mudah
- aku tak nak menyusahkan MAMA BAPAK
- aku kena belajar untuk hidup susah
- aku kena belajar macam mana nak teruskan hidup
- aku kena belajar sabar berdepan dengan pelbagai cabaran untuk aku kecapi hidup mewah yang macam mana MAMA BAPAK dah bagi kat aku
- aku kena belajar membina tangga kejayaan aku sendiri
- banyak lagi perkara yang perlu aku belajar.....

dan banyak juga lagi alasan2 kenapa aku masih bertahan disini...

sekarang ni aku cuma berdoa supaya Allah memberkati rezeki aku ni, moga Dia akan limpahkan rezeki yang lain pula lepas ni...sebab aku tahu...Allah takkan menduga aku dengan dugaan yang tak mampu aku tanggung

;D




3 comments:

Rynee Yusraa said...

Everything happened must have the reason...

spell said...

aku yakin semua yg berlaku pasti ada hikmah..

erm..klu ko kene jage progres projek lagi penat oo..nnti boleh kurus keding + itam legam sebab trun site + panas tlinge kene push ari2 klu xde progres + ko double stress nak jage progres nak jage workers + klu workers wat hal lg + nak siapkan paperwork +++++..baik jgn..huhuhu..bg pndapat aku la..

mummy said...

insyaallah kalau ada rezeki x kemana... :)