Saturday, July 11, 2009

HAPPY BIRTHDAY ZILA....




hari ni adalah hari ulangtahun kawan baik aku azila...
selamat hari jadi lala...ko dah semakin tua...dah patut ada boifren....dan aku perasan cam ko dah ada ehh sekarang...handphone tak lepas dr tangan kecuali dalam kelas...
haaaa....

apa-apa pon...aku doakan yang terbaik untuk ko...semoga hari-hari mendatang akan lebih baik untuk ko...

ko sangat cool la zila..best dapat kawan ngan ko..nnt kita celebrate sama2 eh birthday ko ngan anis...kita buat serentak...

Tuesday, July 07, 2009

HARI KEDUA KULIAH

hari ni adalah hari kedua kuliah aku di unimap.seperti biasa.pada minggu pertama kuliah masih belum bermula sesi pengajaran dan pembelajaran.cuma pada minggu ini diadakan sesi pengenalan oleh pensyarah yang mengajar...

Aku tak rasa yang aku menulis panjang untuk blog aku hari ini.kerana aku terlupa untuk membawa kabel rangkaian ke asrama.aku cuba mencari rangkain internet menggunakan komputer riba aku tetapi gagal.aku cuba pula menggunakan telefon bimbit aku.dan apa yg menghairankan aku.dapat pula aku menggunakan talian internet melalui telefon bimbit aku..dan aku sempat nak update blog aku.
Tgn aku dah kebas ni.lain kali aku akan menulis lagi..

Sunday, July 05, 2009

SEMESTER BARU...

esok akan bermula semester baru aku...dan aku tersangat la malas dan takde semangat...tolong la pulangkan balik semangat aku...

pagi tadi..aku cuba nak meningkatkan balik meter semangat aku...aku pergi keluar mencari barang-barang untuk aku memulakan kuliah aku esok...cadangan asal aku untuk hari ni..lepas beli semua barang-barang...aku nak berkemas dan bertolak ke perlis...tapi memandangkan housemate aku semunya nak balik minggu depan..so..aku decide untuk berulang saja minggu ni...tak berani aku nak tido dalam rumah tu sorang-sorang...nasib baiklah rumah aku ni dekat je...boleh jugak aku berulang ke kelas...

lagi pulak...aku nak kena siapkan order cupcake yang kawan acik nak tu...

selamat datang semester baru..aku kena usaha lagi mencari semangat aku yang hampir menghilang...jangan hilang dulu...aku tak sedia lagi nak membuang kau jauh-jauh..tunggu dan temani aku..tolong....

Tuesday, June 30, 2009

PIHAK KETIGA...



hari ni telah hadir pihak ketiga dalam percintaan aku....siapa dia yang sanggup mengganggu kesetiaan aku terhadap satu-satunya kekasih aku...kehadiran pihak ketiga ini tak dapat aku hindarkan kehadirannya...kenapa begitu mudah aku menerima kehadirannya....tapi percayalah...aku masih setia kepada kau En. KCK....

heee....gila lah aku sendiri pon geli baca ayat-ayat dalam perenggan kat atas ni....hmmm...siapakah pihak ketiga yang telah mencuri hati aku tatkala aku sedang asyik dilamun cinta dengan En. KCK....dia adalah...BUMBLEBEE...hehehheh....dia aku jumpa semasa aku sedang berjalan-jalan bersama abang dan adik aku...kecomelan BUMBLEBEE telah berjaya menarik perhatian aku...

Sunday, June 28, 2009

TUKAR SPRING...



petang tadi lepas makan tengah hari dengan mama,bapak...aku,abang,acik dengan mama pegi alor star..pegi worksyop pasal nak tukar spring myvi dengan buat alignment sama...

semuanya bermula dengan perbualan bersahaja aku dengan bapak dan abang dekat Restoran Jejantas Sg. Buloh...masa tu kitorang tengah tunggu mama dengan achik solat...aku masa tu jugak tengah membelek-belek majalah yang ada cerita pasal Iqram Dinzly...lepas tu terkeluar dengan bersahaja ayat dari mulut aku ditujukan kepada bapak....

aku : bapak, boleh dak kalau angah nak lowered myvi??
bapak : pasal apa nak lowered??
abang : ( tengok aku sambil senyum )
aku : saja..ehehhe dak aih...pasal angah tengok myvi ni cam tinggi sangat...gap body dengan
tayar tinggi...kalau rendah skit lawa jugak..
bapak : (sambil tengok abang) nak kena tukaq spring je la kan...??
abang : tukaq spring je la..murah je...
bapak : takpa lah...esok bawak la myvi p tukaq spring...duit dalam bank ada lagi kan?(sambil
tengok aku)
aku : ada..ada(angguk-angguk)....

heeee...suka nya aku bapak bagi tukar spring keta...lepas ni lagi hensem la En. KCK aku tu...terima kasih bapak sebab bagi tukar spring myvi...aku tak dan nak snap gambar sebelum tukar spring...terlupa...aku dan snap lepas tukar je petang tadi...tapi bila aku tengok-tengok balik tak la lowered sangat...tapi dah ok la...pasal itu pun dah rendah sangat dah myvi tu...kalau jalan-jalan jumpa bumper kena naik slow2 la bumper tu...takut nnt terkena tak pasal-pasal bercalar la pulak...


ini je gamba sebelum yang aku ada...tak nampak sangat kot...




ini lepas dah lowered skit...

Thursday, June 25, 2009

CHEESE CAKE....



gambar apa ni?? haaa ni lah cheese cake yang aku cuba buat sendiri petang tadi...resepi cheese cake ni aku dapat daripada kak ayu...tengkiu kak ayu...memandangkan ini adalah cubaan aku yang pertama membuat cheese cake..jadi aku akui masih banyak yang perlu aku pelajari...aku sendiri nampak terlalu banyak kekurangan dengan cheese cake aku ni...

  1. kurang biskut untuk buat base
  2. kurang cheese cream
  3. terlalu nipis
  4. terlebih masak
  5. kurang manis
  6. kurang rasa macam cheese ( sama la kot dengan no 2 tadi )
jadi aku akan cuba lagi lepas ni...mama merupakan tester aku yang pertama...mama kata untuk firts try...dah ok dah rasa cheese cake aku ni...cuma lepas ni aku kena usaha lebih dan cuba dengan menggunakan kreativiti aku untuk menjadikan cheese cake ni lagi sedap...

mula-mula aku macam agak kecewa jugak...sebab bila aku rasa cheese cake ni...rasanya tak seperti yang aku jangkakan...tapi dengan adanya sokongan dari mama...aku mula bersemangat balik dan rasa nak terus mencuba lagi buat cheese cake ni...

mama kata nama pun cubaan pertama kan...dah la tu pulak aku tak pernah belajar dengan siapa-siapa pon cara nak buat cheese cake ni...jadi mama kata...boleh dikatakan hampir berjaya la aku membuat cheese cake ni...alhamdulillah....






ini lah base yang sikit sangat aku cakap tadi...kitorang beli sikit sangat...ingatkan dah cukup dah...lagi tebal base lagi sedap...
** dah macam bitumen dah aku tengok base ni



ini cheese cream yang dah dituang dalam acuan




selepas dikeluarkan dari dalam oven..permukaan yang agak menarik...tak merekah sangat..




ok..aku tau cheese cake ni tak cukup tebal....

Wednesday, June 24, 2009

TRANSFORMER 2 : REVENGE OF THE FALLEN


transformers 2 : Revenge of the Fallen



semalam aku adik beradik langsung tak tidur malam...kitorang berjaga sampai ke subuh....lepas subuh semua siap-siap mandi...konon-konon nak meronda...tapi tak tau nak ke mana...pasal...mana ada kedai yang buka seawal jam 8.00 pagi...

maka dengan itu..kitorang bertiga sepakat untuk pergi bersarapan pagi dulu di KFC depan hotel Seri Malaysia di Alor Setar...lepas sarapan...kitorang bergerak ke alor star mall...nak menonton wayang Transformers....kitorang la antara orang terawal yang beli tiket jam 12.30 tengah hari....

aku bukan lah pengkritik wayang yang baik..tapi pada aku...cerita ni tidak terlalu membosankan...cuma part ending dia yang buat aku cam agak bosan...ada la dalam 2, 3 kali aku dok agak citer ni dah nak habis...tapi rupa-rupanya tak habis-habis lagi...lagi satu yang mungkin mempengaruhi tahap kebosanan aku adalah sebab aku tak tengok Transformers yang sebelum ni...so..aku mungkin kurang paham dengan jalan cerita dia...

jadi aku akan tengok Transformers yang sebelum ini untuk memantapkan lagi pemahaman aku...ehehheh.....

pada kawan-kawan yang baru nak menonton cerita ini lepas ni..selamat menonton ya...
aku dah tengok dulu lagi dah daripada angpa suma...ahahha...sorry....lagipun angpa ajak aku tengok malam-malam...aku ni susah sikit nak keluar malam-malam dengan kawan-kawan ni...kalau dengan family lain la sikit kan...bukan aku tak sudi keluar dengan angpa suma...cuma aku nak mengelakkan mulut orang dari mengata...harap angpa paham...

lain kali kalau nak tengok wayang ke...nak lepak ke...siang-siang boleh la...

** aku suka tgk bumblebee...sangat comel masa dia merajuk dengan sam...


Sunday, June 21, 2009

SELAMAT HARI BAPA...

aku sendiri tak pernah ingat bilakah tarikh sebenar orang menghargai bapa mereka...
tetapi pada aku...hari-hari adalah hari untuk kita menghargai ibu dan bapa kita...

mungkin pada sambutan hari bapa ada anak-anak yang sedang mengucapkan selamat hari bapa dan memeluk serta mencium bapa mereka...
mungkin pada sambutan hari bapa ada anak-anak yang sedang membuat persiapan untuk mengadakan sedikit jamuan keluarga untuk bapa mereka...
mungkin pada sambutan hari bapa ada anak-anak yang sibuk memberi hadiah yang besar atau kecil kepada bapa mereka....

aku....
apa yang aku buat pada hari bapa tahun ini....
jawapan aku...
tiada...

tiada apa yang telah aku sediakan untuk bapa aku untuk meraikan hari bapa pada tahun ini...malah pada tahun sebelum-sebelum ini...mungkin semasa aku kecil-kecil dulu aku selalu membeli hadiah untuk diberikan kepada bapa aku bersempena dengan hari bapa...

tetapi pada hari ini...barulah aku sedar...semua hadiah yang aku berikan tu belum tentu cukup untuk aku membalas segala pengorbanan yang telah bapa aku lakukan untuk aku...tetapi aku rasa hadiah itu semua mungkin cukup untuk menunjukkan penghargaan aku terhadap pengorbanan bapa aku...mungkin cukup bagi bapa aku atau pada pandangan orang lain...tetapi masih tidak cukup pada pandangan aku...kerana aku masih menggunakan wang yang diberi oleh bapa kepada aku...aku masih belum mampu untuk memegang duit hasil titik peluh aku sendiri...aku cuma akan merasa puas jika aku dapat menggunakan hasil titik peluh aku.....

tetapi pengorbanan seorang bapa tidak cukup dibalas dengan memberi hadiah, memberi ciuman, memberi ucapan, atau dengan mengadakan jamuan makan...semua ini pada aku cukup sekadar untuk mengeratkan lagi perhubungan antara anak-anak dan ibu bapa...

pengorbanan yang telah dilakukan oleh bapa aku memang tidak akan aku terbalas sampai bila-bila...sehingga sekarang aku masih lagi diberi kesenangan dan kemewahan...sedangkan aku terfikir...ramai dikalangan anak-anak yang seusia dengan aku sudah tidak lagi menerima kesenangan daripada bapa mereka...tetapi aku...sehingga ke usia ini...bapa masih lagi menanggung aku...menanggung aku dari segala segi...tak kira dari segi makan dan minum, pakaian, duit belanja...semuanya masih dibawah tanggungan bapa aku...

aku bersyukur dikurniakan seorang bapa yang serba sempurna pada aku...seorang bapa yang boleh dijadikan idola...seorang bapa yang boleh dijadikan rujukan...seorang bapa yang boleh dijadikan penyelamat dan pelindung....bapa aku memang seorang yang sempurna...tak pernah nak meninggi diri dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya...sekalipun ramai yang mengambil kesempatan...tetapi bapa tetap dengan cara dan gayanya yang tersendiri....bapa tetap tenang walaupun masalah menggunung tiba...

bapa bijak mengawal situasi...bapa bijak menyelesaikan masalah...aku sangat kagum dengan bapa aku...

sebab itu aku tahu...aku perlu sentiasa menghargai bapa aku...kerana kasih sayang serta perhatian yang diberikan tak pernah berat sebelah dan bapa aku tak pernah berbahagi kasih sayangnya terhadap kami adik beradik...semuanya sama rata...semuanya terpulang kepada kami sendiri anak-anak ini untuk bersyukur dengan apa yang ada...

SELAMAT HARI BAPA kepada bapak aku MOHAMAD RASID BIN ISMAIL....
angah tahu bapak mempunyai harapan yang terlalu tinggi kepada anak-anak bapak...cuma kami yang kadang-kadang terlalu leka dengan kehidupan kami...sehinggakan kami terlupa yang kami masih mempunyai bapa yang sering memerhatikan kami dan menjaga kami...terima kasih sebab menjaga kami adik beradik selama ini...tak pernah jemu melayan kerenah kami...terima kasih kerana sentiasa memenuhi kehendak kami...terima kasih kerana menjadi bapa kami....kami semua sayang bapak...

Saturday, June 20, 2009

HAPPY BIRTHDAY ALONG!!!


happy birthday to you ZAHRIN @ ALONG....
dah berapa tua dah along tahun ni?? dah 18 tahun sudah...
selamat datang ke alam remaja...
lepas ni along dah boleh join lepak-lepak dengan geng kami yang semuanya dah masuk 20-an dah ni...

happy birthday dan semoga panjang umur, murah rezeki,berpanjangan dengan gf anda tu k...
kak ngah tau dah hahaaaa.....

nanti dah masuk uitm seberang perai nanti boleh la kita jumpa selalu...lepak-lepak kat penang ke...kalau weekend nak singgah jitra pon boleh....

dia adalah sepupu aku dari kelantan...selamat datang ke penang nanti ye...jadi orang utara pulak nanti...

Friday, June 19, 2009

SAMBUNGAN....




okeh..hari ni kitorang sambung melepak lagi...kami teruskan dengan aktiviti wajib kami dengan melepak di tepi tasek....jam 5 petang aku keluar rumah pegi ambik mira...lepas tu kitorang tunggu paan datang...pasal paan kata dia nak pegi ambik kawan dia dulu dan terus ke tasek...

kitorang berjumpa di tasek...cuaca yang amat lah panas...tak tahan peluh aku dibuatnya...kitorang duduk melepak dulu sambil minum-minum dan bersembang depan gerai -gerai yang ada tu...bila cuaca dah agak reda sikit...baru la kitorang mula berjalan dan sembang-sembang sambil cuci mata....

aku tak payah cakap la...sejak dari aku turun kereta sampai la kitorang pegi duduk bawak pokok...berpeluh sakan...dah penat nak mengelap dah ni...melepak tepi tasek aktiviti terakhir kitorang sambil bergambar dan gelak sama-sama bila tengok balik gamba tu...seronok sangat dan puas hati dapat gelak kuat-kuat...tapi takde la kuat sangat sampai semua orang kat tasek dengan orang yang melepak seberang tasek sana dapat dengar....

kitorang balik rumah pon hari ni macam semalam jugak....aku pegi hantar mira dan paan balik sendiri dengan kereta dia...

ini gamba-gamba kitorang...aku tak letak semuanya...cuma yang menarik saja...










**pa'an***rain***mira**




*** aku sayang korang banyak-banyak macam bintang di langit...
*** aku sayang korang banyak-banyak macam ikan di laut....
*** aku sayang korang sampai bila-bila....

Thursday, June 18, 2009

SERONOK....

hari ni merupakan hari yang paling menyeronokkan aku...sebab aku dapat jumpa dan lepak-lepak dengan best buddies aku yang dah lama tak jumpa....sampai ada orang tu dah nak habis cuti baru lah kitorang sempat jumpa dan lepak sama-sama...

selalunya bila kitorang jumpa sama-sama...kitorang akan melepak sekitar jitra je...lepas tu tempat wajib kitorang mesti lepak...tasek darul aman...tapi untuk hari ni...kitorang tukar destinasi...kitorang pegi melepak kat tesco mergong sambil makan tengah hari...lepas tu bergerak ke alor setar mall...layan wayang kat sana...tengok last movie untuk hari ini....terminator salvation...habis wayang jam 7.00 malam...




lepas habis je wayang kitorang balik jitra...singgah hantar mira dulu kat rumah family dia kat jitra jugak...tadi kitorang pegi jemput dia kat rumah nenek dia kat titi gajah....lepas hantar mira...paan hantar aku balik...

satu lagi benda wajib yang kitorang akan buat bila berjumpa...kitorang akan bertukar-tukar hadiah hari jadi kitorang bertiga...setiap tahun kitorang akan buat macam tu...sejak dari awal perkenalan kitorang sampai lah sekarang...sejak dari tahun 2001 hingga sekarang tahun 2009...perkara tu seakan sudah menjadi satu kewajiban pada kitorang....kita tak pernah terlepas pon kan bertukar-tukar hadiah...





hadiah hari jadi aku dari paan untuk tahun ini sangat-sangat membuat aku terharu dan rasa macam nak menitiskan air mata....kita punya fikiran yang sama...aku pon nak bagi frame gamba yang ada gamba kita bertiga untuk ko dengan mira...tapi aku tersilap suruh kakak kat kedai tu balut siap-siap hadiah korang...aku nak bukak balik hadiah aku serba salah sebab dia guna gam pistol untuk balut hadiah korang...so...korang dapat frame kosong je la...

tapi untuk menggantikan gamba kita yang aku tak sempat nak letak tu....aku hadiahkan korang dengan cupcakes yang aku buat...huuuuhhh tapi aku terlupa pulak nak snap gambar cupcakes tu sebelum bagi kat korang....tak boleh la nak share kat sini cupcakes korang tu....

hadiah dari mira mana????
hmmmm...
mira kata dia tertinggal hadiah tu kat kuantan...takpe lah mira...aku tak kisah pon...tapi aku tunggu tau...sebab ko kata nanti nak bagi kan...aku tak kisah la dapat bila-bila pon...kalau dapat tahun depan pon best jugak...ehehhehe....dapat la 2 hadiah kan...

aku tak habis menulis lagi ni...nanti aku nak sambung lagi...

Tuesday, June 16, 2009

CERIA....

aku rindu untuk menulis disini...sudah agak lama aku tidak menulis disini...

hari ini..aku baru saja pulang dari kampung halaman mama aku di kelantan...aku rasa suka nak menulis pasal hari-hari yang penuh dengan keceriaan, gelak tawa,usik mengusik antara aku dan keluarga aku....terlalu banyak cerita-cerita yang ingin aku kongsikan sampaikan aku tak tahu nak mulakan dengan yang mana satu...rasanya boleh aku mulakan dengan cerita aku dan keluarga pergi makan durian di balik pulau,pulau pinang....

hari jumaat lepas...selepas saja solat jumaat...kami sekeluarga dengan seorang sepupu aku dari terengganu memulakan perjalanan ke pulau pinang...macam biasa, bapak kurang minat dengan kesesakan lalu lintas nak ke pulau pinang...bapak lebih suka ke pulau pinang dengan menggunakan perkhidmatan feri...sepupu aku sangat teruja dapat naik feri ke pulau pinang setelah sekian lama dia tak ke pulau pinang...katanya, kali terakhir dia ke pulau pinang menaiki perkhidmatan feri adalah semasa dia di alam sekolah rendah...bayangkan lah sudah berapa tahun dia tidak merasa nikmat ini kerana usia dia sekarang sudah mencecah 24 tahun....destinasi wajib kami setelah sampai di pulau pinang...mestilah singgah ke Queensbay...tak membeli belah pon tak apa...asalkan dapat cuci mata...dah puas cuci mata baru lah kami semua bergerak ke balik pulau....nak makan durian di sana...tapi kami tak sempat nak merasa nikmat makan durian sepuas-puasnya sebab masa kami sampai tu hari dah gelap...semua orang pon makan tak nampak pon buah durian tu...makan pulak cepat-cepat sebab dah malam...kami sempat makan 4 biji durian saja...yang paling kelakar...adik min la...baru makan 2 ulas dah nak termuntah...lepas makan durian balik jitra terus....

hari sabtu...
hari ni kawan baik aku semasa aku belajar di poli dulu akan menjadi tunangan orang...aku sebagai kawan tumpang gembira untuk dia...tak ada apa hadiah yang boleh aku fikirkan untuk hari pertunangan diyana...aku cuma nak bagi dia merasa cupcakes hasil tangan aku sendiri...sudah berbulan-bulan aku usahakan untuk membuat cupcakes....tapi aku masih lemah dalam teknik penulisan di atas kek...aku kena usaha lebih lagi untuk belajar teknik penulisan ni....inilah hasil kerja tangan aku dari jam 12.00 tghmlm sehingga 4.00 pagi....harap diyana suka..harap tak pening kepala nak baca apa yang aku tulis...hehehheh......majlis pertunangan diyana berlangsung di rumah keluarga diyana di alor setar...aku sampai di sana seawal jam 2.30 petang...rombongan pihak lelaki sampai pada jam 3.00 petang....majlis berjalan dengan penuh keringkasan...upacara menyarung cincin diselesaikan selepas tamat penyampaian hajat oleh wakil pihak lelaki...tepat jam 3.20 petang...diyana sah menjadi tunangan kepada seorang lelaki bernama zaid....tahniah diyana...diyana segak mengenakan baju kurung moden putih pada hari itu....tahniah sekali lagi diyana...insyaAllah kenduri ampa bulan disember nanti kami pegi ok...





tamat majlis di rumah diyana...aku terus balik ke rumah....abang,acik dengan rudy dah siap nak balik ke kelantan...kami berangkat ke kelantan tepat jam 6.00 petang...sampai di pasir tumboh makan maggie tomyam special dengan ayah su...balik rumah tok sampai jam 2.00 pagi...hari ahad bersarapan pagi kat kedai ciksu...makan nasi kerabu special...lepas tu pusing-pusing kat kb mall...malam pulak pegi jalan-jalan dekat wakaf che yeh...esok malam ada makan besar kat rumah tok...ciksu dengan ayah su nak sambut birthday amer...amer dah genap 6 tahun pada tahun ini...16 jun 2009....seronok betul amer dapat hadiah yang memang dia hajatkan sangat....dia minat sangat dengan Ultraman...bukan main happy lagi dia malam tu...malam tu kami melepak kat dapur tok je...tok rancak bercerita pasal salasilah keluarga kami...aku sangat teruja mendengar cerita tok...aku juga bangga dan bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang berasal dari golongan orang-orang yang baik,disegani, dan dihormati...tak perlu rasanya aku ceritakan disini salasilah keluarga aku...biar cerita ini terus hanya melekat dalam otak aku dan keluarga aku...bukan kerana apa...takut nanti bila diceritakan salasilah keluarga aku nanti...takut juga kalau-kalau diri ini tiba-tiba jadi lupa diri dan riak...jadi tak perlu nak diceritakan kepada umum....

minggu ini adalah minggu yang bagi aku penuh dengan keceriaan...aku terasa semacam tidak puas dengan minggu ini...aku inginkan minggu ini berterusan sampai bila-bila....

Thursday, June 11, 2009

DRIFTING....

6 JUN baru-baru ni aku ikut abang aku pegi STADIUM BATU KAWAN,PENANG....sebab abang kata ada kawan dia masuk drift anjuran TOYOTA...aku yang dah sememangnya dari dulu lagi teringin nak tengok orang drift depan mata aku...selalunya aku dengar abang aku bercerita dengan aku...tak pun aku tengok dvd abang aku je...pastu lagi aku tengok dalam tv...

akhirnya setelah sekian lama aku dok bodek abang aku....dia bawak jugak aku pegi tengok orang drift dalam track...

apa perasaan aku???

memang aku teruja habis masa tu...dengan tengok kereta-kereta yang ada kat situ...aku macam teringin nak dok dalam kereta tu then ada orang buat drifting....perghhhhh memang aku teringin sangat-sangat....

nak tengok orang-orang main drift depan mata dah tercapai dah...
lepas ni aku nak cuba duduk dalam kereta tu pulak...memang teringin sangat-sangat...ada peluang cerah sikit lagi ke kan masa depan nanti...boleh kot mintak izin mama,bapak dengan abang...aku pulak nak belajar drifting...

bulan lepas abang ada ajak aku join kelas advance driving skill kat perlis....tapi masa tu aku tengah final exam...tak boleh nak join...pasal aku bukan ada banyak sangat pon lagi skill memandu ni...banyak lagi benda nak kena belajar....pasal kereta pon aku tak tau banyak sangat....itu pon nak kena belajar jugak lagi....


*** aku sangat suka pada KELAJUAN.....

Friday, June 05, 2009

AKHIRNYA...

masa aku balik kelantan last week...
aku pegi jalan2 dalam KB Mall dengan abang dan adik2 aku...
sambil berjalan2 dan cuci mata....
tiba2 abang aku panggil aku nak tunjuk sesuatu....

aku terpandang sesuatu yang aku cari2 selama cantik indah terpapar di dalam cermin sebuah kedai....
apa yang aku cari2 selama ni???

ini dia jawapan nye...



...MODEL MYVI SE...

Wednesday, June 03, 2009

SERONOK...


semlm aku baru balik dari bercuti di pulau perhentian...
3 hari dia sana memang cukup menenangkan fikiran aku...
dapat tgk air laut yang tenang, dapat tgk ikan dan terumbu karang yang cantek2...

banyak pengalaman baru yang aku dapat semasa di sana...
hehhh...
ada jugak cerita menarik di sana...

aku bukan lah pandai sangat nak berenang kan...
pertama kali aku mencuba nak snorkling di pulau perhentian ni...
macam2 gaya ada...
tapi aku enjoy....
dapat lepak2 dengan adik beradik dan sepupu aku....

nak tgk gambar???
hehhh...
tak payah la...
muka aku teruk gila terbakar...
berjemur tengah panas 3 hari berturut2....

makan minum kat sana pon sedap2...
balik dari pulau perhentian kitorg sambung bercuti di kemaman...
lepak2 rumah makcik aku...

then kitorg pegi melepak kat teluk cempedak pulak...

aku sedang berfikir...
berapa lama agak nya kulit muka aku akan kembali kepada keadaan asal ni???
nak pergi kenduri kawan aku pon aku dah segan ni...

aku lampirkan sikit2 gambar yang sempat aku snap masa kat sana...








banyak lagi gambar akan datang....

Friday, May 29, 2009

1st DAY IN KELANTAN...

sampai rumah tok semlm kat bachok lebih kurang jam 3pagi...kitorang lepak2 sembang dengan tok sekejap...lepas tu masuk tido...pagi tadi semua orang bangun bersiap nak pegi Rantau Panjang lepas tu nak singgah rumah ayah mi...aku takdak mood nakpegi shopping....dah la dengan musim panas sekarang ni....lagi la hilang mood aku...

dok rumah je la aku sorang2 hari ni...kat rumah tok ni pon aku dah panas berpeluh2...bayangkan la aku kat Rantau Panjang masa ni....mesti berpeluh sakan dengan gatal2 muka lagi...lepas mula la aku hilang mood nak berjalan....muncung je muka aku nanti....rimas dengan panas lagi....rimas dengan orang ramai lagi...

esok akan ke Kemaman mungkin....dr sana nnt abang nak ajak pegi Teluk Cempedak...lepakkat sana sementara nak tunggu naik bot ke Pulau Perhentian....bot yang kitorg nak naik tu nnt kata Rudy seawal 7.00 pg....mmg sangat awal la mat Rudy oii...tak tido la jawab nye kita semua....

tapi kan...best jugak apa....boleh sembang2 panjang....dah la kita semua dah lama tak jumpa...aku pon dah tak sabar nak ke sana....nak bersuka ria...hilangkan segala tekanan yang ada...nak segarkan balik minda aku yang dah lembab selama 3 minggu ni....

dengan harapan balik saja dari Pulau Perhentian nnt...pusingan hidup aku akan kembali normal...selama 3 mggu ni aku rasa pusingan hidup aku agak kurang normal...

Wednesday, May 27, 2009

KEK LAGI...

hari aktiviti aku kosong....petang aku ajak abang pegi alor star nak cari barang2 nak buat kek...balik rumah mama pulak ajak keluar cari tikar getah nak ganti getah tikar sangkar kucing yang dah lama tu...

malam bapak ajak keluar makan...lepas makan balik rumah...aku start buat kek dengan mama...tapi bakar kek je dulu...aku tak dak idea nak decorate kek tu lagi...esok pagi adalah lah kot...lagipun aku sorang2...tak dak mood langsung nak melukis...

lusa nak ambik acik kat poly..lepas tu balik kelantan pulak...dari kelantan nnt akan ke pulau perhentian dengan rudy dan ya...mama dengan bapak nak balik jitra...

aku dah mengantuk...tapi mata tak boleh nak pejam...main game kejap ye...agak2 mengantuk aku tido....kalau tidak...macam biasalah aku....berjaga sampai subuh...pastu siang2 hari mula la mengantuk tak tentu hala....

Monday, May 25, 2009

SERVICE KACAK..


skang ni aku tgh online kat perodua service centre...tgh tunggu KACAK di-service...dok la aku sorg2 kat sini...nasib baik kat sini boleh online...xde la aku bosan sangat sorang kat sini...pusat service kat sini best...tak ramai orang...staf semua mesra alam...

heh...
mau tak mesra...asyik muka aku ja yang dok mai service KACAK...semua orang dah kenai aku...
ada 2 sebab aku antar service KACAK...memula skali sebab memang dah sampai masa KACAK kena p service...yang kedua...hari khamis ni family aku nak balik kelantan...nak berjalan jauh...kena la KACAK buat persediaan...supaya perjalanan kitorg nnt lancar...

lepas balik kelantan nanti...KACAK nak p berjalan ke terengganu pulak...hehehhe...aku dengan adik-beradik nak p pulau redang dengan sepupu kami kat sana....

okeh...
KACAK dah siap dah...
aku nak bawak KACAK p mandi pulak lepas ni...
pastu balik rumah...

Sunday, May 24, 2009

RUMAH BARU...

subuh hari tadi ada satu kes jadi kat anak kucing belaan bapak....
bapak panggey dia KECIK....
dia la anak kucing yang paling comey sekali yang antara bertiga( KECIK,KIKI,LALA)....
kul 2 pg semlm aku dengan acik sibuk buat cake utk ariana...


dia demam, so kitorg ingat nak bg dia happy skit dan demam dia cepat kebah...
lepas dah siap semua cake tu....
acik nak mesin kain...
pastu aku terdengar bunyi kucing meraung...
cam bunyi kucing mengamuk pon ada...

hati aku terdetik yang bukan2 dah masa tu...
ye la kan..dah lewat mlm dah...
pastu aku cam rasa bunyi tu dekat je....
macam bunyi anak kucing bapak....
aku cakap kat acik...
ehhh macam bunyi suara KECIK je....
pastu acik keluar nak tgk betul ke tak...
sekali memang betul la suara KECIK...
rupa-rupanya tangan dia tersepit kat sangkar dia...
kesian dia....sakit teruk la...
abang usaha nak keluarkan tangan dia...
tapi dia jadi lagi kuat mengamuk....
sakit sangat la tu...
aku dah mula gelabah...
abang mintak gergaji nak potong besi sangkar tu...
mana ada gergaji dalam rumah ni...
aku nak cari playar ke cutter apa patut...
check dalam myvi pon xdak...

dah kalut2 tu baru aku teringat ada playar dlm bilik aku...
aku berlari naik atas ambik playar tu bg kat abang...
masa abang nak potong besi sangkar kucing tu...
dia lagi kuat mengamuk...
aku dah sedih dah...
kesian kat dia...
masa abang tgh usaha nak potong besi tu...
KECIK dah menggelupur sakit...
aduhhhh...
aku tak dapat tahan air mata...
terus bercucuran air mata aku dengar KECIK menjerit...

lepas dah potong besi tu dapat jugak keluarkan tangan dia...
kesian dia...
tangan dia kebas kot...bengkok tangan dia...
jalan pon mengencut2...
kesian KECIK....
menangis teruk dia....

bila dah tengah hari...
aku keluar nak tgk KECIK...
alhamdulillah..dia takde apa2...
tangan dia pon dah ok dah...
mama dengan bapak tak tau cerita lagi masa tu...
lepas aku cerita...
mama dengan bapak lega pasal tangan dia tak patah pon...

abis cerita pasal KECIK yang sememangnya buas...



petang tadi aku pegi padang besar dengan mama,abang,acik....
bapak pegi main golf....
kat padang besar takde apa yang menarik pon...
jln2 makan pulut ayam...
lepas tu balik rumah...

sampai rumah semua kepenatan...
tapi aku tolong mama lipat kain dulu...
petang tu...
bapak ajak pegi tgk rumah baru kat taman gemilang....
bapak macam konfem nak beli rumah kat sana....
tapi rumah tu tak siap lagi....
mama kata maybe sempat siap la sementara bapak nak pencen...

mama mula2 kata nak cari rumah biasa2 ja...
pasal kadang2 ja nak mai duk kat jitra ni...
dah ada rumah elok kat kelantan cukup la...
tapi bapak biasa la...
semua nak yang terbaik dan perfect...
sekali bapak pilih rumah yang elok jugak kat jitra ni...
aku pon suka tgk rumah tu tadi...
betul2 terletak depan surau taman tu...
senang nak pegi sembahyang....
bila bulan puasa...
lagi senang nak pegi terawih....
depan rumah je...
alhamdulillah takde orang ambik lg rumah tu....



mlm tadi mama,aku dgn acik sibuk buat transformasi bilik aku dgn acik...
abis semua almari baju dengan rak komik,katil semua kitorg alih...
bilik jadi lebih luas pulak...

Thursday, May 21, 2009

SUKA SANGAT LA AKU...

gamba ni baru je sampai petang tadi...masa tu aku dengan abang baru je nak keluar rumah pegi perlis...abang nak renew lesen dia sambil-sambil nak pegi tgk acik kat poly...aku punya excited nak tgk gamba ni...sekali bila aku bukak...aku gelak besar dulu...gila kelakar aku tgk gamba ni...selama aku dok tgk gamba2 orang lain yang naik pentas masa konvo...tak de lagi la aku tgk org yang senyum mcm aku ni kan...

aku ni cam nampak gila excited ke apa...mak aku siap tanya...apa yang seronok sangat sampai senyum camtu...abang aku lagi best bahan aku...cess...bak kata hafiez....xpa la senyum depan CEO kilang gula perlis....ehehheheh tapi aku suka gamba ni...pandai apek tu bg kat aku gamba ni kan...tq apek....ehehhehehe