Tuesday, September 29, 2009

DAPAT ADIK BARU....


hari ni mama suruh aku balik cepat2...sebab mama nak tunjuk adik baru kat aku...baru petang tadi mama ambik mereka2 ini...

dua-dua baru berusia 2 bulan...comey lagi...nama pon tak bagi lagi....

Tuesday, September 22, 2009

AIDILFITRI YANG PENUH MAKNA....

salam aidilfitri semua...
aku gembira menyambut aidlfitri pada tahun ini bukan saja kerana dapat berkumpul beramai-ramai bersama sanak-saudara...malah aidilfitri pada kali ini dapat mengeratkan semula hubungan kekeluargaan yang hampir goyah...aku bersyukur kepada ALLAH S.W.T....

terima kasih kerana menyatukan kembali keluarga kami...
terima kasih kerana mendengar doa-doa2 kami...
terima kasih kerana menjadikan aidilfitri kami pada tahun ini lebih bermakna...

kenangan di aidilfitri ini akan terus kekal dalam ingatan aku buat selama-lamanya...

SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA....

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA...

salam ramadhan kepada semua....

hari ni aku sangat gembira sebab aku dan keluarga sudah selamat sampai ke kampung mak aku di kelantan...kitorang gerak dari jitra tadi pon dah agak lewat...kalau tak silap mata aku jam masa tu menunjukkan angka 5.30 petang....kitorang berbuka puasa kat tengah jalan...di kedai makan nasi kari kepala ikan...

sampai di pasir tumboh, kelantan jam 12 mlm...singgah rumah ayah su aku...alang2 dah kat kedai tu..kitorang sahur je terus...makanan wajib bila sampai kelantan tengah2 mlm buta ni...mesti la makan maggi tomyam kaw...memang menangkap anak tekak...best3.....

apa planning untuk esok...aku tak tahu lagi....

tapi dikesempatan ini...aku nak mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog aku ni....

kepada kawan2 sekolah rendah kat UDA ....
selamat hari raya...terima kasih sebab masih lagi berhubung dengan aku...

kepada kawan2 sekolah menengah JITRA...
selamat hari raya..maaf zahir batin sebab aku tak dapat join korang berbuka puasa hari jumaat ni...aku pon tak tau yang family aku nak gerak balik kampung hari khamis...sorry ye atilia...aku tau ko memang sangat teruja masa plan semua ni...tapi aku mintak maaf banyak2 tau...raya nanti la kita jumpa....

kepada kawan sekolah TEKNIK...

selamat hari raya....kepada kanak2 dorm EHSAN 305....aku tak lupa reunion kita pada 20/09/2009....dah aku sangat bersyukur sebab pada tarikh itulah kita menyambut kemenangan selepas kita berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan jayanya....dan kebetulan jugak raya pada tahun ni aku beraya di kelantan...senang la kita semua nak jumpa...tapi macam ramai la pulak yang tak boleh nak jumpa pasal hari raya pertama kan...mesti semua sibuk nak beraya rumah sedara mara...tapi takper lah kan...nak buat macam mana...bukan jodoh kita nak berjumpa...tapi rumah nenek aku dekat je dengan sekolah kita dulu...apa kata korang datang beraya rumah nenek aku ramai2 tahun ni...kita buat reunion kat rumah nenek aku je...ehehhehe.....untuk kawan2 lain...terima kasih banyak2 sebab masih ingat pada aku setelah 4 tahun kita terpisah...selamat hari raya maaf zahir batin....

kepada kawan2 diploma di POLIMAS....

selamat hari raya semua....akhirnya semua kita dah berjaya dengan misi masing2....yang mana nak sambung buat ijazah, korang dah pon mencapai impian korang...yang mana yang dah bekerja pon tahniah kepada korang...boleh dah kottt bagi duit raya kat aku..ahahahhaa....dan kepada yang sudah pon bertunang dan mungkin bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ni....tahniah aku ucapkan...aku nak minta maaf banyak2 kalau aku selalu tak buat kerja masa kita sama2 belajar dulu...selalu malas nak buat report...selalu malas nak present...ada je alasan aku nak mengelak...ehehhe.mintak maaf yer...

kepada kawan2 ijazah di UNIMAP... selamat hari raya kepada semua...maaf zahir batin...aku tau aku selalu je tidur dalam kelas..ehheh...mintak maaf kepada kawan2 dan pensyarah semua...kepada kawan2 yang selalu jadi bahan usikan aku...aku mintak maaf...lebih2 lagi anis dengan ct...korang memang selalu kena dengan aku...sorry yer...itu je cara untuk aku hiburkan hati aku sendiri sejak aku masuk sini...sebab tempat aku bukan di sini....tapi aku dah pilih jalan ni...aku kena jugak ikut jalan yang aku pilih ni...kepada zila dan far...aku pon nak mintak maaf dengan korang...harap korang boleh baik2 semula macam dulu2 ok...aku rindu masa2 kita naik kereta sama2 pergi kelas....rindu gelak2 dalam kereta...plisss aku nak balik masa2 tu...untuk kawan2 lain...mintak maaf kalau aku nampak macam sombong je dengan korang...bukan aku sengaja nak buat sombong...tapi aku cam agak segan dengan korang...pasal korang kan senior....

Tuesday, September 15, 2009

NEW FAMILY MEMBER


lagi sekali entry untuk ahli keluarga baru....yang putih cantik....dan sangat laju....

welcome home....

Monday, September 14, 2009

BERBUKA PUASA LAGI...

semalam ada majlis berbuka puasa di kubang gajah anjuran ppk bahan...
tak ramai pon yang pergi majlis ni...tapi ok la jugak daripada takde orang langsung...makanan yang ada boleh tahan la daripada tak boleh makan...bersyukur dengan apa yang ada...asalkan perut kenyang...tak banyak nak cerita...tengok-tengok gamba sudah la yer...






Sunday, September 13, 2009

TAJUK APA???

suka hati la korg nak letak tajuk apa utk entry aku kali ni..pasalnya...dah hampir seminggu aku tak update blog aku...sebab apa???sebab aku sendiri tak tau...nak kata sibuk dengan study...tak de pon aku rasa...

sepanjang seminggu ni...macam2 benda menarik yang berlaku...antara yang aku ingat...tapi mintak maaf kalau tidak mengikut susunan hari kejadian ok...

yang pertama2 sekali yang aku ingat...majlis berbuka puasa kat kuala perlis...kitorang seramai 26 orang budak2 BAHAN DAN BESI pegi berbuka puasa kat SEA VIEW HOTEL, KUALA PERLIS...ini lah pertama kali aku berbuka puasa dengan budak2 kelas aku kat uniMAP ni...puasa tahun lepas aku tak pernah join pon...sebab aku masa tu tak kenal sapa2 lagi pon...maklum la budak baru katakan....tapi apa2 pon...korg memang best sebab bila dalam kelas korang semua lain2 perangai dengan aku..tapi bila luar kelas korang semua sporting dan sangat best....


dah la tu pulak aku dah lama tak naik bas uniMAP pusing2 perlis kan...best lah weiii...

selain berbuka puasa beramai2...urrmmm haaa berbuka puasa beramai2 lagi..tapi kali ni di rumah pak ngah aku di kulim...kebetulan pulak sepupu aku baru balik dari Ireland...balik untuk berhari raya di Malaysia...tapi sayang seribu kali sayang...tahun ni kitorang raya kat Kelantan...tak boleh nak raya sama2...takde la gamba raya kita sama2 tahun ni...iman,kak ayu...tolong balik pulak yer raya tahun depan...ehehehh

dan...yang paling menarik sekali sepanjang minggu ini...jeng jeng jeng....lepas bukak puasa kat rumah pak ngah tadi...semua orang duduk sembang2....sekali sekala buat family gathering camni best jugak....tapi dalam ramai2 tu tetiba kak ayu hilang...iman kata kak ayu tak sihat...elok je lepas tu kak ayu keluar dari bilik dan tersenyum2...heee kak ayu bukan main happy lagi nak bagitau semua orang yang kak ayu dan iman is going to be a mother and father...weeeee.....

selamba je kak ayu keluar bilik cakap, ' ayu pregnant' sambil tersenyum kat semua orang....iman dah cam blur2 je muka kan..ahahhaha....congratulation kak ayu and iman...tapi tadi tu kak ayu buat pregnancy test sendiri je...maybe esok atau lusa dorang nak g klinik...mintak2 la melekat kan kak ayu...best laa lepas ni ada baby....


haaaa lagi satu lupa nak cerita...cerita ni khas untuk paan la kan...sebab aku tau dia sangat suka kalau datang beraya rumah aku...paan...kuih raya mak aku dah siap 5 jenis....esok lusa siap la 7 jenis pulak...maka dengan itu...kau boleh la datang beraya kat rumah aku lepas ni ok...semua biskut kegemaran kau mak aku buat....hehhehehe

SELAMAT HARI RAYA SEMUA DAN TAHNIAH BUAT KAK AYU DAN IMAN....

Sunday, September 06, 2009

KEPUTUSANYA....

keputusan apa yang aku nak bagitau ni???

haa keputusan grading aku semalam tu la...aku dapat naik calit hijau je...tak dapat double sebab aku kantoi masa kicking...bengong betul la aku nih...nak buat kicking pon susah...tapi nasib baik aku clear masa buat pattern....

tapi tadi ( semalam la kan )...aku teruk gila masa buat side kick back kick...haduiiii berterabur habis....malu kott...

ehehhe...tapi syok jugak pasal kawan aku pon boleh tahan bersepah jugak dia punya kicking...ekekkek ada gang..ada gang...lepas ni kita blaja pattern kuning calit hijau pulak la ye ct...boleh kita sama-sama ajar lala pattern dan-gun plak pasni...

Saturday, September 05, 2009

SATU PENINGKATAN..

malam ni aku akan menjalani ujian peningkatan tali pinggang dalam seni mempertahankan diri, TAEKWONDO...

aku sendiri pon tak menyangka yang aku boleh sampai ke tahap ini...sebab aku sangat-sangat-sangat lah pemalu bila nak beraksi di depan khalayak ramai...aku punya self-confident yang sangat rendah...

tapi pada malam ini...aku akan cuba untuk mengatasi masalah besar aku ni untuk tunjukkan kemampuan aku....aku akan cuba untuk mengingati semua pattern yang sudah aku belajar dan cuba untuk membuat tendangan yang lebih tinggi dan bertenaga...sebab dengan tendangan yang tinggi dan bertenaga itulah yang akan memberikan aku markah yang banyak dan menentukan sama ada aku boleh meningkatkan tali pinggang aku sebanyak 1 dan atau 2 dan terus...

apa maksud DAN...ok...DAN ni bermaksud peringkat tali pinggang dalam seni mempertahankan diri TAEKWONDO...aku sekarang ni berada di peringkat 9 dan....peringkat ini adalah peringkat kedua terendah selepas tali pinggang putih...

kalau korang masuk TAEKWONDO...korang akan bermula dengan tali pinggang putih...lepas tu kalau korang boleh buat tendangan yang baik...korang akan terus lompat ke tali pinggang kuning...tapi kalau tendangan korang ala2 je...korang akan dapat tali pinggang putih yang dicalit dengan warna kuning...dan selepas tu korang akan terus menjalani ujian untuk meningkatkan tali pinggang korang dari kuning kepada hijau dan kepada biru selepas itu merah dan yang paling tinggi adalah HITAM...

untuk aku...sekarang ni aku dah dapat tali pinggang kuning..dan malam ni aku akan menjalani ujian yang akan menentukan sama ada aku akan mendapat tali pinggang hijau terus atau hanya mendapat tali pinggang kuning calit hijau...


doakan aku yang terbaik ok...aku nak lompat terus...cepat sikit dapat hitam..ehehhhe

Friday, September 04, 2009

LAMBAT LAGI...

hari ni aku lambat lagi pergi kelas....semlm aku dah janji dengan anis takmau bangun lambat @ terlajak tidur lagi dah...aku dah siap kunci jam dua-dua handphone yang ada jam 6 pagi...

tapi taktau kenapa aku tak sedar langsung jam berbunyi...tiba-tiba jam 8.30 pagi mama bukak pintu bilik aku tanya kelas aku mula jam berapa...aku selamba jawab start 10 pagi...

tapi yang sebenarnya kelas aku mula jam 9 pagi...bila aku tengok jam dah 8.30 pagi melompat la aku dari katil macam semalam..tapi kali ni lagi kelam kabut...pasal lagi 30 min kelas nak mula...aku pulak baru nak mandi dah bersiap nak ke perlis dari jitra....

tepat jam 8.40 pagi aku siap dan terus keluar ke rumah anis...anis dah siap lama tunggu aku...dia gelak je tengok aku dengan muka baru bangun tido...8.45 pagi kitorang gerak nak ke perlis...sampai kat traffic light simpang 3 kat taman suria tu anis tiba-tiba baru teringat dia lupa bawak notes prof shamsul...terpaksa la aku patah balik sebab kalau sesiapa yang tak bawak notes tu tak boleh masuk kelas...

aku dah mula gelabah dah ni...berapa min je lagi kelas nak mula...8.50 pagi lepas anis ambik notes dia..kitorang gerak ke perlis...aku dah tekan gila-gila dah sebab nak ligan masa...nanti kang tak sebab tak bawak notes pulak kitorang kena halau pasal datang lambat...

nasib baik perjalanan agak lancar tapi macam-macam benda yang kitorang tengok sepanjang perjalanan nak ke perlis...mula-mula dan yang paling kerap terjadi adalah bila traffic light bertukar merah setiap kali kitorang nak sampai kat tiang traffic light tu..haduiii hangin betul aku....

lepas tu pulak...boleh pulak ternampak sorang makcik ni dok berkebun kat batas highway tu...aduihhh ada ke orang yang rajin nak tolong JKR buat kerja-kerja maintanence ni...rajin sungguh makcik ni sorang...

dalam kelam kabut tu sempat jugak aku dengan anis dok gelak-gelak dalam kereta...biasa la kan..nak psyco diri masing-masing supaya tak cuak sangat sebab dah lambat....

tepat jam 9.20 pagi kitorang sampai kat kubang gajah...sampai kat sana...parking la pulak dah penuh...tapi aku main selit je KACAK tu...turun je dari kereta aku nampak budak-budak kelas aku dok keluar masuk kelas...lega la sekejap...maybe lecturer tak sampai lagi...sekali ada orang bagitau yang kelas batal sebab ada salah paham jadual waktu...prof ingat kelas mula 10 pagi sedangkan jadual dah ditukar ke jam 9 pagi...

arghhh TAK TENSION pun kan tekan-tekan minyak nak sampai cepat...haih...macam-macam sungguh benda yang jadi minggu ni...

Thursday, September 03, 2009

BANGUN LAMBAT..

hari ni aku ada lab test kat kubang gajah...test mula jam 10 pagi...aku dah janji dengan anis nak gerak dari jitra jam 8.30 pg...

aku siap kunci jam err kalau tak silap aku 6pg dgn 7.30pg...tapi aku terlajak tidur sampai la anis call aku jam 9 pagi...melompat aku turun dari katil capai tuala pegi mandi...gila lambat dah nak gerak ke perlis ni...

tapi nasib baik la aku sempat sampai kat kubang gajah 5min sebelum test mula...budak-budak lain pon ramai yang tak sampai lagi...lega aku...

tobat lepas ni aku xnak tangguh2 bangun tidur lagi dah bila jam berbunyi...

tengkiu anis sebab kejutkan aku...
ahahhaa

Monday, August 31, 2009

SELAMAT HARI MERDEKA!!!!

YEAHHHH sudah 52 tahun kita merdeka...merdeka dari jajahan orang asing....selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua warga Malaysia....

tadi dok tunggu depan tv nak tengok elmi dalam Quickie....ehehheh elmi ko nampak nervous teruk weih...ahahhhaa....

Sunday, August 30, 2009

NAK GRADING DAH...

yeahhhh....mggu depan aku bakal menjalani ujian peningkatan tali pinggang ( grading )....insyaallah lepas ni aku dapat tali pinggang kuning stripe hiijau...tapi kalau dapat hijau terus alhamdulillah la kan...maka dengan itu...aku kena berusaha untuk memantapkan lagi teknik tendangan aku...sebab teknik tendangan tu la yang akan jadi penentu sama ada aku dapat naik satu atau dua tali pinggang.....

untuk pattern chonji dan dan-gun...alhamdulillah aku dah boleh ingat semua steps dah...cuma teknik tendangan yang masih lagi tunggang langgang..sebab apa aku kata tunggang langgang???sebab aku masih lagi tak dapat nak menstabilkan diri aku bila nak buat teknik tendangan ' back kick '....haduiiii tolong la kan...tolong la buat betul-betul....

dan...
mungkin ramai yang masih belum tahu lagi keadaan kereta abang aku yang mengalami kemalangan di gurun...mungkin ada yang sudah mendengar desas desus yang mengatakan abang aku terlibat dengan kemalangan pada 27 ogos 2009....keadaan kereta memang agak teruk jugak...tapi kami sekeluarga bersyukur sangat-sangat sebab abang aku terselamat dan langsung tak mengalami kecederaan yang teruk...cuma terseliuh tangan kanan dia je...

nak tengok kereta dia jadi camna???








aku pon rasa cam kereta ni dah tak boleh nak diselamatkan lagi dah...cuma ada certain parts saja yang boleh diambil kalau nak...tapi body....takleh dah aku rasa...pasal keadaan yang sangat teruk....

Sunday, August 23, 2009

SILA KOMEN...




as a beginner..aku tau sangat banyak benda yang perlu aku belajar lagi...lagi pulak...aku ni langsung tak ada pengalaman dalam bidang photography ni...jadi kat sini aku lampirkan beberapa hasil kerja aku yang aku rasa belum cukup memuaskan lagi...sebab kebetulan aku ke sunway karnival semalam...dan kat sana ada MARHABAN ASTRO...yang membariskan artis-artis gempak selebriti astro...jadi aku menggunakan kesempatan yang ada untuk mencuba kamera baru yang dibeli oleh bapak aku...kamera yang pada hari semalam baru berusia 2 hari....

jadi...silakan menikmati hidangan mata anda...dan kalau anda ada pendapat...jangan malu jangan segan untuk memberi pandangan tentang gambar-gambar yang aku ambil ni...aku masih memerlukan banyak lagi tunjuk ajar....
























untuk lebih banyak gamba...sila tengok dalam facebook aku...

Saturday, August 22, 2009

SI DIA....KEKASIH KU..WEEEE

sapa yang dah baca entry aku semalam...yeahhhh...semalam secara rasminya aku dah mendapat bf yang selama ni aku idamkan...dah lama aku tunggu nak jumpa dia...sentuh dan pegang dia...akhirnya...petang semalam...bertempat di KOMTAR , PULAU PINANG.....aku dipertemukan dengan SI DIA oleh bapak aku sendiri...disaksikan oleh mama,adik,abang dan acik...

huuuuu....gembira bukan kepalang...ahahha ayat tak bleh blah kan skema gila....tapi aku sangat2 suka...terima kasih bapak....angah suka sangat2....angah janji angah jaga SI DIA baik2....

siapa SI DIA yang aku maksudkan??? jeng...jeng...jeng...



SI DIA

Friday, August 21, 2009

KEKASIH BARU DAH SAMPAI....

YEAHHHH akhirnya....

nnt aku update lg...

Thursday, August 20, 2009

MAKAN...DAN MAKAN...

semalam lepas maghrib aku dengan family bergerak ke Jeli,Kelantan....pasal mama kena hadiri mesyuarat apa entah kat pejabat tanah jeli....perancangan awal nak tidur kat mana-mana hotel murah sekitar jeli saja...tapi biasala kan...perancangan tak selalu menjadi...sebelum sampai jeli...bapak ajak makan dekat kedai makan KARI KEPALA IKAN....kedai tu dok kat tengah-tengah hutan....mesti korang heran kan...macam mana boleh ada kedai makan besar tu kat tengah -tengah hutan....malam tu kitorang makan KARI KEPALA IKAN....kepala ikan yang gila lagi besar dari kepala ikan yang pernah kitorang makan kat kuala lumpur dulu....perghhh....makan sampai nak terjeluak....memang gila besar la kepala ikan tu...tapi sayang...isi ikan tak berapa masak...jadi ikan tu dah dimasak dua kali sebab bapak komplen isi ikan tak masak...potong selera la nak makan kepala ikan...bila kepala ikan yang dah diusik-usik diambik balik masuk dalam periuk buat kali kedua....tapi...aku peduli apa kan...makan tetap makan....

lepas kenyang perut...teruskan perjalanan...cari hotel-hotel murah tapi tak jumpa...last-last...balik bachok jugak....sampai rumah tok lebih kurang jam 2 pagi....terus tidur tak sempat sembang dengan tok sebab semua penat and tok pon tak sihat sangat....awal-awal pagi seawal jam 6pg aku dah bangun bersiap nak ikut mama dengan bapak pegi jeli....dari jeli nanti terus balik jitra....memang tak sempat nak sembang panjang pon dengan tok...jam 6.30pg bergerak keluar ke jeli...sampai kat pejabat tanah jeli lebih kurang jam 8.15 pg....mama sorang je yang pegi masuk bilik mesyuarat...aku,bapak,adik dengan abang pegi makan dekat kantin...sambil lepak-lepak dengan uncle rosli....

lepas mama dah settle semua benda...kitorang singgah kejap kat stesen minyak hj sulaiman...hj sulaiman ni la orang yang paling banyak berjasa kat tanah mama dengan bapak kat jeli tu...dia pon tak berapa sihat sekarang ni...

lepas sembang-sembang bapak ajak gerak sebab jauh lagi nak sampai jitra...sebelum tu...mesti isi perut lagi...tempat wajib kitorang singgah sebelum balik jitra...mesti nak pegi makan kat kedai nasi daun pisang kat tanah merah....memang superb sedap...sesapa nak ke kelantan lalu perak...wajib singgah tanah merah...memang tak rugi....

Saturday, August 15, 2009

PUAS 87RIBU KALI...

hahahahaha....memula sampai kat stadium kangar tadi...macam tak ada orang je kat sana....tapi masa nak turun tangga ke kereta tadi aku terpandang flyers kat dinding tangga tu...pertandingan Clash of The Band tu akan diadakan di perkarangan Kg. Wai...tapi aku dengan bebudak ni terus je pegi stadium...pasal kitorang rasa flyers tu silap...

sampai stadium hujan la pulak...mcam mana nak tengok band perfom ni..tapi aku lupa yang pihak penganjur ada sediakan khemah untuk pengunjung...aku dengan bebudak ni amik seat depan sekali..nak dekat dengan stage la konon...dengan harapan band-band yang bertanding malam ni semuanya best....tapi......


kami tertipu...


band yang bertanding semua bosan...


tapi kami nak tunggu artis jemputan yang best....


semua band yang bertanding nyanyi entah apa-apa...bosan gila...kalau ada yang betul-betul best pon band yang kedua,ketiga yang terakhir je...yang awal-awal semua bosan gila...buat aku dengan bebudak ni nak balik awal...

tapi sebabkan kitorang tau nanti ada Azlan and The Typewriter buat persembahan nanti...kitorang tunggu jugak kat situ....

sampai la saat-saat yang ditunggu semua pengunjung....Azlan and The Typewriter naik pentas dan nyanyi lagi Pari-pari di Bawah Angin...lepas tu Lan jemput Aweera naik nyanyi sama-sama lagu apa aku dah lupa dah...tapi nanti aku akan upload video diorang kat sini nanti...


gamba tak clear sebab aku ambik guna kamera handphone aku je....

tapi perfomance dorang memang terbaekk....gila best dan terhibur dan sangat-sangat enjoy...hilang bosan tengok band-band tadi...Lan memang best...suara power gila...tak padan dengan tuan yang badan kecik sangat...


Friday, August 14, 2009

BANYAK....

aku selalu ketandusan idea bila nak tulis tajuk untuk setiap entry aku...aku main belasah je letak tajuk dengan apa-apa je perkataan yang terlintas dalam kepala aku...

sebenar nye banyak benda yang aku nak cerita dalam entry aku untuk minggu ni...sangat banyak benda-benda menarik yang berlaku...tapi aku pulak tak tahu macam mana nak mulakan setiap cerita tu...

minggu ni adalah minggu konvokesyen UniMAP....aku dengan kawan-kawan aku dah bercadang nak tengok show Yuna masa majlis perasmian..tapi aku pulak tak dapat pegi sebab kena balik jitra teman mama...takpelah...antara show dengan mama...mama lagi penting bagi aku...jadi aku decided untuk balik jitra saja dengan penuh rela...ahahah gila ayat tak boleh blah...

minggu ni jugak merupakan minggu yang paling aku rasa banyak keje nak kena buat...aku ada 2 tests dalam masa 2 hari berturut-turut....study ntah apa-apa dah...semua tak boleh nak jawab...teruk betul aku bila sampai bab belajar ni...tak tau bila aku nak berubah...tiap-tiap semester baru aku pasang azam nak belajar betul-betul...tapi tak boleh jugak....aku cuma buat sekadar yang termampu dengan usaha yang aku dah buat....report makmal pon banyak jugak nak kena hantar minggu ni....jadi lepas habis semua kerja-kerja tu...hari khamis adalah hari yang paling menyenangkan otak aku...semua kerja dah selesai...

jadi...malam tu kitorang semua berpakat ke stadium kangar...kat sana ada pesta konvo kan...semalam aku dah cerita kan....tapi aktiviti semalam tak ada yang menarik...gerai pon tak banyak...orang pon tak ramai...tapi semalam boleh tahan jugak duit aku habis...banyak-banyak jugak sebab aku bagi pinjam duit kat anis sama...tu yang rasa banyak sangat duit habis tu...tapi aku belanja sikit je untuk diri aku sendiri...

malam ni pulak ada final match Clash of The Band kat stadium kangar jugak...aku dah mintak izin bapak awal-awal lagi nak pergi tengok....lepas habis je Clash of The Band tu aku terus balik jitra dengan anis...tapi sebelum tu aku akan hantar kawan-kawan aku balik wang ulu dulu...

lepas tu kitorang semua dah mula cuti mid sem selama seminggu...tapi sekarang bagi aku bersiap dulu...aku nak gerak ke stadium kangar dah...

PUAS...

hari ni kelas aku habis awal...aku dengan anis bercadang nak ke stadium kangar....ada pesta konvokesyen UniMAP kat sana...aku ajak ct dengan zila sama....lepas maghrib kitorang sampai sana....puas berjalan...beli macam-macam sampai nak habis duit aku....

aku sempat berkenalan dengan sorang guy ni...dia ni photographer untuk butik pengantinD'Suzy's kat perlis...macam mana aku boleh berkenalan dengan dia???sebab aku terpandang kamera yang ada kat leher dia tu...aku dah lama teringin dengan kamera tu....semua bermula bila anis yang tegur dia pasal kamera tu....kalau nak ikutkan aku...sampai bila-bila pon aku takkan tegur that guy....bila anis dah berani tegur dia...aku pon sembang rancak la dengan guy tu pasal kamera nikon D70 yang tergantung kat leher dia tu....

dia pon baru je pakai kamera tu 2 tahun...tapi aku bet dia punya experience banyak dalam bab-bab fotografi ni...dia pulak jenis yang senang nak bersembang...tu yang aku jadi tak segan nak sembang-sembang ngan dia....dia siap offer nak ajar aku lagi...yessss....untung sungguh nasib aku malam ni....tak sempat nak tanya...dia dah offer dulu...tinggal aku nak kena kumpul duit beli kamera je lagi ni...lepas dah dapat kamera tu...konfem aku call terus dia mintak ajar aku...

macam-macam aku sembang dengan dia malam ni....tengkiu sebab banyak bagi info kat aku...menambahkan lagi minat aku untuk berkecimpung dalam dunia fotografi ni...

YUNA DI UNIMAP...

semalam adalah majlis perasmian majlis konvokesyen Universiti Malaysia Perlis...dan Yuna telah diberi penghormatan untuk menjadi artis yang membuat show di majlis perasmian tersebut...aku dah plan baik punya dengan kawan-kawan aku nak pegi tengok Yuna perfom malam tu...siap aku pulun buat semua lab report aku....aku cakap kita mesti siapkan semua report ni sebelum maghrib....

tapi apakan daya...aku terima panggilan telefon dari mama mintak aku balik jitra teman mama kat rumah...sebab bapak pegi langkawi...huaaaa...tak dapat tengok Yuna....dah la kat UniMAP je pon...zila je yang dapat pegi tengok Yuna perfom...aku sangat jeles dengan zila....

tak percaya ke Yuna datang buat show kat UniMAP???haa ni bukti yang makin la buat aku frust gila tak dapat tengok Yuna perfom kat UniMAP semalam....




Yuna....next year punya konvokesyen datang la lagi...please...please....please.....