aku seorg penakut kucing dan sayur..jangan tanya kenapa sebab aku sendiri x tahu..aku seorg yg sangat pemalu dan pendiam hanya di depan org2 yg x aku kenal dan baru aku kenal..dah kenal lama dengan org aku akan jadi seorg yg paling banyak cakap dan gelak kuat..
Sunday, October 30, 2011
PAY DAY...
Saturday, October 29, 2011
HUJAN 2....
- anis nabila
- azila
- rurynee
- anis sofea
- amira farzana
- nur farhana
HUJAN...
Monday, October 24, 2011
2 MINGGU LAGI...
Monday, October 17, 2011
Wednesday, October 12, 2011
SS501 = TEMAN

ASSALAMUALAIKUM....
Tuesday, October 11, 2011
Sunday, October 09, 2011
Tuesday, October 04, 2011
PAY DAY...
Saturday, September 24, 2011
KACAK BERTUKAR WAJAH...




Thursday, September 22, 2011
GRADUASI DAN AKU…

ASSALAMUALAIKUM…
Dah agak lama tak update blog ni…dan sudah agak lama aku mencari2 masa yang sesuai untuk aku abadikan kenangan yang paling indah dalam hidup aku selama 24 tahun 4 bulan 11 hari…
Terlalu banyak cerita nak dikongsikan dari beberapa hari sebelum tarikh keramat 18 September 2011…aku suka untuk menceritakan setiap detik2 yang pada aku sangat berharga untuk disimpan…
4 hari sebelum 18 Sept, aku bergerak ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Anis Nabila…ehehhe…teringat kisah aku dan dia…beriya2 dia pujuk aku balik perlis untuk konvokesyen..aku memang suka nak menyakat kawan2…aku bagitahu semua orang…aku tak dapat nak turut sama dengan mereka untuk hari graduation nanti….anis, katanya dia lah orang yang paling gembira bila dapat tahu aku dan Azila dapat turut serta bergraduasi dengan dia,rynee dan pia….ehhehe paling tak boleh lupa…
malam 13 Sept…anis call aku terus lepas aku cakap aku tak balik untuk graduation…dia memang nak marah aku sungguh2…siap cakap nak suruh mama dia bayarkan yuran untuk aku grad…ehehhe…anis, owhh anis…ko suka buat aku gelabah balik…bila dah dia cakap camtu..terus aku cakap yang aku dah selesai pon bayar yuran dengan isi borang kehadiran…baru lah dia lega skit…ehehehee….14 Sept…aku sampai kat KL…jumpa anis dan tumpang tidur kat rumah sewa dia…esok pagi2 aku dengan anis akan gerak sama2 naik kereta pink anis untuk balik ke Kedah…..malam tu kami tidur lewat…sembang tak ingat dunia…
15 Sept…bergerak balik ke Kedah…dalam perjalanan balik aku sempat sms Azila…sebab dia bagitau aku dia pon akan gerak ke Perlis pagi yang sama…cerita pasal Azila pulak…sehari sebelum aku bergerak ke KL…dia ada sms aku pasal graduation..aku cakap aku tak balik sebab tak dapat cuti…mula2 tu dia cam frust skit2 je…lepas tu lama2 aku tengok sms dia macam nak mengamuk marah sebab aku tak balik untuk grad…
akhirnya…aku terpaksa mengaku yang aku cuma nak kenakan dia…dia cakap ‘nasib baik kau mengaku..aku dan nak mengamuk dah tadi..kalau aku tahu kau tak nak pegi konvo..tak payah aku susah2 kalut dengan kes khas kita ni…aku sibuk nak konvo sebab aku pikir korang semua ada je..kalau tidak…takde nye aku nak balik konvo…’….bila dia dah tau…dan aku tau dia dah tak jadi nak marah…baru aku rasa lega skit…kalau tidak…aku takut jugak kalau dia mengamuk dengan aku…sepanjang perjalan balik ke Kedah..macam2 cerita yang aku dengan Anis borakkan..ye lah kan…dah lama tak jumpa…memang lah rindu nak bercerita…malam nanti kitorang akan ada raptai di Perlis…aku dengan Anis sampai Kedah dalam jam 3.30 petang…Anis ajak makan kat rumah dia dulu…lepas tu baru bergerak ke Perlis nak ambil jubah…dah sampai separuh jalan…tiba2 ada kawan sms cakap kaunter nak ambik jubah dah tutup…terpaksa la patah balik jitra…ehheheee…aku dengan Anis tak puas lagi nak ‘dating’…kitorang terus pegi Alor Setar…window shopping kat Alor Setar Mall…lepas tu terus gerak ke Perlis untuk majlis raptai….
Sofea dengan Rynee..mereka dua orang ni je yang tak tahu aku akan balik untuk graduation…eheheheh…saja suka2 nak buat surprise…rindu nak tengok reaksi spontan mereka…aku jumpa dengan Rynee dan Azila kat tapak pesta konvo…ehehhee…
Rynee rupanya dah tau aku datang konvo…tapi dia buat2 tak tau..marah2 comel je dia bila aku berdiri kat belakang dia masa kat tapak pesta tu…ehehhehe…tak sempat nak pusing tapak pesta lama2..sebab nak kena pegi majlis raptai pulak…
jumpa dengan Sofea kat dewan 2020…dia punya reaksi bila nampak muka aku…macam dia nak terkam anak kucing…ahahhaha…marah2 manja sebab aku tipu dia…dalam dewan bukan tumpu pada majlis raptai pon..sibuk bercerita…biasalah…bila 5 orang budak Lempoyang duduk sama2…macam tu lah jadi nya…dah tak nampak dah orang sekeliling tu….
16 Sept…awal2 pagi lagi aku keluar dengan Anis nak pegi ambik jubah kat Perlis…nak dijadikan cerita…aku ni gatal pulak pegi tukar handbag….akhirnya…tertinggal lah slip bayaran yuran graduation dalam handbag semalam….kelam kabut aku telefon Achik…konon nak suruh dia scan pastu email…pastu pikir balik ada ke cyber café buka pukul 8 pagi ni…pastu suruh dia snap gamba then mms je…isskkk…pikir punya pikir…aku mintak tolong Achik hantar sendiri ke Perlis…nasib baik sempat…tapi nak marah jugak…sebab tak guna pon slip bank tu…cerita Anis pulak…dah beratur panjang ni…tiba2 baru dia perasan yang dia lupa nak print borang maklumat peribadi dia…nasib baik ada cyber café berdekatan…cepat2 aku teman dia pegi sana….hampir 2 jam beratur panjang…akhirnya selesai jugak…lepas ambil jubah…jumpa dengan Sofea…ajak dia pegi makan tengah hari dulu sambil sembang…Sofea tak boleh nak join kitorang lepak sebab nak kena pegi check homestay untuk family dia..lepas makan2 dengan Sofea…aku dengan Anis sama2 pegi beraya ke rumah atok Rynee kat Pantai Johor…
lepak kat rumah atok Rynee pon lama jugak…siap posing dengan jubah baru ambik pagi tadi…ehehhe….banyak jugak la ambik gamba…siap ambik gamba dengan atok dan makcik Rynee…rasa sedih pon ada…sebab aku dapat juga merasa pakai jubah konvo dan bergambar dengan seorang lelaki yang bergelar Atok…ehhehe…sebab aku tak pernah berpeluang berjumpa dengan Atok2 aku..malam pulak…ada small gathering kelab taekwondo unimap kat rumah coach kami…Apai dan Kak Murina…terima kasih banyak2 pada Is dan Wana yang menganjurkan majlis…eehehheh akhirnya dapat juga kita semua berkumpul semula…
17 Sept…hari ni hari graduation Rynee…aku dengan Anis sampai lewat sebab kitorang pegi beli hadiah graduation untuk budak2 Lempoyang….walaupun lambat..kitorang sempat jugak sampai masa Rynee dah keluar dewan…
sempat jugak bergambar kenangan dengan Rynee yang terlindung dek bunga2 yang dia dapat…ehehheh…lepas tu tu kitorang sama2 dengan keluarga Rynee pegi lunch dekat Fatinaz Corner…lama tak pekena Cendol Pulut dengan Bihun Sup Special….lepas makan..masing2 balik rumah…bersedia untuk hari besar esok…
18 Sept…hari besar yang paling dinanti2 kan…jam 5.30 pagi aku dah bangun dan bersiap2…kejut semua adik2 suruh bangun dan bersiap cepat2…jam 6.30 pagi keluar dari rumah menuju ke Perlis…aku tak rasa berdebar2 langsung…ehehhe…kenapa ehh…mungkin sebab ini kali kedua aku bergraduasi…tapi yang kali ni besar sikit dari yang dulu…
sebelum terlupa…terima kasih banyak2 kepada sepupu aku, Safira dan Makcik Sah aku…terima kasih sebab sponsor baju konvo…ehehehe…aku sampai di meja pendaftaran agak awal…sambil tunggu Anis, Azila dan Sofea…aku mendapatkan khidmat mak2 andam Aqilah, Azlili, Azmin, dan ketua mak andam, Mama…ehheheh
selesai pakai jubah…tiba masa untuk masuk barisan untuk perarakan masuk dewan…
ok..masa ni aku mengaku ada sedikit gementar…ehehehee….sebab kaki dah mula rasa lenguh pakai high heels…pinggang pon dah rasa lenguh…masa perarakan masuk dewan…owhh…perasaan menjadi perhatian tu sangat best…sebab apa??? Sebab aku rasa bangga, akhir dalam masa beberapa jam saja lagi aku akan dikurniakan dengan segulung ijazah…mama kerap kali bercakap…’lega bila angah dah boleh grad..dulu masa belajar…hari2 balik menangis…asal tanya macam mana exam??muka mesti berkerut pastu cakap susah gila exam tadi…mesti angah fail paper tu nanti..’memang betul apa yang mama cakap…aku cukup tertekan sepanjang nak menghabiskan ijazah aku ni…sampai satu tahap aku pernah cakap kat mama dengan bapak…aku nak berhenti belajar…mama dengan bapak tak pernah berhenti bagi semangat kat aku…terima kasih sangat…sebab tu angah bangga bila dapat berjalan sama2 dengan kawan2 yang lain berarak masuk ke dewan…sebab angah bukan berarak seorang diri…tapi angah berarak sambil membawa nama mama,bapak, abang, achik,adik….
Bila tiba saat untuk diumum nama penerima ijazah…masa ni aku dah betul2 gementar…risau kalau ada tersalah langkah masa depan Tuanku Canselor nanti…tapi Alhamdulillah…aku berjaya jugak melakukannya dengan baik…hehehhee…
selesai majlis graduasi rasmi dalam dewan…masa untuk bertemu kawan2 dia luar dewan dan bergambar pula…mencari2 aku di mana Sofea,Rynee,Anis dan Azila…ehheheh..... owhh Rynee dah balik KL…tak sempat nak jumpa…tapi berpuas hati sebab sepanjang 3 hari di Kedah…aku puas dapat luangkan masa dengan budak2 Lempoyang….
Terima kasih Rynee bagi bunga dengan bear tu…
Terima kasih Is dan Wana bagi bunga…sorry Wana tak sempat ambik gamba…
Terima kasih Mama, Bapak, Abang, Achik, Adik dan Aqilah sebab sama2 datang meraikan hari besar angah..terima kasih untuk bunga dan tolong pakaikan jubah…
Terima kasih Aqila..sudi turut sama memeriahkan hari besar angah...
Terima kasih Apai dan Kak Murina bagi hadiah coklat…ehehheh
Terima kasih Anum Suraya bagi hadiah frame gamba team Taekwondo Unimap…
Terima kasih kepada kawan2 dan saudara mara yang memberi ucap tahniah dalam facebook....
Tuesday, September 13, 2011
MY OWN CORNER...

Assalamualaikum...
dah lama nak update pasal kerja baru aku kat sini...tapi asyik bertangguh je sebab kekurang bahan dan idea...
tapi hari ni...aku rasa boleh nak share skit2 ngan korang semua...
hari ni masuk hari ke-3 aku masuk pejabat...2 hari sebelum ni masuk sekejap je...
kelmarin masuk pejabat untuk buka 'hadiah' kat pejabat...disebabkan pejabat yg masih lg sangat2 baru dan xde apa2 kelengkapan lagi...boss 1 mintak tolong aku buka 'hadiah' je dulu..tp susah nak buka 'hadiah' ni sebab xde pisau atau gunting..kerja jadi lambat...masuk ofis 3 jam je...pastu boss 1 kata boleh balik...
semalam...masuk ofis awal skit...kul 10.30 pg...masuk ofis..boss bg duit suruh pegi ambik barang2 stationary kat supplier...waaahhh...saya tak tau kat mana tempat tu boss 1...dengan senyum lebar..boss 1 ambik sekeping kertas dan lukis pelan...ehhehehe...terima kasih boss 1...bila dah dapat pelan dengan duit yang banyak tu...bersendirian dengan KCK aku pegi cari tempat tu...nasib baik senang je nak jumpa tempat tu...OK..ini firt time aku berurusan hal kerja...jadi agak kekok skit...walaupun benda tu simple je...just check dan make sure barang2 yang di order cukup semua...lepas tu bayar dengan duit yang boss 1 bagi...sain resit..ambik resit...angkat barang masuk dalam kereta...lepas tu bawak balik ke ofis.....nak dijadikan cerita...sampai2 kat ofis...bila check2 balik...aku tertinggal 2 kotak kertas A4 kat supplier tadi...sebab kotak tu baru sampai...hadoiii...terpaksa keluar balik...sebab aku sendiri yang careless...hari pertama kerja dah careless...nasib baik boss 1 baik hati...siap suruh aku pegi pasaraya shopping barang2 keperluan tandas kat ofis pulak...part ni yang sedih skit ni...tak pernah sepanjang hayat aku pegi pasaraya sorang2 diri beli barang banyak2...tolak troley sorang2...pusing satu pasaraya cari barang2 yang nak dibeli...haduiii lonely gila rasa...hampir 1 jam lebih aku shopping sorang2...sebab jln slow...ambik mood lonely...siap membeli-belah...bawak balik barang2 ke ofis...boss 1 kata cukup untuk hari ni...kita boleh balik...suka..suka..suka...
hari ni...pegi ofis mcm semalam...kul 10.30 pagi...sampai2 kat ofis...ayorkk..ramai nye orang...semua orang dah sampai awal dari aku...huuuhuuu....sampai ofis je..boss 1 cakap...hari ni awak sediakan meja awak...pasang komputer awak...sebab nnt senang kalau boss 2 nak bagi awak kerja...boss 1 nak keluar sekejap...tinggal aku dengan boss 2 dan beberapa pekerja yang sibuk nak pasang water filter,pasang kabel networking dan lampu...siap pasang komputer...boss 2 keluar dari bilik dan tanya...
boss 2 : komputer awak dah siap pasang??
saya : dah siap dah...
boss 2 masuk bilik ambik fail dan kertas...
boss 2 : hari ni saya nak mintak awak buatkan saya Delivery Order, Purchase Order dengan Invoice untuk client ni...awak boleh save semua contoh yang saya dah buat ni kat komputer awak...(sambil bagi pendrive)
bermula lah kerja pertama aku hari ni...pening skit sebab tak pernah buat semua DO, PO, ngan invoice ni...banyak pulak aku bertanya boss 2 hari ni...sorry ye encik...saya budak baru belajar...
dah siap semua kerja..duduk saja sambil main sudoku..sebab kerja memang takde dah...boss 1,boss 2, semua staff keluar...tinggal aku dgn orang2 yang buat kerja2 lampu dan networking...pukul 4 lebih baru boss 1 dan 2 masuk ofis balik...jam 5.30..boss 1 cakap...
boss 1 : azrin, awak nak balik pon boleh dah ni...
saya : saya balik dulu ye...Assalamualaikum...
boss 1 : esok awok mari pukul 10pg ok..
saya : (angguk sambil senyum)
Sunday, September 04, 2011
SELAMAT HARI MERDEKA RAYA!!!!!!
SELAMAT HARI RAYA!!!!!!
SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA YANG KE -54!!!!!!!!!!!
lama sangat2 dah tak update blog nih...byk cerita2 yang tergendala untuk dikongsikan bersama korang semua yang setia membaca blog aku ni...sbb terlalu byk cerita yg nak dikongsikan...aku rasa mungkin ada yang aku tertinggal dlm entry kali ni...
yang pertama sekali...nak cerita pasal biskut raya tahun ni...selalunya..mama akan mula sibuk buat biskut raya seminggu lepas mula berpuasa...tapi untuk tahun ni...mama start lewat sangat2 sebab aku dgn achik takde kat jitra...kitorang dua2 ada kat terengganu...aku bakal menghabiskan sisa2 praktikal aku kat terengganu selama 2mggu tempoh berpuasa...lepas tu baru lah aku balik ke jitra dengan achik...
untuk pertama kali nya...dalam sejarah hidup aku...aku memandu kereta sendirian tanpa bertukar2 stereng dari terengganu sampai lah ke kedah...tempoh perjalanan yang panjang dari terengganu ke kedah selama 8 jam tak terasa sangat sepanjang aku pegang stereng KCK...aku rasa mungkin jugak sebab aku teruja nak balik jitra nak jumpa keluarga...lagi satu sebab aku teruja pertama kali pulang ke jitra memandu sendirian...aku bergerak dari terengganu jam 7.30 pagi dan sampai di jitra jam 3.30 petang...sampai2 rumah je...aku terus flat atas sofa...x sedar diri sampai la mama dengan bapak balik kerja...
aku dengan achik tolong mama buat biskut raya secara tergesa2 tahun ni..lagi seminggu nak raya baru lah mama ajak start buat biskut raya...aku ingat kan tak sempat nak buat byk2 biskut raya...rupa2 nya...dalam tempoh seminggu nak balik beraya ni...sempat jugak siapkan 6 jenis biskut raya...waaaahhhh....rasa mcam dh berminggu2 buat biskut raya...
dalam keadaan tergesa2 buat biskut raya...mama sempat lagi buat majlis berbuka puasa untuk kawan2 adik min...haishhh...penat jgn ckp lah...tp seronok dan puas hati bila semua masakan mama habis licin dikerjakan budak2 ni...kelakar bila tengok depa semua berebut2 nak ambik lauk, berebut kuih...pastu berebut2 nak ambik duit raya...
raya di kelantan tahun agak berlainan skit...selalu nya kitorang akan beraya 2,3 hari kat kampung...tp tahun ni..bapak ajak balik 3 hari sebelum raya...nak bg feel balik raya lama skit...sebab pada hari raya ke-2...bapak ajak gerak ke dungun...bapak ada reunion dengan kawan2 sekolah menengah bapak kat dungun pada hari raya ke-3 tu...alang2 dah nak ke dungun tu..kitorang sempat singgah berhari raya di rumah Aqilah kat terengganu...sampai tersesat2 nak mencari rumah dia...tp lega lah..bila dapat makan nasi minyak...lauk sedap plak tu...alhamdulillah...
hari reunion sekolah bapak...seronok bila tengok reaksi masing2 yang teruja dpt jumpa kawan2 lama...teringin pulak nak join reunion camtu...bila la agak2 nye ye...
lepas join reunion bapak kat dungun...kitorang gerak ke kemaman terus...beraya kat rumah pakcik aku plak...kebetulan ayah li aku pon ada jugak...mmg meriah lah...dengar kata nya...3 hari berturut2 makcik aku masak nasi dagang....perghhsss....memang best...dulu aku tak berapa gemar nak makan nasi dagang...tp skang ni dah ok dah skit2...ehehhehe...kena blaja2 jd orang terengganu sebab lepas ni aku akan bekerja kat terengganu plak...
2 hari lepas...family aku dah gerak balik kedah tinggalkan aku kat kemaman ni...dan aku bakal memulakan hidup baru aku kat sini...tiada lagi istilah 'pelajar'...aku kini bergelar 'pekerja' pula..bakal mencari rezeki untuk mengatur masa depan yang lebih baik....
*** nak upload gambar tapi skang ni tgh lepak kat Cyber Cafe...hardisk lupa nak bawak...next je k..aku upload semua gambar2 yang menarik...
Sunday, August 14, 2011
TART NENAS...
THIS IS MY LAST DAY HERE IN PROMAT ESM SDN. BHD...
Thursday, August 11, 2011
TERIMA KASIH...


Wednesday, August 10, 2011
NEVER....
NEVER lose 3 people : Taurus, Cancer, Capricorn. They are the most sincere and true lovers.
NEVER leave 3 people : Virgo, Libra, Scorpio. They can keep secrets, friendship , and they can see your tears.
NEVER reject 3 people : Leo, Gemini, Aquarius .They are true, honest friends. :)








