Monday, May 10, 2010

HARI KE-3 TRAINING...

hari ketiga training bermula macam biasa...semua bangun bersiap dan turun panaskan badan kat gelanggang jam 8.30 pagi...8.45 pagi coach sampai dan mula buat beep test...hari ni aku naik skit je point untuk beep test...semalam aku boleh buat sampai level 4.4 saja...tapi hari ni naik sikit ke level 4.6....harap2 esok boleh naik level 5 pulak...

lepas beep test...ada sesi untuk pulihkan sakit2 badan...bukan pegi spa mengurut ke apa...tapi kena berlari sekuat hati untuk hilangkan sakit....alhamdulillah...aku masih mampu untuk berlari...selesai aktiviti pemulihan sakit2 badan...kitorang mula latihan sparring...macam semalam jugak...latihan sparring tertumpu kepada teknik tendangan...latihan pagi ni tamat jam 10.30 pagi...selesai cooling down...semua balik bilik dan mandi....lepas mandi semua makan untuk dapatkan tenaga nak panjat gunung petang nanti....

jam 3.00 petang semua berkumpul di tempat menunggu bas untuk bergerak ke gua chenderawasih...setiap hari jam 3.00 petang kitorang akan ke sini nak mula mendaki gunung ni...dua hari lepas...masa yang aku ambil untuk naik dan turun balik adalah selama 50minit...itu masa yang dicatatkan oleh coach aku...setelah aku kena push dengan coach aku untuk terus kuatkan semangat panjat gunung tu...hari ni pulak sepatutnya aku kena panjat gunung tu sebanyak 2 kali...tapi serius aku tak punya semangat yang cukup kuat lagi...tapi...ada sedikit peningkatan...aku berjaya tamatkan satu pusingan siri memanjar gunung ni dengan masa 45 min..kurang 5 min je kan daripada kelmarin...alhamdulillah...ada jugak peningkatan...

tapi orang lain semua buat 2 pusingan...sebagai denda untuk aku sebab tak buat 2 pusingan...aku kena buat half squad sebanyak 150 kali...padan muka sendiri kan...esok insyaallah aku cuba untuk buat 2 pusingan...macam biasa...lepas selesai training...kitorang akan buat cooling down...sebelum cooling down..masih jugak kena lari2 sekuat hati...

aktiviti malam...semua turun training jam 8.30 malam...sampai saja kat gelanggang...semua sedia untuk panaskan badan sambil menunggu coach sampai...malam ni coach akan tumpukan perhatian pada acara pomsae...untuk acara sparring...kitorang semua diberi arahan untuk berlatih sendiri...teknik tendangan aku masih lagi buruk...memang kena banyak berlatih lagi...lebam2 dan sakit kaki tak payah cakap la...tahan je la semua tu...training malam ni pon selesai tepat jam 10.30 malam...lepas training balik bilik mandi dan update blog ni...

lepas ni nak tido..sebab esok ada training lagi...

No comments: