Wednesday, June 23, 2010

KHABAR GEMBIRA SEKALI...

assalamualaikum...

dah lama aku tak update blog ni...sampai naik bersawang dah...minggu ni memang minggu yang menggembirakan aku untuk kawan2 aku...

pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Wan Nur Juanita Nadia Natasha dengan pasangan nya minggu lepas...mintak maaf aku tak dapat pegi kenduri kau Nadia..terima kasih kerana menjemput aku....semoga jodoh kau dan pasangan akan berpanjangan dan cepat2 dikurniakan cahaya mata ye...

khabar gembira yang kedua...setinggi2 tahniah kepada Abby yang sudah pon bergelar ibu minggu lepas...tahniah ye Abby dapat baby girl....


pengantin baru dan ibu baru ni kawan aku masa aku bersekolah kat kelantan dulu...member sekolah teknik aku la dulu ni...ramai dah kawan2 sekolah teknik aku yang dah kawin...dan ramai jugak yang dah menimang dan bakal menimang cahaya mata...tahniah kepada korang semua...dan terima kasih kerana meramaikan bilangan anak buah aku...ehehhehe


khabar gembira yang ketiga...khabar paling baru aku dapat petang tadi...sorang lagi kawan baik aku masa aku buat diploma kat politeknik dulu....kawan baik yang sangat rapat dengan aku dan sangat aku percaya...seronok sangat2 bila terima khabar gembira dari dia petang tadi...terima kasih sebab sudi kongsi setiap detik2 manis hidup kau dengan aku...dari detik pertunangan ke detik pernikahan seterusnya ke detik persandingan dan sekarang ni...detik2 kau sedang bersedia untuk bergelar ibu....tahniah Diyana...walaupon baru 7 minggu usia kandungan kau...serius aku pulak yang tak sabar2 nak tunggu baby tu keluar nanti...ehehheh....tahniah sekali lagi ye...


tahniah kepada semua kawan2 aku tak kira la kawan2 masa sekolah rendah dulu ke, kawan2 masa sekolah menengah ke, kawan2 masa kat politeknik ke, dan kawan2 yang kat unimap sekarang ni...tahniah kepada yang sudah bergelar isteri atau suami, dan tahniah kepada yang sudah bergelar ibu atau bapa....


korang buat aku terasa tua la weih..uhhuhuhuhuuu

No comments: