
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Aidilfitri buat semua...
sempat lagi kan aku nak ucapkan Salam Aidilfitri walaupun kita dah masuk hari raya yang ke -6 dh ni....agak lama tak update blog ni...dah habis idea nak menulis....
raya tahun ni aku rasakan raya yang paling meriah sebab semua sanak-saudara dapat berkumpul ramai2 kat rumah pak ngah aku dari malam raya sampai lah ke raya yang ke-4 (sbb aku dengan family dah balik ke jitra)....
setiap tahun raya mesti kitorang akan menziarah rumah saudara mara yang lain selepas solat Aidilfitri , bermaaf-maafan , budak2 kecik dapat duit raya dari pakcik2 , makan ketupat dan rendang....owhhh tak dilupa...bergambar sikit sorang...aahhaha itu dah menjadi perkara wajib bila berhari raya....
hari raya tahun ni agak suram dengan ketiadaan Toksu...semoga roh Toksu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman....insyaAllah....
nak cerita pada hari raya pertama...mula2 sekali kitorang pegi beraya kat rumah keluarga makngah..(ooppsss angah lupa kat mana..sorry)....cuba bayang rumah dalam kawasan taman boleh memuatkan orang2 yang datang berhari raya secara berkumpulan dengan menaiki 6 buah kereta...mahu saya nyatakan di sini ke berapa jumlah orang2 yang menaiki semua kereta tu???ehehhehehe ini kira anggaran je lah ye...aku anggarkan rombongan beraya hari tu seramai 30 orang...perghhh terbaekkkk punya...ahahaha
lepas beraya kat rumah family makngah...kitorang pegi beraya kat kuala muda...kat sana suasana kampung mmg best...mmg betul2 kampung...



heee...ini baru separuh dari rombongan beraya hari tu...ada ramai lagi yg tak masuk dlm frame ni...
lepas balik dari beraya kat kuala muda...aktiviti malam cuma di rumah...malam tu makteh masak mee udang...perghhh...udang dah la besar2...mmg sedap...makan2 lepak2 sembang2 kat rumah pakngah sampai lewat malam...baru lah balik tidur kat rumah tok...perancangan untuk hari raya ke-2 taktau lagi...esok tengok je lah macam mana...





hari raya ke-2...pagi2 dah berkumpul kat rumah pakngah...hari ni maktam nak masak laksa pulak...aku tolong2 apa yg patut saja...nak tolong masak memang aku tak reti...tambah2 pulak nak memasak kat rumah orang...memang agak kekok sikit lah...takut nnt tak menjadi pulak...rugi je masak banyak2....
nak dijadikan cerita...hari raya ke-2 ni ramai pulak orang yang bertandang beraya ke rumah pakngah...dari pagi sampai ke petang...nampak gaya macam terpaksa cancel semua plan nak beraya sakan lagi....
tapi xpe lah...skali sekala...kebetulan pulak maktam masak laksa banyak sangat....mungkin memang dah ditetapkan...hari raya ke-2 ni kitorang harus menerima ramai tetamu yang bertandang...mula2 tu aku ingatkan orang nak datang beraya sampai petang je...rupa2nya sampai ke malam...memang tak menang tangan semua orang dalam rumah tu...tapi meriah...suasana meriah tu yang menghilangkan segala penat yang ada....seronok tengok orang datang beraya dan makan2 kat rumah....penat berkejar2 ke dapur pun boleh hilang....
sepanjang hari raya ni...semua perhatian dan mata serta tangan tertumpu pada budak kecik nih...sampai gambar2 dia penuh dalam kamera aku...


nama budak montel putih melepak ni Nuh Danial....usia sekarang baru 4 bulan...tapi ya Allah...badan macam budak umur 7 , 8 bulan....sedap pegang...geram betul dengan pipi dia...rasa cam nak gigit2 je...Nuh mai la jitra lagi...makngah Rin rindu laaaaa....


hari raya ke-3 kitorang pegi beraya ke rumah keluarga kat pantai merdeka...beraya kat sini pon best...rumah kat tepi pantai..syiokk wooo....










pendek kata...raya tahun ni memang meriah dan memori yang terindah sekali...
buat kawan2 SKBU(2), kawan2 SIGS, kawan2 SMKJ, kawan2 SMTB, kawan2 POLIMAS, kawan2 uniMAP, keluarga di Kelantan, keluarga di Kedah.....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN....
No comments:
Post a Comment