aku sendiri tak pernah ingat bilakah tarikh sebenar orang menghargai bapa mereka...
tetapi pada aku...hari-hari adalah hari untuk kita menghargai ibu dan bapa kita...
mungkin pada sambutan hari bapa ada anak-anak yang sedang mengucapkan selamat hari bapa dan memeluk serta mencium bapa mereka...
mungkin pada sambutan hari bapa ada anak-anak yang sedang membuat persiapan untuk mengadakan sedikit jamuan keluarga untuk bapa mereka...
mungkin pada sambutan hari bapa ada anak-anak yang sibuk memberi hadiah yang besar atau kecil kepada bapa mereka....
aku....
apa yang aku buat pada hari bapa tahun ini....
jawapan aku...
tiada...
tiada apa yang telah aku sediakan untuk bapa aku untuk meraikan hari bapa pada tahun ini...malah pada tahun sebelum-sebelum ini...mungkin semasa aku kecil-kecil dulu aku selalu membeli hadiah untuk diberikan kepada bapa aku bersempena dengan hari bapa...
tetapi pada hari ini...barulah aku sedar...semua hadiah yang aku berikan tu belum tentu cukup untuk aku membalas segala pengorbanan yang telah bapa aku lakukan untuk aku...tetapi aku rasa hadiah itu semua mungkin cukup untuk menunjukkan penghargaan aku terhadap pengorbanan bapa aku...mungkin cukup bagi bapa aku atau pada pandangan orang lain...tetapi masih tidak cukup pada pandangan aku...kerana aku masih menggunakan wang yang diberi oleh bapa kepada aku...aku masih belum mampu untuk memegang duit hasil titik peluh aku sendiri...aku cuma akan merasa puas jika aku dapat menggunakan hasil titik peluh aku.....
tetapi pengorbanan seorang bapa tidak cukup dibalas dengan memberi hadiah, memberi ciuman, memberi ucapan, atau dengan mengadakan jamuan makan...semua ini pada aku cukup sekadar untuk mengeratkan lagi perhubungan antara anak-anak dan ibu bapa...
pengorbanan yang telah dilakukan oleh bapa aku memang tidak akan aku terbalas sampai bila-bila...sehingga sekarang aku masih lagi diberi kesenangan dan kemewahan...sedangkan aku terfikir...ramai dikalangan anak-anak yang seusia dengan aku sudah tidak lagi menerima kesenangan daripada bapa mereka...tetapi aku...sehingga ke usia ini...bapa masih lagi menanggung aku...menanggung aku dari segala segi...tak kira dari segi makan dan minum, pakaian, duit belanja...semuanya masih dibawah tanggungan bapa aku...
aku bersyukur dikurniakan seorang bapa yang serba sempurna pada aku...seorang bapa yang boleh dijadikan idola...seorang bapa yang boleh dijadikan rujukan...seorang bapa yang boleh dijadikan penyelamat dan pelindung....bapa aku memang seorang yang sempurna...tak pernah nak meninggi diri dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya...sekalipun ramai yang mengambil kesempatan...tetapi bapa tetap dengan cara dan gayanya yang tersendiri....bapa tetap tenang walaupun masalah menggunung tiba...
bapa bijak mengawal situasi...bapa bijak menyelesaikan masalah...aku sangat kagum dengan bapa aku...
sebab itu aku tahu...aku perlu sentiasa menghargai bapa aku...kerana kasih sayang serta perhatian yang diberikan tak pernah berat sebelah dan bapa aku tak pernah berbahagi kasih sayangnya terhadap kami adik beradik...semuanya sama rata...semuanya terpulang kepada kami sendiri anak-anak ini untuk bersyukur dengan apa yang ada...
SELAMAT HARI BAPA kepada bapak aku MOHAMAD RASID BIN ISMAIL....
angah tahu bapak mempunyai harapan yang terlalu tinggi kepada anak-anak bapak...cuma kami yang kadang-kadang terlalu leka dengan kehidupan kami...sehinggakan kami terlupa yang kami masih mempunyai bapa yang sering memerhatikan kami dan menjaga kami...terima kasih sebab menjaga kami adik beradik selama ini...tak pernah jemu melayan kerenah kami...terima kasih kerana sentiasa memenuhi kehendak kami...terima kasih kerana menjadi bapa kami....kami semua sayang bapak...