Tuesday, March 13, 2012

BERTUGAS SEBAGAI......

Project Executive

Responsibilities:

  • To assist the project development division for smooth implementation of projects from start to finish.
  • Monitor site work progress and it is carry out within budget and of acceptable quality standard.
  • To assist Project Planner to implement the whole process of project development undertaken by the company on pre-development stage, project development stage, post- development stage and procurement procedure.
  • To implement all policies, activities, procedures, instructions as relevant and required by the quality management system.
  • To attend sub-contractor and consultant meeting.
  • To identify planning approval requirements and to obtain necessary authorities’ approvals in order to kick off the projects.
  • To coordinate and with consultants for resolving technical matters and obtaining technical information and solution to complete construction details to ensure effective implementation of construction works at site with compliance to authority requirements, by-law, regulations etc.
  • To monitor consultants in order to expedite the release of Certificate of Stage Collection (Billing to purchasers).
  • To check consultants’ drawings for any discrepancies occurred.
  • To follow up with Local Authority on approval.
  • To assist in project management, such as coordination works, technical drawing, site construction etc.
  • To assist in follow up with consultants for the timely submission of all design drawings and reports.
  • Filing and up-keeping of records for all project progress status.
  • Familiar with local authority’s procedure, rules and regulation will be an added advantage.


*** xtau la apa keje yg selama ni aku buat ada tersenarai dalam senarai kat atas ni...rasa nya belum ada lagi... ;)



Pengurus Projek adalah pihak bertanggungjawab ke atas Jurutera dan pembantunya. Pengurus Projek biasanya sama ada terdiri daripada Arkitek, Jurutera, Juru Ukur Bahan, atau pengurus lain. Peranan yang dimainkan oleh Pegurus Projek adalah sangat penting dalam menjayakan sesuatu projek pembinaan. Walaubagaimanapun, Pengurus Projek memerlukan Jurutera sebagai nadinya kerana Jurutera lah yang banyak terdedah dan dekat dengan pihak ketiga iaitu pihak yang menjalankan projek seperti tukang-tukang, buruh, pembekal dan sebagainya.

Jurutera adalah pihak dipertanggungjawabkan untuk menguruskan projek pembinaan mengikut perancangan yang ditetapkan. Jurutera juga melakukan kerja mengikut arahan dan prosedur dari pihak atasan, mentadbir pekerja di tapak bina secara sempurna, menjalankan fungsi pengurusan seperti perancangan untuk mencapai objektif, penyusunan mengikut apa yang dikehendaki pihak atasan, pengawalan dengan melakukan tindakan pembetulan, sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko tidak dijangkakan dan sebagai nya.






Monday, March 12, 2012

TERTARIK....

ASSALAMUALAIKUM...




PERSAHABATAN....SUKA...DUKA...KETAWA...
MENANGIS...BERGADUH...MARAH...BENCI...
SAYANG...JAUH...DEKAT...SEKEJAP..LAMA...= KENANGAN.......



KOREAN GUYS AND LADIES.....

dulu2...

aku cukup heran kenapa orang minat gila2 dengan Korean ni...sampai kan dr segala jenis fesyen dorg pon budak2 kat Malaysia ni nak tiru dan jadikan dorg ni idola....kalau melayan cerita2 dr Korea tu...ada yang sampai menangis2, senyum sorang.....ada yang sanggup berhabisan duit semata2 nak dapatkan stuff Artis2 K-Pop ni......gejala K-Pop memang dah jadi satu fenomena besar dalam dunia anak2 muda sekarang....

aku...memang aku anti dengan K-Pop dan yang berkaitan dengan Korea ni.....

*** ITU DULU.....


sekarang ni....

actually dulu2 aku dah mula tertarik dengan lagu2 Korea ni...cuma aku malu nak mengaku...and i keep it to myself dan aku cuma dengar dan download lagu2 Korea secara diam2....sebab aku tak nak nanti orang lain pulak kutuk aku sebab aku minat K-Pop....(EGO aku memang tinggi macam lelaki)

minat aku pada K-Pop atau Korea ni bertambah2 bila adik aku (achik) mula bagi aku tengok satu movie Korea tajuk Naughty Kiss....itu adalah movie Korea pertama yang aku tengok pada semester akhir aku kat UniMAP (2011)......

aku mengaku...memang cerita2 Korea boleh buat kita tersenyum sendiri dan rasa diri melayang terbang tinggi...tambah pula penonton nya orang yang kuat berangan (macam aku)......

sejak dari hari tu....aku mula isi hardisk aku dengan cerita2 dan lagu2 Korea....






aku bukan nak cerita pasal artis2 Korea ni sangat pon....tapi aku nak cerita pasal aku TERTARIK dengan PERSONALITI & PERIBADI mereka....

sejak minat aku kepada K-Pop ni...aku ada menonton beberapa TV Show Korea yang melibatkan Artis & Selebriti Korea.....

apa yang aku TERTARIK dengan mereka adalah dari segi NILAI PERSAHABATAN & PENGHARGAAN mereka terhadap semua MEMORI yang telah mereka lalui bersama....

aku sangat2 TERTARIK bila mereka TIDAK MALU untuk mengalirkan air mata untuk menyampaikan rasa yang ada dalam hati mereka....aku katakan ini khusus untuk kaum lelaki....

kita selalu kata...TAK MACHO la bila lelaki MENANGIS....memang TAK MACHO kalau AIR MATA yang kau keluarkan tu adalah AIR MATA PALSU...AIR MATA yang kau paksa keluar tanpa rasa dari dalam diri kau....

AIR MATA SEBENAR yang mengalir keluar dari mata boleh dikesan jika kau benar2 maksudkan AIR MATA kau tu....

IKHLAS bila berkawan dan menjadikan PERSAHABATAN tu sebagai sebuah KELUARGA baru...sememang nya akan mengundang banyak AIR MATA dan MEMORI yang sangat TERKESAN kepada kita....


orang Korea...apa yang aku nampak...sangat2 MENGHARGAI setiap DETIK & MEMORI yang tercipta antara mereka....hubungan PERSAHABATAN yang terjalin dalam tempoh 3 atau 5 tahun akan memberikan kesan yang mendalam kepada mereka...bila setiap hari kita melalui kehidupan seharian kita selama 24 jam bersama orang2 yang sama tak kira susah atau senang....suka atau duka....memang akan meninggalkan MEMORI yang sangat MAHAL setelah bila kita sedar....bahawa selepas tempoh itu...setiap daripada kita akan melalui kehidupan masing2 tanpa orang2 yang ada bersama kita selama tempoh 3 atau 5 tahun tu....


mungkin ada orang yang tak faham apa yang cuba aku nak sampaikan....

mungkin ada orang yang tak perlu baca sampai habis pon dah faham apa maksud aku....



aku INGIN menjadi diantara orang2 yang :

- dikenangi
- disayangi
- dihargai
- diingati
- ditangisi

oleh orang2 yang sedar akan KEIKHLASAN aku mencipta hubungan PERSAHABATAN dengan mereka yang aku anggap sebagai KELUARGA baru aku....


aku tak pernah akan mengatakan AKU SAYANG KAMU....
kerana bagi aku...perkataan SAYANG itu terlalu tinggi nilai nya...dan bukan boleh diluahkan dengan mudah....


tapi KAMU akan dapat LIHAT & RASA KASIH SAYANG AKU UNTUK KAMU....


Wednesday, March 07, 2012

ADNAN SEMPIT 2

ASSALAMUALAIKUM...


semalam...lepas balik keje...Achik dengan Ya ajak aku p tengok wayang kat Mesra Mall....aku ni dah lama x nonton wayang....tp since achik ada kat sini....i have to treat her well la sbb dia teman aku balik kemaman dari kedah ritu...


kitorang pegi Mesra Mall lepas maghrib....sampai sana p check tiket dulu...yang ada pon x banyak cerita...kitorg xnak tengok cerita2 action yang serius2 ni....nak cari cerita yang boleh gelak2....lepas bincang2...3 of us agreed to watch Adnan Sempit 2....


ada orang kata citer ni x best dan merugikan duit beli tiket nak tengok....tp kitorang gamble beli jgak tiket....

sebelum layan wayang...kitorang layan perut dulu dengan Burger King lepas layan barang2 penjagaan diri kat The Face Shop.....

masuk hall jam 10 mlm.....mcm biasa ada review cerita2 lain...masa tu kitorang 3 orang ni dah start gelak dah...memang x leh dok diam....

bila start je citer Adnan Sempit 2 tu...awal2 scene lagi kitorang dah gelak kaw2 punya......memang serius gila bodoh la watak adnan dengan kawan2 dia ni...sampai ke nadia pon sama naik bodoh nye...adussss....memang gelak x ingat la aku dengan achik & ya....gelak sampai keras perut dari awal cerita sampai habis....

tp org2 dalam panggung tu gelak sopan2 je...chill lah weiy...korang bukan tengok cerita hantu ke, cerita perang ke, cerita cinta ke, cerita menyayat hati ke apa nak tengok diam2 tanpa suara...ini cerita lawak weih....sila bagi respon....jangan jadi patung....hall tu dah cam ada kitorang 3 orang ni je...orang lain cam lambat2 je nak gelak....


** waiting for more movies yang bangang2 camni...boleh bagi aku chill with my siblings and cousins.....masing2 dapat release tension kerja....semalam memang the best day ever....


KAMPOI..KUMPUL..HIMPUN...SATUKAN...



ASSALAMUALAIKUM..

ni kira nya entry pertama untuk bulan mac tahun 2012 ni...dah lama x update blog...x berkesempatan nak menulis...asyik baca blog orang je...lama2 rasa rindu plak nak menulis kat sini...

hari ni 7 Mac 2012...genap seminggu lah kan dalam bulan Mac ni...jadi aku nak kumpulkan semua cerita selama seminggu ni dalam satu entry...

25 Feb & 1 Mac dua tarikh penting yang sentiasa aku ingat...Happy Birthday Achik & Adik.....



satu fakta menarik tentang dua orang adik kesayangan aku nih....depa ni dua2 orang bekas budak PLKN...achik dulu kem kat Langkawi...adik plak kem kat Kulim....dua2 dapat kem yang dekat yang boleh mama dengan bapak kerap2 p melawat....

satu lagi benda yang menarik pasal depa dua orang ni...depa dapat menyambut hari ulang tahun depa kat kem PLKN....secara x langsung mengimbas kembali memori achik kat kem....kitorang siap bawak kek lagi p meraikan birthday dua orang budak PLKN ni....


thanks to abang GG & aqilah yang sponsor kek...



gigih cik aqilah google translate nak dptkan tulisan korea ni...sebab achik memang kipas susah mati korea...


sorry adik & achik...last min baker tu cakap xleh nak buat pavlova yang kak ngah order...next time la kakngah belanja...


sehari sebelum p melawat adik kat Kulim...aku pegi perlis dengan achik...tujuan cuma satu...nak ajak geng2 taekwondo uniMAP makan bakso...dan juga nak jumpa Sofea Leona...tapi apakan daya...xde rezeki aku...dah nak sampai kat Jejawi...tiba2 zack call kata kedai bakso tutup....terus kitorang tukar plan pegi makan nasi ayam last ketchup.....nasib baik hari jumaat kedai tu buka...kalau zaman aku blaja dulu...hari jumaat kedai tu tutup...

tapi masa aku nak pegi bayar kat kaunter, aku tanya makcik tu, makcik kata skarang dah tukar....kedai tutup hari ahad je...ehehe...ada chance la aku balik lepas ni nak pegi makan lagi...paling terharu...makcik ingat lagi aku selalu p makan kat situ.....terima kasih makcik....

lepak2 makan kat situ dengan radin, zack, marlia, che bie, achik, pia, & din....x ramai pon...sebab hari jumaat...perlis kan x cuti hari jumaat...so kebanyakan geng2 aku ada kelas, lab, presentation proposal FYP dan sebagai nye....

lepas makan semua bergerak ke destinasi masing2...thanks korang sebab luangkan masa untuk angah...adoiii kesian marlia kena kerah bangun tido dengan zack & radin sebab nak mai jumpa angah....ehehhehe thanks korang!!!!!

dok ralit2 makan ngan sembang sampai tak ingat nak ambik gamba pon....


lepas lepak2 makan...aku ikut pia p school sat...sambung lepak sana...mengimbas kembali kenangan lama...huhuhuu....borak2 ngan pia kat tepi school...adoiiii....kenangan banyak weih....pastu sempat jumpa fuadi...dengan lab coat nye yang comot...haishh...sila rajin2 basuh lab coat tu ye fuadi...student tengok pon x lalu nak masuk lab ko...

lama x dengar fuadi sebut 'petik gamba'....ehhehe thanks fuadi sudi 'petik gamba' dengan aku....thanks pia jadi photographer kitorg petang tu....ehheehe tapi gamba dengan pia pon xde...adoiii...kenapa ntah aku jadi malu2 sangat hari tu...dengan budak2 taekwondo pon aku malu2...dengan pia pon aku malu2....malu2 yang membawa kerugian...ahhaahhaa....



next story.....cerita makan pulak....


kalau ke perlis, wajib lah aku dan family makan ikan bakar...dan kitorang ada kedai feveret family....kedai ikan bakar tepi laut....thanks bapak belanja makan......tiap2 kali mai makan kat sini...bapak wajib akan order 2 ekor ikan bakar...sekoq ikan siakap (khas untuk aku)...sekoq lagi ikan jenahak.....siakap tu wajib order sebab ikan feveret aku....


lepas makan nasi dengan ikan bakar...aku ingat nak ajak bapak lepak2 tepi laut sambik makan jagung bakar ke, sosej bakar ke...tp memandangkan esok pagi (ahad) aku nak kena drive jauh ke Kemaman....aku diamkan je....tp hati teringin sangat2...sebab masa lalu tepi laut tu...segala kenangan menerjah masuk ke kotak memori aku....adoiihhh...terbayang aku dengan kawan2 dok bertenggek atas batu sambil makan dan sembang...kadang2 usung gitar dengan kamera....itu semua kenangan terindah aku dengan kawan2 masa kat UniMAP....













ahahaha belek apa lagi...cerita dah habis....


aku sayang semua orang2 yang sayang aku....thanks korang sebab mengisi masa2 berharga aku...rasa macam nak balik kedah tiap2 minggu...kalau lah terengganu dengan kedah tu macam perlis dengan kedah kan best...bukan kata tiap2 minggu...tiap2 hari aku berulang jumpa korang semua....


thanks to my family yang sangat2 caring pasal keselamatan aku...ya Allah...Tuhan je yang tau macam mana risau nye depa bila tau aku nak balik kedah drive sorang2 all the way from terengganu...macam2 usaha depa pikir xnak bagi aku balik kedah sorang2...sampai lah akhir nya...rudy hantar aku sampai ke KL...kat KL bapak dah tunggu aku nak teman balik kedah....dari kedah achik pulak teman aku balik kemaman....

kesimpulan nya...aku beruntung dapat keluarga yang sangat2 mengambil berat tentang keselamatan aku....

aku bersyukur sangat2....


aku sayang keluarga aku!!


Sunday, February 26, 2012

MASUM SIRI 1 - UMP







ASSALAMUALAIKUM...


pagi2 update blog...eheheh sebab semangat team taekwondo masih segar dalam diri...

hari jumaat lepas (24 Feb) bangun pagi macam biasa dan bersiap2 nak ke Gambang...nak menuju ke UMP sebab nak tengok game Taekwondo dalam MASUM SIRI 1...team taekwondo unimap dah sampai semlm (23 Feb)....

aku gerak dari rumah jam 9.30 pagi dan sampai kat Dewan Sukan UMP jam 10.30 pagi....orang cari2 bas unimap x nampak pon kat luar dewan...aku call Su dengan Zack tp x berjawab...lepas tu call Is...Is cakap dia x ikut...aku try call Din...nasib baik la dijawab....

teruja dapat jumpa adik-beradik taekwondo yang dah hampir setengah tahun x jumpa...

aku ingatkan game dah start...rupa nya2 yang dah start Pomsae...budak sparring baru nak weight in...petang tu baru nak start sparring...kali ni cam lain skit aturcara game ni...sebab selalu nya Pomsae diorang buat last lepas habis sparring...tapi kali ni Pomsae start dulu...kebetulan aku sampai...Su baru nak start Pomsae mix....dapat jugak jumpa dan bagi semangat kat Su sebelum Pomsae...

sparring hari pertama untuk kategori Middle, Heavy n Welter....

kategori Middle Unimap diwakili Radin dan berjaya balik balik pingat perak...kalah final dengan Korean guy...apa2 pon tahniah Radin...

kategori Heavy lelaki diwakili Zack...kalah dengan pendatang asing...ahhahaha kesian zack...tiap2 kali masum...dia mesti kena fight ngan foreigner...tp kali ok la kan...zack x kena paku atas kepala macam lawan dgn Superman dulu..ehhehe

kategori Heavy wanita diwakili Sukanya...pon xde rezeki nak menang....it's ok...boleh cuba lagi....

kategori Welter lelaki xde wakil dari Unimap....

hari kedua MASUM ....

hari ni perlawanan untuk kategori Fin, Fly, Feather....

hmmm...cmna nak ulas ehh...ramai sangat ni...ehehhe

straight to the point je lah...sebab aku pon bukan pandai sangat nak ulas gaya persembahan orang...sebab aku pon x pandai sparring sangat....

apa2 pon tahniah atas permainan menarik dari Din...u make us getting crazy masa final tau x...dah la game hang tu mmg game yg last pon...kategori lain dh habis...semua tgk hang je...u did a great job bro...mmg game final ko sengit gila2...dua2 fight kaw2 punya....mcm nak terkeluar anak tekak kitorang semua tgk ko main...even ko cuma dapat pingat silver...tp semua org respek ko sebab ko byk score point bro...score point ko plak cantek2...2 kali ko bg kepala dia bro...aku suka chopping ko yang cantek tu....nice bro...

radin menang silver medal angah dah belanja...din menang silver medal angah x belanja lagi...nnt angah balik kedah...angah belanja ok...kita cari tempat best2 lepak makan ramai2 lagi...

good job team Taekwondo Unimap...


cerita sampingan skit...
seriously sedih dan rasa sebak dalam dada masa nak balik semlm....hadoii tambah plak dengan adik2 ni semua dok buat muka sedih...pujuk2 x bagi balik lagi...serious angah x puas lagi lepak dengan korang...tp angah kena balik jugak sebab kerja...

masa kat dewan...zack dgn su dok pujuk2...angah nak nangis dh...ahhaha tp tahan2 lagi...sebab beb...rindu korang gila2...jumpa 2 hari je...pastu nak berpisah dah...memang perit rasa...sebab korang dah macam fam angah...kita dah mcm tersangat2 rapat...

thanks sebab bagi angah tumpang bilik ehh Su n Kak Nurul....thanks korang semua sebab layan angah macam selalu2...ehehe even kita dah lama x jumpa...even kita dah berjauhan...

keropok lekor korang...next week angah bawak balik...sekali dengan nak belanja meraikan kemenangan Din dan Radin....meraikan usaha keras korang semua jugak....insyaAllah...


angah sayang korang semua Team Taekwondo Unimap....korang yang banyak bina semangat cintakan Taekwondo angah...sebab angah tak minat Taekwondo sebelum2 ni...tapi since join korang...I Love Taekwondo menggunung2...ehehheh







Wednesday, February 22, 2012

KERJA...TEKANAN...MASALAH

hmmm...

tekanan kerja dah mula terasa...tp masih boleh dikawal...

punca masalah tekanan kerja yang dapat aku kenal pasti...


AKU KURANG PENGALAMAN KERJA...
AKU BEKERJA DI LUAR BIDANG AKU...
AKU TAK PERNAH BUAT KERJA2 NI SEBELUM NI...
AKU TAK TAHU PROCEDURE SEBENAR KERJA NI...


penyelesaian nya aku kena cari sendiri dan jalankan sendiri....


AKU KENA LEBIH BANYAK BERTANYA PADA ORANG2 YANG BERPENGALAMAN...
AKU KENA BEKERJA DENGAN LEBIH SISTEMATIK...
AKU KENA PANTAS BERFIKIR...
AKU KENA BIJAK MENGATUR JADUAL KERJA YANG BANYAK...
AKU KENA BIJAK PILIH KERJA MANA YANG PENTING DAN PERLUKAN PERHATIAN LEBIH...
AKU KENA LEBIH PEKA...
AKU KENA KUATKAN MEMORI AKU...

banyak lagi aku kena buat untuk perbaiki hasil kerja aku....

** hanya sbb 2 Delivery Order yang lost...aku jadi lost terus....


Sunday, February 19, 2012

PENGALAMAN PALING BERHARGA

17 Febuari 2012....


KEJADIAN 1


aku bangun tido terus mandi dan bersiap nak sarapan...tengah belek2 henfon kat tepi katil...tiba2 makcik aku ketuk pintu bilik...suruh aku dengan sepupu aku bersiap nak balik ke Besut...sebab anak saudara makcik aku meninggal dunia pagi tadi (17 Feb) lepas terlibat dengan kemalangan jam 9.00 pagi...

apa yang menyedihkan ada saat2 dia menemui ajal nya...dari cerita yang disampaikan oleh saksi di tempat kejadian...mangsa yang menunggal motosikal tengah tunggu lampu hijau trafic light...aku kurang pasti dari mana nak ke mana...difahamkan...masa kejadian...lampu trafik dari arah bertentangan dengan mangsa masa tu HIJAU....dan masa kejadian...sebuah kereta dari arah kanan melanggar lampu MERAH dan merempuh kereta dari arah bertentangan mangsa yang menyebabkan kedua2 kereta terbabas dan merempuh mangsa...apa yang menyedihkan lagi adalah....leher mangsa terhentak atas pembahagi jalan dan tragis sekali...tayar kereta yang naik ke atas dada mangsa...Subhanallah...mengucap panjang aku bila tahu apa yang menimpa mangsa...mangsa maut di tempat kejadian.....

masa aku dan keluarga sampai ke Kg Raja, Besut...mangsa dah dibawa ke hospital...kitorang semua ke hospital...sampai kat hospital...ahli keluarga mangsa dah ramai yang berkumpul kat bilik mayat...mayat dah dalam proses dimandikan dan dikafankan....

lepas selesai...jenazah dibawa balik ke rumah keluarga....jenazah khabarnya akan disembahyangkan dan disimpan selepas solat Isyak....

selama 25 tahun usia aku....ini baru kali pertama aku ikut jenazah sampai ke tanah perkuburan...dan pengalaman yang aku dapat...dengan mata aku sendiri secara dekat...aku dapat tengok macam mana sekujur tubuh yang kaku berbalut kain putih diangkat dari keranda dan dimasukkan ke dalam liang lahad...perasaan masa tu hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu....melihat seorang manusia yang akan ditanam selama nya dibawah tanah....Ya Allah...satu hari nanti aku juga akan ke sana...tak dapat aku nak gambarkan....


KEJADIAN 2

masa tengah sibuk bersama2 keluarga mangsa kemalangan di Kg Raja...pakcik aku terima panggilan daripada adik dia yang ada kat Kelantan...menyampaikan khabar mak saudara merangkap nenek saudara aku dalam keadaan tenat....mula2 dapat berita tu pada jam lebih kurang 5.45 petang....15minit lepas tu...pakcik aku dapat satu lagi panggilan yang memberitahu nenek saudara aku dah meninggal dunia....Innalillahiwainnalillahirojiun...

lepas selesai bacaan Talkin untuk mangsa kemalangan mcm yg aku cerita kat atas tadi...lebih kurang jam 10.45 mlm...kitorang terus bergerak ke Gunong, Kelantan...khabar nya jenazah arwah nenek saudara aku nak disimpan malam tu jugak...sampai di rumah arwah...x nampak ramai orang pon...bila masuk rumah dan jumpa saudara mara yang ada...rupa2 nya jenazah nak dikebumikan esok (18 Feb) sebab nak tunggu anak2 arwah balik dari tempat masing2....kebanyakan anak2 arwah bekerja di Johor dan KL....

18 Feb...

kul 10pg aku dah siap dengan baju kurung semalam...(x bwk baju kurung lebih...sbb x sangka ada satu lagi kematian)....sampai kat rumah atuk saudara aku...orang dah mula ramai nak tunggu jenazah siap dimandi dan dikafankan...selesai jenazah disembahyangkan...aku ikut jenazah ke tanah perkuburan....

sampai di tanah perkuburan sekali lagi aku sebak...sebak melihatkan anak2 dan cucu arwah yang bersedih lepas diberi peluang melihat wajah ibu dan nenek buat kali terakhir...


aku membayangkan mcam mana kalau aku ditempat mereka....melihat tubuh orang yang aku sentuh,pegang,peluk cium dan duduk berborak bergurau selama ni kaku dan berbalut dengan kain putih...dan akhir nya....dimasukkan ke liang lahad dan dikambus dengan tanah...Subhanallah...aku tak rasa diri aku cukup kuat untuk menahan air mata dari mengalir dan menahan otak daripada membiarkan semua kenangan bersama mereka hilang bersama timbunan tanah itu....

selama ni aku cuma tengok bapak dengan abang tanam kucing yang mati, mama tanam pokok...

tapi semlm .....mata aku tengok orang tanam jenazah manusia...aku cuba pikirkan ayat yang sesuai untuk aku ungkapkan perasaan aku...tapi susah nak aku luahkan...apa yang penting untuk diri aku sekarang ni....pengalaman yang satu ni memang betul2 meninggalkan kesan dalam jiwa aku...betul2 menginsafkan aku....betul2 menyedarkan aku bahawa nyawa dan jasad ni hanya pinjaman sementara...bila kita akan pulangkan semua ini kepada yang Maha Pencipta pon kita tak tahu...macam mana cara kita nak pulangkan pon kita tak tahu...

aku harap agar aku berpeluang memulangkan apa yang dipinjamkan kepada aku ni dalam keadaan yang aku sudah cukup bersedia....aku perlu melengkapkan diri aku untuk menghadapi alam yang satu itu...


*** aku memerlukan orang yang boleh membimbing aku ke jalan Allah S.W.T....
**kerana aku sedar aku insan yang serba kekurangan...
**kerana aku sedar amalan aku yang tak sempurna...
**kerana aku sedar ilmu agama aku tak cukup lengkap....



Monday, February 13, 2012

10% PROGRESS...



Assalamualaikum...

dah sangat2 lama x update entry kat sini...byk benda yg nak dikongsi...tapi masa yang tak mengizinkan...

minggu lepas...bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul...

aku sempat balik dan berkumpul dengan keluarga besar di kelantan...secara kebetulan...rumah baru di kelantan dah boleh masuk dan kemas barang skit2...

hari kedua di kelantan...aku ikut mama dengan bapak pegi shopping barang2 nak pasang langsir kat umah baru...langsir semua mama dah beli kat kedah...tinggal nak beli kayu nak sangkut langsir je...banyak jugak bapak borong barang kat G-Orange tu...beli kayu sangkut langsir satu rumah, beli penyangkut tuala dalam bilik tidur dan bilik mandi, beli kotak cermin dalam bilik mandi....orang tengok pon terkebil2...kotak cermin ambik 3 kotak...penyangkut tuala bilik tidur ambik 5 set....penyangkut tuala dalam bilik mandi ambik 3 set...kayu sangkut langsir 13 set....

balik rumah...mlm tu bermula la kerja2 drilling dan hanging...mlm tu aku mula memanjat tingkap nak pasang langsir...dah lama x memanjat camtu...achik suruh guna tangga...tp aku gayat nak guna tangga...ehehhe...belagak bukan main...naik pandai...nak turun guna tangga tu yang tak reti...



langsir bilik aku..theme Black & White... I just in love with Black & White....





langsir bilik adik min....cream theme...




langsir asal ruang tamu...yang akhir nya tergantung kat bilik abang...sebab mama kata x cukup sekeping lagi langsir...



sebabkan cuti yang pendek...dan dinding yang keras...guna simen apa pon tak tau lah...kitorang sempat pasang penyangkut langsir je...yang lain2...kena tunggu balik kelantan lagi sekali...


Monday, February 06, 2012

SOME ONE LIKE YOU....



* Adele - Someone like you *
 
(simplified)
 
 
G
i heard
           D
that you'll settle down
          Em
that you've found a girl
        C
and you're married now
G
i heard
           D
that your dreams came true
          Em
guess she gave you things
         C
i didn't give to you
 
   G
old friend
            D
why are you so shy
              Em
it ain't like you to hold back
   C
or hide from the light
 
 
 
  Am                         C
i hate to turn up out of the blue uninvited
     Em                  D
but i couldn't stay away, i couldn't fight it
    Am                       C
i'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
       Em            D
that for me it isn't over
 
 
 
G
never mind
     D                Em     C
i'll find someone like you
       G               D        Em  C
i wish nothing but the best for you too
         G
don't forget me
  D
i beg
    Em         C
i remember you said
             G
sometimes it lasts in love
    D                     Em     C
but sometimes it hurts instead
            G
sometimes it lasts in love
    D                     Em     C
but sometimes it hurts instead
 
 
      G
you'd know
        D
how the time flies
     Em
only yesterday
        C
was the time of our lives
        G
we were born and raised
    D
in a summer haze
      Em
bound by the surprise
       C
of our glory days
 
 
 
  Am                         C
i hate to turn up out of the blue uninvited
     Em                  D
but i couldn't stay away, i couldn't fight it
    Am                       C
i'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
       Em            D     C    D
that for me it isn't over yet
 
 
 
G
never mind
     D                Em     C
i'll find someone like you
       G               D        Em  C
i wish nothing but the best for you too
         G
don't forget me
  D
i beg
    Em         C
i remember you said
             G
sometimes it lasts in love
    D                     Em     C
but sometimes it hurts instead
 
 
 
Am
nothing compares
   C               Em
no worries, okays, regrets and mistakes
        D
they're memories made
Am
who would have known
  C       Em     D         C       D
how bittersweet this would taste
 
 
 
G
never mind
     D                Em     C
i'll find someone like you
       G               D        Em  C
i wish nothing but the best for you too
         G
don't forget me
  D
i beg
    Em         C
i remember you said
             G
sometimes it lasts in love
    D                     Em     C
but sometimes it hurts instead
            G
sometimes it lasts in love
    D                     Em     C
but sometimes it hurts instead

Monday, January 30, 2012

PENAKUT-YUNALIS ZARAI

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

** memang kena dengan mood aku semalam....credit : Yuna

Wednesday, January 25, 2012

HARI YANG PALING CERIA...


Assalamualaikum...

tarikh 22,23,24 Januari....

tarikh dan hari2 yang paling menceriakan hidup aku di awal tahun 2012 ni...

22 Jan...ayah mi,ayah su,ayah li,bapak....termasuk Tok Bachok...semua sampai kemaman untuk majlis bertunang Mat Yo...petang tu lepas balik keje...rumah dh riuh sakan dh ....aku x sabar2 nak tunggu mama dengan bapak sampai...lepas maghrib...aku dengan Ya keluar pegi beli kek untuk celebrate Mat Yo yg nak bertunang...mama sampai2 terus makan nasi dagang yg ma masak...lepas tu mama tolong siapkan hantaran sirih junjung Mat Yo....malam tu aku dengan achik sembang sampai kul 4 pagi...biasalah...dah lama x jumpa...macam2 cerita la keluar...

23 Jan...bangun pagi2...mandi,makan...pastu tolong mama siapkan skit je lagi gubahan sirih junjung...yang menarik pasal hantaran Mat Yo ni...semua hiasan 100% made by Ya...seyes aku tengok cantik hasil kreativiti Ya...sekejap je siap 5 bekas hantaran dalam masa 3 hari...sapa boleh buat secepat dan secantik hasil Ya...dua kali aku tanya Ya...Ya ada masuk kelas buat hantaran ke apa??...dia kata dia x masuk mana2 kelas pon..semua nya dia buat sendiri...memang Ya sangat kreatif...

jam 2 petang semua dh start kalut bersiap nak gerak ke rumah pihak perempuan...majlis dijangka bermula jam 3 petang...jam 2.30 petang aku naik kereta dengan Ya pegi ambik kek yang dh siap tempah...sampai2 kat kedai...ya Allah...dia x siap lagi rupanya...kitorang dh lewat ni kak long...please make it faster....dh on the nak ke rumah pihak perempuan...tiba2 teringat ada satu lagi hantaran tertinggal....terpaksa la pusing balik rumah nak ambik hantaran tu....kesian rombongan yang lain2..dh sampai lama kat rumah pihak perempuan...kena pulak tunggu kitorang tengah2 panas rembang tu....nasib baik la rumah pihak perempuan 10min je dh sampai....

majlis berlangsung dengan lancar...bapak sekali lagi menjadi jurucakap bidan terjun...sebab orang lain semua tak de pengalaman meminang...bapak pon cuma ada pengalaman jadi jurucakap masa Kak Ah dipinang...sebab tu bapak tau camna nak handle keadaan meminang ni...alhamdulillah semua dh selesai...sampai sesi bergambar pulak...lepas bergambar...saat yang paling dinantikan...makan time....nasi beriani dengan ayam masak merah memang yang terbaik...ada papadom plak...aku sapu sampai penuh pinggan....lepas tu makan puding laici yang sangat sedap...dengar cerita mak si tunang Mat Yo buat sendiri...seyes sedap makcik...nnt saya nak mintak resepi ye... ;)

lepas habis majlis...habis bertukar2 hantaran..habis bergambar...habis perabihkan makanan kat rumah orang...rombongan balik pon beransur2 gerak....

malam tu..kitorang makan besar tanpa fam ayah li...sebab ayah li kena balik awal...malam tu aku keluar dgn bapak pegi beli KFC...sebab mlm tu nak celebrate birthday ayah mi...makan sampai mengah...dh ayam...bantai nasi air plak...lepas tu tersadai....

elok aku bgn dr kekenyangan tadi...tengok2 org lain dok rancak sembang lagi...rupa2 nya dok main tilik nasib plak dah...ahahah main banyak sungguh depa ni...semua pakat hulur tangan nak bg Kak Yah tilik...aku mula2 tu takut...pastu achik tarik tangan bagi kat Kak Yah...ahhaha nasib baik kata cakap benda yang baik2 je..eheheh...bukan nak percaya pon dengan semua benda ni...main2 je...


24 Jan...aku dh start keje...tapi kat rumah ramai orang lagi...ehehhe...ambik kesempatan nak pegi keje lewat...kul 10 baru masuk ofis...sebelum tgh hari...bapak mai singgah ofis sebab nak balik kedah dah...


*** cerita sampingan yang nak kongsi kat sini...angah nak cakap terima kasih banyak2 kat bapak,mama,achik ,adik...sebab belikan angah Samsung Galaxy Note yang angah dah tangguh banyak kali nak beli tu...dari tahun lepas lagi dok bertangguh...at last...bapak jugak yang belikan untuk angah...xpa...cukup bulan nanti angah bayar kat bapak balik...saving dh cukup dh..cuma xdan nak p beli je lagi....

perasaan seronok jangan cakap lah bila dh dapat 'BF' baru...memang tak berenggang langsung sejak semalam.... ;)


Sunday, January 22, 2012

RINDU MASA DULU-DULU...

ASSALAMUALAIKUM...

semalam sepupu aku yang bekerja kat KL dan selamat sampai kemaman....mula2 tu macam biasa je...sampai sembang2, makan tengah hari sama2...

semua tu biasa pada aku...

tapi ada satu situasi yang buatkan aku rasa sebak dan fikiran terus melayang teringatkan adik beradik aku yang jauh di utara tanah air...

masa aku tengah basuh pinggan kat dapur...aku tengok sepupu aku yang 3 beradik ni berkumpul dalam satu bilik sambil sembang2 rancak...

aku rasa sebak dan cemburu tengok depa lepak sama2 adik beradik dalam satu bilik..teringat masa aku lepak2 dalam bilik abang dengan achik,adik...kadang2 lepak 4 beradik dalam bilik aku,achik,adik....kadang2 lepak belek2 barang yang kitorang shopping siang tadi,kadang2 lepak layan movie sampai subuh....gelak sama2...seronok sangat rasa masa tu...

tapi sekarang ni...semua dah berpecah...abang dah keje kat kulim...aku dah keje kat terengganu..adik dah masuk kem plkn kat kulim...achik tengah tunggu tawaran nak sambung belajar...semua dah tinggal jauh2...

sesekali tengok adik beradik orang lain berkumpul...aku rasa cemburu....cemburu sebab aku sekarang sorang2...nak kongsi cerita pon dah takder sapa nak dengar...harapkan facebook,skype dengan henfon je nak cari orang untuk aku kongsi cerita....

bila la masa untuk aku pulak berkumpul adik beradik untuk berkongsi cerita...



Wednesday, January 18, 2012

TANPA IDEA....

dah lama rasanya x update entry kat sini....hari rasa macam nak menaip...tapi tak tau apa yang nak diceritakan...hmmm

cuma nak kongsi kegembiraan aku sepanjang minggu ni....sangat2 happy tanpa aku sendiri tahu punca nya aku jadi sangat happy...sampaikan kadang2 aku tersengeh sorang...ahahha...kadang2 rasa cam hilang akal pon ada...

selain cerita2 yang buat aku happy...ada jugak cerita2 yang buat aku sedih...tapi semua tu banyak bagi aku pengajaran tentang kehidupan....

lagiiii....xtau nak cerita apa lagi dah....

kita tunggu lepas 23 Jan nanti lah ye...mungkin ada banyak cerita dan gambar.... ;)



Wednesday, January 11, 2012

MERISIK KERISIK...

ASSALAMUALAIKUM...

ehehhe...kerisik sengaja ditambah dlm tajuk entry kali ni...
sebenarnye aku nak kongsi pengalaman pertama pergi merisik semalam...selalu kalau tgk dalam tv..orang pegi merisik siang hari...rupa2 nya malam2 pon boleh jgk nak pegi merisik...

semalam aku ikut pakcik,makcik aku pegi merisik seseorang untuk sepupu aku yang skang ni bekerja di KL...aku teringin jugak nak tengok macam mana caranya orang merisik...sebab kalau meminang aku dah biasa tengok dah...

semalam...balik dari kerja...makcik aku suruh aku bersiap dengan baju kurung...kata nya nak pegi merisik...aku pon bersiap cepat2...excited lebih ni...

kitorang cuma pergi 6 orang je...bawak sebentuk cincin tanda,sebakul buah dengan satu beg kain pasang....lupa nak ambik gamba semalam...barang2 ni semua bawak mcm tu je...xde la hias cantek2 atas dulang macam hantaran tunang ngan kawen tu...

sampai kat umah yang nak dirisik..mak ayah si perempuan dah siap menunggu dengan pakcik dan makcik dia...rumah diorang cantek sangat...(ehh lari topik sekejap)....

masa mula2 masuk tu...semua cam kaku je...ye lah kan...yang berkawan pon anak-anak depa...bukan mak ayah depa..ehehhe jadi...masing2 macam tak tau nak sembang apa...takkan masuk2 umah terus nak bgtau tujuan kedatangan kami tu kan...

jadi sebagai pembuka bicara...mak dan ayah kedua2 pihak mula bertanyakan nama masing2...(apa la mat yo, angah call tanya nama mak dgn ayah awek dia pon dia tak tau)....bila dah kenal yg mana satu mak dan ayah nye...kitorang berbual2 ringan je dulu...tanya dok mana, asal mana...sebabkan keluarga pihak perempuan ni pon orang kemaman jugak...jadi ramai kenal orang...cerita nya dok tanya kenal dengan si polan tu ke tak...owhh kenal dengan si polan ni...haaa cam tu lah...

lepas dah panas enjin...baru lah makcik aku menyatakan tujuan rombongan 6 orang ni...lepas menyatakan hajat dan tujuan...kedua2 belah pihak pon setuju...sebab kata nya...mereka ikutkan saja pilihan anak2...sebab yang nak kawen pon anak2 depa jugak...bukan orang lain...jadi bila anak2 dah suka sama suka...mak ayah pon setuju saja lah...janji anak2 depa bahagia dalam rumah tangga nnti...

cincin,kain pasang dengan buah2 tak diserahkan lagi...mak pihak perempuan jemput kitorang makan dulu...jadi mari kita menyantap...perut aku pon tak berisi lagi sejak balik keje tadi...memang tengah lapar....

satu je yg tak best bab makan...sebab ada banyak sayur dalam bihun goreng tu...aku nak kais2 buang ke tepi pinggan segan pulak...sebb mak dengan ayah si perempuan dok sebelah aku...mula2 tu aku paksa jugak makan sayur tu...tapi...aduiii...takleh terima dek tekak ni...rasa cam nak terluah balik...last2 aku kais2 jugak ke tepi pinggan...lantak lah kalau mak ayah dia tanya nanti...aku jawab je selamba...'saya tak makan sayur makcik,pakcik...bukan masakan makcik ni tak sedap..' ehehhehe

lepas makan...kitorang sambung sembang dan serah cincin tanda merisik...alhamdulillah semua nya dah selesai...tinggal nak melangsungkan majlis meminang pulak...insyaAllah meminang nanti bakal berlangsung pada hari raya cina nanti...


pesanan untuk mat yo...sila ingat nama bakal bapa mertua anda...nanti susah nak akad nikah...ahhahaha...apa daa puyo ni...gong sungguh...


Friday, January 06, 2012

KAU....

aku keliru dengan diri sendiri sekarang ni...

tak tahu kenapa kau sentiasa dalam ingatan aku...
tak tahu kenapa kau sentiasa berlegar2 di depan mata aku...

semua berlaku sejak kita berjumpa semula....lepas setelah sekian lama kita berjauhan....

aku keliru....

kenapa???

kalau kau ada jawapan nya...tolong bagi tahu aku....

supaya aku tak lagi berterusan keliru dengan diri aku....
supaya aku dapat kembali ke paras normal yang sepatutnya....

aku rasa macam aku di luar batasan normal aku sendiri....


Sunday, January 01, 2012

TOP RANKING...





pagi2 masuk ofis ternampak link ni... http://beritasemasa.com/ranking-universiti

rasa bangga dan berbaloi hari2 pegi kuliah,balik kuliah...jawab kuiz,test,exam...masuk keluar lab...hari2 menangis tertekan belajar benda yang aku tak minat...

dan akhir nya...aku menjadi hasil produk Universiti Malaysia Perlis yang merupakan antara 10 universiti paling TOP kat Malaysia sepanjang tahun 2011...

mau nya aku tak bangga...sebab kalau di tengok pada TOP 5 tu...semua nya nama2 universiti yang memang sudah super senior dan terkenal di mana2...ramai orang berebut2 nak sambung belajar kat sana....jadi bila berada dalam kelompok mereka...aku rasa bangga lah...

sebab UniMAP berada di tangga pertama selepas universiti2 tertua dan terkenal di Malaysia...alhamdulillah...


Saturday, December 31, 2011

31-12-2011

Assalamualaikum...

hari ni merupakan hari terakhir dalam tahun 2011...

banyak perkara yang berlaku dan merubah hidup aku dalam tahun 2011 ni...

jom aku cerita satu persatu....

1. Umur

hehehhe part umur...semesti nya setiap tahun umur aku akan semakin meningkat...hari ni dalam tahun 2011, hari terakhir aku berumur 24 tahun....esok dah masuk 25 tahun..tapi bukan secara rasmi lagi....


2. Belajar

tahun ni aku berjaya menamatkan pengajian aku di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan (Kepujian)...pada 18 September 2011...merupakan hari yang bersejarah dalam hidup aku...aku bangga kerana berjaya menghabiskan hari2 kuliah aku di Universiti Malaysia Perlis....aku gembira sebab setelah hampir 3 tahun aku bertungkus lumus belajar kat perlis...cuma mama,bapak dan adik beradik aku je yang paham macam mana keadaan aku sepanjang 3 tahun di Universiti ni...macam mana situasi aku nak menghabiskan sisa2 3 tahun aku untuk menggenggam segulung ijazah....

hanya keluarga aku yang tahu macam mana setiap kali mama dengan bapak tanya pasal pelajaran aku...setiap kali itu lah jawapan yang aku bagi sangat2 menghampakan mereka...aku tahu...aku tak patut buat mama dengan bapak risau...tapi itu lah yang sebenar nye terpaksa aku tanggung...setiap hari aku ke kelas,mengadap kuliah,kuiz,assignment,test,lab,final exam....semua nya sangat berat untuk aku terima dan hadapi dengan tenang...sebab apa??

sebab aku SANGAT tak berminat dengan kursus yang aku ambik waktu tu...aku memang FAIL dengan Chemistry dan Physics...tak ketahuan aku dibuat nya bila setiap semester aku kena belajar subjek2 yang byk kaitan dengan 2 subjek utama ni...memang dari zaman sekolah lagi aku tak minat dengan 2 subjek ni....

tapi demi masa depan aku, dan demi memenuhi impian mama dengan bapak nak tengok aku berjaya dan hidup senang masa depan nanti...aku tekad kuatkan semangat aku untuk berusaha belajar habiskan jugak ijazah aku ni....

walaupun result setiap semester tak sebaik waktu aku sekolah atau waktu diploma aku dulu...tapi sekurang2 nya aku tak GAGAL dan membolehkan aku DIBUANG dari Universiti...Alhamdulillah aku bersyukur....

sepanjang belajar kat Universiti...satu benda yang sampai sekarang buat aku rasa bangga dengan diri sendiri....

aku ni memang sorang yang SANGAT PEMALU....dari zaman sekolah lagi...aku tak berminat nak berpersatuan aku join mana2 kelab kat sekolah...sampai masuk poli pon sama...aku paling tak suka KO-K....tapi bila masuk Universiti ni...aku berubah...terima kasih pada Apai dan Kak Murina....terima kasih kepada Sahabat2 dr Kelab Taekwondo Unimap...korang semua dah ubah angah dari seorang yang PEMALU jdi kurang skit malu nye...hehehe bukan tak malu langsung....
sampai bila2 angah akan ingat setiap semangat yang korang semua bagi untuk aku....

kini...aku sudah boleh menarik nafas lega dan memulakan hidup baru aku....


3. Kerja

18 September 2011....secara rasmi nya aku bekerja di Tyansu Energy Sdn Bhd sebagai Project Executive....mungkin jawatan aku ni tak sehebat mana jika nak dibandingkan dengan kawan2 aku yang lain....tapi aku bersyukur....aku bersyukur sebab aku tak perlu menunggu lama untuk mendapatkan pekerjaan dalam zaman yang penuh persaingan sekarang ni...alhamdulillah...sekurang2 nya aku dapat meringankan beban keluarga aku...

walaupun gaji yang ditawarkan tak sebesar mana...tapi aku masih bersyukur dengan rezeki yang DIA beri untuk aku...

dan kini...aku terus memulakan hidup aku sebagai seorang pekerja dan bukan lagi pelajar....


4. Keluarga

aku bersyukur kerana sehingga ke hari ni...keluarga aku sentiasa ada di belakang aku...

tahun ni..achik dah pon habiskan pengajian dia di peringkat Diploma dan menunggu peluang untuk sambung Ijazah pulak...insyaAllah akan ada rezeki dalam tahun 2012 nanti...

tahun ni...adik min dah habiskan zaman persekolahan dia...insyaAllah result SPM tahun akan keluar...dan insyaAllah adik akan dapat result yang terbaik...

tahun ni...tahun terakhir bapak bekerja...27 Disember 2011...secara rasminya bapak menamatkan khidmat sebagai seorang Pegawai Perhutanan di Kedah...

tinggal mama je yang masih bekerja....dan untuk abang...insyaAllah akan ada rezeki untuk abang tahun 2012 nanti...


5. Sahabat

tahun 2011 banyak pahit manis yang aku lalui bersama Sahabat aku...terima kasih kepada korang semua kerana banyak melalui saat2 pahit manis bersama aku...

tahniah buat Sahabat yang telah melangsungkan perkahwinan pada tahun ini...semoga hubungan yang dibina akan berkekalan ke akhir hayat....aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk korang...

tahun ni banyak mengajar aku erti Persahabatan...banyak sangat yang aku belajar...aku belajar untuk lebih menghargai Sahabat aku....supaya aku boleh tahu siapa yang benar2 Sahabat dan siapa Kawan....

dan kini aku tahu siapa Sahabat dan siapa Kawan aku....bukan aku tak menghargai Kawan2 aku...aku bersyukur kerana masih ada insan yang sudi berkawan dengan aku....tapi Sahabat melebihi kerana mereka terlalu bermakna dan penting dalam hidup aku...Sahabat aku dah jadi macam keluarga aku yang kedua....

susah aku nak luahkan...tapi hanya aku yang dapat merasakan keikhlasan Sahabat aku menerima aku...terima kasih sangat2...tak perlu rasa nya aku senaraikan kat sini siapa Sahabat aku...sebab aku tahu...korang sendiri tahu di mana nama korang yang dah aku letak....aku bersyukur akhir nya aku bertemu dengan Sahabat sejati yang akan sentiasa ada bila saat aku sangat memerlukan Sahabat untuk aku luahkan masalah dan perasaan aku...

setiap perasaan suka atau duka...kita tak pernah rahsiakan antara satu sama lain..setiap masalah yang ada akan cuba kita sama2 selesaikan....kita takkan pernah tinggalkan Sahabat kita yang ditimpa masalah tak kira besar atau kecil masalah tu...kita akan tetap bersama...


6. Cinta

haaaaa....di kala umur sekarang ni...memang ramai lah pulak yang bertanya soalan ni kat aku kan....sampai ke hari ni aku masih belum jumpa lagi Cinta tu...mungkin belum sampai masa nya lagi....mungkin banyak lagi perkara yang lebih penting untuk aku fikirkan selain daripada perkara yang satu ni...

mungkin jugak sebab aku ni terlalu cerewet memilih...dan mungkin jugak sebab gaya hidup aku yang tak macam perempuan sejati...ahahah sampai perangai,cara berjalan,cara bercakap...semua nye tak de lemah lembut cam perempuan...lelaki tengok pon tak lalu...ahahhaha

aku tak kisah...aku selesa dengan hidup aku sekarang ni...tak terikat dengan sesiapa...cuma terikat dengan keluarga dan Sahabat aku....

tapi siapa tahu kan...kalau2 tahun 2012 nanti Cinta tu datang...ahahha dengan harapan...dalam angan2 je la dulu...

buat masa sekarang ni...Kerja dan Keluarga lebih penting......


SELAMAT TINGGAL 2011...

SELAMAT DATANG 2012....

** ESOK 01-01-2012 aku kerja...tak cuti pon....
** tahun ni bertahun baru di negeri orang tanpa keluarga tercinta....


Thursday, December 29, 2011

MY HEART...

YOU MAKE MY HEART BEAT FASTER...

YES YOU!!!!


Tuesday, December 27, 2011

SELAMAT HARI JADI BAPAK...



ASSALAMUALAIKUM...

hari ini merupakan hari besar dan hari penting yang perlu ada dalam ingatan aku setiap tahun...
alhamdulillah...sehingga ke hari ini aku masih bersama insan yang paling penting dalam hidup aku..
alhamdulillah...sehingga ke hari ini aku masih berpeluang melihat wajah insan yang aku sayang...

hari ni merupakan hari ulangtahun bapak aku...MOHAMAD RASID BIN ISMAIL...





hari ni genap usia bapak 56 tahun...
hari ni secara rasmi nya bapak sudah pon menamatkan khidmat sebagai PEGAWAI PERHUTANAN di JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH...

bapak,

terima kasih sebab membesarkan angah dan adik beradik yang lain dengan sempurna...
terima kasih sebab tak pernah abaikan kami semua...
terima kasih sebab besarkan angah dalam keadaan serba mewah...
terima kasih sebab banyak bagi nasihat kat angah macam mana nak hidup...
terima kasih untuk segala-gala nya...


** tak boleh nak menulis lagi dah...biar aku simpan segala2 yang lain tu dalam hati aku....

Friday, December 23, 2011

SELAMAT HARI ULANGTAHUN RURYNEE...



ASSALAMUALAIKUM..

saat aku menulis sekarang...aku sedang berada di Jitra...

berada di Jitra membuatkan aku rasa rindu pada seseorang yang menyambut ulangtahun yang ke 23 pada hari ini...

aku mula kenali dia pada masa aku masih lagi menuntut di Universiti Malaysia Perlis..
aku mula kenali dia pada masa aku masih lagi setahun jagung dalam Taekwondo...
aku mula kenali dia pada masa aku masih lagi mencari2 kenalan untuk dijadikan sahabat..

dan aku bersyukur....
akhir nya Allah temukan aku dengan dia pada hari perjalanan kami ke Universiti Sains Malaysia untuk pertandingan terbuka Taekwondo...

mendengar cerita tentang kehebatan dia dalam semua bidang sukan membuatkan aku sangat teruja untuk lebih mengenali dia...

selepas berkenalan secara singkat di USM...
hubungan persahabatan dieratkan lagi apabila aku,dia dan rakan2 Taekwondo lain berkampung selama sebulan untuk menjalani latihan persediaan menyertai pertandingan Taekwondo anjuran Majlis Sukan-sukan Universiti Malaysia...

kemesraan ini ditebalkan lagi apabila di semester akhir aku dan dia, di Universiti Malaysia Perlis...kami diizinkan untuk tinggal sebumbung...

hubungan kami semua sudah seperti sebuah keluarga baru...

aku sangat bersyukur kerana memiliki dia sebagai salah seorang ahli TEMAN aku yang sejati...

aku sangat bersyukur kerana memiliki dia sebagai salah seorang pembakar semangat aku untuk terus berjuang...kerana aku adalah insan yang sangat lemah

aku sangat bersyukur kerana memiliki dia sebagai salah seorang TEMAN yang setia menemani aku disaat aku amat memerlukan...


aku sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan dia untuk aku...


SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN YANG KE-23 RURYNEE ROSLAN...





*** kau antara yang teristimewa dalam hidup aku